Wednesday, May 28, 2008

khas buat adik2 KMM104

ASSALAMUALAIKUM…………

Salam sejahtera dan salam sayang buat semua adik2, pelajar baru kolej matrikulasi Perak (KMPk) sidang 08/09, terutamanya kepada adik2 mentee Kumpulan Mentor Mentee (KMM) 104. semoga gembira selalu.

Kesempatan bersama-sama dengan anda semua semasa minggu pengurusan pelajar baru (MPPB) amat2 dihargai walaupun hanya seminggu kita dapat bersama. Insyaallah jika panjang umur dan murah rezeki, kita akan berjumpa lagi.

Antara pengalaman terindah sewaktu menjadi urusetia MPPB mewakili alumni KMPk ialah ketika bersama-sama membantu mentor mengendali KMM 104. Peluang menjadi ‘ABANG’ dalam KMM 104 mengajar diri bahawa pentingnya untuk kita sentiasa bersiap sedia kerana kita akan bertubi-tubi disoal oleh adik2 ( hahahha, salah satu perkara la…).

Hmmm, mengimbas kembali pengalaman bersama adik2 KMM 104 yang pelbagai ragam tu.. 17 orang semuanya. 4 hero dan 13 heroin..Mungkin aku bole ceritakan serba sedikit apa yang masih diingat selepas hampir 2 minggu tentang adik2 tu...

FIRDAUS seorang yang pendiam semasa dalam LDK dan hanya bersuara apabila dipaksa. Suka memberi teka teki dan banyak bertanya (guna SMS), juga suka buat ‘miss call’... dok confius lagi samada untuk teruskan belajar di matrikulasi ataupun nak ke UiTM. ((jgn confius2 lagi dik !!! teruskan ja belajar kat matriks tu. Insyaallah ok ))

KAMIL.....ketua kumpulan KMM 104. bagus dalam berbicara dan rajin beri pendapat2 yang bernas dalam perbincangan. Ada stail ketika bercakap.. (( semoga kamil dapat jadikan KMM 104 ni lebih aktif.))

IZZAT.... kalau tengok dari luar, izzat ni suka senyum. Rajin gak bercakap dan bagi lontarkan pendapat masa dalam LDK. Kalau x silap, suka makan nasik ayam.. betoi x Izzat ????

Lelaki terakhir KMM104.... NAJIB. Antara pelajar Program Satu Tahun dalam KMM104, Ajib ni paling tua laa. Tapi tak tua mana pun. Cuma dia sorang lahir bulan januari. Hmm, Ajib ni ada bakat dalam berbicara. (( need to asah lagi bakat tu yup ??? ))

Ok... ni adik2 perempuan pulak.

ATIKAH.... atikah ni penolong ketua kumpulan. Tinggal kat Perak. Dia ni sangat aktif dalam kumpulan. Hmmm, cara dia bercakap dan berhujah sangat menarik dan sempoii.. ada ciri2 kepimpinan yang dilihat. Sesuai la kalau join PRD
(( harap dapat bawak KMM104 ni dengan baik ))

AFFAH pulak...aisey. terpaksa ponteng satu slot KMM pasal kaki terseliuh. lebam katanya kaki dia. Tapi yang bagusnya, kawan2 KMM dia walaupun baru ja kenal, sanggup pergi ke bilik nak tolong papah ke klinik... hmm, itulah ukhwah namanya. Ingat jasa kawan2 tu Affah !!!

AIN ni aku kadang2 panggil dia cikgu pasal dia ada isi borang ke maktab. Seorang yang tak banyak cakap. Tapi tetap akan bercakap kalau terpaksa. Hmmm, macam mana skarang Ain ??? jadi ka nak ke maktab. ?? haaa... kalau nak jadi cikgu, tak boleh simpan suara tu.. nanti murid2 tak dengar.. OK ??

SYAZWINA @ wina.. ex- SMKA kat Terengganu kalau tak silap. Seorang yang pendiam dan pemalu. Tak banyak cakap dalam kumpulan, kecuali kalau diminta. Tu pun, cakap sikit ja.. mungkin masih segan2. Dan, wina paling muda dalam KMM104 pasal lahir tahun 1991 ((hmm, teringat tazkirah pendek yang wina bagi.. mmg pendek. Takpa, lepas ni panjangkan skit ye dik ???))

MIMI.... satu yang aku ingat pasal mimi ni..... dia hilang beg dengan isi2 beg sekali.. 2 hari xdak beg. Tapi walaupun beg hilang, tetap nampak cool ja.. (dalam tak tau la..). At last, dapat beg baru.. (( jaga beg tu dik. Jangan hilang lagi.. tak dapat dah lepas ni))

ARSHA.. salah satu faktor yang menceriakan KMM104. gaya dan cara percakapan yang unik dan selamba. Agak terhibur dengar cara Arsha ni cakap. Dan, satu benda yang jadi ‘treat mark’ dia, nasi goreng kampung campur belacan.. makanan kegemaran dia. (( kurangkan sikit makan belacan tu dik oiii.. resdung plak nanti ))

Satu2nya chinese student dlm KMM104, KIM LING. Katanya, 1st time belajar dengan kaum lain. Tapi dia kata bole adapt dan agak seronok pasal kawan2 sporting dan baik2 belaka. Hmmm, aku suka tanya soalan kat dia pasal dia sorang2 ja non-malay. Respon yang Ling ni bagi pun bagus. So, adik2 lain, tolong jaga Ling yang sorang nie. Jangan sampai dia rasa terasing berada dalam KMM. Ok ???

HIDAYAH.. dalam KMM104 ada 2 orang nama Hidayah. Nie salah sorang la.. kadang-kadang konfius gak. Tapi masih bole dibezakan. Hmm, hari tu ada isi borang rakan masjid kan ??? dah dipanggil ka belum ?? aktif2kanlah diri kat masjid. Sumbang la kat masyarakat kolej tu walau sikit.. OKIIES...

Ni sorang lagi Hidayah... dia suruh orang panggil IDA. Hmm, baru teringat. Hari tu si Ida ni ada mintak no phone dan birthday kawan2 KMM dia. Lupa la nak bagi dik..!! time message hari tu tengah dok ada program. Insyaallah satu hari nanti (bila tu ??), akan dapat gak....tunggu la ek ???

Next, namanya ADLINA.. panggil Ina saja. Aku selalu konfius Ina dengan Ain.. dalam kumpulan duduk sebelah2. muka nampak macam sama.kadang2 tertukar-tukar orang . Hmm, pandangan peribadi ja.. Ok gak ina ni bagi respon dalam kumpulan. Apa lagi ek ek??? Rasa2nya suka makan tomyam kot..huhhu.

ATIQAH... yang ni pun nama sama dengan penolong ketua KMM104. Cuma ejaan saja yang beza.. makanan kegemaran dia..... ala, dah lupa. Seorang yang tak banyak berbicara dalam kumpulan. (( aktif2kn diri dik!! ))

Sorang lagi yang nama AINI pun dah ingat2 lupa macam mana. ((sorry yer dik !!)).. tapi wajah dan tempat duduk dalam kumpulan LDK tu masih ingat lagi... ala, tak banyak yang bole diberitahu..

Last but not least, FAIZAH. Satu2nya pelajar Program 2 tahun (PDT) dalam KMM104. merupakan S/U KMM104 dan yang paling senior antara adik2 nie. Katanya tak kisah berada dengan sekumpulan adik2 yang tak sebaya. Al-maklum la, kekadang bila senior skit, macam2 perasaan timbul dengan junior. Hmm, baru ja dilantik jadi S/U, terus diberi kerja. Bagus2, at least dapat belajar s’thg.. (( S/U penting untuk gerakkan organisasi yup))

HMMM, tu la serba sedikit pasal adik2 KMM104. walaupun sempat bbrpa hari ja dok sekali dalam kumpulan, rasa seronok sangat. Dan aku sempat buat satu aktiviti sebab ganti mentor yang tak dapat hadir. semua bagi respon yang baik. Modul bangkai ikan paus. Harap adik2 KMM104 ingat lagi pasal modul tu… korang semua bertengkar dan menyalahkan antara satu sama lain tu bukan tak bersebab melainkan untuk sedarkan semua yang benda yang berlaku di sekeliling kita nie kita kena ambil cakna dan jangan hanya harapkan orang lain saja yang buatkan….. OK ????

AKHIR KALAM….. Semoga maju jaya diucapkan kepada semua.. Insyaallah kalau panjang umur dan ada peluang, kita jumpa lagi ( tu pun kalau nak la..).

ASSALAMUALAIKUM.................................