Alhamdulillah..
Selesai sudah Hari Interaksi Persatuan Mahasiswa Islam USM “jalinan kasih ‘08” yang telah berlangsung di Dewan Utama Pelajar A (DUP A) dan DUP B.
Walaupun kehadiran para peserta tidak seperti yang diharapkan, tetapi majlis alhamdulillah tetap berlangsung dengan sempurna.
Sejak pagi, aku dah mula disibukkan dengan kerja2 teknikal. Pagi tu, aku pergi layan sekejap sahabat dari KELAB KUNGFU USM, pasal aku yang jemput depa.. then lari sekejap ke tempat lain..Sunah orang yang berkereta..mesti tugas dia kena ambil makanan.. itulah kerja aku.
Dari pagi, pergi isi air ’water cooler’ di pusat islam (muslimat tak mau guna air paip biasa). Bukak paip ’water cooler’ tu, then tinggal jap sementara tong air nak penuh. Lepas tu pergi desa saujana nak ambil bihun...bihun tak siap lagi. Pergi la pulak ke desa tekun nak ambil air teh. Air teh pulak tak buat lagi pasal tak dak bekas.. so, mintak la sorang sahabat ni tunggu. Aku pun berlari ke DUP pasal taichi dah nak start. Baru lari sikit, dah semput. Batuk yg tak sembuh-sembuh sejak seminggu makin menjadi-jadi. Terduduk aku dibuatnya. Arrgghhh..sesak nafas aku...
Then, dengan tabah aku terus ke tapak taichi. Hmmm, apa taichi2 niie. Sebenarnya PMIUSM menjemput wakil daripada Kelab Kungfu USM untuk ’conduct’ (dengan izin-macam dalam parlimen plak), acara senaman pagi, iaitu taichi (actually TAIJI bak kata Phei Voon, wakil Kelab Kungfu.)
Tak dapat bersama-sama bertaichi, aku teruskan tugas kedua aku... camera-man. Sunah orang ada kamera, kena la tangkap gambaq.
Asyik aku memetik kamera, tetiba teringat kat air yang entah dah penuh, entah belum. berlari aku, pinjam motor sahabat ke pusat islam.. nak dijadikan cerita, tayar motor pancit di tengah jalan. ”berbekalkan kata2, tak melayu hilang di dunia” (sbnarnya takdak kena mengena pun), aku naik gak motor tu..malas nak turun. Semput tak hilang lagi, takkan nak tolak plak motor tu. Sekerat jalan, aku terpaksa akur. Orang tak sudi, kita jangan paksa.. Motor itu ku tuntun juga akhirnya. Sampai pusat islam, rupa-rupanya, belum sempat aku tutup paip air tu, dah ada orang yg tutup dulu sblum penuh. Alhamduulillah..
Patah balik ke padang kawad, tempat buat taichi.. harapan, nak la join kejap taichi tu. Tapi baru nak masuk barisan, niat terhalang..so, aku masuk la bulatan.. (opsss, sasul plak.).. aku dipanggil untuk pergi ambil makanan..
Sunah kereta kecik, mesti la bergoyang-goyang… hari ni saja, bermacam rempah ratus dan perasa ditambah ke dalam kereta aku. Mula-mula teh tumpah.. bertakung kat seat depan.. lepas tu air yang ditadah tadi landing plak kat seat belakang. Tengah hari skit, kuah gulai ayam pulak habis terpercik kat depan. Arrgghhh !!! habis kereta aku.... tapi takpa.. demi tugas, aku tak kisah.. biar pecah di perut, jgn pecah di mulut (hmm, ni pun xdak kena mengena)...
Habis taichi, rehat jap. Pastu sambung dengan treasure hunt. Tak sempat peserta nak panas enjin, hujan turun..mula2 renyai, ”kita teruskan”...kata penyelaras.. bak kata PM, ’saya pantang dicabar’..hujan turun makin lebat. So terpaksa la panggil smua masuk balik ke dewan. Dalam dewan, akak PALAPES yang turut kami jemput handle kejap program. Habis kena penderaan fizikal para peserta tu. Maklum la, bakal tentera malaysia yang handle. Hujan kat luaq mula malu untuk turun lagi. Pimpinan decide, sambung treasure hunt tadi... maka bertebaran lah skali lagi para peserta tu..chaiyok2....
Bagai melepaskan batuk di tangga, aku duduk rehat jap sambil batuk2.. Ya Alllah, besar rupanya nikmat kerehatan yang Allah bagi kat kita. Macam tu la manusia (terutamanya yang dok menulis ni), bila senang, jarang-jarang ingat kat Allah, bila dah sibuk, susah..baru nak menadah.. ”maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan” (ar-rahman)
Selesai makan tengah hari dan solat, acara rasmi dimulakan..afdalnya mula majlis dengan doa.. so, sunah Mantan persatuan, kena la aku baca doa..doa tu sama dengan doa yang aku baca masa perhimpunan harian kat sekolah dulu (tak sempat nak buat teks doa).then.. pengenalan kepada Persatuan Mahasiswa Islam USM, pengenalan kepada pimpinan PMIUSM, pengenalan Biro-biro PMIUSM, pelancaran MY FAMILY, penerangan sistem tarbiyyah PMIUSM dll.. ada la selit dulu dgn ucapan..
Hmm, time ni aku rileks skit.. dok kat belakang, aku main internet.. sempat gak aku siapkan satu lagi blog baru.. NANTIKAN KEMUNCULANNYA !!!!! AKAN DATANG.... sekali sekala, aku sambung kontrak yang tak selesai lagi.. kamera-man...
Acara last, yang agak best.. penyampaian hadiah.. kenapa best ?? pasal sedang asyik aku dok ambil gambar para pemenang treasure hunt dan kuiz.. sampai pulak penyampaian hadiah pertandingan teka bilangan kacang sempena hari pendaftaran persatuan hari tu..
“pemenang pertama : HISYAMUDDIN BIN KAMARUDIN…” sapa ??? aku la...
Jumlah kacang dalam balang tu smuanya ada 521 biji. Para pemenang ialah yang meneka dalam lingkungan +- 40 biji. Tapi jumlah yang aku teka....521..hahahah... mesra, cepat, tepat.. kawan2 mula bersuara.. ’tak aci’ kata depa.. kenapa tak aci pulak ? mentang-mentang la aku salah sorang yang jaga kaunter PMI tu, aku dikatakan dah tau jawapan bilangan kacang tu.... hmm, kalau dah nasib baik tu, dan kalau dah jodoh.tak ke mana.. rezeki aku kot..ALHAMDULILLAH.. Habis smua.. ada skit tayangan video. Then beberapa benda lain... dan BERSURAI.... solat asaq..
thanks to Ihsan..MC majlis hari tu, yang berjaya membawa majlis dengan sempurna..
Bak kata orang, patah tumbuh, hilang berganti... barang2 kena la kemas balik..(tak dak kena mengena dgn simpulan bahasa tu..)..begitulah bagaimana aku mengharungi 1 hari yang bermakna..
(mungkin ada beberapa perkara yang tak sempat n tak dapat nak diceritakan kat sini..)..kepada junior2 aku yang tak pergi... tunggu korang. !!!!!...
-end-
Raudatus solihin
4 ogos (isnin)
1.08 am
---mengantuk---
No comments:
Post a Comment