Sunday, September 14, 2008
satu hari di hari puasa
Balik KL pagi tadi, dari Sungai Nibong, aku naik bas ke Gelugor. Then, aku berjalan masuk ke taman untuk balik ke rumah. Bukan tak dak kawan2 yang boleh ambil, saja x nak menyusahkan. Lagipun, dah lama aku tak bersenam. Udara pagi yang nyaman dan segar sangat sesuai untuk lakukan sedikit senaman..huhuhu..
Perjalanan x la jauh sangat, mungkin dalam 1-2 kilometer, mungkin lebih skit. Keadaan yang sunyi sepi dan syahdu tu, banyak membuatkan aku terfikir. Terfikir tentang keadaan diri, terfikir tentang kebesaran Ilahi, terfikir masa depan, terfikir tentang penciptaan langit dan bumi, terfikir dan terfikir.
Tak ada apa yang nak dilakukan, mulut mula mengalunkan zikir. Subhanallah, Alhandulillah, La Ilaha Illallah, Allahuakbar !! alunan pertama hanya alunan berlagu tanpa penghayatan. Sekadar pergerakan mulut, tapi tak bisa menggoncang jiwa. Seolah-olah tiada makna. Aku mula menafsir maksud setiap zikir dalam hati, kemudian fikirkan tentang diri.
SUBHANALLAH.... Maha Suci Engkau Ya Allah. Suci dari sebarang sifat keji, suci dari sebarang sifat kekurangan, suci dari sebarang persamaan dengan makhluk. Aku hanyalah seorang hamba yang hina, yang penuh dengan kekurangan, penuh dengan kehinaan, penuh bergelumang dengan dosa dan maksiat. Ampunkan aku Ya ALLAH !!!!!
ALHAMDULILLAH... segala Puji-pujian selayaknya untukMU Ya ALLLAH. Engkaulah yang menciptakan diriku, Segala pujian buatMU. Engkaulah yang menciptakan langit serta bumi, segala pujian hanya untukMU. Engkaulah yang memiliki hati2 ini, segala yang ada di langit dan bumi, dan engkau jualah yang mentadbir hari kiamat. Segala pujian hanya untukMU. Aku hanyalah insan yang dipenuhi sifat2 keji. Penuh dengan kekurangan, penuh kehinaan dan penuh dengan dosa2. Ampunkan aku Ya ALLAH..!!!!
LA ILAHA ILLALLAH.... Tiada Tuhan yang Disembah Melainkan Engkau Ya ALLAH.. engkaulah Tuhan Yang Esa, tiada dua, tiada tiga. Tiada anak dan juga tidak diperanakkan. Dan tidak layak bagi engkau akan sekutu dengan sesiapapun. Hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau Kami memohon pertolongan. Ampunkan aku YA ALLAH ¡!!!
ALLAHUAKBAR…. Allah Maha Besar. Engkaulah Tuhan yang Maha Agung, memiliki segala kebesaran, segala kemuliaan, dan keagungan. Aku ini hanyalah hambaMU yang kerdil. Siapalah aku pada pandanganMU Ya ALLAH. hambaMu ini hina, serta penuh dengan dosa2. Ampunkan aku Ya ALLAH.
Terus aku berjalan. Terasa betul2 tenang dalam kegelapan pagi. Tanpa disedari, mengalir air dari mata yang penuh dengan maksiat serta dosa kepada penciptaNYA. Menangislah wahai sahabat, selagi kita mampu untuk menangis. Menangislah dihadapan Allah. merintihlah dihadapanNYA, kerana salah satu golongan yang dijanjikan naungan Allah pada hari yang tiada naungan selain naungan Allah ialah seorang yang ingat kepada Allah dalam keadaan bersendirian, kemudian basah matanya kerana teringatkan Allah, teringatkan dosa2nya. Siapalah kita untuk mengharapkan syurga Allah dengan amalan2 kita. Hanya kasih dan redho Allah yang mampu selamatkan kita daripada azab ALLAH..
Hmmm, sambung perjalanan.. Sekali-sekala, terganggu perjalanan aku dek salakan anjing2 yang jealous dengan aku pasal anjing2 tu kena kurung. Haha… seekor anjing tu, besar sangat. Berdiri di tembok dengan separuh badan melepasi tembok. Aku jadi cuak, takut kalau2 anjing tu lompat dan kejar aku. Dah la beg berat dok usung laptop.. lupa sekejap aku pada Allah. tak dak rasa nak mintak perlindungan daripada Allah. yang aku ingat, aku kena jalan dengan hati2, buat muka bodoh depan anjing tu, then lepas dengan yakin aku selamat.
Dasar nama anjing, memang suka gempaq orang. Bila rasa dah save, aku terfikir balik. Kenapa aku takut sangat tadi dengan anjing tu. Kenapa tak dak langsung rasa nak mengharap pertolongan daripada Allah, nak mintak berlindung kepada Allah, bertawakal kepada Allah. Yang aku ingat, aku dengan anjing tu.. hadir rasa bersalah dalam diri. Tak patut macam tu. Anjing tu makhluk saja. Allah yang lebih berkuasa. Tapi harapan tu aku letakkan atas usaha aku mengelak anjing tersebut, bukan atas dasar tawakal kepada ALLAH.. apabila seorang hamba terlalu yakin dengan usahanya, tanpa ada sifat tawakal, maka dia akan membesarkan dirinya bila dia berjaya. Bukan dalam soal mengelak anjing saja. Apa2 la...
Lepas nie, aku tak boleh macam tu lagi. Aku yakin kat depan masih banyak lagi anjing yang akan aku jumpa. Belum lagi aku lalu depan rumah ‘shiro’, anjing putih yang slalu kejaq motor aku. Aku bertekad dalam hati. Tawakal aku letak sedalam2nya kepada ALLAH. Tapi usaha kena ada jugak. Aku kutip satu kayu panjang, then mula praktis silambam. Mana tau kalau2 ada anjing yang datang dekat, aku hayun la kayu tu..
Jalan dan terus berjalan. Ternampak aku ada sekor anjing yang buat samseng, duduk tepi jalan. Mundar-mandir tanpa jawatan (MANTAN). Aku dah prepare. Tawakal banyak2. kalau anjing tu kejar, aku hayun... lebih kurang 10 meter dari anjing tu, tetiba lalu la satu motor nie. Kawan aku baru balik masjid. Huh !!! lega... akhirnya sampailah aku dengan selamat kat rumah..Alhamdulillah.....
Tengok !!! apabila kita letakkan tawakal dalam perkara yang nampak remeh, Allah akan datangkan pertolongan kepada kita. Aku yakin dengan perkara tu. Apatah lagi perkara2 dan soal2 yang lebih besar dalam hidup kita. Jangan kita lupa perkara tersebut...
Demikian, satu perjalanan pendek yang penuh dengan makna bagi aku. Lepas nie aku cadang nak berjalan lagi...huhuhuuh...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment