Tuesday, October 14, 2008

laksamana Sunan??




laksamana Sunan?
anda kenal dengan pendekar nie?
yng pernah mengalahkan laksamana Hang Tuah, pernah juga mengubah Si Ratu daripada seorang penyembah dan pemuja syaitan kepada seorang hamba yang taat kepada Pencipta dan menjadi seorang isteri yang mengasihi si suami. malah ramai musuh yang menjadi sahabat?

benarkah? siapa mamat Sunan nie.

tak pernah dengaq pun. hatta dalam buku sejarah SPM pun x pernah ada nama dia. So, apa yang aku merepek? haaa!!! kalau korang tak pernah dengaq nama sheikh nie, korang mmg rajin belajaq... tu la..rajin sangat sampai tak pernah meluangkan masa untuk membaca novel..

bukan nak jadi promoter, but aku sangat suka dengan watak Laksamana Sunan. seorang pendekar melayu yang menuntut ilmu agama dan persilatan di tanah Aceh.

walaupun handal bersilat, tapi tawakkal terhadap Allah yang terlalu tinggi menyebabkan dia dapat kalahkan setiap musuh. pendekar berjiwa sufi. penghayatan terhadap sifat kesufian tu menyebabkan aku teringin benar nak jadi macam dia. nak jadi pahlawan tu, mmg la tak bole.tapi jiwa sufi tu yang cuba untuk aku hayati.

dalam hati hanya ada Allah...
setiap pekerjaan hanya untuk Allah..
setiap ujian, berserah hanya pada Allah..
setiap kemenangan, puji2an hanya untuk Allah..

itulah yang ada dalam jiwa seorang sufi. bukan sufi yang melampau batasan sehingga mengaku bersatu dengan tuhan, tetapi sufi yang dalam hatinya tiada cinta lain selain cinta tuhan. seperti cinta Rabiah kepada tuhannya.

Ya Allah,
tatkala aku bersujud kepadaMU,
tatkala wajahku tunduk hina di hadapanMU,
tatkala air mata mengalir keranaMU,
tatkala hati merintih, merayu kepadaMU,
tatkala badan bergetar, takut kepadaMU...

tatkala itu Ya Allah..
hatiku tandus dan gersang..
hanya mengharap secebis cintaMU..
hanya mengharap belas dan kasihMU,
hanya mengharap redhoMU..
hanya mengharap pengampunan dariMU,

kerana sesungguhnya, cintaMU, kasihMU, redhoMU dan pengampunan dariMU..
hanya itu saja yang bisa memberi kebahgiaan kepadaku..
kebahgiaan yang hakiki,
kebahgiaan yang sejati,
kebahgiaan yang kekal selama-lamanya..

amin..

P/s :- rugi kalau korang tak baca novel2 nie. (bagaikan puteri>cinta sang ratu>hijab sang pencinta)

3 comments:

bicara tentang bulan said...

salam.. ana dah baca suma novel2 2.. dan memang rugi kalau x baca dan kalau x beli.. ana jumpa novel bagaikan puteri 2 masa kat matriks, kawan yang promote.. bila baca.. rasa macam ada kat dalam novel 2 pulak.. memang rugi kalau x baca... rasa terlalu kerdil bila membayangkan diri dengan Laksamaan sunan @ saifuddin.. hamba yang taat, Umat Nabi yang warak, anak yang soleh, sahabat yangg seta, suami yang penyayang, dan figure yang digambarkan oleh Ramlee awang murshid terlalu sempurna..bila dah pegang novel ramlee Awang Murshid memang x leh lepas..

Anonymous said...

sye pn dh bace novel ni. mmg dh lme 2ggu novel ni kuar. abis je bce novel cinta sang ratu, trus g kat tiap2 bookstore, tgk kalo2 buku ni dh kuar lum.
mmg sye x ske novel cinta2, tapi novel ramlee awang murshid laen dr yg laen. bg hiburan n peringatan dlm mase yg sme. n btuahnye kalo org cm laksamana sunan btol2 wujud kat dunia ni.
x sgka lak abg bce gak novel ni... ingtkn laki xlayan novel. hehe...

Unknown said...

hahaha.....bagus tul abg syam..
menarik skali penerangn mengenai sunan...
hmm...ana rs ada 1 satu lagi buku yg amat menarik utk dibaca(sbg cadangn je)
1515-faisal tehrani

dalam buku ni sdkt sebyk menceritakn betapa kejamnya penjajahan portugis pada tahun 1515...then bagaimana Melaka yang pada suatu masa dikenali sbg serambi mekah bole jatuh ke tgn alfonso albuqueqre (btl ke eja ni) dceritakan bahawa pada waktu tu 100 perawan kehilangan dara...dan jg betapa busuknya hati pemimpin waktu tu shggakan waktu perang pun bole mendengki....wallahualam..try ar baca
p/s:ada gak cerita pasal masjid2 yg dirobohkan utk dibina kota Afamosa..yg ni antara sejarah yg dipadam...