Seorang kawan pernah bertanya kepadaku, bagaimana untuk dia berubah, sedangkan untuk meninggalkan ‘perkara’ yang sering dilakukannya itu adalah sangat berat. Seolah-olah sudah sebati, menjadi darah daging kepada dirinya.
Aku menjawab “Untuk kita berubah, yang pertama perlu kita tinggalkan dulu ‘perkara’ yang menyebabkan kita dikira sebagai berdosa. Tapi, yang lebih penting ialah kita memohon ampun daripada Allah terhadap perkara yang kita lakukan tersebut. Walaupun kita tak boleh atau terlalu sukar untuk tinggalkan ‘perkara’ dosa tersebut. setiap kali kita buat dosa, setiap kali itu juga,kita kena ada rasa menyesal dalam diri. Kemudian, kalau kita ulang lagi perkara tu, kita kena minta ampun lagi daripada Allah.”
Kemudian aku ceritakan kepada kawanku ini tentang satu kisah.....
seorang yang baru memeluk islam memberitahu kawannya bahawa dia tidak dapat meninggalkan perbuatan meminum arak dan maksiat yang lain yang diamalkannya sewaktu sebelum memeluk islam. Lalu kawannya menjawab. “lakukanlah apa yang kau nak lakukan, tetapi setiap kali kau lakukan perkara tersebut, mohonlah ampun daripada Allah atas perbuatan engkau tersebut.” Dengan jawapan tersebut, kawannya yang baru memeluk islam menganggap bahawa islam agama yang sungguh mudah. Lalu dia teruskan perbuatan-perbuatan maksiat, dan setiap kali dia melakukannya, dia akan memohon ampun daripada Allah. Kejadian tersebut berulang-ulang sehingga tiba waktu, dia berasa malu dan hina dengan Allah. “Aku melakukan dosa, dan setiap kali itu jugak aku memohon ampun. Kemudian, aku ulang semula dosa tersebut. Adakah keampunan yang aku pohon tersebut akan diterima.” Akhirnya, lelaki tersebut meninggalkan segala perbuatan-perbuatan maksiat, atas kerelaan hatinya.
"Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan"
(Asy-Syura: 25)
Andai kata pemuda tersebut dengan lantangnya melarang perbuatan-perbuatan sahabatnya yang baru memeluk islam, tentu sukar untuk dia melaksanakan kesemuanya lantaran perbuatan tersebut telah sebati dalam dirinya. Namun, perkara yang ditekankan ialah TAUBAT. Ya!!! Bertaubat dan memohon ampun.
Taubat ialah kembali kepada kepada Allah dengan meninggalkan maksiat kepada Allah. Namun, persoalan yang timbul ialah:-
Berapa kali perlu aku bertaubat?
Jika aku ulang perbuatan maksiat selepas bertaubat, adakah taubatku tersebut diterima oleh Allah.?
Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas daripada melakukan maksiat dan dosa sama ada dosa kecil ataupun dosa-dosa besar. Hari-hari kita sentiasa dipenuhi dengan anasir-anasir yang bisa ‘membuahkan’ dosa.
Mata kita, mana mungkin terlepas daripada memandang perkara-perkara yang tak sepatutnya.
Hati dan fikiran kita, mana mana mungkin terlepas daripada memikirkan perkara-perkara yang dilarang oleh agama.
Tangan kita, kaki kita, telinga kita, dan seluruh panca indera kita, semuanya merupakan agen-agen pengumpul dosa setiap hari. Maka semua ini memerlukan kepada taubat, iaitu dengan beristighfar kepada Allah.
Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam sendiri yang dijamin diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang memohon ampun daripada Allah. Sabda Baginda :-
" Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah. Sesungghnya aku bertaubat kepada Allah sebanyak tujuh puluh kali dalam sehari.(HR Muslim)
Bagaimana pula dengan kita? Insan yang sering saja terpalit dosa, tercalit noda. Semestinya kita perlu lebih banyak memohon keampunan kepada Allah berbanding Rasulullah. Namun apakan daya, beristighfar selama 5 minit terasa begitu lama jika dibandingkan dengan menyanyi selama 1 jam. Tidak terkecuali diriku sendiri. Apa yang penting, kita perlu selalu memohon keampunan walaupun dalam sehari kita hanya ’sempat’ untuk mengingati Allah dalam masa 5 saat.
”setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah orang yang bertaubat.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Ulama’ telah meletakkan syarat-syarat taubat. Antaranya ialah meninggalkan dosa, menyesali dosa yang dilakukannya, berniat tidak mengulanginya lagi serta mengembalikan hak-hak orang yang dizaliminya atau meminta halal darinya.
Namun, adakah dengan kita mengulangi perbuatan dosa tersebut menyebabkan taubat yang kita pohon tidak diterima?
Ulama’ berbeza pendapat tentang hal tersebut. Ada yang mengatakan bahawa sekiranya yang dipohon ampun itu adalah suatu dosa, dan yang diilakukan sesudah itu adalah dosa yang lain, maka taubatnya itu diteriima. Tetapi jika dia mengulangi perbuatan yang sama sesudah dia bertaubat, maka taubatnya itu tidak diterima.
Ulama’ lain pula berpendapat, walaupun yang diulangi tersebut adalah perbuatan yang dia kesali sebelum ini, taubatnya itu diterima sekiranya dia sungguh-sungguh menyesal atas perbuatannya. Allah berfirman :-
“Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang telah melakukan perbuatan melampau batas ke atas diri-diri mereka, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni keseluruhan dosa, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”
(Al-Zumar:- 53)
Hal ini juga disabdakan oleh Baginda Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam :-
Dari Abu Hurairah r.a
"Seorang hamba melakukan dosa, dan berdoa: Ya Tuhanku, aku telah melakukan dosa maka ampunilah aku. Tuhannya berfirman: hamba-Ku mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu. Kemudian waktu berjalan dan orang itu tetap seperti itu hingga masa yang ditentukan Allah SWT, hingga orang itu kembali melakukan dosa yang lain. Orang itupun kembali berdoa: Ya Tuhanku, aku kembali melakukan dosa, maka ampunilah dosaku. Allah SWT berfirman: Hamba-Ku mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan Yang mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu. Kemudian ia terus dalam keadaan demikian selama masa yang ditentukan Allah SWT, hingga akhirnya ia kembali melakukan dosa. Dan ia berdoa: Ya Tuhanku, aku telah melakukan dosa, maka ampunilah daku. Allah SWT berfirman: Hamba-Ku mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan Yang mengampuni dan menghapus dosanya. Maka Aku telah berikan ampunan kepada hamba-Ku, (diulang tiga kali) dan silakan ia melakukan apa yang ia mahu"
(hadis riwayat: Bukhari dan Muslim)
Allah sentiasa memberi pengharapan kepada hamba-hambaNYA untuk kembali kepadaNYA dengan memberi ruang dan peluang yang seluas-luasnya kepada hamba-hambaNYA. Hal ini kerana Allah lebih mengetahui sifat kita sebagai makhluk yang diciptakanNYA. Jadi, mengapa kita tidak pernah menghargai peluang yang diberi oleh Allah. Selagi mana hayat di kandung badan, dan selagi mana dunia tidak kiamat, pintu taubat sentiasa terbuka untuk seluruh manusia.
"Sesungguhnya Allah Ta'ala selalu membuka tangan-Nya di waktu malam untuk menerima taubat orang yang melakukan kesalahan di siang hari, dan Ia membuka tangan-Nya di waktu siang untuk menerima taubat orang yang berbuat salah di malam hari. Begitulah hingga matahari terbit dari arah barat."
(H.R. Muslim)
Kita telah diberi peluang. Seandainya kita sengaja mengabaikan peluang tersebut, nescaya kita termasuk di kalangan orang-orang yang menzalimi diri sendiri seperti dalam firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 11 yang bermaksud :-
"Dan barang siapa yang tidak bertaubat maka mereka itu merupakan orang-orang yang zalim. "
Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang mengatakan sesuatu yang buruk kepada sesama manusia, namun setiap dosa itu sama ada dosa mengata yang buruk ataupun dosa maksiat, semuanya perlu dibersihkan dengan taubat. Dan orang yang tidak bertaubat, Allah sifatkan sebagai menzalimi diri sendiri.
Malaikat imannya statik. Tidak akan pernah mengkhianati amanah yang Allah. Namun, manusia bukannya malaikat. Manusia diciptakan bersama-sama mereka ialah nafsu serta sentiasa dilingkungi oleh hasutan-hasutan syaitan. Maka, sebab itulah seandainya manusia berjaya mengekang kedua-dua nafsu dan syaitan, darjatnya adalah lebih tinggi berbanding malaikat.
Namun, atas faktor nafsu dan syaitan, serta lemahnya iman inilah yang menyebabkan manusia selalu sahaja tersasar dari landasan yang telah ditetapkan oleh Allah. Walaupun telah bersungguh-sungguh menyesali perbuatan lampau, namun dek kerana lemahnya iman serta pegangan, manusia kembali melakukan perbuatan yang pernah ditaubatinya.
Terdapat empat kategori manusia yang memohon taubat.
Golongan pertama ialah orang yang melakukan maksiat lalu bertaubat dari maksiat tersebut dan terus kekal dalam kebaikan. Taubat inilah yang disebut sebagai taubat nasuha, taubat semata-mata kerana Allah. Golongan ini memiliki nafsu al-Mutmainnah iaitu jiwa yang tenang dan redha dengan ketentuan Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud :
“wahai jiwa yang tenang (suci). Kembalilah kepada Tuhanmu dengan (hati) yang redha, lagi diredhai di sisi Tuhanmu.” (al-Fajr, ayat 27-28)
Golongan kedua pula adalah orang yang telah bertaubat kepada Allah dan melakukan amal kebaikan tetapi masih terikat melakukan dosa-dosa kecil yang tidak dapat dielakkan. Apabila ia melakukan dosa, ia segera bertaubat. Mereka ini mempunyai nafsu lawwamah iaitu nafsu yang mencela kejahatan dan tidak menyenanginya.
Golongan ketiga adalah golongan yang bertaubat dan terus kekal dalam keadaan bertaubat sehingga pada suatu ketika dia tidak mengawal diri lalu terjebak semula ke dalam maksiat. Walaupun begitu dia tidak pernah lalai dengan melakukan ketaatan kepada Allah. Nafsu ini dikenali sebagai nafsu musawwalah yang bermaksud nafsu yang memperdaya.
Perkara ini dirakamkan oleh Allah dengan firmanNya yang bermaksud :
“dan sebahagian mereka yang lain mengakui akan dosa-dosa mereka. Mereka mencampuradukkan amal-amal yang baik dengan amalan yang buruk. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (al-Taubah, ayat 102)
Dan golongan keempat adalah golongan yang bertaubat dari melakukan kemaksiatan tetapi hanya seketika. Kemudian dia kembali melakukan dosa-dosa tanpa bersegera untuk bertaubat malah terus bergelumang dengan maksiat. Mereka ini termasuk dalam golongan nafsu Ammarah, iaitu nafsu yang mengajak melakukan perbuatan keji dan menjauhkan diri dari melakukan kebaikan.
Mari kita menghisab kembali diri, adakah kita merupakan golongan pertama, kedua, ketiga ataupun yang keempat. Andai kita berada dalam golongan keempat, atau mungkin juga kedua atau ketiga, sedarlah bahawa, mati itu pasti dan akan datang tanpa pernah kita undang. Andai masih menangguh untuk bertaubat dan memohon ampun atas segala khilaf, ditakuti kita akan menjadi golongan yang menyesal di kemudian hari.
”dan (alangkah ngerinya) jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata), ”Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan kami telah mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh. Sesungguhnya kami adalah orang-oorang yang yakin.”
(As-sajdah :12)
Kesempatan yang masih kita peroleh ini, ambillah peluang untuk kita kembali muhasabah diri. Sudahkah kita memohon keampunan Allah ada hari ini. Rasulullah menasihatkan kita supaya sentiasa memperbaharui iman dengan ucapan syahadatain. Mungkin tanpa disedari, kita ada melakukan dosa kepada Allah mahupun kepada sesama makhluk.
Segala nasihat, adalah untuk diri dan juga untuk semua. Semoga, kita semua tergolong dalam kelompok hamba-hambaNYA yang akan memiliki ‘nafs al-mutmainnah’, maka akan diseru di akhirat kelak,
“masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKU. Dan masuklah ke dalam syurgaKU.” (Al-Fajr :29-30)
Allahu’alam…
-aku hanya ingin berkongsi-
Hisyamuddin Kamarudin
25 Nov 2008 (11.33pm)
raudatus solihin
13 comments:
Assalamualaikum.
Nama sy hafizuddin.Sy dahulu pernah bercinta dengan seorang perempuan.Sy memang berniat ingin mengambil dia sebagai isteri.Tetapi sy membelakangkan agama bila bersama dia.semasa berdua duan dgn dia,sy pernah pegang tangan dia,dan menyentuh dia di tempat2 yang tidak sepatutnya.Tetapi tidaklah sampai ke tahap berzina dengan dia.Tapi sy tetap dikira melakukan awalan zina,menghampiri zina.Sekarang sy sngat menyesal dgn perbuatan saya.Sy mnta dia maafkan perbuatan sy dahulu,dan sy berjanji ingin mengambil dia sebagai isteri sy,kerana sy rasa bertanggungjawab atas segala perbuatan sy keatas dia,dan sy akan rasa bersalah kalau dia mengahwini lelaki lain kerana dia pernah disentuh oleh sy.Walau dulu dia janji igin terima saya sebagai suami,sekarang dia sudah tinggalkn sy dan ada teman baru.Saya rasa sgt menyesal dan bersalah,sy diburu oleh dosa2 lalu.Hati sy tidak tenang,sy takut jika dia tidak memaafkan kesalahan lalu sy.Sy juga berlaku zalim terhadap teman baru dia,kerana perempuan itu pernah disentuh oleh sy.saya kerap melakukan solat taubat.Minta Allah ampunkan dosa2 sy.Sy juga selalu doa spy Tuhan tetapkan prempuan itu sbgai jodoh sy,kerana sy ingin bertanggungjawab terhadap apa yg sy pernah lakukan terhadap dia.Minta pandangan saudara,apa langkah terbaik yg perlu sy buat,sy ingin jadi lelaki bertanggungjawab.bolehkan sy doa minta spaya hubungan dia dgn teman baru itu putus?dan berdoa spy dia berjodoh dgn sy?Sy inginkn ketenangan hati,seperti Firman Allah dalam surah al-Fajr,ayat 27-28.hati sy benar2 runsing sekarang..salam
waalaikumussalam..
saudara hafiz..saya bukanlah orang yang selayaknya memberi nasihat, tetapi saya cuba memberi pandangan..
yang pertama, syukur kepada Allah kerana Allah telah membuka hati saudara untuk bertaubat dan menyedari kesalahan lalu. semoga Allah bukakan juga pintu hati saya dan sahabat2 lain.
apa yang boleh saudara lakukan ialah berdoa kepada Allah supaya berikan yang terbaik kepada saudara dan juga gadis tersebut.
saudara sudah berubah, alhamdulillah... doakan juga gadis tersebut supaya berubah jika dia masih seperti dahulu.
saudara sepatutnya mendoakan kebahagian untuk saudara dan juga kebahagiaan untuk gadis tersebut. jangan sekali-kali mendoakan keburukan kepada orang lain.
kita tidak tahu perancangan Allah. mungkin gadis tersebut bukan yang terbaik untuk saudara, dan mungkin saudara bukan yang terbaik untuk gadis tersebut. yakinlah, Allah tidak menzalimi hamba2NYA.
"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mngetahui."(al-baqarah :216)
apa yang sudah berlaku, jadikan sebagai pengajaran untuk masa hadapan. namun jangan sampai perbuatan silam menyebabkan kita tidak dapat berubah menjadi lebih baik.
seorang perempuan yang pernah berzina kemudian dia bertaubat dan ingin mengahwini lelaki yang baik...tidak perlu dia memberitahu sejarah hitam hidupnya kepada bakal suaminya andai perkara tersebut bukan keperluan dan jika perkara tersebut hanya akan mendatangkan mudharat. tak perlu saudara ceritakan kisah silam saudara dengan gadis itu kepada teman baru gadis tersebut, kerana mungkin akan menyebabkan mudharat yang lebih besar.
saudara boleh meminta gadis tersebut untuk kembali kepada saudara, tetapi jika gadis tersebut enggan dan hendak bersama-sama teman barunya, saudara tidak boleh memaksa. doakanlah semoga gadis tersebut bahagia dengan lelaki itu. boleh jadi Allah mahu memberikan yang lebih baik kepada saudara.
saya tahu, memang sukar untuk melupakan insan yang pernah kita sayang. namun cubalah cari hikmah di setiap kejadian.
sampai bila saudara mahu 'dihantui' perasaan tersebut? lupakanlah perkara silam. berilah peluang kepada diri saudara untuk menerima insan lain. semoga insan itulah jodoh terbaik untuk saudara.
akhir kata dari saya...lupakanlah pengalaman lampau, dan binalah hidup baru.
saya doakan saudara temui kebahgiaan di dunia dan di akhirat...ameen
Terima kasih atas nasihat dan pandangan saudara. Saya cuma takut akan janji2 yg penah sy wat pd seseorang,tp x mampu tuk tunaikannya. Takut dituntut di alam 'sana' nanti.Semoga dia memaafkan kesalahan sy,dan Allah ampunkan segala dosa2 sy.Terima kasih byk2.Assalamualaikum.
sy dapat rasa sy termasuk dlm golongan ketiga yg saudara nyatakan kat atas...berat utk terima hakikat tu...tp itu realitinya...
assalamualaikum..sy nina(bkn nama sebenar)..sy mempunyai tmn lelaki yg sy sgt cintai.x pernah seumur hidup sy mendoakan seseorng itu utk mnjd suami sy kecuali dia.tetapi sepanjang percintaan kami,kami tlh melakukan byk perbuatan yg tidak sepatutnya..tidak lah sehingga berzina.setiap kali sy melakukan perkara tersebut sy akn rse bersalah terhadap Allah..namun apabila kami berjumpa perkara yg sama masih berlaku.sy rasa malu terhadap Allah..tetapi sy buntu utk melakukn ap lg.sy pernah cuba meninggalkn die tp hati sy tidak tenteram.kami juga pernah berbincang utk cuba tidak bersentuhan,namun ia hanya bertahan beberapa jam shj..satu lagi,sy mmg mahu bertaubat kpdNya ttp byk faktor yg ssh utk sy tinggalakn..antaranya cara pemakaian sy,tutur kata dan sebagainya.. sy mmg mahu meninggalkn pki pakaian yang menjolok mata tetapi dimana sy mahu memperoleh wang utk membeli pakaian yg lg lebih sopan dan menutup aurat kerana sy masih belajar..hampir kesemua bj sy tidak menutup aurat..sy juga bkn dr keluarga yg beriman.ibu bapa sy tidak ambil kisah sgt dgn pemakaian sy..jd agk susah utk sy berubah..tolonglah sy..sy berasa amat malu kepadaNya.
waalaikumussalam, saudari nina...
saya sebenarnya bukanlah yang terbaik untuk memberi nasihat, tetapi atas dasar tanggungjawab, saya cuba memberi pandangan.
(Dari Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasul SAW telah bersabda: "Hak orang muslim atas orang muslim yang lain ada enam perkara, jika engkau bertemu ucaplah salam kepadanya, jika dia memanggilmu, jawablah, jika dia meminta nasihat darimu, berilah dia nasihat, jika dia bersin dan memuji nama Allah, doakanlah baginya, jika dia sakit, ziarahkanlah dia dan jika dia meningggal, iringkanlah jenazahnya".)
tentang masalah saudari itu, saya nasihatkan supaya saudari mencari orang yang dapat membantu. memang sukar untuk kita berubah dalam keadaan kita berseorangan dan tanpa bimbingan, lebih2 lagi tanpa sokongan daripada keluarga. Berseorangan akan menyebabkan syaitan lebih mudah untuk 'menyerang' kita.
jika saudari masih belajar, luahkan masalah itu kepada ustazah yang saudari percayai, atau sahabat2 yang saudari rasa dapat membantu. jika saudari sudah berada di alam pekerjaan, carilah mana2 orang yang dapat membimbing saudari, tetapi sebaiknya wanita untuk mengelak perkara yang tak diingini. ramai yang dapat membantu. malah sahabat2 saya juga boleh membantu jika saudari inginkan.
dekatkan diri saudari dengan orang2 baik. jangan rasa kekok untuk bersama mereka. golongan ini bukanlah terlalu 'eksklusif' dan memandang hina orang yang tidak seperti mereka. kekadang persepsi kita terhadap golongan 'ustazah' ini menyebabkan kita tidak dapat mendekati mereka. buang persepsi tersebut.
bagaimana nak mencari golongan ini? mulakan di masjid atau pusat islam. atau NGO2 islam. mungkin Nisa'. saya cadangkan saudari layari web ini dan cari maklumat berguna di sana. http://www.webnisa.net/
itu yang pertama.
tentang masalah dengan teman lelaki, jika saudari rasakan lelaki itu yang terbaik untuk saudari, tak perlulah tinggalkannya, malah doakan supaya ditemukan jodoh. masalah berlaku apabila saudari berjumpa dengannya, jadi perkara terbaik ialah KURANGKAN ATAU ELAKKAN berjumpa dengannya berdua2an (walaupun di tempat orang ramai) sebenarnya islam memang melarang lelaki dan wanita berdua2an atas sebab2 yang telah berlaku keatas saudari.
perasaan rindu apabila tidak berjumpa memang akan wujud. itu fitrah kepada semua insan, cuma jangan terlalu melayan perasaan itu. jika benar saudari dan lelaki itu saling mencintai, mungkin saudari perlu memikirkan soal 'berkahwin' (??) sampai bila saudari akan merahsiakan hubungan saudari daripada keluarga?
Tetapi, disamping membincangkan persoalan di atas, perlu juga dipersoalkan tentang ibadah asas kita iaitu solat. adakah sudah sempurna solat lima waktu kita?. jika belum, saya nasihatkan supaya saudari cuba sebaik mungkin untuk selesaikannya terlebih dahulu. jika sudah, alhamdulillah tetapi kita masih perlu sentiasa memperbaiki solat kita kerana "solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar".
akhir sekali, saya nasihatkan kepada saudari dan diri saya supaya tambahkan ilmu kita tentang agama. ramai manusia melakukan kesalahan akibat kejahilan. inilah masanya untuk kita mengubah hidup kita. malah suatu hari nanti insyaallah masing2 akan berkahwin dan punyai zuriat. tanggungjawab kita untuk mendidik mereka. saudari mesti tidak mahu melihat anak saudari melalui keadaan seperti yang saudari lalui sekarang kan? jika saudari tidak suka ibu bapa saudari tidak pedulikan tentang hal agama terhadap saudari, mengapa saudari mahu biarkan anak2 saudari mengalami nasib yang sama.
Fikir2kanlah...
sekadar itu yang dapat saya bantu setakat ini. Allahu'alam.
Assalamualaikum .
saya A ( nama samaran ) , dan saya berumur sangat kecil , iaitu 15 .
Saya mengaku bahawa , saya telah melakukan pelbagai kesalahan . saya pernah memegang tangan perempuan , pernah mengusiknya , malahan menciumnya .
Adakah itu maksiat atau zina ? Saya sedar apa yang saya buat itu salah , jadi saya telah untuk bertaubat .
tetapi , taubat itu , kadang kadang, hanya utk seketika waktu .
Kadangkala , saya bertaubat dgn khusyuk sgt , dan ia bertahan paling lama 7 bulan . Sekali saya tertinggalnya , jadi lah mcm ini .
Saya kini kurang bertaubat , tetapi saya solat 5 waktu pada setiap hari , kadang kadang hanya 4 waktu .
saya ingin tahu , jika apa yang saya buat itu maksiat , adakah solat saya semua diterima ?
Saya still dgn perempuan itu , dan tidak ingin memutuskan . kami saling mencintai sama sendiri , tetapi kami hanyalah 15 tahun .
Penat saya mencuba utk menghalang dari berpegangan tangan , tapi sekali dia berada berhampiran saya , taubat dalam hati saya , jeng ! berubah .
Saya ingin mengekalkan hubungan kami , dalam masa yang sama , juga ingin bertaubat kepada allah dan cuba meninggalkan berpegangan tangan semua .
ada kah cara utk melaksanakannya ?
assalamualaikum
terasa indah pabila dpt tahu rmai kwn2 yg nk bertaubat dan ramai jgak yg nk meraih cinta manusia berdasarkan syariat Islam...tahniah utk anda...
Krn anda adalah org yg terpilih. Terpilih utk ape? Terpilih untuk menerima petunjuk dan hidayah dari Allah.
Bayangkn kwn2 yg di luar sane masih ramai lagi berlumba2 utk mencari hidayah allah tetapi anda yg di pilih.
nasihat ini bkn utk kwn2 shj tapi utk sy juga.. di pasaran byk terdapt buku2 yg mengajak dan mengajar kita dalam hal seharian salah satu nya percintaan..
percintaa itu sememangnya indah tp ianya akan jd kotor apabila terselit dengan benda2 yg x sepatut nya. bagi sy, utk mengelakkn dr perkara yg bkn2 dlm perhubungan slh 1 nya elakkn dr bjumpe..klu hndak berjumpe bawa lah teman utk mengelakkn fitnah.
selain itu....byk kn amalkn surah Al-Insyirah krn dengan izin Allah, Allah akn memberikn yg terbaik utk kita selagi kita bersama-Nya.
and then..kita kena byk kn mbaca buku ilmiah...bku yg mmbina dan berkwn lah dgn kwn2 yg mbina anda serta byk kn la bersantai bersama keluarga.
sy rse 2 jer yg sy dpt kongsi..sekiranya salah comment sy ni..harap perbetulkan..
semoga Allah mmberkati kita semua nya..Amin...
assalamualaikum....
sy x byk lh kongsi ngn anda sume tp sy happy sgt sbb rmai kwn2 yg nk betaubat
kita hdup utk mgabdikan dii kpd-Nya. utk mencari cinta yg hakiki. tp kita x mmpu utk menolak cinta kita kepada manusia yg berlainan jntina krn itu sememangnya fitrah.
tetapi Allah telah pn mengariskn panduan dlm kita meraih cinta manusia tanpa alpa dan leka kpd-Nya antara nya:
1) Hati dan iman kite kne kuat utk bertaubat
2) Dkt kn diri kpd Allah sbb Allah jer yg thu ape yg ade d hati n pkiran kite..
3) Kalu g kuar ngn pasangan..bwa lh teman..jgn g bdua wlupun g mkn. try la sbb sy penah mcuba bwa kakak sy keluar ngn pasangn sy.. perasaan sy selepas sy keluar 2 adalah lega krn sy telah pn mengurangkn bnda yg x baik yg mgkin akn blaku cntohnya mcm bpegang tgn..
4) kalu g kuar 2 g la ajak pasangan ke kdai buku...smbil 2 hadiah kn buku yg berfaedah utk kalian berdua... contohnya buku "BERCINTA DAN MERINDU MENURUT ISLAM" kalu nk lbih mnarik, beli buku yg ade sdikit gmbar2 utk mnggalakkan kita mmbaca..jgn sekali2 beli buku yg x berfaedah.
5) kalu dh tahap kritikal 2...elakkn la dr bjumpe slalu..
6) luang kn la masa kita ngn keluarga sbb dgn cara bgini hati kita akn rase tenang... amalkn konsep Baiti Jannati.
erm sy rse 2 jer kot. percayalah kalu niat anda ikhlas utk bertaubat, anda akn terasa jln utk menuju kpd Allah itu mudah sbb Islam adalah agama yg mudah.
skiranya ape yg sy tulis ni x btul atau salah please btul kn yer..
salam
to maya_sutera:
terima kasih atas perkongsian.
Betul seperti apa yg anda kata;
jika dalam hati ada rasa ingin bertaubat, sebenarnya itu juga merupakan 1 nikmat yg sangat besar daripada Allah.
Sahabat2 di luar, termasuk yg menulis sendiri tak pernah terlepas daripada dosa dan sentiasa perlu mengharapkan rahmat daripada Allah supaya tidak hilang rasa untuk bertaubat...
assalamualaikum
saya rasa diri saya lg teruk dari masalah atas.saya byk melakukan dosa-dosa besar dan maksiat dan berulang kali jugak saya bertaubat sehingga saya rasa malu ngan tuhan.saya ni dah la suami org dan membuat maksiat ngan istri org.terlalu besar dosa-dosa besar yang telah saya lakukan sehingga saya rasa tuhan tidak lagi menerima taubat saya.amat sukar saya ingin meninggalkan kemaksiatan yang saya buat kerana istri org itu bekerja satu pejabat dengan saya.ntahla saya sekarang merasa bingung dan seperti berputus asa.tak taula apa nak jadi dengan diri saya.tolong bg pandangan dan nasihat dan bagaimana saya hendak mengekalkan taubat yang telah saya lakukan.dan satu perkara yang amat memalukan background agama saya agak baik tp seringkali juga saya tergelincir melakukan maksiat tolonglah bantu saya,saya takut mati sebelum sempat bertaubat.
To Brader Ingin Insaf:
Orang yang ditanya tidaklah lebih baik daripada orang yang bertanya..
Tentang masalah brader, saya teringat satu kisah tentang seorang lelaki yang pernah membunuh 99 orang. Rasanya brader pun tahu kisah daripada hadis sahih ni. Saya ringkaskan ikut versi mudah.
Al-kisah, seorang lelaki yang sudah membunuh 99 orang ingin bertaubat. Lalu dia berjumpa dengan seorang 'abid (ahli ibadat) dan menceritakan perihal kisahnya lalu dia bertanya kepada si 'abid adakah tuhan akan terima taubatnya. Lantas si 'Abid berkata tuhan takkan ampunkan kau kerana dosa kau terlalu banyak. Akibat marah, si lelaki tu membunuh si 'abid sehingga cukup 100 orang yang dia bunuh. Kemudian dia berjumpa dengan seorang 'Alim dan bertanya soalan yang sama. Si 'Alim berkata walau sebesar mana pun dosa kau, tuhan tetap akan ampun andai kau betul2 bertaubat, tetapi dengan syarat kau mesti pergi jauh daripada kampung halaman kau... Lalu dia pun keluar dari kampung untuk berhijrah dan ditakdirkan di pertengahan jalan dia mati. Dipendekkan cerita, Allah masukkan dia ke dalam syurga sbb niat dia utk bertaubat dikira oleh ALlah.
MORAL yang saya nak kupas ialah pesanan si 'Alim bahawa andai mahu bertaubat dia perlu berhijrah, keluar dari kampung halaman. Apa sebabnya????
1) Andai dia nak berubah, tapi suasana sekeliling dia tak 'islamic', mudah utk dia terpengaruh utk kembali buat maksiat..
2) Andai dia nak berubah, orang di sekeliling dia dah kenal dia sbg 'kaki maksiat' sbg contoh: Jadi pandangan orang terhadap dia akan menyebabkan semangat utk dia berubah boleh kembali kendur, dan mungkin dia akan kembali buat maksiat...
JADI:... andai brader ada peluang lain, saya nasihatkan supaya cari kerja tempat lain a.k.a pergi jauh daripada perempuan tu. Kalau terus berada di situ menyebabkan brader akan selalu berjumpa dgn perempuan tu, memang payah utk berubah. Maksudnya kita 'buang' terus 'alat' yang menjadi sumber kita buat maksiat.
fikir2kanlah... brader lebih sayang utk tinggalkan dia atau brader lebih rela utk 'tinggalkan' agama... Sekadar itu pandangan daripada saya yang kerdil ni. Nasihat utk diri saya jugak. Saya doakan supaya Allah campakkan hidayah ke dalam hati kita dan semua orang yang kita kenal. Amin...
Allahu'alam...
Post a Comment