Friday, April 3, 2009
ujian sebuah persahabatan
Sahabat,
Semakin banyak kita berbicara, Semakin banyak pula kesalahan dalam kata-kata,
Semakin banyak juga kesilapan dalam tindakan,
Semakin teruji sebuah ikatan persahabatan.
Mungkin dahulu, kata-kataku tiada apa-apa makna,
Namun, semakin lama kita mengenali,
Semakin kata-kata itu mudah menusuk jiwa,
semakin mudah terasa di hati.
Aku pula,
Semakin mudah meninggikan suara,
Semakin berbisa susunan bahasa,
Semakin mudah jiwa membara.
Kekadang aku terfikir.
Mengapa harus begini?
Bukankah sepatutnya, semakin kita mengenali,
Semakin kita saling memahami,
Semakin kita saling menghormati..
Aku semakin tidak memahami diri sendiri.
Semakin aku merenung jauh ke lubuk hati,
Semakin banyak khilaf ku dapati,
Semakin banyak keburukan ku temui,
Aku semakin sedar,
Aku bukanlah insan yang sempurna,
Mungkin tidak langsung menepati,
Ciri-ciri sahabat yang engkau cari,
Namun duhai sahabat,
Janganlah kerana kekurangan ini,
Serta kelemahan diri,
Engkau terus membenci,
Serta menjauhkan diri.
Aku sedia menerima teguran,
Juga sebarang kritikan,
Asalkan engkau sahabat,
Masih sudi menjadi teman.
Semoga perjalanan hidup nanti,
Akan lebih bermakna,
Andai dapat terus bersahabat
Dengan insan seperti mu..
BUAT SAHABAT-SAHABAT YANG DIKASIHI,
MAAF ATAS KESALAHAN DIRI..
SEMOGA PERSAHABATAN KITA,
KEKAL HINGGA KE SYURGA..
AMEEN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hisyam, mengapa membaca novel "ayat-ayat cinta" di atas pokok? Aku yakin cintamu bukan cinta monyet. hehehe.
ya sahabat. keep in touch.
ps: deen yang slalu ziarah di blogku itu kamukah? deen bravo?
salam.. bila plak la ana baca novel ayat2 cinta. tu novel saasatul ibad-faisal tehrani..
cinta monyet ???
insyaallah tak...
1 more, tak kenal la deen tu. bukan kot...
buat review skit pasal buku tu, bleh? okes~ :D
Post a Comment