Tuesday, September 1, 2009

My New Roomate..

sudah lebih sebulan aku bersendirian. Roomate sudah pindah ke rumah sewa.. kekadang rasa agak sunyi.

tetapi malam tadi, aku dapat roomate baru. tapi roomate yang tak berdaftar..

pukul 1.45 pagi...
aku keluar untuk ke tandas. dari jauh aku terlihat kelibat si comel, sedang memerhatikan aku dengan penuh curiga. semakin hampir aku padanya, semakin dia bergerak melarikan diri. lalu aku berlari memintas di hadapan sehingga dia terkepung di tangga.

tak dapat lari ke mana2, dia pasrah menanti apa saja yang bakal berlaku. lalu aku usap kepala si comel. dia tunduk patuh....

seorang sahabat datang.

"suka kucing eh?"

"she's very cute." aku membalas...


selesai hajat, aku memanggil anak kucing itu. mungkin kerana lapar, si comel ikut di belakang sehingga ke bilik.

tak ada apa yang boleh aku berikan. roti pun tak ada dalam simpanan. biskut kering saja yang masih berbaki. pastinya bukan kegemaran si comel. lalu aku membancuh susu untuk tidak mengecewakannya.

belum sempat aku tuangkan ke dalam bekas, dia sudah menerkam kelaparan.

"kesiannya wahai makhluk ALlah"

selesai minum, si comel yang masih belum bernama ini mula meninjau-ninjau keadaan bilik. satu dunia baru buatnya.




biarkanlah.. asal dia bahagia.

aku hentikan sekejap tugasan. mahu melayan si kecil yang kesunyian. sama sunyi seperti aku. sama-sama bermain, hilangkan kesunyian.




letih bermain, akhirnya si comel sudah tidak terdaya. katilku yang satu lagi sudah lama tidak berpenghuni, sejak roomate keluar meninggalkan aku sendiri. si comel menjadi pengganti yang telah pergi.

tapi, malangnya...
si comel 'landing' atas kain yang belum sempat aku lipat.

aduh !!!! habislah berbulu kain pelikatku..

tapi.. tak mengapalah. tak sampai hati untuk mengejutkan 'roomate baru' yang telah keletihan. jam pun sudah hampir pukul 3 pagi..


biarkan dia tidur...!!!

*** hanya luahan rasa gembira, mendapat teman yang sangat comel.

p/s : aku cadang nak bela si comel ni. agak-agak, apa nama yang sesuai untuk kawan baru aku yang seekor ni..hehehehe..



6 comments:

budak_lelaki89 said...

ish petik tul roomate nyerr tp sound interesting
wah gembira laa tue dapat roomate baru ...........
betina ke jantan ???
nama die aimie heheheheh kalu betina kalu jantan jeck

H.I.S.Y.A.M.U.D.D.I.N said...

hmmm..

beberapa hari yang lepas baru terfikir untuk membeli ikan.. nak dijadikan teman dalam bilik.

atau pokok hiasan untuk mengubat kesunyian...

tiba2, baby kucing datang sbg ganti..

tapi.. dia merajuk kot. pagi tadi dia nak masuk, tapi tak dibenarkan. lama dia dok kat luar.. then, dia pegi.

but, maybe she will come back to drink some milk..hehehe..

Mior said...

Peh jeles aku ngan hg syam....

kat KL ni nk jmpe kucing pun susah...

Camni la syam, klau hg xtau nk bg nama baik hg letak nama meor je...

Sedap...lagi mengGIURkan....

H.I.S.Y.A.M.U.D.D.I.N said...

meor...???

tak sedapnya...
lagipun she is a 'she' la....

meerah...
hahahaha..dah macam nama orang plak. tak baik letak nama orang pada binatang...

kat KL banyak anjing... kui3. gagak pun banyak..bela la sekoq..

K.Zura said...

Hisyam mana blh bawa roomate b'gelar "she" masuk bilik..Bahaya2!!
Cerita nta ni,sama cute dgn roomate baru nta yg b'kaki empat tu..=)

Anonymous said...

cutenya kucing ni. she has a curious face..huhu. comell.

bagusnya tindakan anda. betul tu, macamanapon dia makhluk Allah jgk. saya pn peminat kucing.

tapi, jaga2.. jgn bwk dia masuk bilik slalu. nanti kita jgk yang merana membersihkan najisnya.. hu2(berdasarkn pengalaman)