SMS 'OPS SAYANGI REMAJA' kembali menerjah telefon bimbit. Kali ini sempena hari Valentine. Aku masih teringat OPS VALENTINE pada tahun lepas di sekitar Queensbay. Siang harinya kami beroperasi di dalam JUSCO Queensbay Mall, mengedar risalah tentang 'Valentine Day' yang disambut masyarakat dunia termasuk anak-anak melayu islam. Walaupun dihalang oleh 'pak guard', kami tetap teruskan juga. Malamnya pula operasi dijalankan di pantai Queensbay.
Kelihatan seorang lelaki sedang berpelukan dengan seorang wanita. Aku bersama-sama kumpulan lantas mendekati mereka. Serta merta pelukan dileraikan dan kami memulakan bicara. Bukanlah kata-kata yang berapi-api, tetapi hanya tanyakan kepada si lelaki tentang 'valentine' sebagai pembuka bicara. Alhamdulillah, si lelaki berkata kita tidak patut menyambutnya kerana bukan budaya kita.
Setelah diselidik, si lelaki memberitahu perempuan yang dipeluknya itu baru sahaja dikenali beberapa minggu. perempuan itu pula baru sahaja 'bercerai' dengan teman lelakinya. Kiranya dia hadir sebagai 'penyelamat' keadaan.
TETAPI.....
Operasi kali ini, maaf aku ucapkan kepada sahabat yang mengajak. Aku katakan kepadanya, selepas ini perlu buat juga OPS Sayangi diri sendiri dan sahabat.
Tanpa aku menafikan bahawa dakwah perlu dikembangkan kepada semua peringkat masyarakat, jauh atau dekat, aku juga tegaskan kekadang susuk tubuh yang menggelar dirinya sebagai da'ie ini gagal untuk berdakwah kepada dirinya sendiri. Aku tidak tujukan kepada sesiapa melainkan kepada diri sendiri. sebab itulah seorang naqib memberitahu bahawa dia tidak berani mengaku sebagai pendakwah melainkan hanyalah seorang 'petugas' atau 'kuli' kepada islam.
dalam operasi, kita (baca aku) nasihatkan orang supaya sentiasa takut kepada Allah dalam setiap perbuatan kita. Rupa-rupanya tanpa sedar, kita sendiri telah lupa untuk takut kepada Allah dalam perbuatan kita.
Kita ingatkan orang supaya jangan sekali-kali tinggalkan ibadat, tanpa sedar, rupa-rupanya kekadang kita sendiri terlewat waktu solat.
kita katakan kepada orang bahawa hidup ini perlu ada matlamat, rupa-rupanya tanpa kita sedar, kekadang kita sendiri tersesat.
Ya Allah, aku undur kali ini bukan kerana mahu lari daripada tanggungjawab, tetapi kerana aku takut diri ini tidak dapat menjawab soalan yang akan Engkau kemukakan kepadaku di akhirat kelak...
Aku mahu dapatkan semula 'kekuatan' sebelum kembali turun ke medan...
Buat sahabat-sahabat yang akan turun ke lapangan, Semoga Allah redho dengan usaha kalian. Doakan aku untuk kembali membina semula kekuatan yang aku sendiri telah 'robohkan'...
1 comment:
Salam Ukhwah,
Semua manusia tidak sempurna,
Hanya dengan perlakuan(sahsiah yg baik) sahaja,
Kita boleh menarik seseorang ke arah islam,
Jika kita tidak mampu untuk berdakwah terus kepada someone.
Diri ini pun, bukanlah seorang yang perfect,
Banyak yg perlu diperbaiki,
Tataplah gambar2 anda di masa silam,
Kenanglah perlakuan anda di masa silam (yg baik),
Agar diri dapat menagkis perkara2 negatif,
Dan rindukan sifat2 baik yg sebelum ini,
Ingatlah Allah selalu.
Wallahua'lam
.:: mencari sinar ::.
Post a Comment