Monday, April 28, 2008

Keputusan 'Peperiksaan'

Alhamdulillah…..

Aku di USM baru sahaja habis peperiksaan akhir sidang. Kepada sahabat di kampus lain yang baru nak mula Exam, aku ucapkan selamat menjalani peperiksaan dengan tenang dan semoga mampu menjawab dengan cemerlang.

Sahabat sekalian,
Kita bersungguh-sungguh belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dan apabila tiba hari kita mengambil keputusan peperiksaan itu, pasti pelbagai emosi dan perasaan yang ada di tempat tersebut. Ada yang berjaya dan ada yang sebaliknya. Dan ada juga yang di’tendang’ terus dari kampus kerana gagal dalam peperiksaan.

Brcakap tentang keputusan peperiksaan, aku teringat suasana ketika hendak mengambil keputusan peperiksaan akhir sem 2 semasa di matrikulasi. Ada sahabat yang begitu ‘excited’ untuk mengetahui keputusan tersebut, ada pula yang berdebar-debar (termasuk aku), dan ada pula sahabat yang berkata, “aku kalau boleh tak mau pi ambil keputusan tu, takut gila”. Semuanya gara2 kerana kurang persediaan.

Kekadang aku terfikir sendirian….. kalau nak ambil keputusan peperiksaan tu pun macam2 perasaan bercampur baur, macam mana la keadaan dan perasaan kita semasa nak ambil keputusan amalan kita kat akhirat nanti ya ?? pernah tak sahabat2 sekalian fikirkan tentang tu ?? kalau tak pernah, jom sama2 kita fikirkan sejenak !!!!

Keputusan exam kat dunia yang tak hakiki ini, andai kata kita berjaya dengan cemerlang, maka ALHAMDULILLAH.. Allah dah kurniakan satu kelebihan kepada kita. Dan andai kata kita ‘failed’, maka kita masih mempunyai peluang dan ruang yang lain untuk kita perbaiki ( tu pun kalau nak la..). contohnya, kalau kita ‘failed’ kat Matriks, kita masih boleh ambil diploma untuk sambung belajar guna sijil SPM. Tak pun, sambung ja belajar kat mana2 institusi yang berkenaan. Kita masih ada banyak pilihan untuk dipilih.... Nak bimbang apa kan???

TAPI sahabat, di akhirat nanti......Allah hanya sediakan kepada kita 2 pilihan. SYURGA yang penuh dengan nikmat atau NERAKA yang penuh dengan azab !!!!

Di padang mahsyar nanti, keadaan akan menjadi terlalu kalut. Setiap insan hanya pedulikan diri sendiri. Walaupun keadaan telanjang bulat, tetapi semua tu kita takkan peduli pasal asyik dok fikir akan nasib yang bakal kita tempuhi selepas nie... YA ALLAH, cuba kita bayangkan sahabat....dalam keadaan kalut tu, tiba2.... nama kita diseru...

HISYAM !!!!!!! keras tempikan tu....YA ALLAH..bagaimana perasaan kita masa tu sahabat...??? cuba kita bayangkan sahabat.....hati yang dalam dada ni bergoncang kuat .... macam nak tercabut. Keadaan kita masa tu, tertunduk di hadapan ALLAH..tak berani nak angkat muka walau sikit, pasal takut sangat keadaan masa tu..takut sangat...

Kemudian ALLAH akan berikan kepada kita buku catatan amalan kita. Terkandung segala apa yang pernah kita lakukan kat dunia. “ Pada hari itu kamu dihadapkan
( kehadrat Tuhan untuk dihisab), sehingga tidak tersembunyi daripadamu apa2 yang tersembunyi.” ( al-haaqqah ; 18)

Setelah itu, Allah akan serahkan kepada kita buku catatan amalan...apa yang dah kita buat kat dunia ni. Ada dua keadaan kita terima buku amalan tu. Dari sebelah kanan yang menandakan kebahagiaan selepas tu dan dari sebelah kiri yang menandakan kehidupan yang sengsara.

”Adapun orang yang diberikan buku (amalannya) dari sebelah kanannya, maka ia berkata: kamu ambillah dan bacalah bukuku! Sesungguhnya aku menyangka (yakin) bahawa aku akan menemui perhitunganku.maka ia dalam kehidupan yang disukainya. (iaitu) dalam syurga yang tinggi.” ( al-haaqqah ; 19)

Tetapi sahabat, cuba kita bayangkan, andai kata masa tu kita terima buku tersebut dari sebelah kiri ( NAUZUBILLAH), maka bagaimana perasaan masa tu..????

”Adapun orang yang diberikan buku (amalannya) dari sebelah kirinya, maka ia berkata: aduhai kiranya, janganlah hendaknya diberikan buku amalanku. Dan aku tidak mengetahui, apakah perhitunganku? Aduhai kiranya, cukuplah mati untuk memutuskan hidupku. Sekarang tiada bermanfaat bagiku harta bendaku. Telah hilang daripadaku kekuasaanku.” (al-haaqqah ; 25-29)

Ya !!!! sahabatku...bayangkan andai kata hal itu yang terjadi kepada diri kita, maka apa sangatlah perasaan berdebar-debar menanti keputusan exam di dunia jika nak dibandingkan dengan perasaan ketika tu..

Kemudian...Allah berfirman..

” kamu peganglah orang itu, (hai penjaga neraka), lalu belenggulah !!! kemudian masukkanlah dia ke dalam neraka. Kemudian masukkan dia ke dalam rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta”. (al-haaqqah ; 30-32)

Demikian sahabat, sedikit peringatan yang Allah berikan kepada kita, supaya kita sentiasa berjaga2 dan tak tergolong dalam golongan tersebut.

Jadi, sekali lagi aku nak ajak sahabat2 sekalian...cuba kita fikir dan bayangkan kita berada di setiap keadaan yang Allah sebutkan.. bagaimana tenang dan bahagianya jika dibalas dengan kebaikan dan betapa gentar dan takutnya jika diazabNYA....sama2 kita fikirkan kerana Rasulullah bersabda . ”orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati”..

ALLAHUA’LAM.................


Hisyamuddin Kamarudin
21 Rabiul Akhir 1429 (27/4/08)
3.22 a.m
Taman Rimba Teluk Bahang

1 comment:

Anonymous said...

salam..
syukran di atas suatu peringatan yang cukup menyedarkan..kala insan masih terlena, bangunlah duhai ummah..kejutkanlah saudaramu..saudarmu itu sedang lena dengan keindahan dunia..lupa tentang balasan di akhirat..
Moga kita semua selamat di dunia dan akhirat...Ameen...