Thursday, April 3, 2008

adakah aku munafik ???

Kekadang aku terfikir
Jika di hadapan sahabat2 jamaah ( terutamanya muslimat ), aku tertunduk malu...kononnya menjaga pandangan,..
Jika dalam kuliah2 ilmu, bila terdengar kisah peritnya azab Allah, aku menangis sayu..kononnya insaf kerana sedikitnya amalan...
Bila melihat keadaan saudara2ku di palestin, menitis air mataku, pilu...kononnya bersama2 merasa penderitaan...
Tetapi......
apabila bersama2 sahabat yang lain, aku bergelak ketawa, bergurau senda, tak kira laki atau wanita, seolah2 Allah x melihat segala-gala...seolah-olah tiada pahala, tiada dosa...dan seolah-olah tiada syurga, tiada neraka...

Ahhh !!!!!
Semua itu hipokrit. !!!!
Semua itu perangai munafik !!!!!!
...............................................................................

Hipokritkah aku jika berkelakuan demikian...???
Munafikkah aku jika itu yang aku amalkan ????
Seolah-olah berlakon di hadapan manusia..

Sahabat rasulullah, suatu ketika, merasa begitu sedih dan menggelar dirinya telah munafik...apabila berhadapan dengan rasullullah, sahabat tersebut mengatakan bahawa dia telah munafik kerana apabila berada di hadapan rasulullah, mendengar kuliah2 rasulullah, dia menangis kerana teringatkan azab Allah yang maha pedih...tetapi apabila pulang sahaja ke rumah, dia bergurau senda bersama-sama keluarga, anak dan isteri sehingga lupa akan segala apa yang pernah dia tangisi sebentar tadi...Inilah sifat2 sahabat2 rasulullah, mereka merasa begitu menyesal apabila terlupa kepada Allah walaupun sekejap..

Apabila direnung kembali keadaan diri jika dibandingkan dengan para sahabat...bezanya seperti langit dan bumi, jauh seperti andromeda dan bimasakti... apatah lagi jika dibanding dengan rasulullah...Ya Allah !!! di mana kedudukan aku di sisiMU..adakah amalanku yang sehina ini sudi dilihat, malah dinilai oleh Allah...???
Kembali kepada persoalan tadi...adakah kita ini dianggap munafik jika di hadapan segolongan orang kita berkelakuan baik, tetapi jika di hadapan orang yang lain kita berkelakuan berbeza..seperti contoh di atas, baik ketika berada bersama-sama satu kelompok manusia, tetapi berkelakuan buruk dengan kelompok yang lain..

Apabila sahabat menggelar dirinya munafik, rasulullah menjawab bahawa iman manusia kekadang menaik dan kekadang menurun. Berlainan dengan malaikat yang imannya statik. Tidak bertambah dan tidak berkurang. Malah bersama-sama manusia juga adanya nafsu dan adanya ‘qarin’ yang sentiasa mengajak kepada kejahatan dan melupakan tuhan. Dan musuh utama manusia iaitu syaitan laknatullah sentiasa sahaja menghasut anak2 Adam supaya terus menderhakai Allah, lalu menjadi sahabatnya di neraka.

Sebab itulah jika seorang manusia itu dapat melepasi segala cabaran dan dugaan ini, lalu menjadi seorang hamba yang betul2 qusyu’ dengan tuhannya, maka darjat manusia itu lebih tinggi daripada malaikat kerana Allah berfirman bahawa manusia merupakan ‘ahsan-al-taqwim’ iaitu sebaik-baik kejadian.

Begitulah sahabat sekalian, kita memang tidak dapat terlepas daripada terlupa kepada Allah dan kemudiannya melakukan kesalahan dan maksiat. Tetapi yang penting, kita jangan biarkan diri kita terus dalam keadaan demikian. Apabila kita sedar bahawa telah melakukan kesilapan, mintalah ampun daripada Allah. Segeralah beristighfar dan bertaubat.

Aku pernah mendengar kuliah seorang ustaz. Ada seorang pelajarnya mengadu kepadanya bahawa dia sering melakukan maksiat, selepas itu menyesal dengan maksiat yang dilakukannya. Tetapi selepas menyesal, dia kembali melakukan maksiat dan kemudiannya menyesal kembali. Perkara ini sentiasa berulang-ulang. Pernahkah kita juga menghadapi situasi sedemikian ???
Lalu ustaz itu menjawab kepada pelajarnya, jika kamu tak dapat meninggalkan perbuatan maksiat itu, jangan sekali-kali meninggalkan taubat setelah melakukannya.. maksudnya menyesal dan beristighfar.

Apabila berhadapan dengan individu yang sedemikian, kita jangan memaksa dia terus meninggalkan maksiat lalu bertaubat kerana perkara sedemikian terlalu berat bagi individu tersebut. Tetapi gunakan kaedah tersebut dan yakinkan dirinya bahawa Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Tetapi perlu ada usaha untuk meninggalkan maksiat tersebut walaupun mengambil masa.

Di dalam hadis arba’in, sebuah hadis kursi Allah berfirman:-
“Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepada-Ku dan berharap kepada-Ku, akan Aku ampuni apa yang telah kamu lakukan, Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepada-Ku akan Aku ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepada-Ku membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepada-Ku tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu pun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.” (HR Tirmidzi ai berkata, hadis ini hassan shahih)

Jadi sahabat, usahlah kita kecewa dan berputus asa dengan ampunan Allah, dan hendaklah kita sentiasa bertaubat dan beristighfar apabila melakukan kesalahan dan maksiat.
Aku mendoakan agar diri ini dan semua sahabat akan terus diberi kekuatan dan kelapangan untuk sentiasa bertaubat kepada Allah agar apabila kita kembali kepada Tuan epunya dunia ini, kita dapat kembali dalam keadaan dosa2 kita telah diampun oleh Allah.. Amiiinn...ALLAHUA’LAM

No comments: