Tuesday, July 1, 2008
DEMI AGAMA DAN BANGSA, APA SALAHNYA ???
Merujuk kenyataan Mufti Perlis, SS Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (Dr.MAZA) yang pernah meminta para pemimpin parti2 utama negara untuk duduk semeja membincangkan masalah agama ISLAM serta bangsa MELAYU, aku bersetuju dengan pendapat tersebut.
Jika para pemimpin bukan islam dan bukan melayu boleh sependapat dan duduk semeja dalam hal2 yang melibatkan kepentingan mereka, mengapa tidak para pemimpin negara yang beragama islam berbuat demikian ??? IFC contohnya, menggabungkan pelbagai pihak yang bukan datang dari golongan yang berideologi yang sama, tetapi mereka boleh sepakat dalam menegakkan matlamat yang sama, iaitu menghancurkan islam…
Dalam keadaan dunia amnya dan negara khususnya yang dilanda pelbagai kegawatan dari sudut akidah sehinggalah pentadbiran, maka islam datang dengan penyelesaian. Tetapi islam tidak boleh ditegakkan dengan angan-angan, tidak juga dengan slogan yang dilaung-laungkan, tetapi dengan kekuatan dan kekuasaan.
Kita punya semua itu, tetapi kita tidak mahu atau masih belum mampu untuk menggunakannya untuk kepentingan islam dan bangsa melayu. Mengapa aku menyebut tentang MELAYU ?? bukan matlamat aku untuk mengagung-agungkan serta memperjuangkan bangsa kerana Rasulullah sendiri tidak mengagung-agungkan bangsanya malah sanggup memerangi bangsanya demi agama. Tetapi dalam konteks negara Malaysia, melayu itu dilihat sebagai satu simbol agama islam. Jika bukan melayu yang hendak mengangkat martabat islam di Malaysia ini, nak harapkan siapa lagi ?? nak mengharapkan mualaf-mualaf yang baru hendak mengenal islam ??? masalah sekarang ialah orang melayu itu sendiri tidak mahu melaksanakan apa yang sepatutnya.
Sepatutnya pihak “yang mempunyai kuasa” serta pihak “yang mahu melaksanakan islam” duduk berbincang, mencari penyelesaian bagaimana sepatutnya negara ini ditadbir mengikut landasan yang sebenarnya. Mungkin pernah berlaku siri2 perbincangan, tetapi perbincangan dan permuafakatan yang lebih telus sepatutnya dijalankan. Dan yang paling penting, EGO kepartian perlu diletak di tepi dahulu, lupakan sebentar soal ideologi. Perbincangan ini bukan bermakna mana-mana pihak harus meninggalkan agenda atau ideologi politik masing-masing, tetapi sekadar bersama dan sekata apabila menyentuh kepentingan ISLAM dan MELAYU..
Pihak “yang mahu melaksanakan islam” mempunyai cara-cara dan kaedah untuk mentadbir dengan cara islam. Malah telah dibuktikan di sebuah negeri. Pihak “yang mempunyai kuasa” pula mempunyai autoriti serta upaya untuk melaksanakannya diperingkat yang lebih besar iaitu negara. Kebersamaan serta kerjasama kedua-dua pihak atas nama ISLAM pasti akan menghasilkan satu natijah yang sangat memberi kesan kepada tertegaknya ISLAM di dalam negara.
Sebut pula tentang mentadbir cara ISLAM, ramai yang akan berkata, negara kita berbilang bangsa dan agama. Tak sesuai dilaksanakan hukum islam. Nanti apa orang akan kata ????
Jika di peringkat negara, usah difikirkan dahulu soal menjalankan hukuman hudud dan sebagainya, jika itu dirasakan terlalu berat. (bukan aku kata meninggalkan hukum tersebut. Ia tetap wajib dilaksanakan), tetapi bermula dengan perkara-perkara asas.
Sistem pendidikan, adakah mampu melahirkan seorang yang faham islam dan melaksanakan islam atau hanya tahu islam tetapi tidak mengamalkannya. Sistem sosial kita, adakah mengamalkan ciri-ciri serta budaya islam, atau hanya tahu mencedok amalan-amalan serta budaya-budaya bangsat dari barat. Malah premis-premis haram yang beroperasi, yang menyebarkan amalan-amalan kafir seperti premis judi, arak, disko, serta tempat-tempat hiburan yang tumbuh bagai cendawan, semua ini diberi kebenaran oleh pihak berkuasa untuk menjalankan operasi. Perkara ini perlu diatasi...
Berjuanglah, bersungguh-sungguhlah, berkorbanlah !!!!... tetapi bukan untuk menaikkan nama parti, tetapi untuk meninggikan islam. Pemimpin pihak ”yang mahu melaksanakan islam” pernah berkata kepada pemimpin pihak ”yang mempunyai kuasa”. Jika pihak ”yang mempunyai kuasa” mahu melaksanakan sistem dan perundangan mengikut acuan islam, maka pihak ”yang mahu melaksanakan islam” boleh dibubar. Kerana matlamatnya ialah melihat islam tertegak di Malaysia, bukannya parti.
Wahai pemimpin-pemimpinku, ini ialah luahan rasa serta harapan seorang rakyat dibawah pimpinanmu. Janganlah kerana perbalahan antara kalian, kami rakyat jelata mendapat ’habuan’. Kepimpinan merupakan amanah yang berat. Laksanakanlah ia dengan rasa penuh bertanggungjawab serta semata-mata kerana ALLAH.
Bukanlah atas kekuasaan kita untuk menegakkan agama ALLAH dibumi ini, tetapi jika kita sedaya upaya melaksanakan apa yang diperintahkanNYA, nescaya ALLAH akan menegakkan agamanya dibumi hamba-hambaNYA yang taat kepadaNYA.
Allahu’alam.............
Sekadar pendapat dan luahan rasa. Salah silap harap dimaafkan.
Raudatus Solihin.. (RS)
1 Julai 2008
1.41 a.m.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Rasulullah sendiri tidak mengagung-agungkan bangsanya malah sanggup memerangi bangsanya demi agama...
sokong!
Post a Comment