Tuesday, May 5, 2009

DALAM KEGELAPAN..KU MENCARI CAHAYA


jika eropah dahulunya melalui zaman kegelapan akibat bercelarunya 'ulama'2' gereja menafsirkan agama mereka...

'kecelaruan' itu turut sama kurasai ketika ini. zaman kegelapan ini juga akibat 'tersalah tafsir' agama. bukanlah agama islam itu mengajar beribadah menurut kefahaman orang kafir semata-mata, tetapi yang lebih penting aplikasi dan penghayatan ibadah itu dalam kehidupan seharian.

hal ini turut diakui oleh seorang kristian yang pernah aku lontarkan soalan kepadanya.

"apakah yang anda tahu tentang islam"

jawabnya "islam itu bukan sekadar ibadah, tetapi satu cara hidup."

orang bukan islam juga mengerti bahawa islam itu mencakupi cara hidup yang sentiasa terikat dengan Allah. Tetapi bagi seorang muslim yang tidak menyedari hakikat itu, amatlah malang sekali dirinya.


IBADAH OK TIDAK BERMAKSUD KEHIDUPAN JUGA OK

ibadah itu umpama teori, praktikalnya dibuktikan dalam kehidupan seharian.

"sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan munkar"

solat lima waktu - beres
puasa - beres
sedekah - beres
ibadah sunat - beres

namun mengapa masih tidak dapat 'mencegah perbuatan keji dan munkar'?

mungkin ibadah beres dari sudut SAH, namun bukan dari sudut DITERIMA.

ibadah yang dilakukan TIDAK SEMESTINYA diterima oleh Allah dan dikira sebagai amalan kebaikan. tetapi kemunkaran PASTI dikira sebagai kesalahan.

aku sedar, aku perlu segera keluar daripada belenggu ketidakfahaman ini. mengetahui tetapi tidak mengamalkan samalah dengan tidak faham.


BERUBAH TETAPI TIDAK ISTIQAMAH.

perkara yang paling membimbangkan diri ialah tidak istiqamah dalam amalan.

"aku bertekad akan sentiasa melakukan 'kebaikan' itu"

"aku juga berjanji tidak akan ulangi 'kesilapan' itu"

sekadar lafaz berjanji dan bertekad tidak memberi apa-apa makna melainkan benar-benar beriktikad akan terus berpegang kepada janji tersebut sehingga akhir hayat.

benar iman kekadang naik dan kekadang menurun. namun, janganlah menurun sehingga jatuh tersembam dan tiada lagi upaya untuk bangun semula. andai ajal sampai ketika tertiarap tidak terdaya untuk bangun, alangkah ruginya hidup ini.

SALAH ANGGAP 'ALLAH MAHA PENGAMPUN'

benar, Allah Maha Pengampun. namun ampunan Allah untuk hamba2NYA yang benar-benar berhajat kepada ampunan. bukan kepada hambaNYA yang berhajat 'menghalalkan' perbuatan.

seorang maknyah ketika ditemubual oleh MASTIKA mengatakan bahawa Allah itu Maha Pengampun. Allah tahu segala isi hati kami, bertujuan untuk 'menghalalkan' perbuatan kejinya itu. lalu berselindung di sebalik sifat Allah.

jangan lihat kepada maknyah. lihat diri sendiri.

"adakah aku pernah bersikap seperti maknyah tersebut."

jika benar, lebih buruklah perbuatan kita berbanding maknyah tersebut kerana kita tidak diuji dengan berada di tempatnya, tetapi kita ditempatkan dengan orang-orang yang faham tentang agama...

KEGELAPAN ATAS KEGELAPAN

ada dua keadaan yang menyebabkan KEGELAPAN.
pertama ialah kerana tiadanya cahaya.
kedua kerana tidak berupaya untuk melihat iaitu buta.

andai kegelapan itu kerana tiada cahaya, masih ada peluang untuk melihat. dengan syarat perlu mencari sumber-sumber cahaya yang dapat kembali menerangi kegelapan tersebut.

namun andai kegelapan itu kerana buta, maka hiduplah ia dalam kegelapan selama-lamanya. kecuali dengan kehendak Allah, mata yang buta boleh kembali celik.

ku pasti, kegelapan ini kerana aku berjauhan dari sumber cahaya dan bukannya kerana buta. aku perlu sedaya upaya mengharung kegelapan ini.

semoga aku diberi kekuatan agar dapat berjumpa dengan sumber cahaya tersebut sebelum langkahku terhenti, sebelum denyutan nadi mati.

Ya Allah....

terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMU,
sepertimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMU.

*** aku menulis untuk muhasabah diri sendiri.........





No comments: