ustaz kata, setiap kali semasa kamu sujud dalam solat, berdoalah di dalam hati. mintalah kepada Allah hajat yang sangat kamu hajati. lakukannya setiap kali waktu solat.
dalam waktu sujud yang pendek itu, terutama jika bersolat jamaah, doa apakah yang paling kita hajati untuk diminta? masing-masing pasti mempunyai hajat tersendiri.
tetapi doaku kebelakangan ini hanya tertumpu kepada satu perkara..satu perkataan, tetapi besar dan luas pengertiannya...
SABAR........
YA ALLAH...kurniakan kepada ku KESABARAN..
KESABARAN DALAM BERIBADAH KEPADAMU...
KESABARAN DALAM MEMINTA DAN BERDOA KEPADAMU...
KESABARAN DALAM MELAKUKAN KEBAIKAN...
KESABARAN DALAM MENINGGALKAN KEMAKSIATAN...
KESABARAN DALAM MENAHAN KEMARAHAN...
KESABARAN MENANTI SESUATU YANG ENGKAU JANJIKAN...
KESABARAN DALAM MENEMPUH SETIAP DUGAAN...
KESABARAN MENGHARUNGI DUNIA YANG PENUH DUGAAN...
JUGA KESABARAN DALAM SETIAP PERKARA YANG DITEMPUHI...
kerana kesabaran itulah yang sangat jauh daripada diriku...
menyebabkan diri selalu tewas..
tewas beristiqamah dalam ibadah
tewas dalam menahan nafsu..
tewas dalam kemarahan..
tewas mengharungi dunia yang penuh cabaran...
kerana itulah Ya ALLah..
perkenankanlah doaku..
ameen...
No comments:
Post a Comment