Sejak si comel tidak pulang ke bilik, aku rasa kehillangan seorang kawan. Tiada lagi kawan untuk aku berikan makanan. Tiada lagi rakan untuk dijadikan teman.
Tapi, alhamdulillah… Si comel telah ada penggantinya. Bukan lagi makhluk berkaki, tetapi si ikan yang cantik berseri.
BENAR….
Dengan memerhati makhluk Allah, dan juga berfikir sejenak tentang kejadiannya, bibir bisa menguntumkan senyuman. Hati bisa menghadirkan ketenangan.
Si BIRU, ikan laga yang aku beli di pasaraya sudah semakin pandai…
Pandai melawan dengan tuan,
dan pandai meminta makanan…
kata penjual ikan itu.
“cukup bagi makan 4 biji sekali makan, 2 kali sehari..”
Tapi sejak aku membela Si BIRU, tak cukup rasanya 10 biji makanan sehari. Mungkin dia sentiasa menahan lapar semasa di kedai…kasihan kepada kawan2 si BIRU yang masih di kedai.
Aku kagum dengan caranya menarik perhatian. Awal-awal beli dahulu, si BIRU malu-malu. Menyorok di belakang bekasnya. Tapi sekarang, bila aku masuk saja ke bilik, dia terus ke hadapan, menayangkan ekor yang kembang semangkuk.
Apabila lapar, mukanya seolah-olah merayu meminta makanan. Pernah sekali, aku hanya memerhati walaupun dia telah merayu simpati. Si BIRU lantas menelan sisa yang tidak boleh dimakan, kemudian meluahkan kembali..tanda protes..
Arrgghh…Kasihannya engkau.. lapar sungguh..si BIRU terus menghadapkan wajahnya ke atas, menanti makanan ditabur ke dalam bekas.
Apabila sudah kenyang, mahu diajaknya berlawan. Dasar ikan laga, memang suka berlawan.. sirip, sisik, insang..semuanya kembang apabila wajah kami berhadapan. Wahai ikan, comelnya engkau… Maha Suci Allah yang menciptakan engkau..
Lepas bergaduh dengan kawan, lepas bengang kerja tak disiapkan, lepas tension dengan kehidupan seharian…Allah berikan ketenangan hanya dengan melihat seekor ikan..
“sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang…”
(Al-Ra’d : 28)
Dan sesungguhnya setiap makhluk Allah itu sentiasa bertasbih memuji Allah..
(Al-Hadid :1 , Al-Israa’: 44 , Al-Hasyr : 1 , Al-Jumu’ah :1 , An-nuur: 41)
Jika bibir malas berzikir, masuklah ke dalam ‘majlis zikir’ makhluk-makhluk Allah. Kerana mereka sentiasa berzikir kepada Allah, semoga keberadaan kita di dalam ‘majlis zikir’ makhluk Allah itu, akan terpalit ‘ketenangan’ yang Allah janjikan itu kepada kita….
Si BIRU belum ada teman untuk berlawan. Tetapi dia ada sahabat yang juga sentiasa berzikir kepada Allah. 2 pokok kaktus ini juga penawar untuk mengubati jiwa yang lara.
Jika engkau rasa gelisah, kembalilah kepada FITRAH.
Fitrah yang Allah ciptakan itu sumber kekuatanmu.
Lihatlah alam..
Dan lihatlah makhluk yang berada di sekelilingmu..
”Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”. (Ali ‘Imran. 189-191).
Renunglah setiap kejadian yang Allah ciptakan.
Pandanglah ke langit wahai sahabat….
Lihatlah betapa luasnya langit yang terbentang..
Allah ciptakannya tanpa tiang…
Besarnya tak dapat di bayang…
Maka Maha Besarlah Tuhan yang menciptakannya..
Lalu lihatlah pula pada diri kita…
Betapa diri ini kerdil dan kecil…
Adakah Allah sudi memerhatikan kita…
Siapa kita pada pandanganNYA…
Bagaimana jika Allah tidak sudi memandang kita
Disebabkan kita jarang sekali mengingatinya…
Cuba kita bayangkan wahai sahabat….
Jika si ibu memalingkan wajahnya daripada kita..
Bagaimana perasaan kita ketika itu…
Bagaimana pula sekiranya Allah yang memalingkan wajahNYA daripada kita???
Sia-sialah kehidupan kita dunia dan akhirat…
Ku Tanya pada diri….
Berapa kali engkau mengingati Allah hari ini?
Berapa kali pula engkau mengingati makhluk yang engkau sayangi, yang engkau rindui, yang engkau puja selalu?
Pernahkah engkau memikirkan…
Adakah Allah ‘mengingati’ aku sekarang ini?
Mungkinkah Allah ‘tidak mempedulikan’ tentang diriku..?
Atau adakah engkau memikirkan
Adakah buah hatiku sedang memikirkan tentang diriku?
Untuk apa engkau hidup?
Untuk buah hati??
Atau untuk Pencipta buah hatimu???
Ya Allah….
hambamu terlalai lagi…
hambamu tertipu lagi…
tertipu dengan diri sendiri…
dan tertipu dengan dunia yang menipu…
aku juga ingin tanyakan kepada sahabat-sahabat soalan yang sama..
jawablah dalam diri masing-masing.
Semoga jawapan yang hadir itu adalah jawapan yang Allah redhai..
Allahu’alam….
……………………………………………………………………………
Wahai si BIRU…
Mengapa kau pandang aku macam tu ???
Lapar lagikah ???
Besok pulak aku bagi kau makan…
4 comments:
salam ziarah,
erk,ikan laga!
dulu igt nk bela ikan cmni gak..cantik tp yg x best nnt spesis si Biru nie kena dok sekor2..cm kesian je..tp senang nk bela kn..xpyh pakai oxy segala...jaga si Biru elok2,jgn jd si Hijau plak pasni..huhu...sbb xtukar2 air die....(o.0)
salam....
rasanya lagi kesian kalau dia dok dekat kedai ikan...
agak mudah nak bela..memang tak kena pakai oksigen, tapi guna RO Water.. air paip ada klorin. sambil menyelam, minum air ler ikan ni.air berkhasiat plak tu..patut lahap jer makan...
at least ada kawan dalam bilik. boleh ler ganti roomate yg dah pindah..
>>>> nak balik rumah 2 hari..sapa nak bg makan nih ????
salam.. operasi menyelamat tu dah betul.. cuma, kena beli bekas besar skit.. kesian kat si ikan yang tidak bebas..huhu
salam dari fakir nusantara...
si comel yang berkaki tur ke mana menghilangnya saya mengagakkan si comel berkaki empatlah yang berbulu-bulu lagi bermisai... kesian kat miow tu... dah jumpa dengan pet detektive
Post a Comment