Sunday, November 9, 2008

permata keluarga........(added pictures)

-gambar hari ketiga-


wajah si comel yang baru dilahirkan dalam keluarga kami. Anak pertama kakak, cucu pertama mak dan bapak serta anak buah pertama aku..

namanya Nurul Madihah...yang beerti kepujian..
semoga kehadirannya menambah seri dalam keluarga..
Insyaallah..

p/s : rambut baby girl nie lebat. aku dulu masa baru lahir agak botak...heheheh..








Thursday, November 6, 2008

selamat hari lahir..!! baby girl


Petang tadi aku dapat panggilan dari mak..
”kakak dah bersalin..” kata mak.

”alhamdulllah...”

Sepatutnya bukan hari nie...
Pagi tadi, aku sempat YM dengan kakak. Katanya dah dekat. Maybe hari ni atau besok. Tak sangka pulak, petang ni jugak akak dah bersalin..

Syukur sangat2.... dapat baby girl.


Tahniah buat akak dan abg ipar aku. Anak sulung perempuan.
Mak dan bapak pulak dah bergelar atuk n nenek...
Dan aku...
Dapat gelaran paksu..
PAKSU SYAM....... hahaha..

Kalau sebelum nie, hanya anak sepupu aku, si kembar tu yg panggil kat aku ’Pakcu CAM’.. nampak gaya, bertambah lagi sorang.. tapi yang nie masih tak bole cakap ler...

Hmmm...
Aku doakan semoga baby nie kelak akan menjadi srikandi islam, muslimah sejati yang akan bersama2 membela agamanya. INSYAALLAH...

Besaq harapan cek, wahai akak...!!!

Sekali lagi...tahniah atas kehadiran cahaya mata baru dalam keluarga. Semoga kehadirannya membawa seribu satu makna dalam keluarga kita. Ameen..

p/s :- namanya apa ??


nikmat atau ISTIDRAJ..??

kekadang terasa banyak perkara yang menyenangkan...
apabila menghajati sesuatu perkara..
mudah diperoleh..

apabila menginginkan sesuatu benda..
mudah juga didapati..

kekadang terasa segala2nya mudah...
banyak kesenangan..
tiada halangan...

padahal diri terlalu banyak terleka...
juga terlupa..
sering saja berbuat dosa...

bukanlah diri ini tidak bersyukur..
apatah lagi hendak berlaku kufur..
semua itu pemberian tuhan..
nikmat yang tak dapat ditahan..

tapi......
mudah bukanlah jaminan diri diredhai..
nikmat juga bukanlah tanda hidup sentiasa direstui..

boleh jadi...
ini ujian Ilahi..
boleh jadi juga..
ini ISTIDRAJ semata-mata...

semakin banyak maksiat..
semakin banyak pula nikmat..

"maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami bukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka. sehingga apabila mereka bergembira dengan apa2 yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyongnya, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa. maka orang2 yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar2nya. Segala puji bagi Allah, Tuhan semeta alam"
(Al-An'am ; 44-45)

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ". Selepas itu Rasulullah SAW pun membaca ayat 44- 45 surah Al-An'am

semoga segala apa yang ku peroleh ini, bukanlah ISTIDRAJ..

semoga segala kesenangan ini bisa membuahkan kesyukuran..

semoga segala kemudahan ini tak membuatkan aku terleka..
dibuai kesenangan dunia..

semoga semua nikmat ini, bisa menjadikan diri ini,
hamba yang sentiasa tunduk patuh pada Penciptanya...

semoga kita semua memperoleh kebahgiaan di dunia dan di akhirat...

Ameen...


DILEMA....


DIRI TERASA SEOLAH2 SEDANG LEMAS DAN HAMPIR TENGGELAM..

MENGAPA ?????

SEPATUTNYA DI SAAT2 AKHIR MENJELANG PEPERIKSAAN AKHIR NI...
AKU SEPATUTNYA LEBIH BERSEDIA DARI SEGI FIZIKAL DAN MENTAL...
ROHANI DAN JASMANI...

TAPI.....

AKU JADI SEMAKIN TAK MENENTU...
HARU BIRU..
CACA MERBA..
BUNTU.......

SEPATUTNYA JUGA, AMALAN SEMAKIN BERTAMBAH...
IBADAH SEMAKIN MANTAP...
JIWA SEMAKIN TENANG....

TAPI....

ARRGGGHHHH !!!!!!!

YA ALLAH...
AMPUNKAN DOSA2 KU...
BERSIHKAN HATI DAN JIWA KU..
BERILAH KETENANGAN DAN KEDAMAIAN DALAM SANUBARI..

DAN....
????




Wednesday, November 5, 2008

kita peka atau pekak..!!


kelmarin...
aku terpandang akhbar tabloid ni di sebuah kedai buku..

perlukah ???
aku bertanya diri sendiri.....

perlukah berita sebegini disiarkan ??
malah menjadi berita di muka hadapan...


penting sangatkah cerita tentang mereka berdua kepada masyarakat Malaysia ?
atau lebih spesifiknya, kepada bangsa MELAYU...
bangsa aku...
dan bangsa kamu.....

penting sangat ka ???

berita di atas hanyalah 1 daripada beribu2 berita berkenaan artis yang menjadi tajuk muka hadapan di akhbar2 tempatan..

apa maksudnya ??

maksudnya..bangsa kita (walaupun bukan semua) terlalu memuja artis...
terlalu mendewa2kan hiburan.
sehingga mereka termasuk dalam hadis rasulullah tentang keadaan akhir zaman..
di mana artis2 menjadi pujaan..

hendak salahkan pihak akhbar kerana mengeluarkan berita2 sedemikian..
pastinya pihak akhbar mengatakan semua itu atas permintaan..
akhbar hanya mahukan keuntungan..
maka kehendak pelanggan pastinya menjadi keutamaan..

pelanggan mahukan hiburan..
mahu tahu tentang artis kesayangan..
mahu tahu apa yang mereka makan..
mahu tahu artis punya pakaian..
mahu tahu bila nak melangsungkan perkahwinan..
mahu tahu bila dan di mana nak berbulan madu..
mahu tahu segala2nya tentang artis kesayangan mereka..
hingga warna baju dalam pun, kalau boleh hendak tahu..

padahal banyak lagi perkara yang mereka tidak ketahui dan tidak mahu peduli..
saudara2 kita di Palestin, siapa peduli ??
anak2 miskin yang tak dapat bersekolah.. siapa peduli ??
umat islam ditindas di negara2 islam.. siapa peduli..??
perundangan islam dicabar di dalam negara sendiri.....siapa peduli??

bila ditanya tentang IFC...
langsung tak pernah dengar..

bila disebut tentang artikel 121..
juga tak pernah dengar..

tapi bila ditanya tentang MAWI, SITI..
diceritanya dari A sampai Z..

masyarakat sudah kurang sensitif tentang isu2 yang melanda umat..
mereka hanya mahu tahu tentang artis...
mereka hanya mahu peduli tentang hiburan..

konsert AF.. langsung tak pernah ditinggalkan..
konsert SURE HEBOH.. di mana saja, pasti tak ketinggalan..
KULIAH MAGHRIB.. maaf, saya tak berkesempatan...

umat islam ramai yang lupa tentang keutamaan..

HARTA.. mereka tidak tahu ke mana sepatutnya dilabur..
maka artis2 pujaan terus diundi, walaupun habis duit beribu2..
tak mengapa.. janji artis kesayangan aku menang..mendapat nama..menjadi kaya..
tapi diri sendiri, walaupun artis tersebut pun tak kenal diri ini..tak mengapa..ini pengorbanan ..
akhirnya, diri sendiri terkorban. setiap wang yang dilaburkan untuk menaikkan artis kesayangan, akhirnya mendapat 'keuntungan' berlipat ganda.. dihisab di akhirat sebagai DOSA.. ya !! DOSA PERCUMA..

MASA..mereka tidak tahu apa sepatutnya dilakukan..
majlis2 ilmu yang banyak, langsung tidak dipedulikan..
katanya, hanya untuk orang baik2..
maka tempat2 hiburan menjadi tempat persinggahan..

TENAGA DAN PEMIKIRAN.. mereka tak tahu ke mana sepatutnya disumbangkan..
maka mereka merancang program2 yang hanya melekakan..
mengajak manusia yang lain bersama2..
bukannya menymbang ke arah membangunkan modal insan..
seperti yang sering dilaung2kan...
malah, iklan2 program ilmu dikoyak2kan..

hal inilah yang berlaku..
apabila umat islam lupa kepada tujuan mereka dicipta...
dicipta untuk mengabdikan diri kepada Pencipta..
bukan kepada dunia..

sungguh.!!
kekadang kita terlupa..
kekadang kita terleka..
kekadang kita alpa..

sebab itulah, pentingnya kita bersama2..
dengan mereka2 yang sayangkan agama..
yang cintakan Allah..
yang kasihkan rasul..
yang sering saling ingat mengingatkan..

supaya, apabila kita terkeluar dari landasan kehidupan,
ada yang sudi menarik kita.. kembali ke jalan tuhan..
semoga terus kekal di jalan yang selamat..
sehingga kita pergi, menemui Pencipta..

Wallahu'alam....

......


TERSENYUM aku ketika pulang dari masjid tadi..
2 orang pakcik tua, jalan beriringan berpegangan tangan....

mesra sungguh nampak mereka berdua..
walaupun sudah berumur, namun ikatan persahabatan masih kukuh dan utuh..

terfikir aku...

masihkah akan ada sahabat sebegitu bila tua nanti..
atau adakah sempat aku mengharungi hari2 tua..

Ya Allah, kurniakan kepadaku dan kepada kami umat islam kesatuan hati...

Ameen..




Monday, November 3, 2008

sudahkah aku tunaikan..???

Sering kali aku membelek dan membaca kembali artikel2 yang dah aku tulis dan ‘post’kan dalam blog ni. Dari post yang pertama sampai yang latest. Bukan baca untuk dibanggakan, banyaknya artikel yang dah aku post. Tapi untuk aku semak kembali…

Semak kembali perkara yang dah aku tulis.
Bukan untuk semak kesalahan ejaan. Bukan jugak untuk perbaiki ayat supaya lebih cantik dan tersusun, tapi untuk aku semak, betapa aku dah tunaikan atau belum perkara2 yang telah aku tulis dalam artikel2 tu……

Aku memilih untuk menulis sebagai medium untuk aku sampaikan perkara yang aku ketahui. Tetapi bukan semudah itu untuk menulis, terutamanya perkara2 yang berkaitan dengan menyuruh manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan dan keburukan.

Setiap apa yang kita lafakan (termasuk menulis) akan dipersoalkan kembali kepada kita. Jika kita menyuruh orang untuk melakukan demikian dan demikian, sudahkan kita melakukannya? Jika kita menyuruh orang lain meninggalkan perkara demikian dan demikian, adakah kita sudah tinggalkan perkara tersebut?

Persoalan ini yang sering bermain dalam fikiran aku untuk aku terus menulis.

Boleh sahaja aku menulis perkara2 yang santai dan ringan. Jenaka, pengalaman hidup, tentang sahabat2, keluarga dan lain2. Tapi, apa gunanya menulis perkara yang seronok dibaca untuk diketawakan semata-mata tetapi tiada langsung faedah yang boleh dicedok daripada penulisan tersebut. Jadi, aku masukkan juga sesuatu berunsur nasihat dan tegahan. Tentang kasih sayang dan murka Allah dan lain2.

Pernah aku meminta kepada seorang moderator blog untuk membuang artikel yang aku tulis yang terlepas masuk dalam blog tu. Alasan aku, artikel tu terlalu berat bagi aku. Takut2 aku tak dapat nak laksanakan perkara yang telah aku tulis dalam artikel tu. Juga aku takut, penulisan tersebut ditujukan kepada individu2 tertentu. Padahal individu tersebut adalah aku sendiri.

Tapi, moderator blog tu enggan membuang. Katanya apa guna menulis artikel jika mahu disimpan dan tidak mahu sampaikan kepada orang lain. Adakah sebab aku bimbang akan riak dan ujub dengan artikel tu? Katanya lagi, mungkin atas kesedaran seorang hamba Allah, dapat sedarkan 1000 orang yang membaca…dan yang paling penting, dapat mengubah dan membetulkan diri sendiri dengan perkara yang ditulis..

Aku tak terkata apa2…

Jadi aku mengambil keputusan untuk terus menulis. Niat yang pertama, untuk aku mengkoreksi diri sendiri, kemudian barulah untuk disampaikan kepada orang lain.

Aku memikirkan berkali-kali sebelum menulis sesuatu. Syaratnya, mesti yang telah aku perbuat atau yang aku berazam untuk buat. Sebab itulah aku sering kaitkan dengan pengalaman hidup aku. Perkara yang pernah aku lalui sendiri. Cuma, aku masih sangat2 bimbang, andai kata aku tak dapat laksanakan perkara2 tersebut. Mungkin saja, aku pernah melakukannya, tapi pada masa akan datang, adakah aku masih mampu untuk beristiqamah dengan perkara tersebut. Siapa tahu?

Aku mengharapkan sahabat2 sentiasa menasihati aku andai kata aku terkeluar dari landasan yang sebenar.

”agama itu nasihat”

”berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepad orang2 yang beriman.”

“wahai orang yang beriman, mengapa kamu katakan apa2 yang tidak kamu lakukan. Sungguh besar kemurkaan Allah kepada orang2 yang mengatakan apa2 yang tidak mereka lakukan.”
(As-saff : 2-3)

Allahu’alam..............


mudahnya kau melafazkan SAYANG !!!

"baby sayang abang kan ? nanti kita jumpa ya..
boleh kita (....sensored...). I love U.."

"hello..sayang !! kenapa tak balas SMS abang?"

"sayang sihat ? apa, demam ? ala kesian kat sayang..." nak abang picitkan kepala.??"

"sayang...bila kita nak jumpa lagi? abang rindu sangat nak jumpa dengan sayang.."

Ayat2 di atas hanya sebahagian kecil lafaz 'sayang' yang sering aku dengar dari mulut mereka2 yang sering berada di sekitar aku...

dan apabila aku aku mendengar lafaz2 tersebut, sering kali aku menggelengkan kepala, lalu bertanya.. "bila hang nak kahwin?" lalu aku jelaskan serba sedikit tentang apa yang kawan2 dah buat..
ya !! memang bukan aku bertanya secara serius. cuma nak ingatkan kepada kawan2, tak sepatutnya begitu.

"mudah sungguh hangpa lafazkan sayang?" aku tanyakan kepada mereka.

sayang yang dilafazkan bukannya hadir daripada hati,tetapi hanya kata2 manis yang datang dari bibir yang sering saja berkata nista.

paginya, sayang kepada si A..
tengah hari, sayang kepada si B..
petangya kepada si F..
malam pula dilafazkan kepada si Y..

inikah yang dikatakan sayang ?
lafaz yang sungguh berharga itu dijaja dengan murah sekali. malah diberi percuma kepada mereka2 yang tak sepatutnya...

Ahh !!

bagaimana mereka sanggup.. padahal,perkataan itu sepatutnya berat untuk dilafazkan kepada manusia serta makhluk, kecuali jika dilafazkan semata2 keranaNYA.

Abu razin al-Uqaili pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang iman. "wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan iman? Baginda menjawab :iaitu menempatkan Allah dan RasulNYA dengan kecintaan yang lebih tinggi berbanding kepada selain Allah dan RasulNYA.
(hadith riwayat Ahmad)

erti cinta dan sayang itu sendiri dikaitkan dengan keimanan kepada Allah. mana mungkin sayang itu dilafazkan jika tidak disandarkan kepada Allah. bagaimana perhubungan tersebut dapat diikat selain dengan ikatan kerana Allah..

sebelum kita berani untuk melafazkan kata 'sayang' kepada makhluk, tanyalah dahulu kepada diri...
"sudah adakah cinta aku kepada Allah. sudah terbinakah sayang aku kepada Rasul. sudah wujudkah rinduku kepada kasih dan redha Allah. sudah tersematkah kasihku kepada ibu dan bapa?...sudahkah ???

Sebelum kita melafazkannya kepada mereka yang baru beberapa tahun dikenali, terutamanya kepada yang berlainan jantina, lafazkan dan kuatkan dulu maksud kata2 tersebut kepada Allah. yang mencipta kita sejak azali. Rasulullah, yang dengannya kita mengenali islam. Ibu dan bapa, yang sejak kecil menjaga dan bersusah payah untuk kita....

setiap lafaz sayang tersebut haruslah disandar kepada Allah.
sayang kepada saudara se akhidah dan teman2 seperjuangan contohnya, sayangnya terbina kerana Allah. maka hubungan yang terbina Insyaallah akan berkekalan.

sayang kepada kekasih, tetapi atas perhubungan yang dicemari dengan maksiat serta laknat, mana mungkin hubungan tersebut akan mendapat berkat. maka hubungan tersebut hanya seperti pohon yang kematian akar, yang hanya menunggu masa untuk tumbang, lalu jatuh menyembah bumi. lalu pohon itu dimakan anai2 dan mereput, sehingga tiada langsung tanda2 bahawa pernah ada sebatang pohon di sana.

imam nawawi mengatakan dalam bukunya 'Cinta dan Rindu kepada Allah'.."sesungguhnya orang yang mencintai selain Allah, tanpa dihubungkan kepada-NYA sama sekali, maka kecintaan itu hanya terjadi disebabkan kebodohan dan kekurangannya mengenali Allah secara dekat."

cinta selain Allah yang dimaksudkan oleh imam nawawi tidak terhad kepada cinta manusia, malah cinta terhadap haiwan, terhadap pohon2 dan juga terhadap alam yang indah. tapi, aku fokuskan sesama manusia.

nah !! jelas sudah. kita sering sahaja tersalah dalam memberi perasaan kasih dan sayang kepada yang tak sepatutnya.

tidak salah jika menaruh rasa kasih kepada makhluk. tetapi jangan sekali2 perasaan kasih itu melebihi kasihnya kita kepada Pencipta makhluk tersebut.

Jika kita mengasihinya kerana kecantikannya, sedarlah bahawa rupa paras itu Allah yang menjadikan. Jadi siapakah yang lebih cantik dan lebih sempurna? tentu saja Pencipta. maka, kepada siapa selayaknya kasih tersebut? tentunya Allah.

jika kita mengasihinya kerana akhlaknya yang baik, siapa pula yang mengurniakan akhlak itu kepadanya. pastinya Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Maka, siapakah yang lebih layak dikasihi ? tentunya Allah

Jika kita mengasihinya kerana kepandaiannya, ketahuilah bahawa Allah yang Maha Mengetahui yang memberikan kepandaian kepadanya. jadi, lebih layaklah Allah untuk kasih itu....

..... Kasih kepada Allah. mudah saja untuk dilafazkan. tetapi untuk menyemat perasaan kasih itu, perlukan pengorbanan dan kesabaran. berkorban melawan kehendak nafsu yang sering saja menyuruh melakukan maksiat. dan bersabar dalam melakukan ibadah kepada Allah. dengan pengorbanan dan kesabaran tersebut, Insyaallah kita dapat merasakan betapa manisnya cinta kepada Allah dan betapa manisnya cinta kerana Allah....

dalam doanya, Rasulullah SAW mengatakan :
" Wahai Allah, limpahkan kepadaku kekuatan mencintai-MU, mencintai orang yang mencintai-MU dan mencintai perkara2 yang mendekatkan diri untuk mencintai-MU. jadikanlah rasa mencintai-MU lebih aku sukai berbanding air dan embun."

semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk mencari kasih dan sayang Allah. dan semoga Allah memberikan perasaan kasih ini kepada mereka yang mengasihiNYA.

Ameen..

ALLAHU'ALAM...

Wednesday, October 29, 2008

PENYESALAN......

Semalam, sempat aku mengikuti 1 kuliah maghrib. Mulanya tersilap masjid kerana tersilap maklumat. Tapi, hati ini terlalu kuat menyuruh aku pergi ke masjid lain, siapa tahu, mungkin ada kuliah maghrib. Alhamdulillah, akhirnya aku bertemu dengan masjid yang sepatutnya aku pergi.

Hati aku sudah terlalu gersang dan tandus.. terlalu banyak maksiat dan dosa2 yang terisi tanpa dicuci dan disuci dengan amalan kebaikan. Jiwa aku terasa seperti hampir mati kehausan lantaran tidak disiram dengan peringatan2 dan amaran2 dari ayat2 Allah.

Tapi semalam, melangkah keluar saja aku dari masjid, terasa ketenangan dan kedamaian hati yang teramat sangat. Benarlah, dengan mengingati Allah, hati2 akan menjadi tenang. Tenang sekali. Semoga keberadaan aku dalam ’taman syurga’ semalam mendapat keampunan Allah lantaran para malaikat yang berbaris2 memohon keampunan kepada para pengunjung ’taman syurga’ iaitu majlis2 ilmu.

Aku akui, sudah agak lama hati ini tidak diingatkan dengan ayat2 Allah. Apabila dibacakan kembali peringatan2 tersebut, hati tak dapat menahan sebak, mudah sungguh mata ini mengalirkan air mata. Hati terasa bergoncang apabila diberitakan tentang penyesalan2 para penduduk akhirat lantaran kealpaan mereka ketika di dunia.

”hai orang2 yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok(akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa2 yang kamu kerjakan.”
(Al-Hasyr ; 18)

Banyak terdapat dalam Al-Quran, Allah menceritakan tentang penyesalan orang2 yang di dunia dahulu, mereka lupa, mereka alpa dan juga leka. Maka di akhirat nanti, mereka akan meminta2 daripada Allah supaya diberikan peluang untuk kembali ke dunia supaya dapat melakukan amal soleh.

”......hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka, dia berkata, ”ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah aku tinggalkan..........”
(Al-Mu;minun ; 99-100)

”dia mengatakan, ”alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal soleh) untuk hidupku ini.” (Al-Fajr ; 24)

”........pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tanggannya, dan orang kafir berkata, ”Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah TANAH.”
(An-Naba’ ; 40)

Hatta, orang yang telah diberi ganjaran kebaikan di akhirat pun masih lagi menyesal kerana tidak menggunakan peluang sebaiknya sewaktu hidupnya untuk melakukan amalan kebaikan yang lebih banyak. Dalam sebuah hadis yang menafsirkan surah Al-zilzal...

”pada hari kiamat, setiap orang akan menyalahkan diri sendiri. Jika dia seorang yang baik di dunia, dia akan berkata. ”mengapa aku tidak menambah kebaikan ku.” jika dia seorang yang fasik dan ahli maksiat, dia akan berkata. ”mengapa aku tidak berhenti melakukan maksiat kepada Allah semasa hidupku.” (Auw kama qal)

Dalam penghujung ayat ke-18 surah Al-hasyr, Allah berfirman, ”Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa2 yang kamu kerjakan.”

Perkataan ta’maluun beerti Allah mengetahui segala apa yang kita lakukan bukan sahaja pada masa lepas, malah Allah juga mengetahui apa2 yang kita lakukan sekarang dan juga pada masa akan datang. Maka Rasulullah mengajarkan kepada kita satu doa.

(( Allahumma inni as aluka fi’lal qhairaat, watarkal munkaraat, wahubbal masakiin ))
”Ya Allah, aku memohon kepadaMu supaya dapat melakukan perkara yang baik pada masa akan datang dan mampu meninggalkan kemungkaran dan maksiat. Dan juga sentiasa mencintai orang2 miskin.”
(auw kama qal)

Ayat seterusnya...

”dan janganlah kamu seperti orang2 yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa pada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang2 yang FASIK.”
(Al-Hasyr ; 19)

Manusia sering sahaja terlupa, untuk apa mereka diciptakan. Padahal, Allah telah menjelaskan dalam ayatNYA. ”tidak aku ciptkan Jin dan Manusia, kecuali untuk beribadah kepadaKU.” (Az-zariyat ; 56)

Malah, ada manusia yang tidak mengenal tuhan. Mereka menjadikan nafsu sebagai tuhan. Menjadikan harta sebagai tuhan. Menjadikan pangkat sebagai tuhan serta sembahan. Malah mengagung-agungkan sesama manusia. Padahal mereka telah melafazkan janji kepada Allah bahawa hanya Dia sahaja Tuhan seluruh Alam.

”........bukankah Aku ini Tuhanmu?. Mereka menjawab. ”BAHKAN, (Engkau Tuhan kami. Kami menjadi saksi.........”
(Al- A’araf ; 172)

Maka mereka itu adalah golongan2 yang akan menghuni neraka2 Allah dan mereka jualah orang2 yang rugi.

”tiada sama penghuni2 neraka dengan penghuni2 syurga. Penghuni2 syurga itulah orang2 yang beruntung.” (Al-Hasyr ; 20).

Allah memberi satu peringatan dan tamsilan kepada manusia.

”kalau sekiranya Kami turunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk hancur disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan2 itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.”
(Al-Hasyr ; 21)

Allah menyuruh manusia berfikir. Sekiranya gunung yang dibuat daripada batu pejal tersebut pun hancur berkecai kerana takut menanggung segala suruhan dan amanah Allah, adakah hati manusia yang lembut itu tidak terkesan dengan Ayat2 Allah. Sesungguhnya hati2 manusia itu lebih keras daripada batu2 gunung.

Fikir-fikirkanlah serta renung-renungkanlah.

Sama2 kita ambil ikhtibar dan pengajaran. Hati manusia bisa dilembutkan apabila didengarkan ayat2 Allah. Cuma keegoan dan sifat sombong yang menyebabkan ia terus keras dan mati daripada mengingati Allah..

Allahu’alam...

P/s : Peringatan di atas merupakan antara isi kandungan kuliah maghrib yang sempat aku catat dalam handset pasal tak bawak kertas dan pen. lain kali kalau nak pi majlis ilmu, jgn lupa bawak buku catatan n pen. Nanti menyesal tak dapat nak salin dan lupa..... 





Sunday, October 26, 2008

HAJAT !!!

Manusia sentiasa berhajat.
Hajat kepada tuhan…
Hajat kepada kebahgiaan..
Hajat kepada makanan..
Hajat kepada minuman..
Hajat kepada persahabatan..
Dan macam2 lagi hajat..

Itulah fitrah seorang insan.....

Teringat aku petang tadi..
Sorang mamat ni bawak motor macam mat rempit, belok masuk ke parking kat masjid. Tak sempat brek, sampai terlanggar bahu jalan.. ’ganas bawak motor?’ aku menegur..
’tak tahan nak ke tandas’. Then dia terus berlari2 ke tandas...

Hmmm, itu pun perkara yang manusia sentiasa hajati..

Moral value :- setiap yang dihajati itu, segala2nya datang daripada Allah. Maka Dialah sebaik2 tempat kita memohon hajat.

Apa hajat aku??? Aku berhajat supaya.............................!!!
-end-


SmArT-sTaRt..????


PAGI jumaat tu, aku dapat satu panggilan telefon. Suara perempuan. Eheemmm!! Nombornya tak ku kenali. ”hello.. Boleh datang pejabat Alumni? Saya ada hal nak beritahu...” Hmmm, begitulah bagaimana aku mula2 dilamar..(??????) Dilamar utk jadi sekretariat kursus Pra-Perkahwinan SmartStart anjuran Alumni USM dan LPPKN.

Iklan tentang kursus tu dah lama terpampang kat sekitar USM. Macam best ja dengar. Tapi tak mungkin aku akan sertai pasal..............
Hmm, pasal takdak pasal la.. tapi bila dah jadi sekretariat, secara tak langsung, aku menyertai jugak. Hehehe, peluang jangan di tolak. Nak jugak aku tau apa yang nak disampaikan dalam kursus tu….

Tugas sekretariat tak banyak. Sebelum hari kejadian, buat serba sikit persiapan. Filing, susun meja dll. Hari kejadian plak, tunggu kat kaunter pendaftaran dan tolong mana yang patut. Selebihnya, aku kat dalam. Mendengar sambil buat rakaman..

Aku sangkakan para peserta terdiri daripada pasangan staf USM yang bakal mendirikan rumah tangga. Rupa2nya, semua para pelajar. Dari tahun 1 sampai tahun akhir. Yang datang ’bercouple’, ada 3 pasang. Yang lain2, di’couple’kan pada hari tersebut.. Seorang rakan junior yang turut aku ajak terpaksa menjadi ’pasangan angkat’ seorang gadis sebab tak cukup kaum Adam dalam kursus tu. Kesian dia. Hahaha. Aku plak terlepas sebab pandai bg alasan. Nasib baik....!!!!! 

Hari pertama agak membosankan. Pengisian hanya berkisar tentang pengenalan diri serta pengurusan kewangan keluarga.. Tiada langsung menyentuh tentang soal perhubungan dalam islam. Kurang menarik perhatian aku. Cuma agak berguna untuk dijadikan panduan masa depan. Para fasilitator pulak aku lihat seperti menggalakkan ’couple’. Hmm, mula2 agak rimas. But, aku perlu jalankan tugas yang dah diamanahkan.(sambil2 dengar ceramah.). selesai hari pertama, aku ambil kesempatan untuk berucap kat depan. Maklum la, sekretariat.. tak disuruh pun, tapi saja ja.

Aku sentuh tentang keberkatan dalam perhubungan. Jika kita mengharapkan perhubungan yang baik, mestilah dimulakan dengan langkah yang baik dsb. Aku juga sentuh sikit tentang ilmu2 yang perlu dipelajari dan diamalkan sebelum memulakan perhubungan seperti ilmu ttg syariatullah dan sunnatullah. (amik dari blog saifulislam). Bagaimana batas2 sebelum dan sesudah bertunang dan berkahwin. Aku cuba perhati gelagat para peserta. Ada yang memberi respon, dan ada yang sekadar mengangguk. Tak kisah la, janji aku dah sampaikan…. (harap aku dapat amalkan apa yg aku sampaikan..)

Hari kedua, topik dan para penceramah lebih menarik. Bermula dengan cara mengawal emosi dalam perhubungan, kemudian ceramah tentang kesihatan dan diikuti oleh slot bertajuk ‘luahan perasaan’ oleh sorang ustaz…. Apa nama ntah? Tak kisah la… slot terakhir juga oleh ustaz tu, tentang undang2 syariah yang berkaitan dengan perkahwinan….slot untuk hari kedua agak 'mendalam'. tapi, smua peserta pun dah besaq2, boleh la terima semua tu.. Insyaallah..

Begitulah sedikit sebanyak (tak banyak pun) yang aku dapat dalam kursus nie. Keseluruhan kursus… menarik dan berguna. Cuma satu ja masalah, kursus kali nie tak kena dengan kumpulan sasaran. Sepatutnya, lebih kepada pasangan yang dah nak mendirikan rumah tangga. Tapi, ilmu2 tu boleh diguna sebagai panduan serta jawapan jika ditanya oleh sesiapa. Tak rugi pun…..

Hmmm, lepas nie bole la PMI buat program seumpama nie. Aku dah borak dengan Kak Mas Alumni tu, kalau2 bole join-venture. OK ja.. nak join venture dengan PSI (persatuan Staf islam) pun bole, pasal wakil PSI ada skali. Aku serahkan kat para pimpinan untuk buat keputusan……

P/s :- lain kali kalau ada lagi, JOIN la.. Cuma better kalau dah ada pasangan masing2. yang dah berumah tangga pun bole join. Bukan apa, nanti kalau tak datang dengan pasangan, tak pasal2 dapat pasangan ‘baru’. Kalau nak macam tu, tak kisah la. Tapi kena pandai2 la jaga. Keberkatan tu penting. Jangan nak seronok ja.... (ingat tu Syam !!!!).

Wassalam....


Saturday, October 25, 2008

Yang tersirat- Subhanallah !!!

Cuba perhatikan bentuk buah-buahan di bawah sama dengan bentuk organ-organ dalam badan kita. Terbukti dengan jelas ciptaan Allah itu pasti ada manfaatnya dan kesenian ciptaan Allah yang maha tinggi dan amat terperinci sekali. Di dalam ayat al-Quran berulang kali menyuruh manusia itu melihat dengan teliti (intizhar), merenung dengan bersungguh-sungguh akan ciptaan Allah dan bukan dengan pandangan kosong yang tanpa makna. Manusia yang melihat dan memikirkan bersungguh-sungguh ciptaan Allah itu akan mencari-cari rahsia-rahsia yang terkandung dalam ciptaanNya. Bentuk-bentuk buahan di bawah adalah satu antara ribuan dan jutaan rahsia-rahsia yang terkandung dalam ciptaan Allah yang Maha Besar.

Allah SWT left clues for Us.....


A sliced Carrot looks like the human eye. The pupil, iris and radiating lines look just like the human eye…and YES science now shows that carrots greatly enhance blood flow to and function of the eyes.

A Tomato has four chambers and is red. The heart is red and has four chambers. All of the research shows tomatoes are indeed pure heart and blood food.

Grapes hang in a cluster that has the shape of the heart. Each grape looks like a blood cell and all of the research today shows that grapes are also profound heart and blood vitalizing food.

A Walnut looks like a little brain, a left and right hemisphere, upper cerebrums and lower cerebellums. Even the wrinkles or folds are on the nut just like the neo-cortex. We now know that walnuts help develop over 3 dozen neuron-transmitters for brain function.

Kidney Beans actually heal and help maintain kidney function and yes, they look exactly like the human kidneys.

Celery, Bok Choy, Rhubarb and more look just like bones. These foods specifically target bone strength. Bones are 23% sodium and these foods are 23% sodium. If you don’t have enough sodium in your diet the body pulls it from the bones, making them weak. These foods replenish the skeletal needs of the body.

Eggplant, Avocadoes and Pears target the health and function of the womb and cervix of the female - they look just like these organs. Today’s research shows that when a woman eats 1 avocado a week, it balances hormones, sheds unwanted birth weight and prevents cervical cancers. And how profound is this? …. It takes exactly 9 months to grow an avocado from blossom to ripened fruit. There are over 14,000 photolytic chemica l cons tituents of nutrition in each one of these foods (modern science has only studied and named about 141 of them).

Figs are full of seeds and hang in twos when they grow. Figs increase the motility of male sperm and increase the numbers of S perm a S we ll to overcome male sterility.

Sweet Potatoes look like the pancreas and actually balance the glycemic index of diabetics.

Olives assist the health and function of the ovaries.

Grapefruits, Oranges, and other Citrus fruits look just like the mammary glands of the female and actually assist the health of the breasts and the movement of lymph in and out of the breasts.

Onions look like body cells. Today’s research shows that onions help clear waste materials from all of the body cells They even produce tears which wash the epithelial layers of the eyes.

beza antara kasih dan kekasih...(1,2,3,4)

saja nak share dengan semua...
lagu lama...




Friday, October 24, 2008

Tikus vs Kucing vs Anjng..




Kita biasa melihat kucing mengejar tikus…
Tapi.. adakah tikus itu musuh kepada kucing..??
Jika benar musuh, mengapa boleh berlaku permusuhan tersebut..??



Kita biasa mendengar peribahasa ”bagai anjing dengan kucing”
yang menggambarkan permusuhan dan perbalahan...
Tapi adakah benar anjing dan kucing itu dua makhluk yang sering berbalah.??
Jika benar, mengapa mereka berbalah..??

Hisyamudin Rais... kenal siapa Hisyamudin Rais?
Hmm, walaupun bukan figure yang ‘baik’ untuk dijadikan contoh, tapi ada sesuatu yang nak diambil daripada beliau.
Di rumah, beliau ada memelihara tikus, kucing dan anjing. Katanya untuk membuat kajian. Tajuk kajian..”eksperimen sosial”..

Hmm, hasil eksperimen mendapati, ketiga2 makhluk nie dapat hidup dengan aman dan sentosa. Tak bergaduh, tak berbalah, tak saling mencederakan, dan tak pulak saling berbunuhan….

Tapi, apa yang diketahui, tikus dan kucing saling bermusuhan..macam tom and jerry.
Anjing dan kucing pulak saling berbalah..macam oggy dengan anjing bulldog tu..

Kucing mengejar dan memakan tikus bukanlah disebabkan oleh permusuhan yang diada-adakan, tetapi atas sebab Sunnatullah. Sunnatullah menetapkan tikus sebagai makanan kucing. Jadi ’persengketaan’ antara tikus dan kucing bukanlah kerana dendam dan iri hati, melainkan menurut hukum alam.




Begitu juga ’permusuhan antara kucing dan anjing. Bukanlah disebabkan anjing dipilih oleh warga rimba sebagai binatang yang paling disayangi, lalu kucing iri hati. Ataupun kerana kucing doakan supaya aib anjing terbuka, lalu mereka bersengketa. (rujuk hikayat kucing dan anjing orang Indonesia), tapi hukum alam. Anjing tidak pernah cari pasal dengan kucing. Kucing pulak tak pernah sengaja nak sakiti hati anjing. Pergaduhan kucing dan anjing hanyalah di reka2 oleh manusia.

Sebenarnya makhluk yang selalu bersengketa bukanlah tikus, kucing dan anjing…tetapi juara persengketaan ialah manusia. YA !!! manusia… tapi sengaja manusia mereka2, bahawa kucing dan anjing sering berbalahan, padahal mereka lupa diri sendiri yang sering bermusuhan…

Manusia diberi akal untuk memikir. Juga dikurniakan hati untuk menilai… malah dibekalkan al-quran dan rasul sebagai panduan dan ikutan.. tapi manusia inilah juga yang sering saja bersengketa. Sering saja bermusuhan. Sering saja berbalahan…

Iri hati, sakit hati, busuk hati, terasa hati, makan hati, dendam…. Semua ini tertanam dalam diri manusia..diri kita.. bukan diri tikus. Bukan anjing dan bukan kucing..
Umat islam...sunni.. syi’ie.. wahabi.. salafi..semua boleh bersolat sekali. Masjid kalian adalah masjid kami. Malah ketika solat, bahu bertemu bahu. Jari kaki bertemu jari kaki. Malah salam diberi kanan dan kiri. Doakan pula kesejahteraan sesama muslim.. selesai solat, saling bersalaman... cukup cantik dan harmoni keadaan dalam masjid. Tapi, bila kaki melangkah keluar.. manusia dibeza mengikut warna, dibeza mengikut kefahaman dan dibeza-beza sehingga timbul persengketaan, timbul perbalahan dan pergaduhan. Itulah umat islam. ’umat terbaik’ yang dilahirkan dari kalangan manusia.


Tapi.. umat kristian. Katholik, protestan, ortodok.. masing2 dengan gereja masing2. haram katholik beribadah di gereja protestan. Haram protestan berkahwin dengan katholik.. tetapi.. apabila tiba soal menghancurkan umat islam, mereka bersatu. Mereka berpadu. Mereka lupakan perbezaan, lupakan ketidaksefahaman. Bersatu dengan satu tujuan.. umat islam perlu dihapuskan. Umat islam perlu dimurtadkan. Umat islam perlu dirosakkan.. maka, kesatuan mereka mendapat ’restu’ daripada Allah. Hasilnya... umat islam memang rosak, umat islam memang dimurtadkan.

1-0. kemenangan berpihak kepada umat kuffar. Hanya kerana mereka bersatu.....

BAGAIMANA DENGAN KITA.??
MASIH MAHU BERSENGKETA??
MASIH MAHU MEMBEZA-BEZA??

Tepuk dada, tanya iman..
Tepuk kepala, tanya akal..

"bilakah lagi, kita semua satu hati.. " "Bilakah lagi, keamanan kan di kecapi…" "Bilakah lagi, islam kan dijulang tinggi.." "Bangunlah wahai ummah, kita satu hati..."



Tuesday, October 21, 2008

jika bukan kita..siapa ??

mengapa para penggerak dakwah susah hendak diterima oleh orang biasa ?
mengapa muslimat tudung labuh masih lagi dijauhi oleh mereka2 yang tak bertudung ataupun bertudung kecil ?
mengapa laki2 yang berkopiah dan 'budak masjid' payah hendak bersama2 dengan golongan2 biasa2 ?????

perjumpaan dengan para naqib tadi sedikit sebanyak menjelaskan, para pendakwah kekadang memilih bulu, memilih mad'u, memilih untuk bersama-sama dengan yang sekufu..

'usrah' hanyalah daripada 'budak baik' kepada 'budak baik'.
Ya !!! 'budak baik' perlulah terus diasuh supaya terus baik dan menjadi lebih baik.. malah boleh menjadi para penggerak yang baik..
tapi, bagaimana dengan golongan2 yang 'kurang baik', kelompok2 yang memuja nafsu, bergelumang dengan maksiat, sering melakukan fasad.??
harus terus dibiar? dengan alasan mereka sudah tidak dapat diubah..
boleh dibiar dengan alasan mereka tidak mahu berubah...

renung kembali diri. siapalah aku seandainya Allah tak takdirkan untuk aku bersama2 dengan mereka2 yang sayangkan islam, cintakan Allah, kasihkan rasul..

seorang murid baru tamat pengajian dengan seorang alim. sebelum berpisah, guru tersebut bertanya kepada muridnya tersebut."siapakah yang lebih hina? apabila kamu bertemu dengan jawapannya, datanglah kembali berjumpa denganku. dengan itu, baru kamu benar2 telah tamat pengajian denganku." maka murid tadi berjalanlah untuk mencari jawapan tersebut.

beliau bertemu dengan seorang pencuri. maka beliau berkata, "pencuri inilah yang hina. mengambil harta benda orang lain.. seketika kemudian, beliau terfikir. pencuri ini jahat pada masa sekarang. mungkin dia akan menjadi lebih baik daripada aku pada masa akan datang. sedangkan aku baik sekarang. mungkin aku akan menjadi lebih jahat daripadanya kelak. "aku lebih hina daripada pencuri tersebut".

kemudian beliau bertemu pula dengan seorang yang tua. orang inilah yang lebih hina. tentu sekali beliau lebih banyak melakukan dosa daripadaku kerana umurnya yang telah panjang. seketika kemudian beliau terfikir. semestinya amalan kebaikannya lebih banyak daripadaku. "akulah yang lebih hina."

beliau kemudiannya bertemu pula dengan budak kecil. "tentunya budak ini lebih hina". tiada apa2 kebaikan yang telah dia lakukan. seketika kemudian beliau terfikir. budak kecil ini tiada apa2 dosa untuk dihisab oleh Allah. maka akulah yang lebih hina daripada budak kecil ini."

beliau meneruskan perjalanan dan kemudian bertemu dengan seekor anjing kurap lagi berpenyakit. "Hmm, anjing inilah yang lebih hina. bukan sahaja binatang yang kotor, badannya penuh dengan kurap. tiada siapa yang sanggup mendekatinya. lalu beliau berfikir.. anjing ini bukanlah makhluk yang akan dihisab oleh Allah. pada hari kiamat nanti. makhluk selain manusia dan jin akan menjadi debu2 yng beterbangan. maka mulianya anjing ini daripadaku kerana terlepas daripada penghisaban Allah..
"sesungguhnya akulah yang paling hina."

maka, beliau berjumpa kembali dengan gurunya. "tuan, saya sudah berjumpa dengan jawapan untuk soalan tuan. Orang yang paling hina ialah diri saya sendiri. lebih hina daripada pencuri, lebih hina daripada orang tua, kanak2, malah lebih hina daripada anjing kurap."

"jawapan anda tepat sekali." gurunya membalas. "walau ke mana2 sekalipun kita pergi, ingatlah dalam diri, bahawa kita ini hanyalah makhluk yang hina. tidak layak untuk menyombong diri, tiada layak untuk mendabik dada, tiada layak untuk mengaku pandai dan sebagainya. yang layak untuk membesarkan diri ialah ALLAH... "anda lulus wahai anakku." pergilah kamu bertebaran di muka bumi ini dan sebarkan kebaikan kepada orang lain...

jadi..... siapalah kita untuk tidak mahu bersama-sama dengan orang yang kita anggap hina. ?? ilmu yang dipinjamkan oleh Allah, bukan untuk mereka yang sudah berilmu sahaja, tetapi untuk semua. memang kita tidak mampu untuk bersama2 dengan semua, tetapi, janganlah kita hanya memilih untuk bersama2 dengan kelompok kita sahaja...

pengalaman aku bersama2 dengan kawan2 yang pelbagai latar belakang...kaki penipu?? kaki karaoke ?? kaki judi?? kaki minum arak? kaki perempuan ? kaki perosak perempuan ??.. realitinya, mereka inilah yang berada bersama2 dengan kita. sama ada kita pergi mendekati mereka, ataupun membiarkan mereka terus hanyut dalam dunia yang penuh kegelapan. terkapai-kapai mencari tangan2 yang mahu menyambut mereka, menyelamatkan mereka daripada terus lemas, lalu tenggelam dalam kesesatan.

Siapa kata mereka tak kenal islam?? siapa kata mereka tak kenal tuhan?? siapa kata mereka tak tahu dosa, pahala.. masalahnya, tiada siapa yang mahu menegur apabila mereka melakukan maksiat.

mereka mahu orang menasihati mereka, walaupun kekadang nasihat itu hanya diangguk2 sahaja. malah kekadang nasihat itu dijadikan bahan ketawa. tapi, itulah sebenarnya yang mereka mahukan daripada kita.. mereka sangat2 mahukan seseorang menegur perbuatan mereka. tapi.. tegurlah dengan cara yang 'kena' dengan keadaan mereka. jangan dimarah tak tentu hala. jangan menjadi qadi yang hanya tahu menghukum.. jangan!! jangan!! kelak mereka akan lari..

seorang qadi.. hukum membuka aurat, HARAM !! berdosa.. kena bakar api neraka..

tapi seorang dai'e,lain caranya.. mungkin dengan cara "ish, banyaknya bulu kaki. perempuan tengok, sure geli. tutup saja la. tayang pun xdak guna.. mungkin..

kita punya kebijaksanaan... malah kita lebih kenal dengan kawan2. cara mana yang elok, gunalah. tetapi jangan asyik menghukum, cuma jangan terus tinggalkan hukum. yang haram tetap haram.. cuba jelaskan perlahan2. anda semua pasti lebih arif. aku cuma memberi pandangan....

"Syam, macam mana aku nak berubah ha?" pernah aku ditanya oleh golongan yang @#$%.. satu perkara anda perlu bersedia. pastikan anda mampu memberi nasihat apabila diminta. jika dia seorang yang tegar, jgn terus dipaksa supaya berubah. tapi cadangkan supaya dimulakan dengan sesuatu yang kecil dan mudah dulu...

pernah juga ditanya.. "hang ada tak kawan2 tudung labuh nak rekomen kat aku? nanti boleh dia nasihat aku jadi baik.." apa jawapan yang perlu aku bagi, sedangkan aku tahu, dah ramai perempuan diperdaya olehnya... hmm, pening2.. tapi begitulah karenah yang perlu dilayan.

kekadang juga, apabila aku berada bersama2 mereka diluar, pukul 3 pagi, 4 pagi.. aku terfikir sendiri. benarkah aku ? aku yang berada dengan mereka? diajak keluar pukul 3 pagi.. hanya untuk pergi makan. nak tolak, ada yang beri alasan andai aku tak ikut, dia takkan pergi.. dalam keadaan mengantuk, lagi meletihkan, aku gagahkan juga hati dan diri...biarlah letih...

kerana perkara2 sedemikian, kita dijadikan tempat rujukan. apa2 masalah ditanya. dihadapan kita, malu membuat perkara2 yang 'kurang elok'. sekurang2nya kehadiran kita dirasai..

begitulah keadaan masyarakat kita..
siapa lagi yang nak bersama2 mereka, untuk mengubah kalau bukan kita. mungkin kita tak dapat menjadikan mereka seperti yang kita harapkan, tapi sekurang2nya, itulah alasan kita di hadapan Allah nanti..

PENGALAMAN AKU CERITAKAN, BUKAN UTK BESARKAN DIRI..CUMA MAHU BERKONGSI SEDIKIT TENTANG KEADAAN SEGELINTIR MASYARAKAT DI LUAR SANA.. SEMOGA BOLEH DIJADIKAN PENGAJARAN..SAMA2 KITA UBAH DIRI KITA, KELUARGA, SAHABAT2 DAN MASYARAKAT..

*** tapi satu ja 'slack'.. aku tak pandai sangat nak conduct usrah dengan budak baik2.. sebab tu usrah pun kena gabung dengan kawan..hahahah.. !!!!