Monday, November 3, 2008

sudahkah aku tunaikan..???

Sering kali aku membelek dan membaca kembali artikel2 yang dah aku tulis dan ‘post’kan dalam blog ni. Dari post yang pertama sampai yang latest. Bukan baca untuk dibanggakan, banyaknya artikel yang dah aku post. Tapi untuk aku semak kembali…

Semak kembali perkara yang dah aku tulis.
Bukan untuk semak kesalahan ejaan. Bukan jugak untuk perbaiki ayat supaya lebih cantik dan tersusun, tapi untuk aku semak, betapa aku dah tunaikan atau belum perkara2 yang telah aku tulis dalam artikel2 tu……

Aku memilih untuk menulis sebagai medium untuk aku sampaikan perkara yang aku ketahui. Tetapi bukan semudah itu untuk menulis, terutamanya perkara2 yang berkaitan dengan menyuruh manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan dan keburukan.

Setiap apa yang kita lafakan (termasuk menulis) akan dipersoalkan kembali kepada kita. Jika kita menyuruh orang untuk melakukan demikian dan demikian, sudahkan kita melakukannya? Jika kita menyuruh orang lain meninggalkan perkara demikian dan demikian, adakah kita sudah tinggalkan perkara tersebut?

Persoalan ini yang sering bermain dalam fikiran aku untuk aku terus menulis.

Boleh sahaja aku menulis perkara2 yang santai dan ringan. Jenaka, pengalaman hidup, tentang sahabat2, keluarga dan lain2. Tapi, apa gunanya menulis perkara yang seronok dibaca untuk diketawakan semata-mata tetapi tiada langsung faedah yang boleh dicedok daripada penulisan tersebut. Jadi, aku masukkan juga sesuatu berunsur nasihat dan tegahan. Tentang kasih sayang dan murka Allah dan lain2.

Pernah aku meminta kepada seorang moderator blog untuk membuang artikel yang aku tulis yang terlepas masuk dalam blog tu. Alasan aku, artikel tu terlalu berat bagi aku. Takut2 aku tak dapat nak laksanakan perkara yang telah aku tulis dalam artikel tu. Juga aku takut, penulisan tersebut ditujukan kepada individu2 tertentu. Padahal individu tersebut adalah aku sendiri.

Tapi, moderator blog tu enggan membuang. Katanya apa guna menulis artikel jika mahu disimpan dan tidak mahu sampaikan kepada orang lain. Adakah sebab aku bimbang akan riak dan ujub dengan artikel tu? Katanya lagi, mungkin atas kesedaran seorang hamba Allah, dapat sedarkan 1000 orang yang membaca…dan yang paling penting, dapat mengubah dan membetulkan diri sendiri dengan perkara yang ditulis..

Aku tak terkata apa2…

Jadi aku mengambil keputusan untuk terus menulis. Niat yang pertama, untuk aku mengkoreksi diri sendiri, kemudian barulah untuk disampaikan kepada orang lain.

Aku memikirkan berkali-kali sebelum menulis sesuatu. Syaratnya, mesti yang telah aku perbuat atau yang aku berazam untuk buat. Sebab itulah aku sering kaitkan dengan pengalaman hidup aku. Perkara yang pernah aku lalui sendiri. Cuma, aku masih sangat2 bimbang, andai kata aku tak dapat laksanakan perkara2 tersebut. Mungkin saja, aku pernah melakukannya, tapi pada masa akan datang, adakah aku masih mampu untuk beristiqamah dengan perkara tersebut. Siapa tahu?

Aku mengharapkan sahabat2 sentiasa menasihati aku andai kata aku terkeluar dari landasan yang sebenar.

”agama itu nasihat”

”berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepad orang2 yang beriman.”

“wahai orang yang beriman, mengapa kamu katakan apa2 yang tidak kamu lakukan. Sungguh besar kemurkaan Allah kepada orang2 yang mengatakan apa2 yang tidak mereka lakukan.”
(As-saff : 2-3)

Allahu’alam..............


No comments: