"baby sayang abang kan ? nanti kita jumpa ya..
boleh kita (....sensored...). I love U.."
"hello..sayang !! kenapa tak balas SMS abang?"
"sayang sihat ? apa, demam ? ala kesian kat sayang..." nak abang picitkan kepala.??"
"sayang...bila kita nak jumpa lagi? abang rindu sangat nak jumpa dengan sayang.."
Ayat2 di atas hanya sebahagian kecil lafaz 'sayang' yang sering aku dengar dari mulut mereka2 yang sering berada di sekitar aku...
dan apabila aku aku mendengar lafaz2 tersebut, sering kali aku menggelengkan kepala, lalu bertanya.. "bila hang nak kahwin?" lalu aku jelaskan serba sedikit tentang apa yang kawan2 dah buat..
ya !! memang bukan aku bertanya secara serius. cuma nak ingatkan kepada kawan2, tak sepatutnya begitu.
"mudah sungguh hangpa lafazkan sayang?" aku tanyakan kepada mereka.
sayang yang dilafazkan bukannya hadir daripada hati,tetapi hanya kata2 manis yang datang dari bibir yang sering saja berkata nista.
paginya, sayang kepada si A..
tengah hari, sayang kepada si B..
petangya kepada si F..
malam pula dilafazkan kepada si Y..
inikah yang dikatakan sayang ?
lafaz yang sungguh berharga itu dijaja dengan murah sekali. malah diberi percuma kepada mereka2 yang tak sepatutnya...
Ahh !!
bagaimana mereka sanggup.. padahal,perkataan itu sepatutnya berat untuk dilafazkan kepada manusia serta makhluk, kecuali jika dilafazkan semata2 keranaNYA.
Abu razin al-Uqaili pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang iman. "wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan iman? Baginda menjawab :iaitu menempatkan Allah dan RasulNYA dengan kecintaan yang lebih tinggi berbanding kepada selain Allah dan RasulNYA.
(hadith riwayat Ahmad)
erti cinta dan sayang itu sendiri dikaitkan dengan keimanan kepada Allah. mana mungkin sayang itu dilafazkan jika tidak disandarkan kepada Allah. bagaimana perhubungan tersebut dapat diikat selain dengan ikatan kerana Allah..
sebelum kita berani untuk melafazkan kata 'sayang' kepada makhluk, tanyalah dahulu kepada diri...
"sudah adakah cinta aku kepada Allah. sudah terbinakah sayang aku kepada Rasul. sudah wujudkah rinduku kepada kasih dan redha Allah. sudah tersematkah kasihku kepada ibu dan bapa?...sudahkah ???
Sebelum kita melafazkannya kepada mereka yang baru beberapa tahun dikenali, terutamanya kepada yang berlainan jantina, lafazkan dan kuatkan dulu maksud kata2 tersebut kepada Allah. yang mencipta kita sejak azali. Rasulullah, yang dengannya kita mengenali islam. Ibu dan bapa, yang sejak kecil menjaga dan bersusah payah untuk kita....
setiap lafaz sayang tersebut haruslah disandar kepada Allah.
sayang kepada saudara se akhidah dan teman2 seperjuangan contohnya, sayangnya terbina kerana Allah. maka hubungan yang terbina Insyaallah akan berkekalan.
sayang kepada kekasih, tetapi atas perhubungan yang dicemari dengan maksiat serta laknat, mana mungkin hubungan tersebut akan mendapat berkat. maka hubungan tersebut hanya seperti pohon yang kematian akar, yang hanya menunggu masa untuk tumbang, lalu jatuh menyembah bumi. lalu pohon itu dimakan anai2 dan mereput, sehingga tiada langsung tanda2 bahawa pernah ada sebatang pohon di sana.
imam nawawi mengatakan dalam bukunya 'Cinta dan Rindu kepada Allah'.."sesungguhnya orang yang mencintai selain Allah, tanpa dihubungkan kepada-NYA sama sekali, maka kecintaan itu hanya terjadi disebabkan kebodohan dan kekurangannya mengenali Allah secara dekat."
cinta selain Allah yang dimaksudkan oleh imam nawawi tidak terhad kepada cinta manusia, malah cinta terhadap haiwan, terhadap pohon2 dan juga terhadap alam yang indah. tapi, aku fokuskan sesama manusia.
nah !! jelas sudah. kita sering sahaja tersalah dalam memberi perasaan kasih dan sayang kepada yang tak sepatutnya.
tidak salah jika menaruh rasa kasih kepada makhluk. tetapi jangan sekali2 perasaan kasih itu melebihi kasihnya kita kepada Pencipta makhluk tersebut.
Jika kita mengasihinya kerana kecantikannya, sedarlah bahawa rupa paras itu Allah yang menjadikan. Jadi siapakah yang lebih cantik dan lebih sempurna? tentu saja Pencipta. maka, kepada siapa selayaknya kasih tersebut? tentunya Allah.
jika kita mengasihinya kerana akhlaknya yang baik, siapa pula yang mengurniakan akhlak itu kepadanya. pastinya Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Maka, siapakah yang lebih layak dikasihi ? tentunya Allah
Jika kita mengasihinya kerana kepandaiannya, ketahuilah bahawa Allah yang Maha Mengetahui yang memberikan kepandaian kepadanya. jadi, lebih layaklah Allah untuk kasih itu....
..... Kasih kepada Allah. mudah saja untuk dilafazkan. tetapi untuk menyemat perasaan kasih itu, perlukan pengorbanan dan kesabaran. berkorban melawan kehendak nafsu yang sering saja menyuruh melakukan maksiat. dan bersabar dalam melakukan ibadah kepada Allah. dengan pengorbanan dan kesabaran tersebut, Insyaallah kita dapat merasakan betapa manisnya cinta kepada Allah dan betapa manisnya cinta kerana Allah....
dalam doanya, Rasulullah SAW mengatakan :
" Wahai Allah, limpahkan kepadaku kekuatan mencintai-MU, mencintai orang yang mencintai-MU dan mencintai perkara2 yang mendekatkan diri untuk mencintai-MU. jadikanlah rasa mencintai-MU lebih aku sukai berbanding air dan embun."
semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk mencari kasih dan sayang Allah. dan semoga Allah memberikan perasaan kasih ini kepada mereka yang mengasihiNYA.
Ameen..
ALLAHU'ALAM...
No comments:
Post a Comment