Friday, June 13, 2008

BAJU UNIFORM JARANG.. PUNCA JENAYAH ROGOL…

Perkara diatas adalah dirujuk...( Perrrghhh, macam surat rasmi la pulak)...

Hmm, pernah tak dengar pasal isu nie??? Mungkin aku terlambat nak respon isu ni..tapi, isu ni tetap jadi satu isu andai kata tak diselesaikan.. aku ada pandangan sendiri, tak tau la dengan sahabat2 lain….

Sebelum tu, biaq aku bgtau sikit2..takut tak tau plak… beberapa minggu lepas, S/U PKPIM ( persatuan kebangsaan pelajar islam Malaysia) ada tulis satu surat.. dihantar kat surat khabar.. STAR rasanya.. time tu aku tak sedar lagi pasal isu nie.. pastu besoknya, bila aku baca STAR, ramai yang komen, bantah.. katanya tak rasional, diskriminasi dll… apa isunya.??? Tu haa !!! rujuk tajuk atas.. dalam surat tu ada la tulis, pakaian uniform sekolah bagi pelajar perempuan perlu dikaji semula pasal menampakkan tubuh badan.. dan perkara tu boleh meningkatkan jenayah rogol..

Kalau tengok situasi semasa, mmg ada kebenaran perkara tersebut.. baju uniform sekolah yang budak2 perempuan pakai tu dah la warna putih. Ada plak yang beli jenis kain jarang. .. dah tu tudung pulak ditanggalkan.. memang la nampak badan.. nak tau jarang ka tak jarang.. kalau nampak tali ¿??? kat belakang tu, kira jarang la baju tu.. tapi yang aku hairan, ramai yang melenting tak tentu pasal bila ada pihak yang membangkitkan isu ni.. dan meminta pihak yang bertanggungjawab kaji semula uniform nie..

Pada aku la..kalau ada pihak yang bersuara, maka benda tu mesti ada s’thg wrong.. betoi tak ?? tapi tu la.. kalau baca respon pembaca dalam STAR, ada yang kata perkara ni menuduh lelaki yang bukan2.. ada yang kata, perempuan yang pakai litup pun kena rogol gak. Hatta nenek dan budak kecik pun kena rogol gak..bukannya depa pakai seksi pun... dan wanita JIM tegaskan, perkara ni bukan penyebab berlakunya kes rogol, tapi masalah dari institusi keluarga... ye betoiiii..memang bermula dari keluarga.. itu tanggungjawab keluarga...

Tapi dalam konteks nie, perkara nie (pakaian jarang) gak boleh diatasi dengan penguatkuasaan.. tugas sapa ??? orang yang berautoriti la.. sapa ??? pemerintah la.. kementerian ada kuasa untuk kaji dan ubah apa yang sedia ada...setahu aku la.. kalau silap, mintak maaf la ye dato’ Hishamuddin….kalau Hisyamuddin ( aku la tu) ni la, insyaallah aku kaji balik..huhuhu (berangan la tu..)

Ok..berbalik kepada masalah.. betoi ka pakaian jarang nie bole bawak sampai tahap rogol.. ??
Aku kata ….Ya !! Betoi la… kalau tak betoi tak kata la…

habis tu, awat nenek yang tua bangka dan kanak2 yang tak cukup sifat keperempuanan lagi tu yang jadi mangsa ??/ depa mana pakai seksi ¡! Mana pakai baju jarang.. uniform sekolah tu pun tak dak lagi…
Hmmm, aku rasa sahabat2 tau kan jawapan dia.. golongan2 yang lemah ni la selalu jadi mangsa... logiknya la, kalau sorang laki tu tengok sst yng mengghairahkan kat TV, boleh ka dia lepaskan nafsu tu kat orang dalam TV tu,?? Tak kan ?? pasal apa ??? pasal tak boleh la... perempuan tu gambaq ja..
Sama la.. bila sorang laki nie tengok perempuan yang seksi @ baju jarang sampai timbul nafsu.. bukannya dia bole lepaskan nafsu dia kat perempuan tu kalau dok tengah2 ramai orang… so, dia cari la mangsa yang dia rasa mudah.. kanak2 jugak jadi mangsa dia.. tapi puncanya sapa ¿?? Budak tu ka ?? Tak kan ????

So, apa yang aku nak sampaikan kat sini, bila ada pihak yang suarakan satu isu @ masalah, kaji betoi2 dulu.tanya balik...pasai pa dia keluaqkan kenyataan tu..mesti ada pasai… takkan tak pasai2 nak cari pasai.. kang tak pasai2 kena penampaq pasai..uhuhuhu..

Aku setuju kalau uniform sekolah tu dikaji balik.. tukaq bagi warna terang skit ka?? Apa ka ?? apa pendapat sahabat2 ???? bak kata Nabil raja lawak...Lu fikir la sendiri...trimakasehhhhhh !!!!

1 comment:

rossees said...

pada pendapat aku, warna terang pergi sekolah tak sesuai lah, sakit mata cikgu nak ngajar nanti.. kaler hitam ke atau kelabu asap okay kot....lagi senang tak yah ada uniform..standard ngan cikgu pakai baju kurung je..lagi bajet..