Monday, June 9, 2008

KENAPA NARUTO ???


Dah pukul 1.08 pagi….
Aku rasa macam nak menulis sesuatu, tapi tak brapa nak ada idea... nak tulis yang ilmiah, time2 macam ni malas pulak nak rujuk balik kitab2 dan artikel2 yang banyak aku kumpul dari internet... So, jadi, maka bila dah fikir punya fikir, terbitlah 1 idea untuk menulis tentang……NARUTO

Hmmm, kenapa NARUTO ek ??? tapi sebelum tu, kena tanya dulu. Tau ka NARUTO tu apa ?? binatang ternakkah ?? jenis bintang di angkasakah?? @ pun jenis kereta keluaran jepunkah??? Sebenarnya dan sebetulnya, NARUTO tu merupakan sebuah anime jepun (kartun yeee) merangkap nama hero dalam cerita tersebut.

Sebetulnya aku memang tak layan langsung cerita ni waktu awal2 dulu, tapi oleh sebab agak tension masa study week nak exam yang lepas, aku mula berjinak-jinak dengan anime ni.(huhuhu, alasan sebab malas nak study) (DON’T TRY THIS AT HOME)...

Apa yang aku nak kupas pasal NARUTO dalam ruangan sempit ni ialah, pengajaran yang boleh kita cedok daripada watak NARUTO dalam anime nie.

NARUTO ni sorang yang bercita-cita tinggi dan sanggup bersusah payah dan bermati-matian untuk capai cita-cita dia iaitu untuk jadi HOKAGE (ketua,pemerintah) kat kampung dia KONOHA.

NARUTO ni jugak seorang yang sangat pentingkan persahabatan dengan kawan2 dia terutamanya dengan SASUKE. Walaupun depa 2 ni asyik dok bergaduh, tapi demi kawan, NARUTO sanggup hadapi risiko untuk selamatkan SASUKE. Masa nak pi selamatkan SASUKE daripada OROCHIMARU, dia kata “ i don’t care who i have to fight. If he rips my arms off, I’ll kick him to death. If he rips my legs off, I’ll bite him to death. If he rips my head off, I’ll stare him to death. And if he gouges out my eyes, I’ll curse him from beyond the grave.”… macam mana ???? sanggup.

Bak kata TSUNADE-SAMA, naruto nie ada satu KUASA, iaitu kuasa untuk mempengaruhi dan mengubah orang. Daripada orang yang takdak perasaan, bole jadi orang yang penyayang. Daripada orang yang jahat, bole jadi orang yang baik macam GAARA..si GAARA ni dulu memang jahat. Tapi lepas lawan dengan naruto, dia mula berubah.. dan akhirnya dia jadi ketua yang disayangi kat kampung dia. bak kata GAARA, “he (NARUTO) taught me that i can change the path i want life to take”

Cuma satu ja problem si NARUTO ni. Dia ni cepat melenting dan tergesa-gesa buat keputusan. Baru kena provoke skit, terus naik angin sampai KYUBI (demon) dalam badan dia kuasai badan dia..

Hmmm, itu la serba sikit perangai NARUTO yang bole aku bgtau. Nak tau lebih tengok la sendiri.

Sebenarnya, perlu bagi kita, sebagai seorang muslim, terutamanya bagi mereka yang bergelar dai’e, untuk memiliki sifat-sifat yang baik macam NARUTO tu. Seorang dai’e perlulah bercita-cita tinggi untuk tegakkan agama Allah di muka bumi dan bermati-matian dalam usaha untuk menempatkan agama Allah ni di tempat yang selayaknya. Dan dalam kerja berjamaah atau berkumpulan ini, penting untuk terapkan nilai persahabatan dan sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk sahabat dan untuk jamaah. Dan, dalam kita berdakwah kepada masyarakat, diri ni perlu menjadi contoh kepada masyarakat. Seorang dai’e seharusnya mampu mempengaruhi orang sekelilingnya dan mampu memberi impak yang besar dalam hidup seseorng. Dan yang penting, perlulah berstrategi dan sentiasa bersabar dengan ujian2 yang ditempuhi. ( bukan mcm NARUTO)

Hmm, kan ada kebaikan jugak tengok cerita kartun… moral value nya, ambillah pengajaran daripada apa2 yang kita lalui seharian…selamat maju jaya..


Raudatus solihin ( RS )
2.33 am
1 jamadil akhir 1429 (5 jun 08)

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum..

lagi2 naruto..ape kenanya ngan naruto ni..ana pun x faham..heheh..dok ngn muslimat, depa kata naruto best???hah????muslimat minat naruto???heheh...tiap2 siri dibelinya..ape hal???urm..ana pun nampaknya kna baca jugak nih..insyaAllah..dan mungkin di sebalik naruto tu ada tersiratnya..dan kadang2 naruto ni menjadi pembakar semangat kepada pejuang2 islam yang kartun ni untuk berada di jalan dakwah..heheh..urm..syukran dengan perkongsian..