Monday, June 23, 2008
Jalan Haji Taib ...
6.45 pagi. 21 Jun 2008.. aku turun LRT kat Sultan Ismail. Keseorangan di kota metropolitan.. Misi aku.... mencari yang tidak pasti. Yang aku pasti, aku perlu bertemu dengan beberapa sahabat..bukan sekarang, tapi pukul 9.00 pagi. Dekat mana ??? Aku hanya mengikut arahan yang diberi... Aku nie dah la tak biasa dengan wilayah yang bergelar Kuala Lumpur ni.. pernah masa zaman muda2, aku bertekad dalam hati yang
aku takkan tinggal kat KL..
2 jam lagi..lambat lagi tapi.. perut dah berbunyi.. maka aku mulakan langkah, jalan2 cari makan.. sasaran aku, kedai nasi kandaq Hamid, kat Jalan Raja Laut.. 1st time aku sampai kat area tu.. habis makan, dah tak tau nak buat apa. Nak lepak kat kedai, macam tak best plak... So, ”tuan, masjid kat mana???” aku tanya tokey kedai tu. ”OK, u jalan trus, amik itu kanan jalan, lepas tu u trus lagi, lepas tu u amik kanan lagi, seberang jalan sana u cari. Masjid ada sana.”. lebih kurang macam tu la.. aku sekadar mengangguk untuk amik hati.
Misi seterusnya, nak cari masjid.. at least boleh la buat sesuatu kat masjid tu. Aku pun jalan la ikut direction yang mamak tu kasi.
Sampai kat satu jalan ni, aku rasa lain macam. Kiri kanan jalan, kat pintu2 depan anak tangga, berdiri di sana beberapa orang ’rupawan’. Tapi yang banyaknya ’rupawan’ tiruan. Berbadan perempuan, tapi bersuara jantan. Bukan seorang dua.. tapi sepanjang jalan yang aku lalui tu, ada lebih kurang 10 orang semuanya. Memanggil-manggil, mencari mangsa atau dalam istilah saintifiknya pelanggan. Malah aku yang berjalan kat tempat tu pun dipanggil-panggil. Cuba digoda. Bila aku pandang, dia buat muka ayu. Rasa macam nak ja aku pergi kat depa tu, bukan untuk melanggan..Na’uzubillah.. nak tegur, ishhh.. takdak kekuatan.. maka berlalulah aku dengan gelaran selemah-lemah iman...
Jalan tu bukannya lorong gelap pun, dan bukan jugak di kawasan tersorok, tapi kat kawasan terbuka, kedai tempat orang berniaga. Sahabat2 kat KL mungkin lebih tahu dengan tempat tu.. Berani sungguh makhluk2 nie ’berniaga’ badan serta maruah kat sini..
Sampai kat hujung jalan, ada pulak gerai kecik kat kaki lima.. dari jauh nampak macam jual alat permainan, tapi bila pi dekat, memang betul jual permainan, tapi ’permainan’ orang dewasa. Segala macam benda yang berkaitan dengan seks ada dijual. Terbuka tanpa segan silu. Benda yang tak pernah nampak pun bole jumpa kat situ. Kalau setakat kondom, itu perkara biasa. Yang luar biasa, semuanya ada.
Ya Allah, tempat apa ni?? Aku terus cari signboard, nak tau apa nama tempat tu.. Jumpa satu sign, tertulis LORONG HAJI TAIB.. aku tersedu seketika… nama jalan sempena seorang tokoh. Tapi yang berada kat tempat tu…hampeh !!!. Aku terfikir sejenak. Kalau haji Taib ni masih hidup, mesti dia tak redho nama jalan tu diletak sempena nama dia....
Aku hairan... takkan pihak berkuasa tak pernah buat rondaan. Takkan tak pernah ada siasatan, serbuan... padahal benda tu terang2 ada kat depan. Ataupun pihak berkuasa tak dak kuasa nak menghalang.. hhmm, mungkin itu jawapan yang paling tepat.. mungkin...
aku teringat ada seorang 'ustazah' kata kalau keadaan terdesak, bole menjual tubuh untuk sara keluarga... Hmm, bole ke macam tu..??/
kat Malaysia ni tak dak keadaan terdesak. Orang Indon yang datang ke Malaysia kata kat tepi jalan pun bole dapat duit. Macam mana kata terdesak tu ??
kenapa ada orang sanggup jaga depan tandas untuk cari wang halal?? kenapa masih ada yang jadi cuci lantai untuk dapat wang halal.?? kenapa ada yang pegi selongkar tong sampah untuk cari wang halal??
So, mana keadaan terdesak 'ustazah' ???
Sama2 kita fikirkan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment