Monday, May 25, 2009

apabila iman dan nafsu berbicara,,,,

Nafsu : nampak lesu saja,iman?

Iman : owh, nafsu.. aku kurang sihat sedikit. Engkau tu aku tengok, bersemangat saja.

Nafsu : Hmm, mestilah. Hidup bahagia lah katakan?

Iman : bahagia ?

Nafsu : Ya lah. Bahagia, macam raja. Apa saja yang aku nak, manusia sanggup turuti. Aku dijaga, dibelai, dilayan.

Iman : Aku hairan. Mengapa manusia suka sangat ikut apa yang kau suruh.

Nafsu. Iman..iman...macam mana manusia tak suka. Aku ajak manusia buat benda-benda yang seronok, yang lazat. Itu yang mereka suka. Kena lah pandai.

Iman : tapi nafsu.. Perkara yang engkau ajak mereka buat tu, semuanya perkara yang Tuan kita,Allah larang.

Nafsu : manusia mana pernah peduli semua tu. Mereka nakkan keseronokan. Cuba engkau tengok diri kau. Engkau ajak manusia buat perkara-perkara yang bosan, yang susah. Macam mana manusia nak ikut cakap kau. Bila manusia tak layan, tak nak peduli dengan kau, mula lah kau jatuh sakit.

Iman : siapa kata aku ajak perkara yang bosan, yang susah. Sebab manusia ikut cakap engkaulah, mereka tak mahu dengar cakap aku.

Nafsu : ehh !!! salahkan aku pulak.

Iman : aku ajak kepada fitrah. Aku ajak manusia buat benda baik. Aku ajak manusia ingat kepada Allah, Tuhan yang menjadikan mereka, dan yang menjadikan kita.

Nafsu : ya, ya...aku tahu.. perkara yang engkau ajak tu, semuanya baik.

Iman : habis tu?

Nafsu : nak buat macam mana? Dah manusia memang suka ikut aku. Manusia kata, hidup hanya sekali. Masa hidup inilah nak enjoy. Masa hidup inilah nak nikmati sepuas-puasnya. DAN.... aku berikan apa yang mereka nak.

Iman : sepatutnya hidup yang sekali ni, manusia gunakan untuk mencari bekalan. Untuk bersungguh-sungguh beribadah kepada Allah, berbuat kebaikan.

Nafsu : manusia........

Iman : manusia sudah lupa, mereka pernah berjanji dengan Allah bahawa hanya Allah sahaja Tuhan mereka. Disebabkan manusia lupa, Allah dah ingatkan semua itu dalam Al-Quran. Tapi... manusia tak nak juga peduli..

Nafsu : manusia sebenarnya sakit wahai iman. Mereka diserang penyakit ’wahn’. Mereka cintakan dunia, dan takutkan mati. Mereka lupa kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Iman : pandai pulak kau bersyarah.

Nafsu : aku kenal siapa tuhan aku. Aku dilahirkan bersama-sama manusia, sebagai ujian kepada mereka. Ini cara aku patuh kepada Tuhan aku. Manusia memang bodoh kerana ikut telunjuk aku.

Iman : dek kerana leka dengan ajakan engkau, manusia lupa kepada fitrah mereka. Cuba engkau bayangkan nafsu. Manusia ini, andai dia dalam bahaya, pasti dia akan meminta tolong kepada Allah. Bila dia ditimpa bencana, baru dia mahu kembali kepada Allah. Tetapi bila dia senang, berharta, sihat..... dia hanya ingat kepada dunia yang engkau hiasi di dalamnya dengan keseronokan yang merosakkan.

Nafsu : mereka nak mencari bahagia

Iman : bahagia yang sebenar adalah apabila diri dekat dengan tuhan. Bahagia itu
datangnya daripada Allah, tetapi manusia mencari daripada sumber yang lain. Mereka
takkan jumpa. Manusia ada harta yang banyak, kawan-kawan yang ramai, sentiasa
mencari keseronokan dan hiburan semata-mata untuk mencari bahagia. Tapi mereka tidak
pernah tenang, sedangkan tenang itulah tanda bahagia. Dan sesungguhnya dengan
mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Nafsu : panjangnya syarahan….

Iman : kekuatan untuk mengingati Allah datangnya daripada iman. Dan penghalangnya
ialah apabila manusia menuruti nafsu. Betul tak wahai nafsu?

Nafsu : betul..betul..betul.... siapa yang selalu ikut aku, memang akan jauh dari tuhan.
Siapa yang ikut aku, akan rasa susah untuk melakukan amalan. Siapa yang ikut aku, akan
terus mahu mengikut telunjuk aku.

Iman : macam tu punya teruk pun, lebih ramai yang suka ikut kau berbanding aku ya?

Nafsu : sebabnya...manusia sudah BUTA. Bukan manusia dilahirkan dalam keadaan buta,
tetapi manusia sendiri memilih untuk menjadi buta.

Iman : Allah itu Maha Pemurah. Siapa yang mahu kebaikan, Allah akan berikan
kebaikan. Siapa yang minta keampunan, Allah akan beri kemaafan. Siapa yang cari
kebenaran, pasti Allah akan temukan dia dengan kebenaran. Allah juga Maha Pengasih
dan Maha Penyayang. Allah sentiasa memberi peluang kepada para hambaNYA untuk
kembali ke jalan Tuhan. Itu tandanya Allah tak pernah menganiaya hambaNYA, tetapi
manusialah yang sering menzalimi diri sendiri.

Nafsu : jadi?

Iman : jadi... manusia itulah yang menentukan jalan mereka. Sama ada mahu memilih
untuk mengikut jalan IMAN atau mengikut telunjuk NAFSU. Berbahagialah orang yang
memilih IMAN, dan berbahagia jugalah orang yang mengikut nafsu, tetapi kembali
memilih iman sebelum ajalnya tiba. Sengsaralah orang yang terus menerus mengikut
nafsunya sehingga saat malaikat datang mencabut nyawanya.

Nafsu : insaf aku dengar. Nasib baik aku tak dilahirkan sebagai manusia.

Iman : Hmm, aku dah bersyarah panjang tadi. Sebelum pergi, kau ada apa-apa pesanan
tak untuk manusia-manusia yang telah banyak engkau sesatkan. Takkan takdak. Tadi
kata sudah insaf.

Nafsu : perli nampak. OK. Kepada manusia-manusia yang sering menjadikan nafsunya
sebagai ’kompas’ dalam hidup, sedarlah bahawa anda sebenarnya telah memilih jalan
yang salah. Jauh dari petunjuk Allah. Anda sering mengtakan ’bersusah-susah dahulu,
bersenang-senang kemudian’, maka bersusah-susahlah dengan iman, dan tinggalkanlah
jalan senang yang berturapkan nafsu. Sesungguhnya yang ’susah’ itulah indah, dan yang
’senang’ itulah malang. Masih belum terlambat untuk semua itu. Kembalilah wahai
Manusia...

Iman : terharu....

Nafsu : hehehehe.

**dialog ini hanya rekaan semata-mata. Ambil yang baik, tinggal yang buruk.




2 comments:

rossees said...

salaam

what about her opinian about religion and culture..
http://answeringlife.blogspot.com/2009/05/culture.html

she's a new revert

H.I.S.Y.A.M.U.D.D.I.N said...

hmm, about ms candise....i think,

back to her background..

for me personally, there may be a truth about what she mention. but she may be giving her opinion base on her perception.

for the xmas celebration, she may think that it is not 'out of islam' if we celebrating xmas as long as we don't do or celebrate 'religious things' during the xmas.

but like alcohol- it is still haram even though if we do not drink it until we drunk. (can i use this example?)

BUt- i still think that we are allow to 'celebrate our family' during xmas celebration- esp for converts like her.

Hmm, if i'd mistaken, plz make it correct..