Tuesday, May 5, 2009

BAGAIMANA RESPON KITA ??

Kasihan aku melihat Chef Kamarul, hos rancangan AKADEMI 1001 RASA BABAS 2009, terkejar ke sana ke mari mencari bakal-bakal peserta atau pelajar akademi rancangan tersebut. Beliau mencari para peserta di sekitar Kuala Lumpur.

Masalahnya ialah respon daripada orang ramai yang bagi aku, sangat tidak memuaskan. Aku pernah menulis tentang ini dalam artikel ‘berilah kerjasama’, tetapi apabila aku menonton rancangan tersebut, aku terpanggil untuk menulis sekali lagi.

Apabila hos tersebut cuba mendekati dan menegur untuk menemuramah orang ramai, ada yang langsung tidak mempedulikan teguran tersebut, ada yang hanya berdiam diri apabila disoal, ada yang berpaling, dan ramai juga yang melarikan diri, menyorok di belakang tembok sehingga dikejar-kejar oleh hos tersebut.

Mengapa perlu berpaling, menyorok dan lebih teruk melarikan diri? Adakah kerana takut kepada kamera?

Aku melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati kepada bapa, ketika kami sedang makan malam bersama. Aku bertanya mengapa perlu begitu? Masyarakat Malaysia terutamanya Melayu (walaupun bukan semua) sangat tidak sporting. Sukar untuk memberi kerjasama. Aku juga memberitahu bapa bahawa sebagai seorang yang pernah terlibat dalam aktiviti survey dan menemuramah orang awam, aku sangat rimas melihat gelagat orang ramai dalam rancangan tersebut.

Walaupun begitu, aku cukup terhibur melihat aksi-aksi mereka yang respon terhadap hos tersebut.

“pandai masak tak?” tanya hos tersebut kepada seorang lelaki.

“aku lelaki, mana tahu masak-masak ni.” Dia menjawab

“aku lelaki juga, pandai ja masak.” balas hos tersebut yang merupakan chef dan tenaga pengajar di UiTM Pulau Pinang.

Satu Malaysia melihat respon lelaki tersebut.

Apa-apa pun, tahniah kepada Chef Kamarul kerana begitu sporting dalam mencari bakal-bakal pelajar untuk akademi tersebut.

Jika anda yang ditegur untuk ditemuramah, apakah respon yang akan anda berikan ??
Sebelum melarikan diri, letakkan diri anda sebagai orang yang menyoal. Jika tidak mahu terlibat atau menyertai apa-apa sekalipun, beritahu dan terus terang, dan bukannya buat-buat PEKAK DAN BISU. Lebih tidak patut MELARIKAN DIRI.

”saya ada hal. Perlu cepat. Maaf”

”sorry, saya tak berminat. Terima kasih ya.!!”

”Hmm, tak nak kot. Saya dah ada ’benda’ ni. Thanks.”

Jika kita mahu menolak permintaan itu, sekurang-kurangnya jawab pertanyaan tersebut, dan sertakan ayat-ayat seperti “maaf” dan “terima kasih” yang sedikit sebanyak dapat ‘menyejukkan’ hati mereka yang bertugas.

Jangan sesekali melemahkan semangat mereka yang melakukan tugas tersebut. Ada diantara mereka yang kali pertama melakukan tugasan sedemikian. Ada juga yang tidak berminat melakukan, tetapi terpaksa atas beberapa sebab. Respon-respon yang negatif akan mematahkan semangat golongan-golongan seperti ini.

Malu ada tempatnya......

Allahua’lam.

3 comments:

pali said...

isu yang sama semasa ada yang menemuramah pasal kenaikan isu minyak.

Fobia kot. Selalu tengok drama melayu, yang realiti samada One of the million @ mahkamah sahaja.

One of the million mereka takla pikir macam tu, tapi rasa masuk mahkamah kot bila depan kamera.

just my two cents

ps: doa2kan aku selamat disini hisyam.. kangen sama kamu.

H.I.S.Y.A.M.U.D.D.I.N said...

insyaallah BRO...

kawe pun "rindu" jugak dekat BRO...

hehehehe..

chef kamarul said...

Salam syam.Saya nie chef kamarul..entah macamana boleh sampai blog awak nie. terima kasih atas komen dan semangat yg diberikan.salam dari saya di Australia....