Assalamualaikum...
artikel kali ini adalah untuk menerangkan kembali mengapa 'petikan akhbar' di bawah dijadikan sebagai 'post' dalam blog ini.
di bawah sekali, aku telah meletakkan ayat ini :
"perkataan yang di highlight ada maksudnya... fikir-fikirkanlah..anda seorang yang bijak."
jika dilihat kepada tajuknya pun (umpama menghala laser ke cermin...) , ada maksud tersirat yang cuba disampaikan.
ini merupakan sikap akhbar-akhbar utama tempatan.
1) sesuatu isu yang besar dan melibatkan hukum, tetapi komen dan pandangan yang diminta ialah daripada golongan-golongan yang 'kurang berkelayakan'..
- orang kampung
- seorang pakcik tua
- suri rumah
dan yang paling penting, mereka bukan pro kepada kerajaan negeri..
daripada jawapan yang diberikan, ternyata pandangan-pandangan tersebut bersifat tidak menyeluruh dan tidak menyatakan keadaan sebenar yang berlaku. banyak perkara sebenar yang terjadi tidak pun dikeluarkan di akhbar. apa perkara sebenar yang berlaku dalam isu ini? Anda carilah sendiri.
2)akhbar cuba memburuk-burukkan kerajaan yang ada sekarang dengan mengeluarkan kenyataan seperti " Sri Abdul Khalid Ibrahim yang seolah-olah membelakangkan hukum agama apabila membenarkan penjualan minuman keras di kawasan majoriti Islam di negeri ini."
ternyata pandangan dan komen yang bertujuan memburukkan kerajaan negeri sekarang umpama meludah ke langit. akhirnya terkena muka sendiri....
anda sendiri boleh menilai sejauh mana 'kualiti' berita yang dibawa dalam akhbar-akhbar yang menjadi rujukan dan kitab panduan kebanyakan umat manusia di Malaysia.
sekali lagi, inilah contoh-contoh "si toni serba sebelah"
fikir2kanlah...
1 comment:
Salam,
Kata kawan aku hari itu, mahasiswa2 luar negara yang lebih ada kesedaran tentang hal ini. Kesedaran lahir kerana ada ilmu. Lepas ini kita kongsi ilmu dengan orang kampung,pakcik tua dan para suri rumah supaya sama2 dapat kesedaran insyaAllah.Tapi tu lah, bukan senang, mesti ada belenggu punye lah, tapi RTM sampai bila pun tetap akan ada.. bagi kesedaran kat RTM pulak? hmm....senangnya kata...
Post a Comment