Friday, January 29, 2010

sebuah harapan

“tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.” (H.R Muslim)


“sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara……”
(Al-Hujurat : 10)


“"Empat perkara yang menjadikannya seseorang itu munafik dan jika terdapat satu daripadanya maka ianya mempunyai ciri nifaq sehingga ditinggalkan iaitu apabila diberi kepercayaan dia khianati, bila bercakap dia bohong, bila berjanji dia mungkir, bila berkelahi dia kejam" (Riwayat Muttafaq Alaih)

“Dalam ‘talk 2012’ yang lepas, ustaz Syaari ada katakan bahawa student merupakan ‘problem solver’. Hari ni kita nak bincangkan satu isu yang agak besar.”

“Baik, daripada ketiga-tiga hadis dan ayat Al-Quran yang abang sebutkan tadi, cuba gabung-jalinkan dan beritahu apa sebenarnya yang abang nak bincangkan hari ni.” Lebih kurang begitu soalan yang aku lontarkan kepada adik2 usrah petang tadi.


Keluarlah pandangan dan pendapat yang pelbagai, tentang persaudaraan, tentang berpegang kepada kalimah LAILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH dan lain-lain.

Memandangkan pilihanraya kampus baru saja berakhir, ada adik usrah yang mencadangkan hari ini kita bincangkan tentang pilihanraya kampus. Benar, isu hari ini ada perkaitan sedikit dengan PRK. Aku memetik kata-kata seorang sahabat yang beliau ‘riwayatkan’ daripada seorang senior.

“pilihanraya kampus ini merupakan satu medan untuk kita menguji sejauh mana dakwah kita berkesan terhadap masyarakat kampus.”

“ Sekiranya dakwah kita berkesan dan diterima oleh masyarakat kampus, nescaya kita akan diterima. Tetapi, lihatlah kembali. Maksudnya dakwah kita masih belum sampai ke mana.“ aku menambah.

Usrah kali ini adalah antara usrah yang paling ‘telus’ pernah dibuat. Aku menyentuh kembali ayat2 yang dibacakan pada awal usrah berjalan.

“kita mengatakan orang beriman itu bersaudara, tetapi bagaimana kita melihat mereka?”

“kita membaca bahawa sifat orang-orang munafik adalah sedemikian, adakah kita memandang orang lain sebegitu atau sebenarnya tanpa kita sedar sebenarnya kita yang mewarisi sifat tu? Kita katakan orang beriman itu bersaudara, benarkah hati kita menganggap mereka saudara atau kita menganggap sebagai musuh?”

Sebenarnya kami membincangkan bagaimana generasi sekarang ini perlu memikirkan kaedah dan strategi untuk menyatukan umat islam (baca melayu islam). Aku katakan kepada mereka bahawa model atau modul yang digunapakai oleh generasi sekarang gagal menyatukan kita. Jadi adakah kita terus menerus mahu menggunakan modul yang ‘gagal’ ini. Bukan soal berputus asa atau kecewa, tetapi persoalannya jauh lebih besar.

Tanpa menafikan wujudnya ‘tangan-tangan ghaib’ yang mahu mengawal pergerakan dan pemikiran kita dan mahasiswa, kita perlu memikirkan strategi yang dapat mengatasi masalah ini.

Ada yang kurang sependapat (tiada masalah), lalu aku katakan:

“pernah atau tidak kita berada bersama-sama mereka, mengatakan ini tidak boleh, ini tidak sepatutnya dilakukan, islam mengajar kita begini dan begini?”

“pernah” jawab seorang adik usrah.

“saya pernah buat macam tu dalam MPD. Saya tegur mereka begini dan begini ketika meeting dan…..”

“mereka terima atau tidak teguran tu?” aku bertanya kembali.

“mereka terima.”

“Nah! mereka boleh terima sebenarnya. tapi pernah tak kita buat begitu dalam skop yang lebih luas? Tak pernah kan? Ataupun sangat kurang kita buat begitu. itu masalah kita.”

Kekadang kita terlalu meletakkan ‘gap’ antara kita. Seolah-olah ada blok yang menghalang kita untuk bersama-sama dengan mereka. Dalam diri kita telah wujud SKEMA yang negatif.

Baru sahaja aku berbincang dan meluahkan perasaan yang telah lama dipendam ini dengan seorang sahabat dan juga pemimpin pelajar yang aku sanjungi. Aku nyatakan harapan untuk melihat tiada lagi kelompok-kelompok yang memecah-belahkan kita. Beliau berkongsi pandangan yang serupa. Agak banyak perkara yang kami bincangkan, dan aku merasakan seolah-olah harapan itu muncul kembali. Cuma banyak kerja yang perlu dilakukan untuk mencapai ‘harapan’ tersebut.

“perkara ni boleh terjadi, dengan syarat senior yang berfikiran lama tak ada lagi dan junior tak dipengaruhi.”

“tak jugak” aku menjawab.

“sebenarnya senior-senior ni yang perlu berubah, sebab senior-senior yang akan membawa pemikiran ni kepada adik-adik. Tapi masalahnya tak ramai yang mahu dan berani untuk berubah.”

Lalu aku bawakan ‘harapan’ ini kepada adik-adikku dengan harapan generasi merekalah nanti yang akan menghidupkan ‘harapan’ itu. Bermula di Universiti Sains Malaysia.

Perbincangan bercampur baur dengan perasaan. Tak mengapa jika tidak bersetuju dengan pendapat ini. Tapi kita mesti jelas matlamat kita.

“apabila umat islam bersatu, baru kita akan dapat melihat siapa musuh yang sebenar. Tadi Anas ada menyebut tentang yahudi dan nasrani yang akan terus memerangi umat islam. Itu musuh sebenar kita.”

“jika masalah rumah tangga sendiri tidak dapat kita selesaikan, macam mana nak selesaikan masalah jiran. Tak pelikkah, isu kalimah Allah sebagai contoh. Isu ni dibawa oleh orang bukan islam, tapi kita lihat orang islam yang bergaduh. Macam mana ni ?”

“matlamat kita tak lari. Kita tetap nak tegakkan islam. Cuma strategi kita perlu berubah.”

“jadi apa abang rasa tindakan yang perlu kita buat?” seorang adik bertanya. Persoalan ini sebenarnya agak berat untuk dijawab.

“paling penting, kita perlu ubah dulu pemikiran kita terhadap orang lain.”

“memang takkan semua orang boleh terima dan akan bersama-sama dengan kita. Tapi sekurang-kurangnya mereka faham apa yang kita nak bawa. Yang penting, kita dulu kena faham apa yang hendak dibawa.” Komen seorang adik yang lain.

“Balik nanti, fikir-fikirkan balik tentang perkara ni. Sebelum tidur, cuba kita fikirkan masalah ni. Rasulullah sebelum tidur, Baginda selalu fikirkan masalah umat. Sebab tu sebelum wafat, baginda menyebut umatku, umatku. Kita pun kena fikirkan benda yang sama. Masalah ni merupakan masalah umat. Umat islam.” Aku menggulung perbincangan.

Banyak lagi yang dibincang tadi. Daripada jawapan yang dikemukakan, aku melihat ada harapan untuk generasi akan datang lebih menyerlah. Walaupun pandangan ini tak diterima oleh semua, tapi biarlah. Perubahan tidak boleh secara drastik. Ada fasa-fasa yang perlu ditempuh. Apa-apa pun, aku harap sahabat-sahabat yang tidak sependapat, jangan pula menganggap aku cuba membawa sesuatu yang seolah-olah mahu memecahkan jamaah. Tidak sama sekali…

Segala yang baik itu datang daripada Allah, dan yang buruk itu daripada kelemahan dirisendiri yang dipenuhi sifat jahil.

Allahu’alam…

*** segala dialog diatas mungkin telah diolah kerana aku tak dapat mengingati segala yang dibincangkan tadi. tetapi isi kandungannya tidak lari daripada perbincangan tersebut.



4 comments:

mashitah izzati said...

mungkin boleh sandarkan harapan... tetapi jika orang itu sendiri yang zahirkan permusuhan....apa lg yg perlu kt buat?

H.I.S.Y.A.M.U.D.D.I.N said...

harapan ni bukan sekadar hendak 'disandarkan', tetapi nak dilaksanakan...

jika orang zahirkan permusuhan, dan kita juga melihat mereka sebagai musuh, jadi apa bezanya kita dengan mereka...

andai rasulullah bersikap keras sepanjang masa, pasti orang akan menjauhi dakwah Baginda...

kisah Rasulullah dengan wanita yahudi tu cukup untuk beri motivasi...

kita da'ie, bukannya qadi...

NOR AZAM MOHAMAD TAMJIS said...

Salam. Ana miss usrah lepas jumaat tu. Ana x suka nak beri justifikasi selagi belum tahu apa sebenarnya yang berlaku. Jd bila nk bgtahu ana apa yg berlaku.??

H.I.S.Y.A.M.U.D.D.I.N said...

tanyalah mereka2 yang lain yang hadir...

Syafiq, anas, luqman, wandi, syahmir...depa ada hari tu...

nnti ajak skali mus dan andy bincang skali...

BULETIN UTAMA pukul 8mlm sehari sekali saja...

kalau terlepas, kena tengok NIGHTLINE plak pukul 12pm. tapi versinya dah lain lah...

:)