Monday, January 25, 2010

generasiku bukan generasi pilihan...

PSIKOLOGI SOSIAL > rupa-rupanya subjek psikologi sangat menarik. Cara pelaksanaan kuliah dan tutorial juga amat aku suka. Dalam tutorial, para pelajar diminta membahaskan soalan yang dikemukakan dalam dewan kuliah. Ada pula kumpulan yang akan mengkritik, dan pelajar lain juga dibenarkan mengkritik. Andai aku dapat kembali menjadi tahun 1, pasti aku akan ambil kursus psikologi sebagai kursus minor… namun apakan daya… aku dah berada di tahun akhir.

Satu kenyataan pensyarah aku catat dan masih ingat, apabila membahaskan tajuk ‘kognisi (pemikiran) dan tingkah laku. Katanya, dalam satu kajian yang menggunakan teknologi imbasan otak, didapati corak aktiviti yang berlaku dalam otak ketika kita berjumpa atau melihat orang yang dibenci adalah sama coraknya apabila kita melihat sesuatu yang menjijikkan seperti najis.

Dalam tajuk yang lain pula, ketika membincangkan tentang SKEMA***, katanya
“kita lebih cenderung untuk mendapatkan dan menggunakan maklumat yang konsisten dengan skema.”
Contohnya, apabila kita mempunyai suatu persepsi yang buruk terhadap seseorang atau sesuatu pihak, kita akan cenderung untuk mengatakan ‘buruk’ terhadap setiap tindakan yang dilakukannya, walaupun tindakan dan perbuatannya itu adalah tindakan yang baik dan benar.

Contoh yang diberikan lagi…Kesan berlanjutan daripada SKEMA pula ialah

Kita tidak mengenali individu itu. Seorang rakan memberitahu kepada kita bahawa individu tersebut sombong, padahal individu tersebut merupakan seorang yang mesra dan ramah. Apabila kita bertembung dengan individu tersebut, kita tidak memandang atau senyum kepadanya kerana dalam persepsi kita menganggap bahawa individu tersebut seorang yang sombong. Akibat perbuatan kita itu, individu tadi pun tidak menegur kita. Maka kita terus membenarkan kata-kata kawan kita bahawa individu tersebut memang seorang yang sombong. PADAHAL, perkara tersebut terjadi kerana sikap dan tindakan kita sendiri…

NAH !!! adakah perkara ini berlaku kepada kita?

BENAR !!!!!!!! SANGAT BENAR…

Perkara sebeginilah sebenarnya yang berlaku, dan inilah punca kita tidak dapat bersatu.

Contoh paling dekat berlaku kepada diriku…
Jiran bilik aku seorang cina…semester pertama aku di desasiswa baru, tak pernah aku bercakap dengannya. Juga beberapa orang yang selalu melalui hadapan bilikku. Apabila bertembung, masing-masing cuba melarikan anak mata. Tetapi, setelah kejadian laptopku hilang di dalam bilik, aku menggunakan alas an tersebut untuk mengetuk pintu bilik mereka dan bertanyakan tentang hal tersebut. Alhamdulillah, sekarang ini setiap kali kami bersua muka, ada saja patah yang akan keluar dari mulut. Kalau pun tidak, pasti ada senyuman di bibir.

Begitu juga ketika di matrikulasi. Kami selalu bertemu di dalam tandas, ketika dia sedang membasuh baju. Tabiatnya suka membuka air dan membiarkan saja air tersebut mencurah-curah di atas baju. Aku selalu tidak puas hati walaupun tidak pernah mengatakan hal tersebut. Kami tidak pernah bertegur sapa, sehinggalah suatu hari ada peristiwa yang menyebabkan kami bertegur sapa (aku dah lupa). Akhirnya kami sama-sama ke USM dan dia merupakan salah seorang sahabat dan Exco dalam PMIUSM. Siapa dia? (biarlah rahsia).

Mereka ‘sombong’ bukan kerana sifat mereka yang sombong, tetapi kerana kita sendiri yang ‘sombong’ untuk mengenali mereka.

Aku betul-betul bangga dengan seorang adik ni. Dia mendengar, tetapi tidak terus mempercayai. Biar dia sendiri yang pastikan berita yang sering dimomokkan.

Kekadang persepsi kita melebihi segala-galanya. Persepsi terhadap orang lain, persepsi terhadap pensyarah, persepsi terhadap orang dan parti politik. Semua itu persepsi. Kita hidup dalam persepsi, tanpa kita cuba mahu keluar ke alam realiti. Jika benar kita di dalam realiti, mengapa kebaikan itu dianggap kejahatan. Mengapa yang benar itu dianggap salah. Dan mengapa yang salah itu berterusan dianggap benar.

Dunia itu bukanlah bersifat HITAM dan PUTIH. Dunia ini penuh dengan warna yang pelbagai. Soal syurga-neraka, dosa-pahala. BENAR, itu hanya ada dua pilihan. Namun, untuk mengatakan SALAH selama-lamanya kepada satu pihak dan BENAR selama-lamanya kepada pihak yang lain, perbuatan itu adalah SALAH.

Berubah itu bukan daripada satu pihak sahaja. Tetapi lahir daripada keikhlasan kedua-dua belah pihak. Persoalannya, sudahkah kita bersedia untuk membuang segala persepsi yang menjadi penghalang kepada perpaduan ini? Sedangkan kita tahu perancangan rapi musuh-musuh Allah untuk merosakkan umat manusia, kita pula sibuk merosakkan sesama sendiri.

Sifat suka mengapi-apikan kenyataan dan keadaan inilah yang menyebabkan terbakarnya harapan untuk mencipta keamanan dan perpaduan. Selagi mulut lantang mengatakan pihak yang lain, selagi tangan tangkas menulis ‘keburukan’ pihak yang lain, selagi itulah laungan perpaduan tiada maknanya.

Hiba dan pedih sungguh rasa hati, tatkala ada kawan dan lawan yang terus menerus mempertahankan ideologi sendiri, tanpa mahu menjengah keluar sebentar, melihat betapa dunia kita ini sudah semakin tenat. Tenat menanggung beban pertelingkahan antara kita.

AKU MENULIS TINTA INI DENGAN AIR MATA….
AIR MATA INI AKU TUMPAHKAN SEIKHLAS HATI AKU…
KERANA MAHU MELIHAT KITA SEMUA BERSATU…
LETAKLAH KE TEPI SEBENTAR,
PERASAAN YANG MERASAKAN HANYA KITA SAHAJA YANG BENAR…
ANDAI PERPADUAN ITU MEMERLUKAN NYAWA SEBAGAI TARUHAN…
AKU RELA SERAHKAN…

GENERASI SEKARANG TELAH MEMBUKTIKAN,
SIKAP MEREKA TIADA MENAMBAH KEPADA KEAMANAN,
MALAH TERUS MEMBANTUTKAN PERPADUAN.
LANTAS MENINGKATKAN LAGI PERMUSUHAN…

JADI, MENGAPA GENERASI INI YANG MAHU KITA CONTOHI?
BUKANKAH KITA MAHASISWA PUNYA IDEALISMA?
IDEALISMA YANG BAGAIMANA MAHU KITA CIPTA?

AKU SUDAH JEMU MEMIKIRKAN…
TAPI AKU TIDAK BOLEH UNTUK TIDAK MEMIKIRKANNYA…
KERANA HAL INI JUGA BERKAITAN DENGAN AKU, DENGAN KELUARGA AKU, DENGAN MASYARAKAT AKU, DENGAN NEGARA AKU, DENGAN DUNIA AKU…
TAPI LEBIH BANYAK AKU FIKIR, LEBIH BANYAK KEBUNTUAN YANG HADIR….

PATUTLAH ADA PIHAK YANG SANGGUP MEMUJA SYAITAN,
SEMATA-MATA UNTUK MENDAPATKAN KEKUASAAN…
KEKADANG AKU BERASA HAIRAN…
MENGAPA MANUSIA TERLALU GHAIRAH MEREBUT KUASA?
PADAHAL MEREKA BUKANNYA MAHU MENEGAKKAN SYARIAT YANG MAHA ESA?
ADAKAH MEREKA MAHU DIKATAKAN BERJASA?
LALU DISANJUNG, DIPUJA….

DUNIA INI….SUNGGUH LICIK DIA MENIPU.
MALAH SUDAH TERLALU RAMAI YANG TERTIPU…
AKU JUGA SALAH SEORANG YANG DITIPU…

UMAT ISLAM TELAH LAMA DIKHABARKAN,
DENGAN BERITA KEMENANGAN YANG MENGGEMBIRAKAN,
NAMUN SEKADAR MENANTI KEMENANGAN,
TANPA ADA USAHA UNTUK MERAIHNYA…

BENARKAH UMAT ISLAM AKAN MENANG?

USAH DIRAGU WAHAI DIRI…
ITU JANJI TUHAN YANG PASTI…
CUMANYA GENERASI ITU BELUM MUNCUL LAGI…
MALANGNYA GENERASI ITU BUKAN GENERASI INI…

TAPI, TIDAK BEERTI BUKAN TUGASMU MEMENANGKAN ISLAM…

KOTA KONSTANTINOPEL TIDAK TERTAWAN SELAMA 800 TAHUN…
NAMUN, SETIAP SERANGAN PARA KHALIFAH TELAH MEMBUKA JALAN..
SEDIKIT DEMI SEDIKIT KEKUATAN MUSUH DIRUNTUHKAN…
AKHIRNYA SULTAN MUHAMMAD MENJADI PILIHAN…
SEHINGGA AL-FATEH DIBERI GELARAN…

SAHABAT-SAHABAT SEMUA……..
TIDAK MAHUKAH KITA MENJADI PEMBUKA JALAN,
UNTUK KEMENANGAN GENERASI YANG TELAH DIJANJIKAN…
PASTINYA KEMENANGAN YANG MEREKA KECAPI NANTI,
SETIAP LANGKAH MEREKA ADA SAHAM YANG KITA MILIKI…

JADI, TINGGALKANLAH SEGALA IDEOLOGI-IDEOLOGI SEMPIT YANG KAU ANUTI…
KEMBALILAH KE JALAN YANG DITUNJUKI NABI…
KERANA JALAN INI JALAN YANG TELAH PASTI..
AKHIRNYA KEMENANGAN AKAN KITA MILIKI….

AKU HANYA INSAN YANG BIASA…
INSAN BIASA YANG PUNYA RASA…
ANDAI LUAHAN HATI INI TIADA GUNA…
CAMPAKLAH IA KE MANA YANG ANDA SUKA…
TAPI ANDAI ANDA JUGA MEMPUNYAI RASA YANG SAMA…
MARILAH KITA MULAKAN, SATU KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA…

BUANGLAH SEGALA SKEMA NEGATIF…
HADIRKAN PERASAAN YANG POSITIF…

SEMOGA KITA MENDAPAT SEDIKIT MANFAAT…

ALLLAHU’ALAM….

Fajar Harapan, USM
2.40 AM

***SKEMA = kerangka atau struktur mental yang memfokus kepada tema tertentu yang membantu kita menyusun dan memproses maklumat social…


1 comment:

pali said...

salam,

menarik topik ni. makasih kerana sudi berkongsi.

encik bercakap tentang skema. Persepsi, kerana kita banyak bergantung apa orang kata, dan bukan kita sendiri rasa. Benar, dalam konteks ingin memulakan hubungan, dalam islam, konsep husnul zon terhadap sesiapa sahaja yang baru dijumpa amat digalakkan. Berbeza dengan sikap syak wasangka yang banyak diamalkan kini atas dasar keselamatan. Kita hilang rasa percaya sesama kita.

Terkadang persepsi skema tidak dapat lari, bukan kerana salah orang yang mendengar kabar berita itu seratus peratus, tetapi patut juga ditimbang tara bagaimana PATEN produk yang terhasil pada hari ni, tidak salah sama idealoginya, tetapi baunya tetap sama dengan tempoyak yang dibuat 10 tahun lalu..

Bersangka-sangka itu amalan syaitan. tiada faedahnya.. tambah-tambah pula sesama manusia.

Allah merahsiakan 3 perkara dalam 3 perkara. Dia merahsiakan redhaNya dalam perkara yang dituntutnya, Dia merahsiakan kemurkaanNya dalam perkara maksiat, dan Dia juga menyembunyikan wali-waliNya dikalangan hamba-hambaNya..

Wali Allah itu siapa. Boleh jadi sesiapa sahaja. Ada riwayat yang daif kata, jika wali Allah itu tahu dia wali, maka dia akan mati.

Label, skema, persepsi, dan lain lain lagi yang berkaitan, bergantung juga pada situasi, dan apa tajuk yang dibincangkan. Adat kita manusia menilai dari luaran, dalam hati hanya Allah yang tahu..