“selamat berjuang ya akhi…” “teruskan perjuangan…” ”moga sentiasa istiqamah dalam perjuangan..” Kata-kata begini sering saja mengisi ruangan-ruangan ‘comment’, cbox, mahupun SMS.... BERJUANG ?????????
Aku sering tertanya pada diri. Benarkah aku berjuang dan berada dalam perjuangan. Andai benar, apa yang sedang aku perjuangkan?
AGAMA ISLAM?
Benarkah?
Andai benar ISLAM yang aku perjuangkan, sejauh mana tindakan yang telah diambil untuk mengisi perjuangan tersebut. Apa perkara yang telah aku lakukan dalam memberi sumbangan terhadap islam.
Berdakwah?
Benarkah?
Perkara apa yang aku telah dakwahkan?
Hari-hari dipenuhkan dengan kuliah pengajian. Waktu lapang pula ’sibuk’ diisi dengan berbual kosong. Melepak bersama kawan. Kekadang sahaja berada dalam majlis-masjlis ilmu, dan kekadang menghadiri mesyuarat untuk membincangkan beberapa perkara. Perkara yang jarang-jarang berkaitan dengan dakwah, masalah yang dihadapi oleh umat serta tindakan yang perlu diambil untuk mengurangkan masalah umat...
Jadi..
Perkara apa yang berkaitan dengan BERJUANG?
Perjuangan merupakan satu perkara yang sangat BESAR. Terlalu besar dan terlalu berat.
Para anbiya’ serta para sahabat mengorbankan hampir keseluruhan diri mereka, masa, harta, tenaga malah nyawa untuk BERJUANG pada jalan ALLAH.
Jauh benar ’perjuangan’ aku dan kita jika hendak dibandingkan dengan PERJUANGAN para pejuang kebenaran yang tulen.
Layakkah ?
Layakkah aku, kamu dan kita menggelar diri sebagai pejuang? Malu rasanya apabila menerima kata-kata seperti ’selamat berjuang’ dan yang seumpama dengannya.
Diri terlalu berbangga dengan ’title’ pejuang.
Ya..!!! SO-CALLED PEJUANG.
Selama ini, apa yang telah diperjuangkan?
hanya perjuangkan keselesaan diri..
hanya perjuangkan perut sendiri..
hanya perjuangkan nafsu dalam diri…
nafsi…nafsi…sampai mati..
lupa kepada masyarakat yang berada dalam ketandusan..
ketandusan ilmu tentang agamanya..
ketandusan pengetahuan tentang matlamat hidupnya..
ketandusan kasih daripada saudara-saudaranya..
tandus dan gersang..
umpama gurun yang tidak ditimpa hujan..
terus kering…mati dan mematikan.
’gurun’ inilah yang mengisi segenap ruang dunia. Gurun inilah yang kita hidup di dalamnya.
Maka, bagaimana mengharapkan tumbuhnya pohon-pohon kerahmatan daripada Allah.
Bagaimana mahu mendambakan suburnya kasih dan sayang daripada Allah.
Andai benih yang ditanam tidak dapat bercambah.
Akibat ditanam di atas gurun dan pasir yang tidak bertanah..
Kemaksiatan semakin bermaharajalela.
Keseronokan dan hiburan semakin dipuja.
Thagut dan kejahatan tiada batasnya..
Inilah ‘buah‘, hasil titik peluh ‘perjuangan’ kita..
Kita yang menyemai benihnya..
Maka, kitalah yang akan merasa ‘manisnya’ buah tersebut.
Jangan salahkan buah kerana rasanya yang tidak enak.
Tetapi salahkanlah diri sendiri kerana menyemai benih yang rosak.
Renugkanlah bersama…….
P/s :- Aku menulis bukan untuk merendah-rendahkan sesiapa, tetapi untuk sama-sama AKU, ANDA DAN KITA renungkan kembali erti PERJUANGAN yang selama ini kita laung-laungkan, yang selama ini kita sanjung-sanjungkan, dan yang selama ini kita agung-agungkan...
Andai benar telah kau memasuki medan perjuangan yang sebenar, maka....
SELAMAT BERJUANG.
SEMOGA ALLAH MEMBERI KEKUATAN UNTUK TERUS ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN....!!!!
SIIRU ’ALA BAROKATILLAH.....
4 comments:
ya hisyam. benar apa dikatakan. tapi jarang-jarang ada manusia yang boleh bekerja untuk banyak tugas (multitask), jika kurang fokus, atau sudah fokus, objektif kabur, atau objektif jelas tapi kadang-kadang tersasar. manusia= pelupa. jiwang dan berjuang ada kaitan. masing-masing dari hati. jiwang terhadap perjuangan?- mukmin.
biar ada usaha sedikit dari xdak langsung....
walaupun ada rasa macam x berjuang....
tapi, kita kna ingat kt patot bersyukur sbb allah dah pilih berada di jalan ini...dari mereka yang masih belum...
kt bertuah
kt dah ada kesedaran
cuma salah pada diri kt
sbb kt manusia biasa
assalamua'laikum
sejutu! eh silap,setuju!!setuju!!
perjuangan tu LUAS maksudnya, seorang penyanyi yang melalak kat pentas pun berjuang jgk, perjuangan anak seni katenye, pengemis yg menadah tangan kat tepi2 jln pn berjuang jgk demi sesuap nasi,seorang pelajar juge seorang pejuang,dan mcm2 lg bntuk perjuangn. Akk fhm perjuangan yg dimaksudkan di sini. hakikatnya,sume manusia adalah dai'e,khalifah dan pemimpin,Allah memilih kita semua sbg khalifah, sbg dai'e, krn kite umat yang terpilih. Berjuang pd jalanNya adlh sememangnya t/jwb kite, kewajipan kite. Jgn mudah menggolongkan diri sendiri sbg intan terpilih di sisiNya krn kononnya kite adlh pejuang dan mengangkat diri sendiri lebih baik dr org lain yg kononnya blum ada ksdrn utk berjuang sama seperti kite. Jgn begitu, kerana sesungguhnya kita x tahu kedudukan sape yang lebih baik di sisiNya. Mane tahu, mungkin dalam perjuangan dakwah kite terselit rs riak spy dipandang alim dan baik oleh org lain,bukankah itu telah mencacat celakan perjuangan yang suci dan dipandang hina d sisi Allah swt..(na'udzubiLLAH...) sebaiknya, ape yg perlu kite buat adalah...BUAT JE KERJA NI TANPA DIKIRA..BUAT KERANA MMG BENDE NI T/JWB KITE..jgn rase kite terpilih dan lebih baik dr org lain. Tidak sama sekali! kite x tahu kddkn sape yg lbh mulia di cc NYA.
wallahua'lam..
sekadar berbicara utk muhasabah diri sendiri juga..
salam.... baus syam,, sekurang nya hang berjuanlah jua darpd mereka yang tidak..
sesunguhnya enkau seorang pejuang yan suka berjiwang,,,
Post a Comment