tak pernah jemu aku menonton filem-filem P.Ramlee.
walaupun sudah beberapa kali filem yang sama diulang tayang, namun tidak pula rasa muak untuk terus menonton. semalam filem kegemaran aku kembali ditayang di Astro. tak kering gusi dibuatnya. namun menonton bukan sekadar menonton. apa-apa yang baik, perlu dijadikan teladan. dan yang mana yang 'kurang' elok, lupakan saja.
berikut beberapa sedutan dalam filem "PENDEKAR BUJANG LAPOK" yang mungkin boleh sama-sama kita ambil iktibar dan pengajaran..
dalam surah Al-hujurat ayat ke 11, Allah berfirman yang bermaksud :-
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok -olokkan), dan janganlah pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olakkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan), dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan (ialah) panggilan buruk sesudah iman, dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
Pak Abu...owh Pak Abu..
seterusnya..........
pengajarannya ialah :-
"kami tidak mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad) melainkan beberapa orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka. Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui."
(Al-Anbiya' ; 7)
kelakar memang kelakar... namun ada sesuatu yang hendak disampaikan kepada kita...
Allahu'alam...........
No comments:
Post a Comment