Monday, February 15, 2010
Friday, February 12, 2010
OPS : Aku perlu berundur sebentar...
SMS 'OPS SAYANGI REMAJA' kembali menerjah telefon bimbit. Kali ini sempena hari Valentine. Aku masih teringat OPS VALENTINE pada tahun lepas di sekitar Queensbay. Siang harinya kami beroperasi di dalam JUSCO Queensbay Mall, mengedar risalah tentang 'Valentine Day' yang disambut masyarakat dunia termasuk anak-anak melayu islam. Walaupun dihalang oleh 'pak guard', kami tetap teruskan juga. Malamnya pula operasi dijalankan di pantai Queensbay.
Kelihatan seorang lelaki sedang berpelukan dengan seorang wanita. Aku bersama-sama kumpulan lantas mendekati mereka. Serta merta pelukan dileraikan dan kami memulakan bicara. Bukanlah kata-kata yang berapi-api, tetapi hanya tanyakan kepada si lelaki tentang 'valentine' sebagai pembuka bicara. Alhamdulillah, si lelaki berkata kita tidak patut menyambutnya kerana bukan budaya kita.
Setelah diselidik, si lelaki memberitahu perempuan yang dipeluknya itu baru sahaja dikenali beberapa minggu. perempuan itu pula baru sahaja 'bercerai' dengan teman lelakinya. Kiranya dia hadir sebagai 'penyelamat' keadaan.
TETAPI.....
Operasi kali ini, maaf aku ucapkan kepada sahabat yang mengajak. Aku katakan kepadanya, selepas ini perlu buat juga OPS Sayangi diri sendiri dan sahabat.
Tanpa aku menafikan bahawa dakwah perlu dikembangkan kepada semua peringkat masyarakat, jauh atau dekat, aku juga tegaskan kekadang susuk tubuh yang menggelar dirinya sebagai da'ie ini gagal untuk berdakwah kepada dirinya sendiri. Aku tidak tujukan kepada sesiapa melainkan kepada diri sendiri. sebab itulah seorang naqib memberitahu bahawa dia tidak berani mengaku sebagai pendakwah melainkan hanyalah seorang 'petugas' atau 'kuli' kepada islam.
dalam operasi, kita (baca aku) nasihatkan orang supaya sentiasa takut kepada Allah dalam setiap perbuatan kita. Rupa-rupanya tanpa sedar, kita sendiri telah lupa untuk takut kepada Allah dalam perbuatan kita.
Kita ingatkan orang supaya jangan sekali-kali tinggalkan ibadat, tanpa sedar, rupa-rupanya kekadang kita sendiri terlewat waktu solat.
kita katakan kepada orang bahawa hidup ini perlu ada matlamat, rupa-rupanya tanpa kita sedar, kekadang kita sendiri tersesat.
Ya Allah, aku undur kali ini bukan kerana mahu lari daripada tanggungjawab, tetapi kerana aku takut diri ini tidak dapat menjawab soalan yang akan Engkau kemukakan kepadaku di akhirat kelak...
Aku mahu dapatkan semula 'kekuatan' sebelum kembali turun ke medan...
Buat sahabat-sahabat yang akan turun ke lapangan, Semoga Allah redho dengan usaha kalian. Doakan aku untuk kembali membina semula kekuatan yang aku sendiri telah 'robohkan'...

Friday, February 5, 2010
melepaskan 'batuk??? di tangga
mungkin ramai yang sudah tahu, tapi mungkin juga ada yang belum tahu...
aku pun dapat tahu tentang 'kekeliruan' ini dalam satu kuliah pengajian kitab di USM.
seperti melepaskan batuk? di tangga. kita sering mendengar peribahasa yang membawa maksud 'melakukan pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh' ini.
apa kena mengena melepaskan batuk di tangga dengan tidak bersungguh-sungguh? bukankah batuk itu perkara yang kita lakukan dengan 'ikhlas' dan sepenuh hati?
sebenarnya perkataan batuk itu disalah ertikan dengan penggunaan perkataan sebenar iaitu 'batok' yang merujuk kepada bekas mengisi air yang diperbuat daripada tempurung kelapa.
Menjadi adat kebiasaan masyarakat dahulu kala mempunyai tempayan bberisi air di kaki tangga rumah. tujuannya ialah untuk membersihkan kaki sebelum naik ke atas rumah. Dan, batok (geluk) digunakan untuk mencebok air daripada tempayan. selesai membasuh kaki, batok akan diletakkan kembali di atas tempayan ataupun disangkut di tempat khas.
namun, akibat malas atau tergesa-gesa ataupun 'membuat kerja separuh jalan', selesai membasuh kaki, batok tadi tidak disangkut atau diletakkan di atas tempayan, sebaliknya hanya ditinggalkan di atas tangga, dan terus naik ke atas rumah.
maka, lahirlah peribahasa seperti 'melepaskan batok di tangga.'
Bijak bukan datuk nenek kita mencipta misalan dan tamsilan? cuma kita kekadang 'kurang bijak' dalam memahami maksudnya yang sebenar. sebab itulah proses pembelajaran itu penting.
Ilmu sebegini pun penting supaya kita tidak tersalah tafsir maksud sebenar, apatah lagi ilmu agama yang akan memandu kehidupan kita di dunia dan akhirat...
renung-renungkanlah
sekian, Uhuk, uhuk....
P/s : dapat peribahasa baru: "melepaskan angin di dalam lif"- maksudnya 'tidak menghiraukan orang lain @ hanya pentingkan diri (perut) sendiri.
Wednesday, February 3, 2010
mengapa kita memberi ??
(Artikel ini diulang semula daripada tarikh asal 4 Disember 2008)
“Tiing..!!!!”
“alhamdulillah.”
Terdengar suara seorang wanita tua yang buta mengucapkan kalimah tahmid apabila sekeping wang masuk ke dalam bekas yang dipegang sejak tadi.
Tersentuh benar hati ini mendengar kalimah tersebut. Betapa besarnya nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita berbanding wanita tua itu.
Sudah lama aku perhatikan wanita tersebut, sejak selesai solat di sebuah masjid. Duduk di pintu masuk masjid dalam keadaan hujan turun renyai-renyai. Tak berganjak sedikitpun, semata-mata hendak mengharapkan belas kasihan para makmum.
”Ya Allah, wanita tersebut miskin di dunia. Engkau kayakanlah dia di akhirat sana. Ya Allah, wanita tersebut hidup susah di dunia. Engkau mudahkanlah kehidupannya di akhirat sana. Dan engkau mudahkanlah juga kehidupanku, ibu bapaku, ahli keluargaku, guru-guruku, sahabat-sahabatku dan umat islam di akhirat sana Ya Allah….”
Bisikkku di dalam hati. Semoga Allah memperkenankan doa hamba-hamba apabila hamba-hambaNYA itu memenuhi hajat makhlukNYA
Selesai membeli barang, aku dan kawan-kawan berehat sebentar di wakaf berhampiran pasar besar, sambil menikmati buah anggur yang dibeli sebentar tadi. Tiba-tiba, seorang kanak-kanak perempuan menghampiri.
” Bang, beli bang.!!” Kata kanak-kanak tersebut sambil menunjukkan kad kecil yang bertulis ayat-ayat al-Quran. Kad tersebut hanya sebagai sumbangan untuk derma yang diberikan. Kemudian, datang seorang lagi kanak-kanak perempuan, menunjukkan kad yang sama.
”maaf dik, abang dah ada benda tu.”
Terus kanak-kanak tersebut berlalu. Sayu melihat mereka. Baru setahun jagung, namun terpaksa melakukan kerja-kerja sedemikian.
Hujan masih mencurah-curah, namun kami terpaksa beredar dari wakaf tersebut menuju ke masjid, melalui laluan pejalan kaki. Tiba di hadapan lorong tersebut, langkahku terhenti, membiarkan kawan-kawan berlalu pergi.
Di hadapan sana masih terdapat peminta sedekah. Seorang ibu bersama-sama dengan 3 orang anak-anak yang masih kecil, duduk bersimpuh sambil menggoncang-goncang bekas duit kosong. Jauh ke hadapan, seorang pakcik tua bersandar di tiang. Di tangannya juga ada bekas yang digoncang-goncang menanti diisi. Hujan tempias membasahi tubuh mereka. Namun mereka tetap di situ. Bagai tiada apa-apa yang berlaku.
Malunya. Tak sanggup rasanya untuk melintasi si ibu dan anak-anak kecil sambil memandang wajah yang mengharapkan simpati.
Bekas kosong si ibu terisi. Lantas si ibu menunjukkan pula bekas anaknya yang masih kosong. Lalu bekas anak itu juga diisi. Kemudian, si ibu meminta diberi pula kepada anak kecil di dalam pangkuannya. Ya Allah!!Tiada apa lagi yang hendak diberi. Tak tertahan lagi sebak di hati. Lantas si ibu dan anak-anak terus ditinggal.
Ya Allah, betapa pilunya rasa hati ini tak dapat membantu mereka yang memerlukan. Masih teringat wajah si ibu ketika meminta diberikan kepada anak kecil dalam pangkuannya sebentar tadi. Bersungguh-sungguh meminta. Tidak mustahil jika ada ibu bapa yang sanggup mencuri demi untuk melihat anak-anaknya cukup makan dan pakaian.
Fikiran masih terbeban, lantas kembali kepada si ibu memberi buah yang masih berbaki di tangan. Ceria sedikit wajah si ibu mendapat makanan. Mungkin selama ini sedang menderita kelaparan. Tak sanggup lagi menatap wajah mereka....
Sama ada anak kecil ataupun si ibu, mungkin juga si cacat penglihatan, ataupun si tua yang sudah terlalu uzur yang meminta, menadah tangan memohon ihsan. Meminta diberikan sedikit pertolongan, sejauh mana kita sebagai manusia yang diberi sedikit kelebihan berbanding mereka berusaha membantu meringankan beban.
Kisah di atas bukanlah bertujuan untuk memberitahu tentang amal yang telah dilakukan. Juga berlindung dengan Allah daripada terselit sikap riak dalam segala amalan. Cuma ingin memberi gambaran yang mungkin sebelum ini sudah tergambar di fikiran, bahawa di sekeliling kita masih terdapat ramai saudara-saudara seakidah yang menderita. Namun, sekadar sudah tergambar di fikiran tetapi tiada tindakan, maka gambaran tersebut tidak lebih daripada sekadar hiasan dalam kehidupan.
“jika kamu menampakkan sedekahmu (untuk dicontohi orang lain), maka itu adalah baik. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikannya itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu kesalahan-kesalahanmu, dan Allah mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Baqarah ; 271)
Tidak dinafikan, terdapat ramai manusia-manusia yang tidak berhati perut mengambil kesempatan terhadap golongan-golongan lemah seperti mereka. Malah, salah satu sebab yang menjadi penghalang untuk kita menghulurkan bantuan ialah dengan beralasankan “pastinya mereka ini dihantar oleh sindiket-sindiket pengutip sedekah.”
Malah ada yang menganggap menghulurkan sedikit wang kepada golongan-golongan ini sebagai membazir kerana wang akan jatuh ke tangan ‘syaitan-syaitan’ yang mempergunakan manusia sebagai alat untuk mencari keuntungan sendiri. Namun, ada juga yang datang meminta atas nama madrasah, atas nama kebajikan, atas nama amal jariah. Jadi bagaimana?
“Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir), sedangkan Allah menjanjikan untukmu ampunanNYA dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurniaNYA) lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Baqarah : 268)
Semuanya terpulang kepada kita. Tidak adil untuk kita membuat andaian sedemikian kepada semuanya. Tidak semua daripada golongan peminta sedekah ini dipergunakan. Cuma kita sahaja yang ‘suka’ menggunakan alasan tersebut untuk tidak memberi.
Betulkan pemikiran kita terhadap mereka. Jangan melihat mereka sebagai penghalang atau penghabis wang, tetapi lihatlah mereka sebagai peluang. Peluang untuk kita menambah amal kebajikan, peluang untuk kita membersihkan harta, peluang untuk kita memperoleh kebaikan di dunia dan di akhirat.
“Bandingan (pemberian) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (al-Baqarah:261)
Mungkin saja pemberian kita yang sedikit itulah yang menjadi bekalan untuk makanan seisi keluarga sepanjang hari tersebut. Mungkin juga pemberian kita yang tidak bernilai pada pandangan kita, tetapi cukup untuk mengisi perut yang yang masih belum terisi sejak pagi. Mungkin juga pemberian itulah yang digunakan untuk membeli ubat merawat anak yang sedang kesakitan.
Cuba letak ke tepi persepsi-persepsi yang menghalang kita untuk beramal.
“ke mana duit aku ni dia akan belanjakan?”
”siapa yang membawa orang ini datang ke sini. Mesti sindiket-sindiket tertentu.”
Tetapi... dalam kita mengejar kebajikan dengan bersedekah, jangan pula kita menjadi orang yang terlalu mudah tertipu.
”saya kehabisan duit. Sekarang ni saya terpaksa menumpang dalam gereja. Dan paderi-paderi di sana sedang menarik saya kepada kristian. Saya sangat-sangat perlukan duit untuk balik ke kampung.” pernah seorang lelaki menggunakan ’helah’ sedemikian.
”beg dompet saya tercicir. Saya tak ada duit hendak makan. Lagipun saya tak biasa dengan tempat ini.”
Pandai-pandailah menilai yng mana benar dan yang mana helah. Orang yang biasa menipu akan terus menipu jika tipu helah mereka berjaya memperdaya manusia.
Namun perkara sedemikian hanyalah kes-kes yang jarang dijumpai. Masih ramai di luar sana yang lebih memerlukan bantuan dan ihsan manusia.
Jika dinilai dari sudut hukum, memanglah perbuatan meminta-minta daripada manusia ini tidak disukai oleh Rasulullah. Malah ada hadith yang menyebut bahawa orang yang suka meminta-minta di dunia (sedang ia masih mampu berusaha) akan datang menghadap Allah di hari kiamat dalam keadaan tiada sepotong daging pun di wajah mereka.
(H.R Muslim) .
Rasulullah juga pernah bersabda bahawa “Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang meminta-minta”. (Riwayat Al-Bukhari)
Walaupun begitu, bersangka baiklah dengan golongan-golongan seperti ini. Sepatutnya dalam negara yang ’kaya-raya’ seperti di Malaysia ini, sudah tidak wujud golongan-golongan seperti ini. Hatta rancangan ’bersamamu TV3 juga sepatutnya tidak ada. Umat islam punyai kekuatan kewangan daripada hasil kutipan zakat. Persoalannya, mengapa masih wujud golongan-golongan yang terpaksa meminta sedekah di tempat-tempat awam?
Mahu tidak mahu, mereka tetap berada di sekeliling kita. Kita memberi bukan kerana kita kaya. Kita memberi juga bukan kerana kita mulia. Tetapi kita memberi kerana mereka menderita. Malah kita memberi kerana mereka adalah saudara.
Dari Abdullah bin Amr bin Asr r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa memberi makan saudaranya sehingga kenyang dan memberi minum sehingga hilang dahaga, maka Allah s.w.t akan menjauhkannya dari api neraka jahanam sejauh dua parit. Dan jarak antara dua parit adalah sejauh perjalanan lima ratus tahun. (Hadis Riwayat Hakim)
Senyum itu sedekah....
Ya!! Ada hadis yang menerangkan tentang bermanis muka dengan saudara juga adalah sedekah. Membuang halangan di tengah laluan orang juga adalah sedekah. Malah, berkata-kata yang baik juga adalah sedekah. Namun, yang sedemikian adalah tanggungjawab seorang muslim kerana setiap anggota tubuhnya disuruh untuk bersedekah setiap hari.
Tetapi, adakah ’sedekah’ yang sedemikian dapat membantu meringankan bebanan mereka yang sangat-sangat memerlukan bantuan? Lintas di hadapan seorang pengemis, lalu senyum kepadanya... jika hal sedemikian dapat membantu meringankan bebanannya, senyumlah selalu. Tetapi jika kita merasakan tiada apa yang diperolehnya hanya dengan senyuman, hulurkanlah sedikit bantuan kewangan. Mungkin yang demikian akan lebih menyenangkan hatinya.
Umpama belon, lagi ditiup, lagi mengembang. Harta kita tidak akan berkurangan dengan kita memberi kepada orang. Malah banyak kelebihan dan kebaikan kita bersedekah kepada orang lain.
Ibnu Qayyim dalam bukunya Zadul Ma'ad mengatakan: "Dalam sedekah itu terdapat banyak hal luar biasa, termasuk dapat menolak bermacam bencana dan malapetaka, sekalipun yang sedekah tersebut orang durhaka, banyak berbuat aniaya atau orang kafir.
Pengarang kitab Tanbihul Ghafilin, Imam Samarqandy mengatakan: "Biasakan diri anda untuk terus bersedekah, baik dalam jumlah kecil maupun besar. Karena, dalam sedekah itu ada sepuluh manfaat; lima akan diberikan di dunia, dan lima lagi akan diberikan di akhirat kelak.
Allah berfirman:-
Siapakah orang yang mahu memberi pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah) maka Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya. Dan (ingatlah), Allah jualah yang menyempit dan Yang Meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada-Nya kamu semua dikembalikan.
(Al-Baqarah: 245)
Orang yang pemurah biasanya dimurahkan rezeki oleh Allah SWT kerana Allah SWT redha dengan sikap pemurahnya itu. Dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“Tidaklah berpagi-pagi seorang hamba melainkan akan turunlah dua orang malaikat yang turun dan berkata: Ya Allah, Engkau berilah kepada yang memberi dan Engkau halanglah kepada yang kedekut”.
(H.R Bukhari dan Muslim)
Namun jika kita merasakan ada manusia yang akan melihat jika kita bersedekah di hadapan khalayak ramai, dan dengan itu akan menyebabkan timbulnya rasa riak di dalam hati, maka ringan-ringankanlah tangan untuk bersedekah pada saluran-saluran yang diyakini. Dan berdoalah supaya wang tersebut akan diberikan kepada mereka yang betul-betul memerlukan.
Para sahabat apabila mereka melakukan sesuatu kesalahan, maka mereka akan bertaubat lalu bersedekah pada jalan Allah. Pernah seorang sahabat Rasulullah ketika bersolat di dalam kebun buahnya terleka kerana melihat seekor burung yang melintasi kebunnya. Lalu beliau sangat menyesal lalu mensedekahkan kebun tersebut di jalan Allah.
“Puasa itu perisai, dan sedekah memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api”
Abu Hurairah r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kekayaan itu bukanlah kerana mempunyai banyak harta tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa
(H.R Muslim)
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.”
(al-Munafiquun: 10)
Allahu’alam.......

Subscribe to:
Posts (Atom)