Wednesday, December 30, 2009

pernahkah anda terfikir?

suatu hari anda sedang menunggang motorsikal...
tanpa di duga, seekor serangga terbang menghampiri mata anda..
serangga itu semakin hampir dengan mata anda...
dan semakin hampir.. hampir masuk ke dalam mata anda..

tiba-tiba...TUPPP!!!
mata anda tertutup rapat...
serangga tadi terlanggar kelopak mata anda...

apa yang anda dapat fikirkan daripada peristiwa tersebut..?

SUBHANALLAH...

betapa sayangnya Allah terhadap mu wahai manusia...
kasih sayangNYA tak terhingga..
sehinggakan Allah tidak mahu mata mu dihinggapi oleh serangga..
lalu Allah arahkan kelopak supaya tertutup dengan sendiri..

pernahkah kita terfikir tentang itu??

Fikir-fikirkanlah!!! fikir sedalam-dalamnya.
sehingga kita sedar, hidup kita ini..
segala-galanya kerana kasih sayang Allah terhadap kita..

lalu...apa balasan kita terhadap kasih sayangNYA ????



Saturday, December 26, 2009

Apa yang anda fikirkan tentang mereka?

Pernahkah anda melihat orang mencari sesuatu di dalam tong sampah?
lalu apakah yang terlintas di fikiran anda?

pernahkah ada orang yang mahu meminta wang daripada anda dengan menceritakan masalahnya kepada anda?
lalu apakah pula yang terlintas di fikiran anda? dan apa pula respon anda?

Kita disuruh untuk bersangka baik dengan manusia, tetapi kekadang sukar untuk melaksanakannya. Lalu bagaimana kita mampu untuk sentiasa bersangka baik dengan mereka? Salah satu cara ialah dengan berada di tempat mereka.

Dua contoh di atas pernah aku alami..


Projek tahun akhir yang sedang aku usahakan memerlukan aku mencari sebanyak mungkin serabut nangka. Untuk membeli buah nangka dan hanya mengambil serabutnya adalah mustahil kerana harganya pasti mahal. Lalu cara terbaik ialah mendapatkannya di pasar atau kedai yang menjual isi nangka. kulitnya akan dibuang dalam tong sampah menunggu dikutip oleh pengutip sampah ataupun orang yang membela lembu untuk dijadikan makanan lembu. Tidak terkecuali diriku. Kali pertama hendak mengambil, ada sedikit rasa malu.

"Uncle, boleh saya ambil kulit nangka tu?"

"hah! ambil lah. You ada bela lembu ka?" tanya tauke kedai.

"bukanlah uncle. ada projek kat USM. Saya nak buat tepung. lepas tu nak buat roti."

"tepung? bole ka?"

"boleh la uncle." sambil bersembang, tangan menyelongkar bekas sampah memilih kulit nangka yang agak elok.

orang ramai yang lalu lalang pasti melihat aku. tapi, pedulikanlah. janji kerja kita siap.

mengusung beg besar lagi berat yang sarat dengan sampah, banyak mata melihat.

"bela lembu ka?" tanya seorang India yang menjual sayur.

"tak lah. ada projek."

pasar itu agak jauh dari USM. kurang sedikit rasa malunya. tambahan pula ada uncle untuk diajak bersembang. Sudah 3 kali aku mengambil di situ.

Lain pula perasaannya apabila melakukan perkara yang sama di luar pagar USM, tempat yang ramai pelajar kunjungi dan mungkin ada yang mengenali. Tapi aku dapat belajar sesuatu. tak semua benda yang dianggap 'sampah' itu ialah sampah. Dan tak semua orang yang bergelumang dengan sampah itu adalah 'sampah'.

manusia melihat dari sudut yang berbeza. Ada yang menukarkan duit menjadi sampah. ada pula yang menukarkan sampah menjadi duit. Tanggapan orang, biarlah! Apa yang penting...KERJASAMA !!

Lalu apabila melihat ada orang sedang menyelongkar tong sampah atau mengutip sampah, jangan sesekali merasa ianya perbuatan jijik, tetapi bisikkan dalam hati;

"mulia sungguh orang ini. kerana dia telah mengurangkan jumlah sampah di dunia. aku sendiri tak mampu melakukan sebegitu."

Tentang peminta sedekah pula, kita memang diajar supaya tidak berfikiran buruk dengan mereka, walaupun mereka datang dengan alasan yang direka-reka. Jika tidak mahu memberi, tolaklah dengan sebaik mungkin. Jangan pula kita berbohong dengan mengatakan tiada duit jika masih ada beberapa keping wang di dalam dompet. Tiada beza kita dengan mereka. mereka menipu untuk mendapatkan duit, kita pula menipu untuk tidak memberi duit.

Kuliah maghrib malam itu menyebabkan aku lebih berhati-hati apabila berhadapan dengan peminta sedekah. Ustaz membawakan sebuah kisah riwayat bukhari dan muslim tentang 3 orang yang diuji oleh Allah dengan harta. Kisahnya aku ambil dari sebuah laman blog;

.................
dikisahkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah, Rasulullah suatu hari berkisah :

Ada 3 orang dari Bani Isra'il, orang berbadan belang, berkepala botak, dan bermata buta. Allah berkehendak menguji mereka bertiga, lalu Allah mengirim malaikat untuk mendatangi orang berbadan belang. Bertanyalah malaikat, "apa yang paling kau inginkan ". orang belang itu menjawab, " aku ingin warna yang bagus, kulit yang indah, dan dihilangkan dariku sesuatu yang membuat orang jijik padaku. " Malaikat pun mengusap orang tersebut dan seketika cacatnya hilang, kulitnya pun menjadi indah. Malaikat itu bertanya lagi, " harta apa yang paling kau suka ?", orang belang itu menjawab, " unta " lalu Malaikat pun memberikan unta yang sedang hamil, lalu berkata, " semoga Allah memberkatimu atas apa yang kamu miliki "

Lalu malaikat itu mendatangi orang yang botak dan berkata, " apa yang engkau inginkan ? ". Orang itu pun menjawab, " rambut yang indah dan semoga dihilangkan dari sesuatu yang orang merasa jijik padaku ". Malaikat pun mengusapnya dan cacatnya pun hilang, rambutnya pun menjadi indah. " harta apa yang paling kau inginkan, " tanya malaikat. " sapi " jawab lelaki itu. Malaikat pun memberinya sapi yang sedang hamil sambil berkata, " semoga Allah memberikan berkah atas apa yang engkau miliki "

Malaikat itu lalu mendatangi orang ke tiga, orang buta. " apa yang engkau inginkan ? ". Orang itu pun menjawab, " semoga Allah mengembalikan penglihatanku dan aku dapat melihat orang-orang " Malaikat itu pun mengusapnya dan Allah mengembalikan penglihatannya. " harta apa yang engkau inginkan ? " tanyanya. " kambing " jawab orang buta itu. Malaikat pun memberinya kambing yang sedang hamil.

Akhirnya milik mereka beranak pinak dan masing-masing memiliki hewan sebanyak satu lembah. Lalu malaikat itu pun mendatangi mereka dalam rupa yang berbeda. Malaikat berkata, " aku orang malang. aku telah terputus bekal dalam perjalananku ini dan tidak ada yang bisa menyampaikan aku pada tujuanku selain Allah dan engkau. " Aku memintamu atas nama Dzat yang telah memberimu warna yang bagus, kulit yang indah, harta, dan unta supaya aku bisa meneruskan perjalananku. "

" urusanku sangat banyak (sehingga tak bisa memberimu)." jawabnya
" sepertinya aku mengenalmu, bukankah dulu kau orang belang dan orang-orang jijik terhadapmu. Dulu kau orang miskin lalu Allah memberimu rizki ? " tanya malaikat
" sungguh aku mewarisi harta ini dari leluhur-leluhurku, " dusta si belang.
" jika kau berdusta, semoga Allah mengembalikan keadaanmu seperti dulu, " doa malaikat lalu dia pun pergi. Dia mendatangi orang yang botak dan terjadilah hal yang sama seperti orang yang belang. Dia pun mendatangi orang yang buta dan menanyakan permintaan yang sama. Orang buta ini menjawab,
" sesungguhnya aku ini orang yang buta lalu Allah mengembalikan penglihatanku. Maka ambillah apa yang kau kehendaki, dan tinggalkan apa yang (tidak) kau kehendaki. Demi Allah aku tidak akan membuatmu susah atas apa yang telah aku dapatkan dari Allah."
Malaikat pun menjawab, " ambil kembali hartamu aku hanya menguji. sesungguhnya Allah ridha padamu dan murka pada kedua temanmu "

.........

Ustaz simpulkan, boleh jadi orang yang datang kepada kita itu adalah malaikat atau makhluk yang diutuskan oleh Allah untuk menguji kita. Siapa tahu? INI SERIUS !!

Sungguh, belajar daripada pengalaman itu lebih memberi kesan dalam diri.
SUngguh...

P/s - mahu cuba menyelongkar tong sampah?
Marilah bersama-sama kita jayakannya!!..


Monday, December 14, 2009

al-kisah ..

malang atau satu ujian...
tafsirannya mengikut bagaimana keadaan hati.

..........................................

al-kisah satu petang aku berkejar ke USM dari rumah untuk berjumpa pensyarah..
sudah lewat, 1 jam lagi sebelum tamat waktu pejabat.

4.20pm......sempat lagi, bisik hati kecilku.

nak dijadikan cerita, sampai di atas jambatan, maka terjadilah perkara yang selama ini amat aku risaukan..

tayar motor pancit, betul-betul di puncak jambatan Pulau Pinang. Melelong motor dibuatnya.

"Ya Allah..dah la aku ni dah lewat.."

aku perlahankan motorsikal. kepala masih ligat berfikir, apa yang perlu dibuat.

"call pejabat Jambatan!!" Aku teringat papan elektronik sebelum memasuki jambatan ada tertulis sesiapa yang menghadapi masalah tayar pancit boleh meminta bantuan daripada pihak jambatan Pulau Pinang.

tapi....aku terlupa nombor talian.
Aku cuba meneka, tapi satu nombor pun tak mengena..malang!!

Motor berhenti di bahu jambatan..

Kebetulan, di tembok tempat aku berhenti ada tertulis nombor telefon 'pomen' tayar motor. Tapi agak kabur tulisannya dihakis hujan. Setelah khabarkan keadaan dekat bapak, aku bergerak perlahan mencari-cari jika terdapat nombor telefon yang lebih jelas. Akhirnya aku terjumpa.

namun setelah beberapa kali mendail, aku kembali hampa. Panggilan tidak bersahut.
(akibat terlalu asyik mencari nombor di tembok, aku terlepas signboard no. Penang Bridge- tadi check, ada 2 signboard nombor jambatan-malang !!)

Namun hampa tidak lama. Ditakdirkan Allah, ada 2 orang mamat 'pomen' berhenti di sebelah. Macam tau2 saja tayar aku nak pancit waktu tu..

"Berapa you charge?" aku bertanya..

"RM20." mak aih, mahal gila..

perlahan-lahan aku membuka dompet. ada RM22 saja..

"tak boleh kurang ka tokey? RM15?"

diam....."boleh la..." fuh, lega.. ada juga baki duit.

dipendekkan cerita, selesai kerja-kerja menukar tiub tayar motor.

paku yang terpacak di tayar motor masih baru. anak siapa punya kerja...

aku teruskan perjalanan ke USM.. masuk ke makmal sampai pukul 12.30 pagi, menumpang tidur di bilik kawan kerana tak dapat pulang ke rumah dek kerana hujan.

Pagi besoknya, selepas solat subuh aku terus pulang ke rumah. Cadangnya hendak balik awal, supaya dapat berkemas dan pulang semula ke USM untuk meneruskan kerja sebelum ke kem pada sebelah petang.

Peristiwa semalam aku jadikan iktibar. Jangan memandu di bahu jalan di atas jambatan. Memang banyak paku ditabur di lorong motorsikal.

Nak dijadikan lagi cerita, sampai sahaja di Seberang Jaya (selepas keluar jambatan), motor terasa melelong.

"Ya Allah, takkan kena lagi kot." aku menjenguk tayar motor. SAH!!! kena lagi..

motor berhenti betul-betul di hadapan Masjid Seberang Jaya.

hati benar-benar risau. Duit baki semalam sudahlah tinggal lebih kurang RM3 saja. Nak baiki macam mana.

aku melihat tayar. Paku yang masih berkilat terpacak betul-betul di tengah tayar.

Aku mencabut paku sepanjang 1 setengah inci.

spontan hati terdetik. "moga Allah laknat orang yang buang paku ni."

seketika, aku tersedar lalu aku beristighfar.."Astaghfirullah" tak patut aku cakap macam tu.

"semoga Allah ampun dosa orang tu dan semoga Allah bagi hidayah dekat dia." aku membetulkan ayat tadi.

Lalu aku teringat mak. "Assalamualaikum, mak. Tayar motor pancit depan Masjid Seberang Jaya. Cek takdak duit nak baiki. Satgi mak nak kerja lalu kat Sebebrang Jaya, mak bagi sikit."

Alhamdulillah.. aku tunggu di seberang jalan. Lama jugak menunggu. Akhirnya mak sampai dan...alhamdulillah, ada sikit duit poket.

Aku berjalan kembali ke motor. Aku cuba mendail nombor 'pomen' yang aku ambil di jambatan. Masih tak bersahut. Aku singgah sebentar di kedai surat khabar, lalu aku tanyakan kepada auntie yang menjual..

"auntie, tak tak nombor 'pomen' motor.

"ha! tu rumah 'pomen'. anak dia ada buat. lalu auntie tersebut melambai2 tangan ke arah uncle si bapak tukang 'pomen'. Alhamdulillah...Allah mudahkan pekerjaan aku.

itulah ceritanya...

** mak bagutau, rupa-rupanya bila pihak jambatan buat 'pembersihan' menggunakan magnet, berpuluh-puluh paku dijumpai. Seorang suspek telah ditangkap kerana disyaki menabur paku di atas jambatan. -sumber : kawan mak..hehehe.

moral of the story..berhati-hati menunggang motor di jambatan dan di mana2 saja. dan pastikan duit anda cukup, sekurang-kurangnya untuk menukar tiub tayar..

direktori no. Phone 'pomen'

1) jambatan pulau pinang- 1300 1300 03

2) 016-4364311 (area jambatan)

3)017-4805930 (area jambatan)

4) 017-4658637 (area seberang jaya-pagi n malam sj.)







Thursday, December 10, 2009

berapa kali perlu aku bertaubat ??

Seorang kawan pernah bertanya kepadaku, bagaimana untuk dia berubah, sedangkan untuk meninggalkan ‘perkara’ yang sering dilakukannya itu adalah sangat berat. Seolah-olah sudah sebati, menjadi darah daging kepada dirinya.

Aku menjawab “Untuk kita berubah, yang pertama perlu kita tinggalkan dulu ‘perkara’ yang menyebabkan kita dikira sebagai berdosa. Tapi, yang lebih penting ialah kita memohon ampun daripada Allah terhadap perkara yang kita lakukan tersebut. Walaupun kita tak boleh atau terlalu sukar untuk tinggalkan ‘perkara’ dosa tersebut. setiap kali kita buat dosa, setiap kali itu juga,kita kena ada rasa menyesal dalam diri. Kemudian, kalau kita ulang lagi perkara tu, kita kena minta ampun lagi daripada Allah.”

Kemudian aku ceritakan kepada kawanku ini tentang satu kisah.....

seorang yang baru memeluk islam memberitahu kawannya bahawa dia tidak dapat meninggalkan perbuatan meminum arak dan maksiat yang lain yang diamalkannya sewaktu sebelum memeluk islam. Lalu kawannya menjawab. “lakukanlah apa yang kau nak lakukan, tetapi setiap kali kau lakukan perkara tersebut, mohonlah ampun daripada Allah atas perbuatan engkau tersebut.” Dengan jawapan tersebut, kawannya yang baru memeluk islam menganggap bahawa islam agama yang sungguh mudah. Lalu dia teruskan perbuatan-perbuatan maksiat, dan setiap kali dia melakukannya, dia akan memohon ampun daripada Allah. Kejadian tersebut berulang-ulang sehingga tiba waktu, dia berasa malu dan hina dengan Allah. “Aku melakukan dosa, dan setiap kali itu jugak aku memohon ampun. Kemudian, aku ulang semula dosa tersebut. Adakah keampunan yang aku pohon tersebut akan diterima.” Akhirnya, lelaki tersebut meninggalkan segala perbuatan-perbuatan maksiat, atas kerelaan hatinya.

"Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan"
(Asy-Syura: 25)

Andai kata pemuda tersebut dengan lantangnya melarang perbuatan-perbuatan sahabatnya yang baru memeluk islam, tentu sukar untuk dia melaksanakan kesemuanya lantaran perbuatan tersebut telah sebati dalam dirinya. Namun, perkara yang ditekankan ialah TAUBAT. Ya!!! Bertaubat dan memohon ampun.

Taubat ialah kembali kepada kepada Allah dengan meninggalkan maksiat kepada Allah. Namun, persoalan yang timbul ialah:-

Berapa kali perlu aku bertaubat?

Jika aku ulang perbuatan maksiat selepas bertaubat, adakah taubatku tersebut diterima oleh Allah.?

Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas daripada melakukan maksiat dan dosa sama ada dosa kecil ataupun dosa-dosa besar. Hari-hari kita sentiasa dipenuhi dengan anasir-anasir yang bisa ‘membuahkan’ dosa.

Mata kita, mana mungkin terlepas daripada memandang perkara-perkara yang tak sepatutnya.

Hati dan fikiran kita, mana mana mungkin terlepas daripada memikirkan perkara-perkara yang dilarang oleh agama.

Tangan kita, kaki kita, telinga kita, dan seluruh panca indera kita, semuanya merupakan agen-agen pengumpul dosa setiap hari. Maka semua ini memerlukan kepada taubat, iaitu dengan beristighfar kepada Allah.

Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam sendiri yang dijamin diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang memohon ampun daripada Allah. Sabda Baginda :-

" Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah. Sesungghnya aku bertaubat kepada Allah sebanyak tujuh puluh kali dalam sehari.(HR Muslim)

Bagaimana pula dengan kita? Insan yang sering saja terpalit dosa, tercalit noda. Semestinya kita perlu lebih banyak memohon keampunan kepada Allah berbanding Rasulullah. Namun apakan daya, beristighfar selama 5 minit terasa begitu lama jika dibandingkan dengan menyanyi selama 1 jam. Tidak terkecuali diriku sendiri. Apa yang penting, kita perlu selalu memohon keampunan walaupun dalam sehari kita hanya ’sempat’ untuk mengingati Allah dalam masa 5 saat.

”setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah orang yang bertaubat.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Ulama’ telah meletakkan syarat-syarat taubat. Antaranya ialah meninggalkan dosa, menyesali dosa yang dilakukannya, berniat tidak mengulanginya lagi serta mengembalikan hak-hak orang yang dizaliminya atau meminta halal darinya.

Namun, adakah dengan kita mengulangi perbuatan dosa tersebut menyebabkan taubat yang kita pohon tidak diterima?

Ulama’ berbeza pendapat tentang hal tersebut. Ada yang mengatakan bahawa sekiranya yang dipohon ampun itu adalah suatu dosa, dan yang diilakukan sesudah itu adalah dosa yang lain, maka taubatnya itu diteriima. Tetapi jika dia mengulangi perbuatan yang sama sesudah dia bertaubat, maka taubatnya itu tidak diterima.

Ulama’ lain pula berpendapat, walaupun yang diulangi tersebut adalah perbuatan yang dia kesali sebelum ini, taubatnya itu diterima sekiranya dia sungguh-sungguh menyesal atas perbuatannya. Allah berfirman :-

“Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang telah melakukan perbuatan melampau batas ke atas diri-diri mereka, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni keseluruhan dosa, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”
(Al-Zumar:- 53)


Hal ini juga disabdakan oleh Baginda Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam :-

Dari Abu Hurairah r.a
"Seorang hamba melakukan dosa, dan berdoa: Ya Tuhanku, aku telah melakukan dosa maka ampunilah aku. Tuhannya berfirman: hamba-Ku mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu. Kemudian waktu berjalan dan orang itu tetap seperti itu hingga masa yang ditentukan Allah SWT, hingga orang itu kembali melakukan dosa yang lain. Orang itupun kembali berdoa: Ya Tuhanku, aku kembali melakukan dosa, maka ampunilah dosaku. Allah SWT berfirman: Hamba-Ku mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan Yang mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu. Kemudian ia terus dalam keadaan demikian selama masa yang ditentukan Allah SWT, hingga akhirnya ia kembali melakukan dosa. Dan ia berdoa: Ya Tuhanku, aku telah melakukan dosa, maka ampunilah daku. Allah SWT berfirman: Hamba-Ku mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan Yang mengampuni dan menghapus dosanya. Maka Aku telah berikan ampunan kepada hamba-Ku, (diulang tiga kali) dan silakan ia melakukan apa yang ia mahu"
(hadis riwayat: Bukhari dan Muslim)

Allah sentiasa memberi pengharapan kepada hamba-hambaNYA untuk kembali kepadaNYA dengan memberi ruang dan peluang yang seluas-luasnya kepada hamba-hambaNYA. Hal ini kerana Allah lebih mengetahui sifat kita sebagai makhluk yang diciptakanNYA. Jadi, mengapa kita tidak pernah menghargai peluang yang diberi oleh Allah. Selagi mana hayat di kandung badan, dan selagi mana dunia tidak kiamat, pintu taubat sentiasa terbuka untuk seluruh manusia.

"Sesungguhnya Allah Ta'ala selalu membuka tangan-Nya di waktu malam untuk menerima taubat orang yang melakukan kesalahan di siang hari, dan Ia membuka tangan-Nya di waktu siang untuk menerima taubat orang yang berbuat salah di malam hari. Begitulah hingga matahari terbit dari arah barat."
(H.R. Muslim)

Kita telah diberi peluang. Seandainya kita sengaja mengabaikan peluang tersebut, nescaya kita termasuk di kalangan orang-orang yang menzalimi diri sendiri seperti dalam firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 11 yang bermaksud :-

"Dan barang siapa yang tidak bertaubat maka mereka itu merupakan orang-orang yang zalim. "

Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang mengatakan sesuatu yang buruk kepada sesama manusia, namun setiap dosa itu sama ada dosa mengata yang buruk ataupun dosa maksiat, semuanya perlu dibersihkan dengan taubat. Dan orang yang tidak bertaubat, Allah sifatkan sebagai menzalimi diri sendiri.

Malaikat imannya statik. Tidak akan pernah mengkhianati amanah yang Allah. Namun, manusia bukannya malaikat. Manusia diciptakan bersama-sama mereka ialah nafsu serta sentiasa dilingkungi oleh hasutan-hasutan syaitan. Maka, sebab itulah seandainya manusia berjaya mengekang kedua-dua nafsu dan syaitan, darjatnya adalah lebih tinggi berbanding malaikat.

Namun, atas faktor nafsu dan syaitan, serta lemahnya iman inilah yang menyebabkan manusia selalu sahaja tersasar dari landasan yang telah ditetapkan oleh Allah. Walaupun telah bersungguh-sungguh menyesali perbuatan lampau, namun dek kerana lemahnya iman serta pegangan, manusia kembali melakukan perbuatan yang pernah ditaubatinya.

Terdapat empat kategori manusia yang memohon taubat.

Golongan pertama ialah orang yang melakukan maksiat lalu bertaubat dari maksiat tersebut dan terus kekal dalam kebaikan. Taubat inilah yang disebut sebagai taubat nasuha, taubat semata-mata kerana Allah. Golongan ini memiliki nafsu al-Mutmainnah iaitu jiwa yang tenang dan redha dengan ketentuan Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud :

“wahai jiwa yang tenang (suci). Kembalilah kepada Tuhanmu dengan (hati) yang redha, lagi diredhai di sisi Tuhanmu.” (al-Fajr, ayat 27-28)

Golongan kedua pula adalah orang yang telah bertaubat kepada Allah dan melakukan amal kebaikan tetapi masih terikat melakukan dosa-dosa kecil yang tidak dapat dielakkan. Apabila ia melakukan dosa, ia segera bertaubat. Mereka ini mempunyai nafsu lawwamah iaitu nafsu yang mencela kejahatan dan tidak menyenanginya.

Golongan ketiga adalah golongan yang bertaubat dan terus kekal dalam keadaan bertaubat sehingga pada suatu ketika dia tidak mengawal diri lalu terjebak semula ke dalam maksiat. Walaupun begitu dia tidak pernah lalai dengan melakukan ketaatan kepada Allah. Nafsu ini dikenali sebagai nafsu musawwalah yang bermaksud nafsu yang memperdaya.

Perkara ini dirakamkan oleh Allah dengan firmanNya yang bermaksud :

“dan sebahagian mereka yang lain mengakui akan dosa-dosa mereka. Mereka mencampuradukkan amal-amal yang baik dengan amalan yang buruk. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (al-Taubah, ayat 102)


Dan golongan keempat adalah golongan yang bertaubat dari melakukan kemaksiatan tetapi hanya seketika. Kemudian dia kembali melakukan dosa-dosa tanpa bersegera untuk bertaubat malah terus bergelumang dengan maksiat. Mereka ini termasuk dalam golongan nafsu Ammarah, iaitu nafsu yang mengajak melakukan perbuatan keji dan menjauhkan diri dari melakukan kebaikan.

Mari kita menghisab kembali diri, adakah kita merupakan golongan pertama, kedua, ketiga ataupun yang keempat. Andai kita berada dalam golongan keempat, atau mungkin juga kedua atau ketiga, sedarlah bahawa, mati itu pasti dan akan datang tanpa pernah kita undang. Andai masih menangguh untuk bertaubat dan memohon ampun atas segala khilaf, ditakuti kita akan menjadi golongan yang menyesal di kemudian hari.

”dan (alangkah ngerinya) jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata), ”Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan kami telah mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh. Sesungguhnya kami adalah orang-oorang yang yakin.”
(As-sajdah :12)

Kesempatan yang masih kita peroleh ini, ambillah peluang untuk kita kembali muhasabah diri. Sudahkah kita memohon keampunan Allah ada hari ini. Rasulullah menasihatkan kita supaya sentiasa memperbaharui iman dengan ucapan syahadatain. Mungkin tanpa disedari, kita ada melakukan dosa kepada Allah mahupun kepada sesama makhluk.

Segala nasihat, adalah untuk diri dan juga untuk semua. Semoga, kita semua tergolong dalam kelompok hamba-hambaNYA yang akan memiliki ‘nafs al-mutmainnah’, maka akan diseru di akhirat kelak,

“masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKU. Dan masuklah ke dalam syurgaKU.” (Al-Fajr :29-30)

Allahu’alam…

-aku hanya ingin berkongsi-

Hisyamuddin Kamarudin
25 Nov 2008 (11.33pm)
raudatus solihin




Monday, December 7, 2009

Royalti VS Wang Ehsan

ANAK : Ayah! Hari tu ayah dah janji dengan adik kan? Kalau adik dapat SPM 12A ayah akan bagi RM 500 dekat adik.

AYAH : A'ah, ayah ingat. Kenapa? Adik dapat 12A ka?

ANAK : Jeng2 !! Ni buktinya...(tunjuk keputusan)

AYAH : Tahniah !! baik nanti ayah tunaikan janji ayah tu. Adik nak beli apa dengan duit tu nanti ?

ADIK : Macam-macam adik nak beli. Nak beli buku, alat tulis, nak simpan, derma dekat orang dll. Tengoklah nanti...

sampai hari yang dijanjikan...

AYAH : Adik!! ni hadiah untuk adik yang ayah janji hari tu. Ayah belikan dekat adik kapal terbang kawalan jauh yang tercanggih.

ADIK : Wah!! Best nya..Eh? hadiah yang ayah janji? hari tu ayah janji nak bagi duit dekat adik, bukan hadiah..

AYAH : kapal terbang ni harga dia lima ratus lebih. lebih kurang sama dengan duit tu. Lagipun kapal terbang ni canggih. Adik boleh main nanti.

ADIK : Tapi... hari tu ayah janji nak bagi duit. Adik nak guna duit tu untuk beli buku. Banyak benda adik rancang untuk belanjakan duit tu. Hadiah ni memang best. Tapi......

AYAH : Adik ni betul-betul tak bersyukur dengan apa yang adik dapat.

ADIK : Bukan adik tak syukur. Tapi macam adik bagitau tadi, kapal terbang ni adik sorang saja yang boleh guna. Lagipun adik tak perlukan kapal terbang ni. Adik dah besar la ayah. Duit tu adik dah rancang nak sedekahkan sikit untuk projek rumah anak yatim tu. Takkan adik nak bagi kapal terbang ni dekat rumah anak yatim?

AYAH : jadi?? Adik tak nak la kapal terbang ni?

ADIK : Adik tak nak main kapal terbang tu. Kenapa ayah beli sebelum tanya adik dulu? Ayah dah janji hari tu nak bagi duit.

AYAH : adik nak salahkan ayah ?

ADIK : bukan adik salahkan ayah. Tapi, ayah yang janji dengan adik nak bagi duit. adik bukan nak menderhaka. tapi cuba ayah fikir, adik boleh guna duit tu untuk macam2 benda baik. Adik lebih tau apa yang adik perlukan. adik dah besar la ayah. Lagipun, adik tak nak rezeki yang adik dapat, adik sorang saja yang boleh nikmati. Adik harap ayah faham....

AYAH : baik !! Ayah faham....

P/S: jika tidak faham, sila banyakkan pembacaan... (bukan daripada 1 sumber sahaja)






Thursday, December 3, 2009

monolog..

Susah jugak cari kerja ek??

lebih2 lagi kalau memilih kerja..
dan lebih2 lagi untuk kerja sambilan..

walaupun kerja bertimbun-timbun,
masih lagi nak cari kerja?
ish3..
(aku bermonolog)

** takdak idea nak menulis. penat mencari kerja..
blom ada yang sesuai..
(yg ada bayarannya ciput sangat- duit minyak moto pun tak boleh nak cover)

itu saja untuk kali ni..

selamat bercuti..





Saturday, November 28, 2009

Sebelah kaki di atas, sebelah di bawah.

Segala puji hanya bagi Allah..

Tahun ini, aku masih diberi kesempatan untuk merasai 'kehangatan' Hari Raya AidilAdha.

Sedikit berbeza dengan raya-raya yang lepas, aku pulang ke rumah pada pagi hari raya.
Bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 12 tengah malam hari khamis @ awal pagi jumaat, dalam perkiraan akan dapat sampai ke rumah sebelum subAuh menjengah. Tapi, sebaik saja keluar daripada tol Sungai Buloh, lebuh raya mula sesak.


40KM sejam di atas lebuh raya sangat menguji kesabaran. Dalam keletihan abang ipar memandu. Oleh kerana tidak dapat bertahan, 'servis' bertukar tangan. Aku juga agak keletihan walaupun waktu siang hanya berada di rumah. (tidak berbuat apa-apa sangat meletihkan.)


Sedikit kopi tongkat Ali dan asam sebagai bekalan, aku mula memandu. Jarang sekali dapat memandu sebegitu. lebih-lebih lagi di awal pagi yang sunyi. Tiada teman untuk berbicara. Kereta usah dikata. banyaknya tidak terkira. Di sebelah sana, jalan sunyi tidak berpenghuni.

Seronok juga berlumba di jalan raya. Hendak terlalu laju, jumlah kenderaan yang terlalu banyak tidak mengizinkan. Sabar!! Biar lambat asal selamat. Akhirnya aku menyerah. Usah bermain dengan mata. Jika dalam keramaian, asyik mahu terbuka, tapi kini tidak lagi. Mahu tertutup tanpa disuruh...

Alhamdulillah, lebih kurang pukul 7 pagi hari raya, kami tiba di rumah. Sempat tidur sebentar sebelum bangun untuk solat sunat hari raya. Lambat usah di kata. Sampai saja di masjid, makmum mula mengangkat takbir berkali-kali. Masjid sudah penuh. malah melimpah hingga ke luar. Ramai yang hanya melihat sahaja, tiada usaha mencari tempat untuk solat. Aku mendapati satu tangga. cukup lebar untuk bersolat. Lalu aku berikan tempat itu kepada abang ipar. Seorang adik kecil sama-sama mencari tempat bersolat.

"alihkan saja tempat lap kaki tu. Solat di situ." aku katakan kepada adik itu.

"Tak ada sejadah." balasnya.

"Tak perlu sejadah pun. Sapu sikit dengan tangan tu, solat." lalu aku menjawab. Mereka berdua sudah mendapat tempat.

Aku masih mencari jika ada ruang lain untuk bersolat. Akhirnya hanya satu lagi tempat yang tinggal. Anak tangga paling bawah. Hanya sejengkal lebarnya. Cukup untuk sebelah kaki dan dahi. Sebelah kaki atas tangga, sebelah lagi atas timbunan selipar dan kasut para jemaah. Boleh la. Asal dapat solat bersama-sama. Lagipun bukannya terlalu lama.

Alhamdulillah...

Ingin berbicara sedikit tentang solat.
kekadang kita terlalu merumitkannya. Meletakkan pelbagai syarat dan adat hanya untuk melakukan solat.

Tiada sejadah tidak boleh solat.
Tiada kain pelikat tidak dapat tunaikan solat.
Tiada itu dan tiada ini. Banyak alasan yang dicipta untuk tidak bersolat.

Dalam satu program yang pernah aku sertai, peserta diminta untuk kekal dalam pakaian yang sama. Aktiviti, makan, tidur, solat..semua dengan pakaian yang sama. Pada mulanya ada yang membantah. Katanya tidak boleh begitu. Pakaian kotor untuk solat.

Apa yang kotor. Dengar kuliah pun kotorkan pakaian? Bersukan, tidur, makan pun kotorkan pakaian? Kalau benar-benar kotor kerana terpalit najis, masih boleh dikira. tapi sekadar tercalit tanah sedikit, peluh dan kari bukanlah najis. Gunakan saja pakaian tersebut. Malah, kekadang ketika bertrekking di hutan dan meredah sungai dan lumpur, diarahkan peserta menunaikan solat dalam hutan. Atas batu, atas tanah...terpulang. Yang penting solat.

Jangan salah faham. Bukannya untuk mengajar untuk bermudah-mudah dalam ibadah, tetapi sebagai latihan dan untuk tanam kefahaman. Dalam keadaan yang kritikal dan terhad (termasuk kurang tempat dan waktu hampir habis), perkara paling penting ialah solat.

Jika tiada sejadah dijadikan alasan untuk tidak solat, itu sudah berat.

Jika di kampus, perkara yang sering terjadi ialah apabila pulang bersukan, sudah lewat. Masih mahu berehat, keringkan peluh, kemudian pergi mandi. Maghrib hanya tinggal beberapa minit berbaki. Tiada salah solat dengan pakaian sedia ada.

Tetapi jika benar-benar pakaian tersebut terkena najis, atau ada 'penyakit' tidak dapat lawas kencing, lain lah ceritanya. Itu pun masih ada perbahasan yang perlu kita ambil tahu cara mengatasinya..

baca ini : http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/kencing-tak-lawas.html

Sekadar sedikit leteran setelah lama tidak menulis..

Allahua'lam...

Monday, November 9, 2009

Pengajaran di sebalik kejadian..

pandangan penulis...


Kes penahanan bekas Mufti Negeri Perlis dan juga Pensyarah di Universiti Sains Malaysia, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (Dr. MAZA) masih hangat diperkatakan, walaupun telah hampir seminggu berlalu. Penulis mengambil sikap memerhati terlebih dahulu perkembangan ‘isu hangat’ yang selalunya hanya berlaku kepada aktivis politik yang berlabel ‘pembangkang’ ini sebelum memberi komen secara peribadi.


Dalam kes terdahulu, Dr. MAZA telah ditahan oleh sekumpulan anggota Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta anggota polis ketika sedang menyampaikan kuliah agama di sebuah rumah milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.
Penahanan tersebut melibatkan hampir 30 orang penguatkuasa JAIS serta pihak polis yang bertindak mengelilingi rumah tersebut sebelum melakukan penahanan. Alasan penahanan ialah Dr MAZA telah menyampaikan kuliah di negeri Selangor tanpa tauliah daripada JAIS, walaupun pada asalnya ada dikaitkan dengan tuduhan menyampaikan ajaran ‘Wahabi’.


baca selengkapnya di SINI <----


‘SURVEY’ sebagai kaedah dakwah di lapangan.


Survey atau ‘tinjauan pendapat’ merupakan satu method atau kaedah mengumpul maklumat secara kuantitatif tentang suatu perkara dalam sesebuah populasi. Survey selalunya dijalankan apabila terdapat perkara yang memerlukan pandangan dan maklumat daripada pihak-pihak tertentu dalam masyarakat. Kaedah yang biasa digunakan ialah dengan bertanyakan beberapa soalan sama ada dijawab secara bertulis oleh responden ataupun secara temuramah.


Bagaimana kaedah survey boleh dimanfaatkan dalam aktiviti dakwah lapangan?


baca lengkap di SINI



Friday, October 16, 2009

Assignment HALAL- status kehalalan ikan yang diberi makanan yang haram.

***berikut merupakan sebahagian daripada assignment yang dibuat untuk subjek 'pengurusan halal'. Artikel ini ditulis berdasarkan kajian dan pembacaan yang amat terhad. jika ada apa-apa kekurangan atau komen, sila berikan..TQ.

KAJIAN KES : STATUS KEHALALAN HAIWAN TERNAKAN YANG DIBERI MAKANAN DARIPADA SUMBER YANG TIDAK HALAL

SUBJEK KAJIAN: IKAN PATIN DIBERI MAKANAN DARIPADA BABI.

Pengenalan
Ikan Patin ini atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi merupakan spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai besar, muara dan lombong ini gemar bermigrasi dari satu tempat ke tempat yang lain. Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah patin kolam, patin sungai, patin buah, patin muncung, dan patin juara. Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Ia mempunyai identiti yang tersendiri iaitu mempunyai bahagian belakang yang berwarna gelap dan perut yang berwarna putih. Sementara saiznya pula boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.Oleh yang demikian ia dikenali sebagai ikan vegetarian dan omnivor di kalangan haiwan akuatik. Lebih 90% dietnya terdiri daripada kacang soya dan dedak beras

Isu
“BATU GAJAH, 17 Jan (Bernama) -- Orang ramai khususnya umat Islam hari ini dinasihati berwaspada apabila membeli ikan air tawar jenis patin, tilapia dan keli Afrika ternakan kolam kerana ada pengusaha di sini yang didapati menggunakan daging babi dan isi perut ayam sebagai bahan makanan.”

Berikut merupakan petikan yang diambil daripada berita yang dikeluarkan oleh BERNAMA. Terdapat ikan yang diternak di dalam Negara ini yang diberi makanan bersumberkan yang haram.

Dalam menentukan hukum kepada masalah di atas, kita perlu melihat kepada beberapa pandangan yang dikeluarkan oleh para ulama dunia berkaitan hal tersebut.

Pandangan pertama mengatakan bahawa hukum memakan haiwan (dalam kes ini ialah ikan) yang diberi makanan bersumberkan yang haram ialah halal dan harus berdasarkan proses istihalah atau transformasi yang telah berlaku.

Istihalah adalah proses berubahnya sesuatu 'ain kepada 'ain yang lain dimana berlaku perubahan dalam sifatnya sehingga menjadikan sesuatu yang najis berubah kepada bahan baru yang suci dan sebaliknya.

Ulama kumpulan ini berpegang kepada fatwa berkenaan proses ‘istihalah' atau 'transformasi' bahan dari babi kepada menjadi bahan lain yang bukan lagi babi disebabkan molekul dan susunan zarah babinya sudah bercampur aduk dengan zarah-zarah bahan lain. Hasilnya, ia bertukar sifat kepada bahan lain dan menghilangkan sifat ‘babi' nya itu.

Dalam keputusan persidangan ulama Islam bagi isu-isu perubatan di Kuwait pada 22-24 Mei 1995. Mereka ada membincangkan tajuk "Bahan-bahan Haram dan Najis di dalam makanan dan ubat" yang mana keputusannya menyebut :-

a) Gelatin yang terbentuk dari proses 'istihalah' tulang, daging dan kulit haiwan najis adalah dikira suci dan halal dimakan.
b) Sabun yang dibuat hasil proses 'istihalah' lemak babi atau bangkai telah menjadi suci melalui proses istihalah dan halal digunakan.
c) Krim, gel, minyak dan bahan kecantikan yang mengandungi bahan dari lemak babi adalah tidak harus digunakan kecuali apabila dapat dipastikan proses istihalah lemak babi tadi telah berlaku sehingga 'ainnya ( atau molekul ain) telah berubah ke satu sifat baru. Selagi tidak dapat dibuktikan, ia adalah najis.

Bagaimanapun, sebahagian ulama lain seperti Dr Md al-Hawari (Mesir), Dr Abd Naseer Abul Basal (Jordan) dan lain-lain menganggap juzuk, zarah atau molekul dari seekor babi mengikut kajian mereka yang bertawliah, tidak boleh berubah walaupun melalui proses 'istihalah' atau 'transformasi' berbeza dengan molekul dari haiwan-haiwan lain.

Ujian DNA yang dijalankan oleh Jabatan Perikanan Malaysia ke atas ikan yang diberi makan babi mendapati masih terdapat DNA babi pada ikan tersebut.

Jika hukum istihalah hanya dikira berdasarkan perubahan yang dapat dilihat dengan mata, maka ikan tersebut dibolehkan untuk dimakan berdasarkan hujah istihalah dan transformasi zat tersebut. tetapi jika perubahan tersebut diambil kira sehingga ke peringkat DNA dan molekul haiwan tersebut, maka hukumnya telah berbeza.

Contoh yang boleh dikaitkan dengan hal ini ialah makanan dan minuman yang mengandungi makanan yang diubahsuai secara genetik atau Genetically Modified Organisms(GMOs). Dalam kes GMO, makanan atau bahan yang dibuat daripada genetik haiwan yang haram adalah haram digunakan.

Jadi, jika dalam kes GMO, pengharaman berlaku disebabkan oleh kehadiran sumber yang haram sehingga ke peringkat genetik, maka seharusnya istihalah bagi kes ikan ternakan ini juga seharusnya dirujuk sehingga peringkat genetik dan DNA.

Pendapat yang mengatakan HARAM memakan haiwan yang diberi makan makanan yang haram pula berdasarkan beberapa faktor.

Firman Allah dalam surah al-mukminun ayat ke 51 yang bermaksud:

“Wahai Rasul-rasul, makanlah daripada benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”

Dalam ayat Al-Quran, Allah memerintahkan para rasulNYA, termasuk umat kepada rasul tersebut untuk memakan makanan daripada sumber yang halal lagi baik.

Dalam kajian kes di atas, ikan patin yang pada asalnya halal dan baik untuk dimakan telah diberi makanan daripada sumber yang haram iaitu babi. Hal ini boleh dikaitkan dengan hadis nabi:

Diriwayatkan daripada Amr bin Syuaib daripada ayahandanya, datuknya bahawa Nabi SAW melarang memakan daging keldai belaan, menunggangi haiwan jalaalah dan memakan dagingnya. (riwayat Ahmad dengan sanad yang baik sebagaimana dijelaskan oleh Ibn Hajar dalam Fathul Bari).

Kalangan ulama hadis menjelaskan jalaalah bermakna haiwan yang memakan daripada sumber yang kotor ataupun najis. Dalam hadis yang lain, diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah Nabi melarang memakan haiwan jalaalah daripada disembelih untuk dimakan dagingnya dan daripada meminum susunya.

Berpandukan kepada mafhum dua hadis di atas, Muslim dilarang memanfaatkan binatang yang memakan kekotoran (jalaalah) ini untuk kegunaan berikut :

1.Menunggangnya
2.Meminum susunya
3. Memakan dagingnya

Juga hujah yang telah diterangkan di atas berkaitan dengan makanan berasaskan GMO menjadikan ikan tersebut haram dimakan.

Tetapi berdasarkan amalan Abdullah bin Umar, beliau pernah mengurung ayam jalaalah (pemakan kekotoran) selama tiga hari sebelum menyembelihnya. Maka, sebelum haiwan itu dimakan, hendaklah dipastikan bahawa kekotoran dalam badannya itu telah tiada.

Di Malaysia, beberapa pihak telah mengeluarkan fatwa mengharamkan haiwan yang diberi makan makanan yang haram. Antaranya ialah Sahibus Samahah Mufti Perak, Datuk Seri Dr Harussani Zakaria yang membuat ulasan berhubung isu di atas. Beliau menyatakan bahawa ikan atau haiwan air terbabit adalah haram dimakan oleh umat Islam sekiranya bahan yang kotor itu (usus babi) menjadi makanan utama berbanding makanan lain.

Malah, Jabatan Mufti Negeri Kelantan juga mengeluarkan kenyataan berikut:

“Mesyuarat Jamaah Ulama’ bersetuju menfatwakan bahawa ikan yang dipelihara di dalam kolam, tasik, lombong dan seumpamanya serta diberi makanan yang berasal daripada daging babi dan anggota-anggotanya yang lain adalah haram dimakan dan para penternak ikan dilarang memberi ikan ternakan dengan makanan yang berasal daripada daging babi dan anggota-anggotanya sebagai langkah sadduz zarai'. (berjaga-jaga)”

Kita telah melihat pendapat kedua-dua pihak yang mengharuskan dan mengharamkan memakan haiwan yang diberi makan makanan yang haram.

Islam amat menitikberatkan soal pemakanan kerana ianya berkaitan dengan ketaqwaan kita kepada Allah.

Dari Abu ‘Abdullah Al-Nu’man bin Basyir radiyallahu anhuma katanya: Aku dengar Rasulullah sallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan yang haram pun nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara ( dirinya dari ) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam kesamaran jatuhlah ia ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekelilingnya. Ketahuilah ! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangannya. Ketahuilah! Bahawa larangan Allah ialah segala yang haramnya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah badan sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati. (hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)

Perkara yang menimbulkan syubhah seharusnya dielak oleh umat islam, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan soal pemakanan.

Imam al-Ghazali telah menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan timbulnya perkara-perkara syubhah. Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Syubhah kerana timbul keraguan disebabkan terdapat perbezaan sebab-sebab penghalalan dan pengharaman sesuatu perkara umpamanya sesuatu yang telah diketahui halalnya, tetapi kemudiannya terdapat bukti-bukti yang menunjukkan kepad pengharaman atau sebaliknya.

2) Syubhah kerana keraguan yang timbul disebabkan berlaku percampuran antara barangan yang halal dengan yang haram seperti percampuran benda cair yang tidak dapat dibezakan.

3) Syubhah yang disebabkan oleh perkara halal yang berdosa seperti menyembelih binatang halal dengan menggunakan pisau yang dicuri. Perbuatan mencuri pisau adalah haram, manakala menyembelih binatang sembelihan pula adalah halal. Oleh itu percampuran di antara kedua-dua perkara haram dan halal ini dikategorikan sebagai syubhah secara umum kerana pengertian syubhah juga ialah sesuatu yang meragukan disebabkan percampuran antara halal dengan haram.

4) Syubhah yang terjadi akibat pertentangan antara dalil-dalil halal dan haram atau terdapat pertentangan tanda-tanda yang menunjukkan tentang halal dan haram sesuatu perkara.

Jadi, adalah lebih baik bagi kita umat islam terutamanya di Malaysia supaya mengelakkan diri daripada mengambil makanan yang diragui status kehalalannya supaya tidak terjerumus ke dalam perkara yang haram.

***sesetengah pendapat yang diutarakan sukar untuk diterima oleh kebanyakan masyarakat islam di Malaysia.(sama seperti yang berlaku kepada para mahasiswa yang mengambil subjek ini). Jika kita melihat kepada pendapat dan hujah-hujah ulama'2 mazhab yang berbeza dan juga pengamalan di negara-negara islam yang lain, bahan-bahan bersumberkan babi seperti kulit dan tulang ada digunakan. Malah, gelatin daripada sumber babi juga ada digunakan. Jadi, berlapang dada dengan pendapat yang berbeza. Tidak perlu menghukum mana-mana pihak silap atau benar, melainkan jika terang-terangan ianya bertentangan dengan ajaran islam tanpa ada hujah yang disandarkan. Tidak semestinya sesuatu yang berat pengamalannya itu merupakan yang terbaik dalam islam, lebih-lebih lagi yang melibatkan masyarakat umum/awam.

Artikel ini juga sekadar perkongsian bersama. mungkin suatu ilmu yang baru untuk kita semua....

"Apa yang penting...KERJASAMA..!!!!"

ALLAHU 'ALAM...


tuntutan yang belum terlaksana

KES 1

“Hisyam..Hisyam…cepat mai tengok.”

“apa dia?” pembacaanku sedikit terganggu..

“mai la tengok.. Haram sungguh..cepat la..huiyoo..!!”

Seorang sudah berbungkus di dalam langsir. Seorang menyorok-nyorok di belakang tabir. Seorang lagi sekejap memandang, sekejap menghilang. Aku pun pergi menjenguk ke tingkap.

“hang tengok. Kaki perempuan tu kat celah kangkang budak laki tu..Haram sungguh. Ish..!!!”

“laki tu dok main kaki perempuan tu..weh..”

“weh, jangan bagi dia nampak…perrgghh!!”



Lebih kurang begitu suasana di dalam bilik seorang kawan pada malam itu. Sudah hampir pukul 11 malam. Satu pasang ‘belangkas, jantan dan betina sedang ‘study’ di Kafe Fajar Harapan.

“weh!! Dia nampak…dia nampak..hahahahahahahaha….”

Riuh satu desa dengan gelak tawa mereka. Seronok melihat aksi percuma.

“Hisyam, hang kena pi tegoq depa tu. Aku tak boleh. Bab ni kalau aku masuk campoq, nanti aku jugak yang kena.” Sama saja dia yang berkata-kata dengan yang beraksi di bawah sana.

Aku tak terkata apa-apa dengan saranan tersebut. memang terasa di hati, tapi……
Aku teruskan saja kerja yang terbantut tadi…

Seketika…

“jom…makan !!!!”

“JOMMM!!!” semua menyapa. Kami bersiap lalu turun ke kereta. Aku dan ‘senior’ berada di hadapan. Kami berhenti dekat dengan ‘pasangan belangkas’ tadi. Sengaja berpura-pura menonton televisyen. Yang lain-lain masih bersiap-siap di dalam bilik.

Si belangkas jantan kelihatan serba salah. Tiba-tiba, riuh rendah kedengaran…

“HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH!!!” sengaja mereka ketawa apabila melintasi belangkas yang kelihatan cuak.


………………………………………………………………………………………………

Pulang dari makan malam, si belangkas masih belum pulang ke sarang. Malah makin berbelit kaki yang terlilit. Kami melintasi mereka untuk pulang ke bilik. Satu suara tawa terdengar lagi..

Semasa menaiki tangga, aku sekali lagi di tegur…

“Hisyam, hang sepatutnya pi tegoq depa tu. Takkan nak tegoq guna hati ja. Sampai bila-bila pun hang selemah-lemah iman. Aku gelak tadi tu saja nak bagi depa terasa. Tu saja la yang aku mampu..”

Ya Allah. Tajamnya kata-kata tu. Terasa seperti lembu yang disembelih hidup-hidup. Aku hanya mendiamkan diri. Lemah sungguh rasanya jiwa ini. Andai aku mati di saat itu, entah mati dalam keimanan atau mati dalam angan-angan memperoleh syurga idaman.

Sampai di bilik, aku menjenguk kembali ke tingkap. Ternyata, mereka sungguh tidak mempeduli orang lain. Aku juga ternyata tidak ‘mempedulikan’ mereka…


KES 2:

Aku bersiap-siap mengambil baju di arenar untuk diberikan kepada seorang junior tingkatan dua SMKA Al-Irshad. Kebetulan mereka datang ke JUSCO yang berdekatan dengan USM. Setelah berjumpa, aku ditanya.

“abang. Ustzah kata dekat USM ada jamaah yang dok buat dakwah ni. Nama apa entah. Abang join kan?”

“A’ah. Persatuan Mahasiswa Islam lah…kenapa?”

“tak ada apa-apa. Kami dekat sekolah pun baru nak buat. Batch kami form 2. Ustaz Azli lantik ana jadi pemantau form 2. sekarang ni pun ana tengah dok pantau budak-budak perempuan ni. Takut depa tukaq baju.” Mereka datang ke Penang untuk mengadakan jamuan makan sempena Peperiksaan akhir tahun.

“Tadi masa nak mai ke sini, depa pakai baju ketat, seluar jeans. Warden halau depa naik tukar baju. Tapi takut ada yang tukar baju bila sampai ke sini.”

“Hmmm..” aku begitu kagum dengan adik yang baru berusia 14 tahun ini.

“dekat sekolah ada buat aktiviti apa.?”

“Hmm..ana kekadang ada bagi tazkirah dekat surau. Tapi ada jugak senior-senior yang tak puas hati.”

Biar betul.. hati aku berbisik. Adik ni baru form 2, tapi dah berani ke hadapan memberi tazkirah di surau sekolah.

Baru-baru ni, aku ke sekolah sempena hari Ko-K. aku pergi mencari adik yang seorang ni. Tak sangka, dia sedang mengepalai pertandingan kawad mewakili unit bomba. Dia juga membuka gerai sewaktu hari tersebut. satu gerai milik persatuan astronomi. Persatuan yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang dipilih oleh ustazah dan dilatih pelbagai skill dan pengetahuan. Satu lagi gerai persendirian, kerjasama dengan seorang akak senior.

Habis hari Ko-K tersebut, adik tersebut menghantar SMS.

“Assalamualaikum. Nak bagitau abang. Pasukan Bomba menang pertandingan kawad. Pertama kali sejak ditubuhkan. Gerai astronomi pun menang jugak. Mungkin sebab bersemangat tengok abang datang.”

Aku hanya tersenyum. Dia memang mempunyai bakat kepimpinan. Ayahnya pernah menjadi imam di Masjid USM suatu ketika dahulu.

“nak tegur perempuan yang pakai seksi, pelacur dekat luar lebih mudah daripada nak menegur perempuan di sekolah.” dia memberitahuku.

“Hmmm, pernah ikut group dakwah ka? Pi dengan siapa?” Aku bertanya.

“Pergi seorang. Kekadang sambil naik basikal, kalau jumpa perempuan yang pakai seksi, saya pergi la dekat dengan dia. Mula-mula memang macam nak berkenalan. Lepas dapat nombor telefon, saya dakwah dekat dia.”

“seorang diri?” dia mengangguk.

Ya Allah….aku semakin malu dengan diri sendiri. Bagaimana dapat timbul kesedaran sebegitu dalam jiwa seorang yang berusia 14 tahun. Pasti didikan yang diterimanya sangat berkesan.

………………………………………………………………………………………………

Sengaja aku bawakan dua situasi berbeza yang aku alami, sebagai tanda aras……di mana tahap kita sekarang ini. Hampir empat tahun berada di bumi Minden ini, adakah manusia mendapat kebaikan daripada kehadiranku di situ.

Tak layak rasanya untuk menggelar diri sebagai seorang da’ie…..

NAMUN… bukanlah bermaksud, jika anda tidak boleh jadi seperti adik itu, anda tidak layak untuk memikul bebanan dakwah yang sangat banyak. Masing-masing ada kekuatan masing-masing dalam pelbagai bidang. Carilah kekuatan diri, dan gunakan untuk kepentingan islam…Cuma, diri perlu juga dilatih dengan skill-skill untuk berhadapan dengan manusia, kerana mad’u kita ialah manusia…

MENYAMPAIKAN AGAMA ALLAH ITU WAJIB. SAMA-SAMALAH KITA LIBATKAN DIRI DENGAN MEREKA YANG RINDUKAN KEMENANGAN ISLAM DI NEGARA DAN DI DUNIA INI….

SEMOGA ALLAH MERAHMATI KALIAN….

Wassalam..




Friday, October 9, 2009

menarik untuk dikongsi bersama...

Assalamualaikum…

Sambil-sambil kita dok surf internet, apa kata kita banyakkan lagi manfaatnya…

Saja nak berkongsi dengan sahabat semua..

Sambil layan internet, kalau income masuk…
OK jugak.

Nak cuba..??

1) kita tolong jawab survey, depa bayaq dekat kita…
Macam mana??

Daftar percuma ke youthsays….
kalau ada survey, jawab lah…then dapatlah beberapa puluh sen sampai RM10..
semalam aku jawab survey = RM10.. menarik jugak..

lepas tu..kalau kita invite kawan2 kita, dan depa join…dapat lagi 20 sen setiap sorang..

nak cuba…klik ja link ni…

http://malaysia.youthsays.com/go/kBy


2) ada sorang mamat ni nak share pengalaman dia buat bisness dengan ebook.
Dia bagi download percuma ja ebook dia tu…then, dia suruh promosi dekat kawan2 lain.
Kalau kawan kita download ebook tu jugak, kita akan dapat 50 sen untuk setiap sorang..

Ala..suka2 ja..
bukan payah pun nak download ebook.. tak nak baca pun takpa..

Nak try????

Klik link ni pulak…

http://www.buatebook.com/index.php?ref=hisyam21

Tak rugi pun…
Ni program affiliate, pay per klik… insyaallah tak dak masalah dari sudut hukum..
Kita promosi produk, orang bayarkan…

Yang lagi hebat pun ada, tapi belum berani cuba, sebab kena kluar modal..
So, yang kecik2 ni pun jadi ler…

SAJA SUKA-SUKA…
BUKAN NAK JADI KAYA…

JOM !!!!!






si BIRU....si kawan baru..

Sejak si comel tidak pulang ke bilik, aku rasa kehillangan seorang kawan. Tiada lagi kawan untuk aku berikan makanan. Tiada lagi rakan untuk dijadikan teman.

Tapi, alhamdulillah… Si comel telah ada penggantinya. Bukan lagi makhluk berkaki, tetapi si ikan yang cantik berseri.

BENAR….
Dengan memerhati makhluk Allah, dan juga berfikir sejenak tentang kejadiannya, bibir bisa menguntumkan senyuman. Hati bisa menghadirkan ketenangan.

Si BIRU, ikan laga yang aku beli di pasaraya sudah semakin pandai…

Pandai melawan dengan tuan,
dan pandai meminta makanan…


kata penjual ikan itu.

“cukup bagi makan 4 biji sekali makan, 2 kali sehari..”

Tapi sejak aku membela Si BIRU, tak cukup rasanya 10 biji makanan sehari. Mungkin dia sentiasa menahan lapar semasa di kedai…kasihan kepada kawan2 si BIRU yang masih di kedai.

Aku kagum dengan caranya menarik perhatian. Awal-awal beli dahulu, si BIRU malu-malu. Menyorok di belakang bekasnya. Tapi sekarang, bila aku masuk saja ke bilik, dia terus ke hadapan, menayangkan ekor yang kembang semangkuk.

Apabila lapar, mukanya seolah-olah merayu meminta makanan. Pernah sekali, aku hanya memerhati walaupun dia telah merayu simpati. Si BIRU lantas menelan sisa yang tidak boleh dimakan, kemudian meluahkan kembali..tanda protes..


Arrgghh…Kasihannya engkau.. lapar sungguh..si BIRU terus menghadapkan wajahnya ke atas, menanti makanan ditabur ke dalam bekas.

Apabila sudah kenyang, mahu diajaknya berlawan. Dasar ikan laga, memang suka berlawan.. sirip, sisik, insang..semuanya kembang apabila wajah kami berhadapan. Wahai ikan, comelnya engkau… Maha Suci Allah yang menciptakan engkau..

Lepas bergaduh dengan kawan, lepas bengang kerja tak disiapkan, lepas tension dengan kehidupan seharian…Allah berikan ketenangan hanya dengan melihat seekor ikan..

“sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang…”
(Al-Ra’d : 28)

Dan sesungguhnya setiap makhluk Allah itu sentiasa bertasbih memuji Allah..
(Al-Hadid :1 , Al-Israa’: 44 , Al-Hasyr : 1 , Al-Jumu’ah :1 , An-nuur: 41)
Jika bibir malas berzikir, masuklah ke dalam ‘majlis zikir’ makhluk-makhluk Allah. Kerana mereka sentiasa berzikir kepada Allah, semoga keberadaan kita di dalam ‘majlis zikir’ makhluk Allah itu, akan terpalit ‘ketenangan’ yang Allah janjikan itu kepada kita….

Si BIRU belum ada teman untuk berlawan. Tetapi dia ada sahabat yang juga sentiasa berzikir kepada Allah. 2 pokok kaktus ini juga penawar untuk mengubati jiwa yang lara.


Jika engkau rasa gelisah, kembalilah kepada FITRAH.
Fitrah yang Allah ciptakan itu sumber kekuatanmu.
Lihatlah alam..
Dan lihatlah makhluk yang berada di sekelilingmu..

”Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”. (Ali ‘Imran. 189-191).

Renunglah setiap kejadian yang Allah ciptakan.

Pandanglah ke langit wahai sahabat….
Lihatlah betapa luasnya langit yang terbentang..
Allah ciptakannya tanpa tiang…
Besarnya tak dapat di bayang…
Maka Maha Besarlah Tuhan yang menciptakannya..

Lalu lihatlah pula pada diri kita…
Betapa diri ini kerdil dan kecil…
Adakah Allah sudi memerhatikan kita…
Siapa kita pada pandanganNYA…

Bagaimana jika Allah tidak sudi memandang kita
Disebabkan kita jarang sekali mengingatinya…

Cuba kita bayangkan wahai sahabat….
Jika si ibu memalingkan wajahnya daripada kita..
Bagaimana perasaan kita ketika itu…

Bagaimana pula sekiranya Allah yang memalingkan wajahNYA daripada kita???
Sia-sialah kehidupan kita dunia dan akhirat…

Ku Tanya pada diri….
Berapa kali engkau mengingati Allah hari ini?

Berapa kali pula engkau mengingati makhluk yang engkau sayangi, yang engkau rindui, yang engkau puja selalu?

Pernahkah engkau memikirkan…
Adakah Allah ‘mengingati’ aku sekarang ini?
Mungkinkah Allah ‘tidak mempedulikan’ tentang diriku..?

Atau adakah engkau memikirkan
Adakah buah hatiku sedang memikirkan tentang diriku?

Untuk apa engkau hidup?
Untuk buah hati??
Atau untuk Pencipta buah hatimu???

Ya Allah….
hambamu terlalai lagi…
hambamu tertipu lagi…
tertipu dengan diri sendiri…
dan tertipu dengan dunia yang menipu…

aku juga ingin tanyakan kepada sahabat-sahabat soalan yang sama..
jawablah dalam diri masing-masing.
Semoga jawapan yang hadir itu adalah jawapan yang Allah redhai..

Allahu’alam….

……………………………………………………………………………

Wahai si BIRU…
Mengapa kau pandang aku macam tu ???
Lapar lagikah ???
Besok pulak aku bagi kau makan…


Tuesday, September 15, 2009

TARAWIKH : 8 rakaat atau 20 rakaat ??

Amalan lapan rakaat menjelaskan qiamullail dilaksanakan Nabi Muhammad SAW

UMAT Islam perlu diperjelaskan bahawa pendapat yang masyhur dan diterima ialah solat Tarawih dilaksanakan 20 rakaat bukan lapan rakaat, bersandarkan kepada hujah bagi memastikan mereka benar-benar mendapat ganjaran dijanjikan untuk ibadat sunat itu.

Ahli Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang juga Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Mais, Mahfuz Mohammed berkata, konsep solat sunat Tarawih yang diamalkan sejak dulu hingga sekarang tidak pernah berbeza melainkan 20 rakaat.

Katanya, pendapat mengatakan solat Tarawih lapan rakaat disandarkan kepada hadis daripada Aisyah itu tidak tepat kerana ia menjelaskan mengenai solat malam (qiamullail) yang dilaksanakan Nabi Muhammad SAW, bukan solat Tarawih.



"Mufti Mesir, Syaikh Dr Ali Jum'ah dalam komentarnya mengenai hadis ini mengatakan, mereka itu tidak faham hadis dan meletakkannya bukan di tempatnya. Ini berpunca kerana mereka cetek ilmu mengenai hadis dan cuba membuat kesimpulan sendiri, maka timbullah keadaan ini," katanya.

Beliau berkata, perkara itu perlu dijelaskan kerana wujud pihak mengatakan solat Tarawih adalah bidaah memandangkan Nabi Muhammad SAW tidak solat 20 rakaat tetapi lapan rakaat diikuti tiga rakaat solat witir.

Mahfuz berkata, Syaikh Dr Ali dalam bukunya berjudul Al-Bayan menyatakan berhubung rakaat Tarawih itu sudah muktamad mazhab yang empat, Hanafi, Maliki, Hambali dan Syafie, bahawa Tarawih adalah 23 rakaat berserta witir.

Malah katanya, Mufti Mesir itu turut membahaskan isu rakaat solat Tarawih secara terperinci daripada sudut istilah perkataan Tarawih itu sendiri yang cukup jelas menunjukkan jumlah bilangan yang tepat.

Tarawih berasal daripada perkataan mufrad (tunggal) at-tarwiha yang bermaksud rehat yang menunjukkan satu sementara at-tarawih perkataan jamak iaitu lebih dari dua. Bahasa Arab pula ada perkataan untuk tunggal, dua dan banyak.

Oleh itu, at-tarawih yang menunjukkan jamak itu dengan makna tiga kali rehat ke atas. Bagi solat Tarawih, satu rehat bermakna empat rakaat dengan dua salam, maka tiga kali rehat bermakna minimum 12 rakaat dengan tiga kali salam.

Jadinya, sudah sepakat empat mazhab mengikut pendapat yang muktamad (kelas pertama) bahawa solat tarawih 20 rakaat dengan 10 kali salam dan lima kali rehat.

Mahfuz berkata, satu lagi petunjuk yang jelas ialah riwayat mengenai Umar al-Khattab yang menyuruh melakukan solat Tarawih secara berjemaah sebanyak 20 rakaat dan apa dilakukan Umar adalah dengan kesepakatan sahabat dengan tiada bangkangan daripada Khulafa al-Rasyidin.

"Jadi mana datangnya lapan rakaat kerana dari segi pengertian dan penggunaan istilah sudah tidak betul. Jika pihak yang mendukung lapan rakaat tetap dengan pendirian, kenapa mereka melakukan solat sunat itu secara berjemaah.

"Jika ingin mengambil apa yang dianjurkan Umar, ikutlah keseluruhannya dengan melakukan sebanyak 20 rakaat seperti dibuat Umar. Jangan ambil separuh-separuh dan mengatakan bahawa 20 rakaat itu tidak betul," katanya.

Beliau tidak menafikan akan timbul tentangan berhubung rakaat Tarawih itu terutama daripada mereka yang melakukannya sebanyak lapan rakaat namun, perkara berkenaan berhak diperjelaskan sebagai jawapan kepada suara yang lantang mengatakan tarawih 20 rakaat bidaah.

Pada masa sama katanya, ia juga bagi memastikan umat Islam kembali kepada apa yang disepakati ummah kerana Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya berkata, tidak sekali-kali bersepakat ulamaku dalam perkara yang sesat.

Mahfuz berkata, walaupun kesimpulannya Syaikh Dr Ali berkata melakukan solat Tarawih kurang dari 20 tidak salah dan yang buat lebih pun tidak salah, tetapi yang mengurangkan daripada amalan itu ialah ia tidak dinamakan Tarawih tetapi qiamullail.

Menurut fatwa Syaikh Dr Ali, mereka yang melakukan qiamullail terlepas daripada ganjaran sangat besar yang Allah kurniakan kepada orang melakukan Tarawih pada Ramadan kerana solat malam boleh dibuat pada bulan lain tetapi Tarawih hanya setahun sekali pada Ramadan.

"Nasihat kepada yang buat lapan, kembali kepada apa yang disepakati ummah dan ketepikan pendapat bertentangan dengan apa yang disepakati ummah. Dalam enakmen Selangor, fatwa mesti rujuk pendapat yang muktamad daripada mazhab Imam Sayfie," katanya.

Buku Penjelasan Bilangan Rakaat Solat Tarawih yang diterbitkan pada 2008 oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia turut menyokong pendapat solat Tarawih berjemaah di masjid dengan 23 rakaat termasuk witir lebih afdal daripada lapan rakaat.

Itu adalah pendapat jumhur fuqaha pada qaul yang rajih seiring kaedah usul fiqh iaitu apa-apa ibadah yang lebih banyak perbuatan nescaya lebih banyak pula kelebihan. Lebih-lebih lagi cara berjemaah dilakukan Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali.

Buku tulisan Mohd Nawi Shafii Al-Bahri itu turut menjelaskan pertelingkahan mengenai rakaat Tarawih diperbesarkan oleh Syeikh Nasir al-Albani yang mengembangkan fatwanya mengatakan solat Tarawih mengikut sunnah Nabi ialah lapan rakaat dan witir tiga rakaat.

Sesiapa yang mengerjakannya tidak seperti itu sama ada kurang atau lebih) maka sesungguhnya dia tidak mengikut sunnah Nabi SAW. Solat Tarawih lapan rakaat diamalkan di sesetengah tempat di nusantara termasuk Malaysia, Thailand (Patani) dan Indonesia.

Perbahasan ulama mengenai bilangan solat turut diketengahkan dalam buku ini membabitkan pendapat jumhur ulama yang mengatakan solat tarawih 20 rakaat dengan dalil sokongan, pandangan ulama lain yang mengatakan 36 rakaat seperti di zaman Umar bin Abdul Aziz.

Perbahasan ketiga oleh al-Bani dan mereka yang bersefahaman dengannya mengatakan solat Tarawih lapan rakaat juga dengan dalilnya.

Kesimpulan Mohd Nawi ialah walaupun wujud permasalahan bilangan rakaat solat Tarawih berlaku perkhilafan di kalangan ulama, namun pendapat jumhur ulama itu yang boleh difatwakan untuk muslimin dan muslimat seluruh alam.


SUMBER : BERITA HARIAN

P/s : Paling penting ialah kita buat dan jangan mudah menghukum orang lain sesat atau melakukan bid'ah...

Wednesday, September 2, 2009

ANDA STRESS...??? 'mungkin' ada baiknya..

MENARIK ..!!!

satu kajian yang dibuat mengatakan bahawa orang yang STRESS akan dijauhi oleh nyamuk.
dalam erti kata yang lain, anda tak akan digigit nyamuk..


rupa-rupanya stress pun ada baiknya...


Hmmmm..........
tak mati digigit nyamuk, tapi mati sakit jantung..
tak baik jugak kan???


untuk keterangan lanjut, boleh baca artikel ni :-


link me to NYAMUK



Tuesday, September 1, 2009

My New Roomate..

sudah lebih sebulan aku bersendirian. Roomate sudah pindah ke rumah sewa.. kekadang rasa agak sunyi.

tetapi malam tadi, aku dapat roomate baru. tapi roomate yang tak berdaftar..

pukul 1.45 pagi...
aku keluar untuk ke tandas. dari jauh aku terlihat kelibat si comel, sedang memerhatikan aku dengan penuh curiga. semakin hampir aku padanya, semakin dia bergerak melarikan diri. lalu aku berlari memintas di hadapan sehingga dia terkepung di tangga.

tak dapat lari ke mana2, dia pasrah menanti apa saja yang bakal berlaku. lalu aku usap kepala si comel. dia tunduk patuh....

seorang sahabat datang.

"suka kucing eh?"

"she's very cute." aku membalas...


selesai hajat, aku memanggil anak kucing itu. mungkin kerana lapar, si comel ikut di belakang sehingga ke bilik.

tak ada apa yang boleh aku berikan. roti pun tak ada dalam simpanan. biskut kering saja yang masih berbaki. pastinya bukan kegemaran si comel. lalu aku membancuh susu untuk tidak mengecewakannya.

belum sempat aku tuangkan ke dalam bekas, dia sudah menerkam kelaparan.

"kesiannya wahai makhluk ALlah"

selesai minum, si comel yang masih belum bernama ini mula meninjau-ninjau keadaan bilik. satu dunia baru buatnya.




biarkanlah.. asal dia bahagia.

aku hentikan sekejap tugasan. mahu melayan si kecil yang kesunyian. sama sunyi seperti aku. sama-sama bermain, hilangkan kesunyian.




letih bermain, akhirnya si comel sudah tidak terdaya. katilku yang satu lagi sudah lama tidak berpenghuni, sejak roomate keluar meninggalkan aku sendiri. si comel menjadi pengganti yang telah pergi.

tapi, malangnya...
si comel 'landing' atas kain yang belum sempat aku lipat.

aduh !!!! habislah berbulu kain pelikatku..

tapi.. tak mengapalah. tak sampai hati untuk mengejutkan 'roomate baru' yang telah keletihan. jam pun sudah hampir pukul 3 pagi..


biarkan dia tidur...!!!

*** hanya luahan rasa gembira, mendapat teman yang sangat comel.

p/s : aku cadang nak bela si comel ni. agak-agak, apa nama yang sesuai untuk kawan baru aku yang seekor ni..hehehehe..



Friday, August 28, 2009

1 Malaysia = 1 Israel....?????

Setiap pemimpin yang baru akan datang dengan slogan dan konsep baru yang ingin dibawanya. Satu Malaysia, Islam Hadhari, Pas For All, Malaysian Malaysia merupakan slogan-slogan yang dilaungkan untuk menyatakan pendirian serta pembawakan sesebuah oraganisasi. Tidak dinafikan, slogan merupakan perkara yang penting kerana ia menggambarkan ciri kepimpinan yang ingin dibawa sepanjang kepimpinan. Namun, perkara yang lebih penting ialah pengisian di sebalik slogan yang dilaungkan.


1 Malaysia = 1 Israel ?


Secara amnya, 1 israel merupakan satu pakatan atau gabungan parti-parti politik ‘Negara Israel’ yang bersatu untuk menghadapi pilihanraya pada tahun 1999. Pakatan 1 israel ini menggabungkan tiga parti besar di Israel seperti parti Labor, Parti Gesher yang bersatu dengan bekas menteri luar parti likud iaitu David levy, dan juga parti Meimad yang merupakan parti berlatarbelakangkan agama yahudi. (1) (2)


Satu Malaysia pula merupakan satu gagasan yang dibentuk bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Bertemakan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, kerajaan cuba membawa satu pendekatan baru di bawah kepimpinan dato’ Seri Najib Tun Razak. (3)


Jika dibuat perbandingan antara satu Malaysia yang digagaskan oleh Dato’ Seri Najib dan Islam Hadhari yang merupakan pendekatan Tun Abdullah , hatta Wawasan 2020 yang menjadi visi di bawah kepimpinan Tun Mahathir, maka kita akan dapati ‘halatuju dan matlamatnya adalah sama sahaja. Bezanya hanya pada ‘kulit’ gagasan tersebut. isinya tetap perkara-perkara yang sama yang diulang dalam ‘bungkusan’ yang berbeza.

Slogan Dalam Islam.

Jika kita meneliti ayat-ayat di dalam Al-Quran, Allah juga memberi ‘slogan’ tertentu kepada umat islam untuk mereka mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. “Khoiro Ummah” atau umat yang terbaik merupakan slogan yang menjadi pemangkin kepada para pencinta agama untuk mereka mencapai kejayaan tertinggi iaitu keredhaan Allah. (4) Malah islam juga menekankan konsep “ummatan Wahidan” atau kesatuan Ummah yang menjadi batu asas kepada penyatuan umat islam di bawah petunjuk wahyu.

Setiap konsep yang diutarakan itu perlu datang dengan garis panduan untuk mencapai sesuatu matlamat tersebut. Khoiro ummah seperti yang digagaskan oleh Allah dalam Al-Quran mempunyai garis panduan yang jelas untuk umat islam mencapai gelaran sebaik-baik ummah. Prinsip-prinsip yang ditetapkan itu ialah menyeru ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran, dan beriman kepada Allah.

Rasulullah SAW telah memberi panduan yang jelas bagi melaksanakan ketiga-tiga prinsip tersebut, malah baginda telahpun menunjukkan contoh dan model pelaksanaannya sebagai panduan kepada umat masa kini untuk turut sama mencapai gelaran sebaik-baik ummat sebagaimana yang pernah dicapai pada zaman Rasulullah berdasarkan hadis baginda

“Sebaik-baik generasi adalah generasiku, kemudian sesudahnya, kemudian sesudahnya”. (Hadits Riwayat Bukhari, Muslim).


Konsep Satu Malaysia

Seperti yang telah dijelaskan tadi, konsep, nama atau slogan bukanlah perkara terpenting yang perlu dititikberatkan. Prinsip yang menjadi tunjang dan asas pembentukan sesuatu konsep itulah yang seharusnya ditekankan. Malah lebih penting daripada itu ialah pengisian dan pelaksanaan setiap prinsip yang telah digariskan untuk mewarnai suatu konsep yang dilaungkan.

Di manakah silapnya konsep Satu Malaysia?

Konsep satu Malaysia menekankan soal perpaduan dan penerimaan antara kaum, keadilan kepada rakyat, agenda pembinaan dan kemajuan Negara serta penekanan terhadap nilai-nilai murni. (5). Sama sahaja dengan apa yang telah dibawa dalam ‘Islam Hadhari’. Prinsip-prinsip yang dibawa selaras dengan tuntutan islam.

“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan antara satu sama lain.” (Al-hujurat : 13)

Allah menekankan prinsip ‘li ta’arafu’ iaitu ‘untuk berkenal-kenalan’. Sama dengan konsep perpaduan yang ingin dibawa oleh kerajaan. Malah islam juga menyuruh setiap umatnya berlaku adil, memajukan diri dan Negara serta mengamalkan nilai-nilai murni. Jadi, setiap prinsip yang digariskan tidak terpesong daripada kehendak Allah dan kehendak Rasulullah.

Namun, sekali lagi ingin ditegaskan, perkara terpenting ialah bagaimana pembawakan dan pengisian yang dijalankan untuk mencapai prinsip-prinsip yang telah disenaraikan. Apa yang boleh dilihat kini, setelah beberapa penggal memerintah, prinsip-prinsip indah yang menghiasi kata-kata para pemimpin masih belum dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin, malah sering dipertikaikan cara pelaksanaannya.

Jiks kita menyoroti kembali sejarah, hanya islam yang telah berjaya mengharungi semua cabaran-cabaran ini apabila pemerintahan ditunjangi oleh wahyu Allah, kerana hanya Allah sahaja yang mampu memberi kesatuan kepada sesuatu kaum.

Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, tidaklah engkau dapat menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allahlah yang telah menyatupadukan antara mereka. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana (Al-Anfal: 63).

Jika penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya kami akan tumpahkan keberkatan daripada langit dan keberkatan dari bumi.
( Surah Al-A’raaf. Ayat :96 )

Penulis tidak melihat bahawa slogan yang dilaungkan adalah perkara utama yang perlu dibangkitkan dan dipertikai, walaupun slogan yang dilaungkan itu mempunyai nama yang sama dengan slogan yang pernah digunakan oleh parti politik Israel untuk memenangi hati rakyat. Seperti yang telah penulis tegaskan, pengisian dan cara pelaksanaan setiap prinsip yang dibawa itulah merupakan aspek terpenting dalam mana-mana pemerintahan.

Namun, amatlah malang sekirannya para pemimpin Negara islam menjadikan Israel sebagai kiblat dan penasihat dalam mentadbir Negara. Penulis tidak menuduh para pemimpin kita melakukan perkara tersebut, tetapi jika benar idea 1 Malaysia dan Wawasan 2020 yang ‘kebetulannya’ sama diambil daripada konsep yang digunapakai oleh Israel tanpa ada sebarang penapisan dan ‘pengislaman’, maka tidak akan berbungalah islam yang cuba disemai.

Umum mengetahui Israel-Zionist merupakan perancang utama konspirasi dunia. Pengaruh mereka telah merebak ke seluruh pelusuk dunia termasuk Negara-negara islam. Hatta Arab Saudi juga menjadi sekutu kuat kepada mereka. Jadi, berhati-hatilah wahai pemimpin sekalian kerana kita semua akan dipersoalkan terhadap setiap perkara yang telah kita lakukan.

Jika redha manusia yang dicari, maka Allah akan ‘berlepas tangan’ terhadap perbuatan tersebut. Namun, jika redha Allah yang ingin dikecapi, nescaya pertolongan Allah amat dekat.

Allahu’alam….

SUMBER :

(1) http://www.aijac.org.au/review/1999/244/oneisrael.html
(2) http://ibnuyaacob.com/?p=1093 (SATU LAGI KEBETULAN : ONE MALAYSIA DAN ONE ISRAEL)
(3) http://www.1malaysia.com.my
(4) Q:S ALI-IMRAN :110
(5) 1MalaysiaBooklet.pdf


Thursday, August 27, 2009

ikut manhaj salafus soleh atau manhaj al-ikhwan???

aku mendapat SMS yang berbunyi :


"salam. ada ukhti tanya pengenalan islam masa kem tu ikut manhaj salafus soleh atau manhaj al ikhwan, manhaj aktivis.?"


aku tersenyum, namun sedikit kecewa apabila membaca mesej tu. lalu aku membalas :


"salam. sapa yang tanya tu? Ikhwan atau salaf, dua2 ikut Rasulullah jugak. islam yang ada 1 ja. kem ni bincangkan perkara asas tentang aqidah dan tak bincang nak ikut sifat 20 ka atau apa ka. mungkin sentuh bab gerakan islam. yang pastinya PMI bukan persatuan yang dok bincangkan perkara2 yang timbul perselisihan di kalangan ulama' tapi lebih bersifat gerakan. boleh bagitau dia yang tu."


Mungkin ada sesetengah orang yang tidak bersetuju dengan pendapat ini. Namun soal mengikut ikhwan atau 'salaf' bukanlah perkara yang paling penting untuk dipersoalkan.

Adakah ikhwan tersasar landasannya daripada pegangan salafus soleh? jauh islam yang diamalkannya daripada islam yang dibawa oleh Rasulullah, sehingga ada yang sanggup menyesatkan para pemimpinnya?

dan adakah 'salaf' yang wujud pada hari ini betul-betul mengikut landasan para salafus-soleh yang wujud pada 3 kurun terbaik yang disifatkan oleh Rasulullah.?

perkara sebagini jika terus menerus dibincang dan dibalahkan, maka islam tidak akan ke mana-mana.

pegangan Aqidah yang diamalkan oleh kedua-dua pihak tidak pun bercanggah dengan apa yang diajarkan oleh Rasulullah. cuma apabila wujud beberapa perbezaan seperti sifat 20, persoalan Allah itu di mana, penafsiran ayat-ayat mutashabihat dan lain-lain, ada pihak yang sanggup menyesatkan pihak yang lain.

umat islam masih membincangkan persoalan yang sama sejak berkurun lamanya sedangkan orang kafir semakin maju ke hadapan. dan SI DAJJAL terus merosakkan aqidah umat islam.

tidak dinafikan, aqidah merupakan perkara pokok dalam islam. tanpa aqidah yang sohih maka islam seseorang itu tiada makna. namun perkara apakah yang diperdebatkan sehingga sanggup menyesatkan.

pemimpin ikhwan memuja kubur?
ikhwan mengamalkan demokrasi yang tidak diamalkan oleh rasulullah?
golongan salaf menyifatkan Allah dengan sifat makhluk?
salaf memberi 'tempat' kepada Allah.?
membid'ahkan orang lain tanpa mahu menerima hujah pihak yang mengamalkannya?

masing-masing ego dengan pendirian masing-masing....

bukan tujuan untuk membahaskan panjang tentang perkara ini. takut lebih banyak silap daripada benar. namun, untuk menyesatkan mana-mana pihak, bukan itu peganganku...

salahnya pada orang yang mengamalkannya. bersikap lebih-lebih.!!!

dalam satu perjumpaan dengan sahabat2 di peringkat nasional, aku pernah memberitahu bahawa aku bersetuju dengan pandangan2 Dr. Asri tentang banyak perkara, lalu ada yang mula memandang sinis, melabel sebagai salafi / wahabi / Asriyyi.

apabila berada dengan kelompok-kelompok yang berpegang kepada pegangan 'salaf', mereka mengata-ngatakan pula golongan yang terlibat dengan harakah islam a.k.a mengikut 'manhaj ikhwan'. tidak syar'ie, tidak ikut sunnah, bid'ah dll...

akhirnya, ada pihak yang mengambil keputusan menjauhkan diri daripada mana-mana pihak. jauhlah dia dengan islam...PUAS HATI SEMUA.!!!

sejahterakan hati....

mana-mana kelompok yang diikut, jangan 'EXTREME' !!!

jangan mengambil 100% tanpa ada sebarang tapisan dan tidak mahu langsung menerima pandangan yang lain. islam itu dengan kefahaman. Amalan islam itu dilakukan atas dasar kefahaman, bukan ikut-ikutan, terutamanya bagi mereka yang terlibat dengan mana-mana gerakan @ kumpulan islam.

pernah aku mendengar ceramah yang mengata-ngata tentang ikhwan, tetapi bila diselidik apa yang dikatakan itu bukanlah apa yang sebenarnya diamalkan oleh pemimpin tersebut.

pernah juga aku membaca buku yang mengutuk dan menyesatkan golongan 'salafi/wahabi' dengan mengambil pandangan2 ulama' besar seperti ibnu hajar dll, tetapi apabila dikaji, ucapan itu tidak pernah diucapkan oleh para ulama' tersebut.

berdusta untuk menegakkan pendirian sendiri. betapa hinanya golongan seperti ini..

jangan mudah melabel orang lain. ambil tahu pandangan dan hujah setiap pihak sebelum melabel. atau diamkan diri dan jangan cakap banyak jika malas untuk ambil tahu... itu lebih baik.

ayat yang paling bongkak pernah aku dengar ialah "kita lihat nanti di akhirat siapa yang betul..."

ingat..dalam dunia ini, BUKAN KITA SAHAJA YANG PALING BETUL !!!!!!


P/s : komen yang mahu mengutuk dan menyalahkan mana2 pihak tidak akan dilayan. aku tidak berminat untuk membahaskan tentang SALAF vs IKHWAN... jika sesiapa berpegang dengan mana2 pihak, berpeganglah dengan kefahaman anda. Yang penting, jangan sesekali meninggalkan perjuangan islam. semoga sejahtera dunia dan akhirat.

Tuesday, August 25, 2009

DAJJAL ...........

BENARKAH DAJJAL TELAH MUNCUL?
BENARKAH DIA BERADA BERSAMA-SAMA DENGAN KITA KETIKA INI?
ADAKAH DAJJAL ITU MAKHLUK BESAR BERMATA SATU?
ATAU ADAKAH IA HANYA SATU SIMBOLIK YANG DIBERIKAN OLEH RASULULLAH?
SAKSIKAN KONSPIRASI YAHUDI ZIONIST SI DAJJAL MENGUASAI DUNIA...



5 SIRI DOKUMENTARI 'THE ARRIVALS' MERUNGKAIKAN PERSOALAN SIAPAKAH DAJJAL PADA AKHIR ZAMAN....

WALAUBAGAIMANAPUN, HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI APAKAH DAN SIAPAKAH SI DAJJAL YANG SEBENAR...

UNTUK MELAWAN MUSUH, KITA PERLU MENGENALI SIAPA SEBENARNYA MUSUH KITA..!!!!