Monday, April 28, 2008

Keputusan 'Peperiksaan'

Alhamdulillah…..

Aku di USM baru sahaja habis peperiksaan akhir sidang. Kepada sahabat di kampus lain yang baru nak mula Exam, aku ucapkan selamat menjalani peperiksaan dengan tenang dan semoga mampu menjawab dengan cemerlang.

Sahabat sekalian,
Kita bersungguh-sungguh belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dan apabila tiba hari kita mengambil keputusan peperiksaan itu, pasti pelbagai emosi dan perasaan yang ada di tempat tersebut. Ada yang berjaya dan ada yang sebaliknya. Dan ada juga yang di’tendang’ terus dari kampus kerana gagal dalam peperiksaan.

Brcakap tentang keputusan peperiksaan, aku teringat suasana ketika hendak mengambil keputusan peperiksaan akhir sem 2 semasa di matrikulasi. Ada sahabat yang begitu ‘excited’ untuk mengetahui keputusan tersebut, ada pula yang berdebar-debar (termasuk aku), dan ada pula sahabat yang berkata, “aku kalau boleh tak mau pi ambil keputusan tu, takut gila”. Semuanya gara2 kerana kurang persediaan.

Kekadang aku terfikir sendirian….. kalau nak ambil keputusan peperiksaan tu pun macam2 perasaan bercampur baur, macam mana la keadaan dan perasaan kita semasa nak ambil keputusan amalan kita kat akhirat nanti ya ?? pernah tak sahabat2 sekalian fikirkan tentang tu ?? kalau tak pernah, jom sama2 kita fikirkan sejenak !!!!

Keputusan exam kat dunia yang tak hakiki ini, andai kata kita berjaya dengan cemerlang, maka ALHAMDULILLAH.. Allah dah kurniakan satu kelebihan kepada kita. Dan andai kata kita ‘failed’, maka kita masih mempunyai peluang dan ruang yang lain untuk kita perbaiki ( tu pun kalau nak la..). contohnya, kalau kita ‘failed’ kat Matriks, kita masih boleh ambil diploma untuk sambung belajar guna sijil SPM. Tak pun, sambung ja belajar kat mana2 institusi yang berkenaan. Kita masih ada banyak pilihan untuk dipilih.... Nak bimbang apa kan???

TAPI sahabat, di akhirat nanti......Allah hanya sediakan kepada kita 2 pilihan. SYURGA yang penuh dengan nikmat atau NERAKA yang penuh dengan azab !!!!

Di padang mahsyar nanti, keadaan akan menjadi terlalu kalut. Setiap insan hanya pedulikan diri sendiri. Walaupun keadaan telanjang bulat, tetapi semua tu kita takkan peduli pasal asyik dok fikir akan nasib yang bakal kita tempuhi selepas nie... YA ALLAH, cuba kita bayangkan sahabat....dalam keadaan kalut tu, tiba2.... nama kita diseru...

HISYAM !!!!!!! keras tempikan tu....YA ALLAH..bagaimana perasaan kita masa tu sahabat...??? cuba kita bayangkan sahabat.....hati yang dalam dada ni bergoncang kuat .... macam nak tercabut. Keadaan kita masa tu, tertunduk di hadapan ALLAH..tak berani nak angkat muka walau sikit, pasal takut sangat keadaan masa tu..takut sangat...

Kemudian ALLAH akan berikan kepada kita buku catatan amalan kita. Terkandung segala apa yang pernah kita lakukan kat dunia. “ Pada hari itu kamu dihadapkan
( kehadrat Tuhan untuk dihisab), sehingga tidak tersembunyi daripadamu apa2 yang tersembunyi.” ( al-haaqqah ; 18)

Setelah itu, Allah akan serahkan kepada kita buku catatan amalan...apa yang dah kita buat kat dunia ni. Ada dua keadaan kita terima buku amalan tu. Dari sebelah kanan yang menandakan kebahagiaan selepas tu dan dari sebelah kiri yang menandakan kehidupan yang sengsara.

”Adapun orang yang diberikan buku (amalannya) dari sebelah kanannya, maka ia berkata: kamu ambillah dan bacalah bukuku! Sesungguhnya aku menyangka (yakin) bahawa aku akan menemui perhitunganku.maka ia dalam kehidupan yang disukainya. (iaitu) dalam syurga yang tinggi.” ( al-haaqqah ; 19)

Tetapi sahabat, cuba kita bayangkan, andai kata masa tu kita terima buku tersebut dari sebelah kiri ( NAUZUBILLAH), maka bagaimana perasaan masa tu..????

”Adapun orang yang diberikan buku (amalannya) dari sebelah kirinya, maka ia berkata: aduhai kiranya, janganlah hendaknya diberikan buku amalanku. Dan aku tidak mengetahui, apakah perhitunganku? Aduhai kiranya, cukuplah mati untuk memutuskan hidupku. Sekarang tiada bermanfaat bagiku harta bendaku. Telah hilang daripadaku kekuasaanku.” (al-haaqqah ; 25-29)

Ya !!!! sahabatku...bayangkan andai kata hal itu yang terjadi kepada diri kita, maka apa sangatlah perasaan berdebar-debar menanti keputusan exam di dunia jika nak dibandingkan dengan perasaan ketika tu..

Kemudian...Allah berfirman..

” kamu peganglah orang itu, (hai penjaga neraka), lalu belenggulah !!! kemudian masukkanlah dia ke dalam neraka. Kemudian masukkan dia ke dalam rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta”. (al-haaqqah ; 30-32)

Demikian sahabat, sedikit peringatan yang Allah berikan kepada kita, supaya kita sentiasa berjaga2 dan tak tergolong dalam golongan tersebut.

Jadi, sekali lagi aku nak ajak sahabat2 sekalian...cuba kita fikir dan bayangkan kita berada di setiap keadaan yang Allah sebutkan.. bagaimana tenang dan bahagianya jika dibalas dengan kebaikan dan betapa gentar dan takutnya jika diazabNYA....sama2 kita fikirkan kerana Rasulullah bersabda . ”orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati”..

ALLAHUA’LAM.................


Hisyamuddin Kamarudin
21 Rabiul Akhir 1429 (27/4/08)
3.22 a.m
Taman Rimba Teluk Bahang

muda hanya sekali...

Zaman muda datang hanya sekali seumur hidup....
Ramai yang berkata, zaman mudalah kita kena enjoy !!! buat lah apa yang kita suka.. Puaskan nafsu seboleh mungkin. Nanti bila dah tua bertaubat lah !!!

Hmmm, jika difikirkan dengan pandangan nafsu, bagus juga idea tu...masa ni la tenaga kita banyak. Masa ni la rupa kita berada dalam tahap ‘paling handsome’. Tak kedut sana sini. Masa ni la nak buat segala-galanya.. nak bertaubat ?? Nak solat ?? Nak pergi masjid ?? Nanti tua lah !! masa tu kita mintak lah ampun daripada Allah..kan Allah tu MAHA PENGAMPUN ?? Mesti ALLAH akan ampunkan dosa2 kita tu ..betul tak ???

Tapi…..kalau tak sempat tua dah mati…macam mana ??

NAH !!! sebab itulah sahabat2 ku sekalian, muda bukanlah masa untuk enjoy puaskan nafsu.. muda bukan masa untuk berfoya-foya. Muda bukan masa untuk asyik bersuka-suka. Tak salah hendak bersuka2, tapi mesti ada hadnya...tetapi, sepatutnya muda ialah masa untuk kita bersungguh-sungguh mencari bekalan untuk bertemu dengan YANG MAHA MENCIPTA…

Tenaga yang banyak di waktu muda, gunakanlah ia untuk beribadah kepada ALLAH.. Akal fikiran yang cerdas di waktu muda, gunakan ia untuk berfikir cara menyelesaikan pemasaalahan umat islam. Semangat yang membuak-buak di waktu muda, gunakan ia untuk bersungguh-sungguh berjuang menegakkan agama ALLAH.

Allah menyukai orang tua yang sentiasa beribadat dan bertaubat kepada ALLAH..tetapi ALLAH lebih menyukai orang muda yang berbuat demikian.

Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri - yakni hari kiamat, yaitu

1) imam - kepala atau pemimpin - yang adil.
2) Pemuda yang tumbuh -sejak kecilnya - dalam beribadat kepada Allah,
3) orang yang hatinya tergantung - sangat memperhatikan -kepada masjid-masjid
4) dua orang yang saling cinta-mencintai karena Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula,
5) orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," - demikian pula sebaliknya, yaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas,
6) juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya dan
7) orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."
(Muttafaq 'alaih)

. Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara, kata Rasulullah.. salah satunya ialah masa muda sebelum tua.. Maka, aku nak ingatkan diri sendiri dan sahabat2 semua, peluang yang Allah berikan ini, gunakanlah dengan sebaiknya.

Marilah sama2 kita berazam....zaman muda ini, akan aku infakkan ke jalan ALLAH.
TAKBIIIIRRRRRRR !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ALLAHUAKBAR !!!


Hisyamuddin Kamarudin
21 rabiul akhir 1429
4.15 a.m
Taman Rimba Teluk Bahang

Friday, April 18, 2008

ISLAM HADHARI-apa komen mufti


Jika Pemerintah Bertaubat Dengan Taubat Nasuha..

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin
pena mufti-(http://drmaza.com/)

Kita semua wajar bersikap adil. Pilihanraya telah pun berlalu. Kita mengundi untuk kebaikan negara. Kita inginkan perubahan ke arah yang lebih positif, adil dan telus. Mesej rakyat kepada parti-parti politik dalam perkara tersebut sudah pun difahami oleh mereka.

Hari ini usaha-usaha ke arah hasrat tersebut kelihatannya sedang giat dilaksanakan. Kerajaan pusat juga telah merangka berbagai cadangan dan gagasan agar ketelusan dan keadilan dapat dilaksanakan. Demikian juga sesetengah kerajaan negeri yang baru dan yang lama. Sokonglah usaha-usaha yang baik serta berikanlah kritikan yang membina.

Politik bukan untuk membalas dendam atau ruang mencurahkan emosi yang tidak sudah-sudah. Sebaliknya, berpolitiklah untuk keadilan dan kebahagiaan kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Malanglah kita orang Islam apabila berbalah, melampaui batas. Sedangkan Nabi s.a.w bersabda: “Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dukacitalah kita ini, jika dalam percaturan politik kita umat Islam, ‘orang lain’ yang mendapat banyak manfaat dan berjaya memperolehi berbagai tuntutan, sedangkan kita hanya menang ‘tuduh menuduh, bertengkar, bermasam muka, gelar menggelar dan segala macam racun yang lain. Ketika orang lain yang semalamnya bagaikan musuh yang sengit, hari ini sedang berpelukan meraikan kejayaan memperolehi segala macam tuntutan, kita masih lagi bagaikan‘sedang mengasah parang’ untuk meneruskan kematian.

Tuhan sentiasa membuka pintu taubat untuk insan yang bersalah berubah kepada yang lebih baik. Bila-bila masa sahaja taubat itu terbuka apabila timbulnya keinsafan dan kesedaran. Mungkin kesedaran dan keinsafan itu timbul hasil dari nasihat, atau kejadian dan peristiwa tertentu. Kadang-kala insan yang begitu jahat, berubah menjadi insaf disebabkan ketakutan atau penderitaan tertentu, atau peristiwa trajis yang meleburkan keegoannya.

Tidaklah penting apa pun sebab keinsafan itu lahir. Apa yang penting bagaimanakah keinsafan itu dihayati. Maka insan yang insaf disuruh bertaubat dengan taubat yang sebenar atau disebut sebagai taubah nasuha. Allah menyebut dalam Surah al-Tahrim ayat 8 : (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” taubat nasuha”, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai..

Terlaksananya taubat yang sebenar itu dengan seseorang insan menyesali kesalahannya, memohon keampunan daripada Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Jika kesalahan itu membabitkan insan yang lain, maka dia hendaklah membetulkannya dengan mengembalikan hak yang diambil, atau menafikan tuduhan yang dilemparkan.

Jika itu berlaku, maka mereka akan insan tersebut janji Allah dalam firmanNya: (maksudnya) “Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal soleh, maka mereka itu Allah akan gantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Furqan: 70).

Saya ingin katakan bahawa peristiwa pilihanraya yang lepas, perkara yang pertama yang mesti dilakukan oleh pihak pemerintah bagi mengeluarkan diri semua dari krisis dan kegawatan politik yang saban hari mengganggu kita semua adalah dengan cara bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha. Segala kesalahan, ketidakadilan, ketidaktelusan, kecuaian atas tanggunjawab yang Allah amanahkan selama ini hendaklah benar-benar insaf dan memohon ampun daripada Allah.

Kedua; hendaklah berazam untuk tidak mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Ketiga: jika ada hak rakyat yang dizalimi, kembalikan hak mereka. Jika ini dilakukan, percayalah kepada rahmat Allah yang akan melimpahi negara dan kepimpinan akan terus dapat keberkatan dalam pemerintahan yang akan diteruskan. Dengarlah kata-kata Nabi Hud a.s kepada kaumnya seperti dalam Surah Hud ayat 52: (maksudnya) “Dan wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa”.

Inilah penawar bala yang telah dibuka rahsianya oleh Nabi Hud a.s., dan inilah juga yang pernah disebut oleh Nabi Nuh a.s. sebelum itu kepada kaumnya. Kata Nabi Nuh seperti dalam Surah Nuh ayat 10-12: (maksudnya) “Sehingga Aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)”.

Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa memohon ampun daripada Allah membolehkan rahmat dan keberkatan diturunkan. Allah menambahkan dengan taubat rezeki yang mencurah-curah, kekuatan, harta dan anak-pinak. Maka bertaubatlah wahai para pemerintah, agar kedamaian, ketenteraman dan kemakmuran akan dikecapi di bawah pemerintahan anda.

Pasca politik kini adalah ujian untuk kepimpinan negara. Bukan masa untuk menunjukkan ego, atau mencari-cari di mana silap orang lain, tapi melupai dosa-dosa politik yang pernah dilakukan. Masa ini sepatutnya kepimpinan negara di setiap peringkat menunjukkan tadarru’ iatu benar-benar merendah diri kepada Allah dan memohon keampunan daripadanya.

Kita ingin mendengar kepimpinan memohon kemaafan kepada rakyat di atas segala kesilapan yang pernah berlaku sepanjang pentadbiran yang lalu. Inilah yang akan mendatangkan keberkatan dan menimbulkan rasa hormat rakyat. Ingatlah amaran Allah apabila sesuatu bala atau ujian ditimpakan kepada sesuatu kaum dalam firmanNya: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya), maka Kami seksakan mereka dengan kesusahan dan penyakit, supaya mereka merendah diri (insaf dan bertaubat).

Maka Alangkah eloknya kalau mereka merendah diri (insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan. Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala perkara (kemewahan dan kesenangan), sehingga apabila mereka bergembira dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)”.

Ya Allah! Peliharalah kami dari balaMu! Lihatlah Keamanan kita juga dirasakan makin terhakis saban hari. Kejadian-kejadian yang meragut ketenteraman mula bertali arus. Setiap kita mula bimbang dan risau atas keselamatan diri dan keluarga sekalipun berada dalam rumah sendiri. Polis pun tidak dapat menyelesaikan ketakutan seperti itu. Wahai pemerintah! Hanya Allah yang dapat mengeluarkan kita dari semua itu. Kembalilah kepadaNya!

Perubahan yang berteraskan taubat kepada Allah perlu dilakukan. Kepimpinan utama mestilah tegas dan ikhlas. Insan-insan yang telah terlibat dengan penyelewengan harta rakyat hendaklah dipupuskan. Mereka perlu disiasat secara telus. Bagaimana mungkin kepentingan negara yang diamanahkan untuk dijalankan, lalu dijadikan sumber kekayaan diri yang luar biasa.

Janganlah dihitung sebesar mana pun kedudukannya, atau serapat manapun persahabatan dengannya. Hak rakyat mestilah dipelihara. Tergamakkah seorang insan yang mengaku beriman memenuhi diri dengan kemewahan harta rakyat, sedangkan berapa ramai rakyat yang masih miskin dan susah, hidup dibanjiri airmata.

Bertaubatlah, kembalikan hak-hak rakyat, belalah mereka yang teraniaya. Jika orang kaya yang dizalimi, ada peguam yang dapat membawa kesnya ke mahkamah. Si miskin yang susah apabila ditindas, tiada peguam yang mampu dibayar, maka tidak ada mahkamah yang sudi mendengar. Namun esakan dan tangisan itu tetap didengari oleh Allah Yang Maha Mendengar. Rintihan itu sampai ke langit tinggi dan Allah akan membalasnya.

Wahai pemimpin! Jika engkau tidak adil, engkau akan didakwa di mahkamah Allah di pandang mahsyar kelak. Juga, jika dosa orang kena zalim itu mustajab di dunia, engkau akan dibalas di dunia dan akhirat. Wahai pemimpin! Bertaubatlah.

Para pemimpin adalah contoh untuk sekelian rakyat di bawah mereka. Mereka diperhatikan. Kemewahan mereka –jika tidak betul cara- menjadi tanda tanya. Sikap dan perwatakan mereka dipersoalkan. Demikian jugalah anak isteri mereka. Gaya yang berlebih-lebihan membuat rakyat merasa jelak. Ada yang sehingga ketika artis hindustan datang ke Malaysia yang terlebih boollywood dari boollywood. Sedangkan dia isteri orang besar.

Sebabnya, ramai seketika dulu merasakan mereka manusia kebal yang tidak mungkin ditumbangkan. Mereka lupa bahawa rakyat sedang merasa mual. Jika pemimpin itu bercakap Islam, buktikanlah menerusi percakapan, pendekatan, sikap dan juga pakaian anak isteri. Jangan berlebih-lebihan, tetapi bersederhanalah dan ikut peraturan. Rakyat tidak bertanya, berapa harga ‘make-up’ datin? Tetapi rakyat akan selalu mengingati kehalusan akhlak dan budi.

Allah pula suka kepada yang merendah diri dan menyayangi sesama muslim. Manusia ini bagaimana pun wataknya, hati nuraninya akan terasa hormat kepada orang yang mengingati Allah dalam ertikata yang sebenar. Diterjemahkan ingatan itu dalam bentuk tawaduk dan ketertiban sikap. Wahai pemimpin! Lakukanlah perubahan kerana Allah dalam hal ini. Nanti rakyat akan menyayangi anda.

Hala tuju negara hendaklah digaris dengan jelas. Saya kadang-kala melihat seakan generasi muda melayu Islam di negara ini dicandukan agar tidak lagi mampu berfikir dengan seimbang. Hiburan-hiburan yang melebihi dari tahap keperluan dan tidak memiliki matlamat yang jelas seakan sengaja dilambakkan untuk hidangan mereka. Inilah yang kelihatan dalam media-media kita sedangkan ketika yang sama gendang ‘Islam Hadhari’ dipalukan. Sebagai tanda restu atau sebaliknya, saya tidak pasti. Lalu anak muda kita dalam khayal dan mabuk, dadah, keruntuhan akhlak dan berbagai.

Maka tidak hairanlah jika mereka tidak mempunyai pandangan yang jelas dan terurus tentang masa depan negara. Lalu kita bising hilangnya nilai-nilai patriotik dalam jiwa jenerasi baru, padahal kita sendiri yang seakan memandulkan minda dan fitrah mereka. Barangkali kita suka, kerana dengan demikian, mereka tidak banyak mempersoalkan kita. Mendidik rakyat adalah tanggungjawab pemimpin yang Allah amanahkan. Bertaubatlah kepada Allah, betulkan perjalanan masa depan negara ini.

Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang ‘seribu kekeliruan itu’. Saya akan menulis tajuk khas mengenainya, insya Allah. Apa yang penting banyak perkara perlu dibetulkan. Bertaubat!. Kembalilah kepada Islam yang murni lagi asal seperti zaman Nabi s.a.w. Islam yang terbukti membangunkan kehidupan masyarakat yang aman lagi harmoni dunia dan akhirat. Tokok tambah agama hanya menghilangkan keaslian dan keberkatan dari Allah.

Wahai pemimpin! Pena saya tidak menzalimi anda. Sudah setahun, saban minggu ayat-ayatnya berbaris di sini. Bukan untuk menjatuhkan, tetapi mengajak melihat bersama laluan di hadapan. Allah yang memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mencabutnya dari sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya taubat adalah penghalang bala bencana. Firman Allah: “Dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar (meminta ampun)”. (Surah al-Anfal: 33).

Maka, jadikanlah kerajaan yang sedang merubah dirinya itu sebagai kerajaan yang bertaubat dari segala bentuk ketidakadilan dan ketidaktelusan. Seperti mana insan yang bertaubat, kelihatan bersih bercahaya dan merendah diri kepada Allah, demikian hendaknya kerajaan yang bertaubat.

Terjemahkanlah taubat itu dalam kepimpinan, pengurusan, media dan hati budi pemimpin. Pohonlah kemaafan kepada rakyat, dan kembalikan hak mereka jika ada yang ‘tidak kena’. Demikianlah juga hendaknya sekelian rakyat memohon keampunan dan kembali kepada jalan yang lurus. Inilah jalan keluar yang hakiki dari kemelutkan yang ada.

Jika itu berlaku maka, Allah berfirman: (maksudnya) “Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka segala keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”. (Surah al-‘Araf: 96).

Wednesday, April 9, 2008

Pesanan Dr.Fadhilah Kamsah

Assalammualaikum......

Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan
belen-belen(sisa-sisa) nasik yang dia makan ....dan pagi-pagi sebelum
pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam
biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya
seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still
berjalan ...either belen makanan mak atau abah .... tapi kalau belen
makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah
untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh
adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu
hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu
sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri
...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati
anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui
kesannya ....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas
tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam
membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun
kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok
...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya
..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami
semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan
selamat balik ..dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu
bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka-mereka ini akan
Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah
dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari
sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian
berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga
amalkan sampai sekarang ...

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah
maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling
paling berkesan sekali ...tak caya try buat ...solat jamaah dengan
anak-anak tiap kali maghrib ... dapat semua waktu lagi baik ...sangat
besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya...dan jugak kesan solat
jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar
akhirat, dunia akan mengejar kita".

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah
terlalu hampir ke penghujungnya,terlalu! So,it's good if we can remind
each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention
that all those who listen to him (on shall pass on his words to
others,and those to others again; and may the last ones understand his
words better than those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses.
Do impart this knowledge; you'll lose nothing.

Wallahu A'lam...

Tuesday, April 8, 2008

Pengalamanku bercinta

(kisah benar)

Sengaja aku meletakkan tajuk sedemikian untuk mengajak sahabat2 sekalian merenung sekejap nukilan dan tulisan aku kali ini. Bukan menipu!!! Tapi benar kerana aku memang berpengalaman merasainya. bukannya hendak berbangga..cuma teringin aku berkongsi bersama-sama. Mungkin ada iktibar yang bole diambil..Baca sampai habis ya !!!!!

Seawal darjah 6, aku telah pun terlibat dalam ‘cinta monyet’ ini. Aku masih ingat lagi, bermula dengan satu surat pertama daripada si ‘dia’, yang dikirim oleh ‘orang tengah’, selepas habis kelas tambahan sesi malam… Maka bermulalah episod baru dalam hidup di zaman kanak2 hingusan itu. Bagai mengantuk disorong bantal, aku menerima dengan hati yang terbuka luas, walaupun aku bukanlah seorang yang pandai meng ‘ayat’ si perempuan.

Surat demi surat ku terima, hadiah demi hadiah hadir di dalam laci meja di sekolah di waktu pagi. Aku pun, dek tak pandai dalam bab2 seperti ini, membalas kembali dengan surat dan hadiah. ‘what u give, u get back’ lah !!. Itulah perkara2 yang berlaku dalam tempoh ‘percintaan’ tersebut. tidak lebih dari itu yeee !!!.

Yang ‘best’nya, bukan saja kawan2 yang tahu, cikgu2 sekolah pun maklum sama. Tiada larangan, tiada teguran. Seolah-olah merestui perhubungan tersebut.
Habis UPSR, kami membawa haluan masing2. Jarang2 lagi berhubung. Dan akhirnya senyap, terhakis dek waktu yang sentiasa bergerak. Cuma kekadang, tapi sangat jarang.( macam x pernah je pun) ‘ter’jumpa dan berhubung. Selepas itu, seperti drama2 di TV yang pasti ada penghujungnya, begitulah juga dengan ‘cinta monyet’ ini….T.A.M.A.T….

Tamat bukan bererti habis, tetapi sampai di situ saja aku nak ceritakan kepada kalian tentang pengalaman aku.
Meningkat dewasa, aku mula mengerti bahawa percintaan pada tahap ini mmg sesuatu yang merugikan. Rugi masa untuk berjumpa dan berangan. Rugi duit nak beli hadiah dan topup, rugi dan rugi dan rugi.. Alhamdulillah, di peringkat menengah, walaupun gelora di jiwa terasa ingin ‘berpasangan’ seperti kawan2 lain, tetapi aku tetap dengan prinsip bahawa tiada guna aku terlibat dengan semua ini. Hinggakan aku digelar sebagai orang yang ‘jual mahal’ di sekolah. Memang mahal sehingga tiada yang mampu untuk ‘membeli’walaupun cuba2 untuk membeli.hehehe.. Tak kisah lah mendapat gelaran tersebut kerana sememangnya diri kita ini MAHAL. Bak kata LOREA’L; kerana diriku begitu berharga..Bukan untuk dibuat sesuka hati.

Pendedahan kepada konsep dan prinsip dalam agama membuatkan aku lebih faham. Faham bahawa berpasangan atau istilah ber‘couple’ ini memang sesuatu yang dilarang di dalam islam. Islam bukan hendak melanggar fitrah manusia yang mahu disayangi dan menyayangi, tetapi islam datang dengan satu kaedah yang ‘mencegah sebelum parah’.
Kini aku berada di kampus. Jika dilihat couple2 yang wujud dan melata di kampus, bukanlah yang hanya sekadar mengutuskan surat (seperti aku dulu2, huhu), tetapi saling berpegang tangan, berlaga bahu, memeluk pinggang ketika membonceng motorsikal, malah ada yang berpelukan di hadapan orang ramai dan………x sanggup aku tulis di sini.

SAHABAT2 YANG DIKASIHI DAN DISAYANGI SEKALIAN,
Jika ada di kalangan kalian yang terlibat dengan aktiviti couple ini, bukanlah tujuan aku menulis ini untuk meng’attack’ kalian, tetapi sekadar mahu membuat membuat kalian berfikir. Berfikir bukan sahaja soal keseronokan dan kepentingan diri sendiri, tetapi berfikir sama apa yang difikirkan oleh orang lain.

Bagi aku sendiri, agak kurang senang dengan sahabat2 yang berkelakuan demikian. Demikian juga dengan orang lain yang berfikiran serupa. Bukan membenci individu, tetapi hanyalah perbuatan tersebut. Aku sentiasa sayangkan kalian. Dan kerana sayanglah, aku menulis untuk kalian..juga untuk mengingatkan diri aku.

Dari Abu Sa’id al-Khudri berkata:, aku mendengar rasulullah SAW bersabda,
”Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lisannya, dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Yang demikian itu selemah-lemah iman. ” ( HR Muslim).

Aku yakin kalian maklum dengan hadis di atas. Maka di mana peranan aku untuk melaksanakan tanggungjawab di atas jika aku tidak menegur perbuatan kalian. Aku akui bahawa aku mmg lemah. Tak terdaya untuk menegur kalian di hadapan kalian. Hanya mampu menggerakkan jari-jemari menaip nukilan ini. Dan walaupun kekadang wajah aku menampakkan seolah-olah aku ’redho’ dengan perbuatan kalian, boleh ’tersenyum’ apabila berjumpa dengan kalian ketika sedang berdua2an, ketahuilah sebenarnya tidak.
Takkan terus menerus aku hanya mahu membenci dengan hati akan perbuatan tersebut. Jika orang yang aku tak kenal, mungkin itu saja caranya yang aku mampu walaupun sepatutnya tidak begitu. Tetapi kalian adalah sahabat aku. Maka jika aku hanya melihat, tidak layak sebenar aku bergelar sahabat kepada kalian, kerana hakikat sahabat itu ialah,dia akan menegur kesalahan yang kita lakukan. Maka sahabat sekalian, aku memohon maaf kerana hanya nukilan ini sahaja yang mampu ku nukilkan sebagai ganti kepada tindakan.

Cuma satu pesanku, jika kalian tidak kasihan pada diri sendiri, kasihanlah pada orang sekeliling yang turut sama akan mendapat ’saham’ daripada perbuatan kalian. Janganlah nanti kerana perbuatan kalian, sahabat2 di sekeliling kalian yang terpaksa ’menanggung akibat’ di akhirat lantaran tidak terdaya menegur perbuatan kalian. Harap kalian mengerti.

Janganlah kalian selalu beralasan.. menaiki motor bersama-sama, kononnya kerana kasihan terhadap pasangan yang terpaksa berjalan. melagakan kepala ketika bergambar seolah2 kalian pasangan yang paling ideal..jika betul kalian terlalu kasih antara satu sama lain, sekurang-kurangnya janganlah sampai melakukan perkara2 sedemikian.. Tak perlu ada body contact. Tubuh itu bukan untuk kalian. Cukuplah sekali- sekala berjumpa dalam keadaan yang terbatas. Bukan aku nak mengatakan bahawa perkara tersebut boleh dilakukan, tetapi sekurang-kurangnya lebih baik daripada perbuatan-perbuatan yang sememangnya nampak ’kemaksiatannya’ itu. Allah cukup murka dengan orang yang berbangga dan menunjuk2 maksiat yang dilakukannya.

Akhir kalam, aku harap kalian mengerti apa yang hendak aku sampaikan. Aku cuba menulis dalam keadaan yang penuh rasa kasih terhadap kalian. Jadi sama2 kita berhijrah ke arah yang lebih baik. Dan tugas kalian untuk menegur aku sekiranya aku melakukan perkara2 yang dimurkai Allah. Allah menilai setiap usaha kita..

Sekali lagi....aku memohon maaf jika penulisan ini melukakan hati sahabat2 sekalian. Bukanlah niatku untuk menyakiti sesiapa.

YA ALLAH, BERILAH KEKUATAN KEPADA KAMI YANG LEMAH INI UNTUK KAMI MELAWAN HAWA NAFSU KAMI, DAN UNTUK KAMI BERAMAL DENGAN APA YANG ENGKAU PERINTAHKAN DAN MENINGGALKAN PERKARA YANG ENGKAU LARANG..AMIIINN....

Monday, April 7, 2008

’FITNA’- FITNAH KEPADA UMAT ISLAM

’FITNA’- FITNAH KEPADA UMAT ISLAM

Orang kafir mulakan kembali serangan psikologi untuk memerangi umat islam. Kali ini, Geert Wilder, seorang ahli parlimen Belanda dengan ’beraninya’ menayangkan sebuah filem berbentuk dokumentari yang bertajuk ”fitna” yang memaparkan ’keganasan’ yang dilakukan oleh umat islam dan diselangi dengan ayat2 Al-Quran yang kononnya menganjurkan umat islam untuk melakukan keganasan keatas golongan kafir.

Terang-terangan mereka menghina dan mengatakan bahawa islam merupakan agama yang meganjurkan keganasan. Sebagai contoh, masyarakat dunia sedia maklum bahawa peristiwa 11 september bukanlah didalangi oleh umat islam, tetapi dirancang dengan teliti oleh yahudi untuk memburukkan nama islam. Tetapi, apa yang terkandung di dalam dokumentari tersebut ialah mereka mahu mengatakan bahawa umat islamlah yang melakukan keganasan tersebut.

Sebagai seorang muslim yang mengatakan bahawa kita sayang dan cintakan agama yang suci dan murni ini, adakah kita mengambil cakna tentang perkara ini ? sekurang-kurangnya kita mengetahui tentang kewujudan ’filem’ ini. Andai kata anda tidak mengerti langsung apa yang sedang aku tuliskan ini, maka baik benar jika anda menghisab kembali diri, sejauh mana anda yang mengaku sebagai seorang muslim mengambil tahu tentang agama anda.

Baik, aku andaikan kita semua mengerti tentang filem ini. Maka, tiada guna sekadar kita mengetahui dan berasa marah dengan keadaan ini. Tindakan yang sewajarnya harus diambil dari peringkat individu, keluarga, masyarakat dan akhirnya negara.

Apa sangat yang boleh kita sebagai individu muslim sumbang untuk menyatakan protes terhadap keadaan ini? Pertama, kita boleh melakukan protes ekonomi iaitu dengan memboikot barangan2 yang dikeluarkan oleh kerajaan Belanda. Ambil tahu tentang jenis barangan keluaran Belanda dan sedaya upaya kita tidak menggunakan produk2 tersebut. Walaupun kita tahu bahawa jika hanya kita yang bersungguh2 memboikot, tetapi masyarakat yang lain tidak melakukannya, maka tiada hasil dan kesan kepada kerajaan Belanda. Pemikiran seperti itu seharusnya kita singkirkan dan benamkan jauh ke perut bumi. Mengapa boikot yang dianjurkan kurang kesannya? Jawapannya kerana masih wujud di kalangan umat islam yang berfikiran sedemikian.

Ingatlah bahawa Allah tidak memandang hasil yang kita usahakan tetapi Allah memandang usaha dah gerak kerja ke arah matlamat tersebut. Walaupun usaha kita ini seperti usaha burung pipit yang berusaha memadamkan api yang membakar tubuh nabi Allah Ibrahim dengan membawa air di dalam mulut (paruh)nya, tetapi usaha ini sekurang-kurangnya dapat membantu kita menjawab persoalan yang akan Allah ajukan kepada kita kelak di akhirat. Ke mana telah kamu belanjakan hartamu? Maka adakah kita sanggup menjawab, “Ya Allah, aku telah membelanjakan wangku kepada musuh2 Mu yang mana dengan wang tersebut, mereka telah membunuh saudara2 ku. Mereka telah menghina agamaMu, dan mereka telah merosakkan aqidah umat NabiMu.”

Maka di saat itu, sedarlah bahawa alasan kita bahawa perbuatan boikot tersebut tidak akan memberi kesan buruk kepada kerajaan musuh Allah tersebut, akhirnya memberi kesan yang buruk kepada diri kita sendiri.

Sedarlah wahai umat islam yang mengaku mencintai Allah dan rasul. Pada waktu akhir zaman ini, islam ditimpa dan dilemparkan dengan pelbagai fitnah dari setiap sudut. Rajin2kanlah diri untuk melawati laman2 web musuh2 islam seperti http://www.apostatesofislam.com/ dll, untuk mengetahui bagaimana dan apakah perkara2 atau agenda2 yang telah dilakukan oleh musuh islam untuk memusnahkan umat islam. Mereka dengan terang2 memerangi islam, maka kita juga mestilah terang2an memerangi mereka.

Perangilah mereka dari sudut yang mereka kuasai seperti ekonomi. Memang kita tidak akan dapat mengubah secara drastik keadaan ekonomi mereka, tetapi sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada mereka. Denmark contohnya pernah ditekan apabila umat islam bersatu memboikot produk2 keluaran mereka. Maka kenapa tidak Belanda. Walaupun hinaan tersebut bukan secara langsung daripada kerajaan Belanda, tetapi sekurang2nya dapat memberi pengajaran kepada mereka2 yang mahu mempermainkan umat islam.

Umat islam sebenarnya mampu bersatu untuk men’jahanam’kan musuh2 Allah ini, tetapi umat islam yang ada kini terlalu sibuk memikirkan soal2 yang remeh temeh. Sejak dulu sehingga sekarang dan mungkin sehingga akhir zaman. Cukuplah membincangkan perkara2 furu’ dan khilaf di dalam ibadah. Perkara2 yang dikatakan bid’ah. Mengapa masih mahu berdebat tentang lafaz niat sebelum solat, bacaan yassin di malam jumaat, zikir beramai2 selepas solat. Semua itu telah jelas mempunyai hujah masing2, maka kita perlu berfikiran terbuka dan berlapang dada.

Mulalah memikirkan masalah umat islam sejagat. Keluarga kita, adakah telah sempurna amalannya. Masyarakat kita, adakah telah menghayati agama. Negara kita, adakah telah terlaksana perintah2 Allah di dalamnya.

Jadilah muslim yang sama2 menyumbang ke arah kebangkitan islam. Kerahkan tenaga, masa, harta dan jiwa untuk agama Allah. “ wahai orang2 yang beriman, hendakkah kamu aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? Kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui.” (As-saff: 10-11).

KITA MAMPU MELAKUKANNYA !!!!!!!!!

Thursday, April 3, 2008

Major Religions of the World


Major Religions of the World
Ranked by Number of Adherents
(Sizes shown are approximate estimates, and are here mainly for the purpose of ordering the groups, not providing a definitive number. This list is sociological/statistical in perspective.)

1. Christianity: 2.1 billion
2. Islam: 1.5 billion
3. Secular/Nonreligious/Agnostic/Atheist: 1.1 billion
4. Hinduism: 900 million
5. Chinese traditional religion: 394 million
6. Buddhism: 376 million
7. primal-indigenous: 300 million
8. African Traditional & Diasporic: 100 million
9. Sikhism: 23 million
10. Juche: 19 million
11. Spiritism: 15 million
12. Judaism: 14 million
13. Baha'i: 7 million
14. Jainism: 4.2 million
15. Shinto: 4 million
16. Cao Dai: 4 million
17. Zoroastrianism: 2.6 million
18. Tenrikyo: 2 million
19. Neo-Paganism: 1 million
20. Unitarian-Universalism: 800 thousand
21. Rastafarianism: 600 thousand
22. Scientology: 500 thousand


Introduction
The adherent counts presented in the list above are current estimates of the number of people who have at least a minimal level of self-identification as adherents of the religion. Levels of participation vary within all groups. These numbers tend toward the high end of reasonable worldwide estimates. Valid arguments can be made for different figures, but if the same criteria are used for all groups, the relative order should be the same. Further details and sources are available below and in the Adherents.com main database.

A major source for these estimates is the detailed country-by-country analysis done by David B. Barrett's religious statistics organization, whose data are published in the Encyclopedia Britannica (including annual updates and yearbooks) and also in the World Christian Encyclopedia (the latest edition of which - published in 2001 - has been consulted). Hundreds of additional sources providing more thorough and detailed research about individual religious groups have also been consulted.

This listing is not a comprehensive list of all religions, only the "major" ones (as defined below). There are distinct religions other than the ones listed above. But this list accounts for the religions of over 98% of the world's population. Below are listed some religions which are not in this listing (Mandeans, PL Kyodan, Ch'ondogyo, Vodoun, New Age, Seicho-No-Ie, Falun Dafa/Falun Gong, Taoism, Roma), along with explanations for why they do not qualify as "major world religions" on this list.

This world religions listing is derived from the statistics data in the Adherents.com database. The list was created by the same people who collected and organized this database, in consultation with university professors of comparative religions and scholars from different religions. We invite additional input. The Adherents.com collection of religious adherent statistics now has over 43,000 adherent statistic citations, for over 4,300 different faith groups, covering all countries of the world. This is not an absolutely exhaustive compilation of all such data, but it is by far the largest compilation available on the Internet. Various academic researchers and religious representatives regularly share documented adherent statistics with Adherents.com so that their information can be available in a centralized database.

Statistics and geography citations for religions not on this list, as well as subgroups within these religions (such as Catholics, Protestants, Karaites, Wiccans, Shiites, etc.) can be found in the main Adherents.com database.

adakah aku munafik ???

Kekadang aku terfikir
Jika di hadapan sahabat2 jamaah ( terutamanya muslimat ), aku tertunduk malu...kononnya menjaga pandangan,..
Jika dalam kuliah2 ilmu, bila terdengar kisah peritnya azab Allah, aku menangis sayu..kononnya insaf kerana sedikitnya amalan...
Bila melihat keadaan saudara2ku di palestin, menitis air mataku, pilu...kononnya bersama2 merasa penderitaan...
Tetapi......
apabila bersama2 sahabat yang lain, aku bergelak ketawa, bergurau senda, tak kira laki atau wanita, seolah2 Allah x melihat segala-gala...seolah-olah tiada pahala, tiada dosa...dan seolah-olah tiada syurga, tiada neraka...

Ahhh !!!!!
Semua itu hipokrit. !!!!
Semua itu perangai munafik !!!!!!
...............................................................................

Hipokritkah aku jika berkelakuan demikian...???
Munafikkah aku jika itu yang aku amalkan ????
Seolah-olah berlakon di hadapan manusia..

Sahabat rasulullah, suatu ketika, merasa begitu sedih dan menggelar dirinya telah munafik...apabila berhadapan dengan rasullullah, sahabat tersebut mengatakan bahawa dia telah munafik kerana apabila berada di hadapan rasulullah, mendengar kuliah2 rasulullah, dia menangis kerana teringatkan azab Allah yang maha pedih...tetapi apabila pulang sahaja ke rumah, dia bergurau senda bersama-sama keluarga, anak dan isteri sehingga lupa akan segala apa yang pernah dia tangisi sebentar tadi...Inilah sifat2 sahabat2 rasulullah, mereka merasa begitu menyesal apabila terlupa kepada Allah walaupun sekejap..

Apabila direnung kembali keadaan diri jika dibandingkan dengan para sahabat...bezanya seperti langit dan bumi, jauh seperti andromeda dan bimasakti... apatah lagi jika dibanding dengan rasulullah...Ya Allah !!! di mana kedudukan aku di sisiMU..adakah amalanku yang sehina ini sudi dilihat, malah dinilai oleh Allah...???
Kembali kepada persoalan tadi...adakah kita ini dianggap munafik jika di hadapan segolongan orang kita berkelakuan baik, tetapi jika di hadapan orang yang lain kita berkelakuan berbeza..seperti contoh di atas, baik ketika berada bersama-sama satu kelompok manusia, tetapi berkelakuan buruk dengan kelompok yang lain..

Apabila sahabat menggelar dirinya munafik, rasulullah menjawab bahawa iman manusia kekadang menaik dan kekadang menurun. Berlainan dengan malaikat yang imannya statik. Tidak bertambah dan tidak berkurang. Malah bersama-sama manusia juga adanya nafsu dan adanya ‘qarin’ yang sentiasa mengajak kepada kejahatan dan melupakan tuhan. Dan musuh utama manusia iaitu syaitan laknatullah sentiasa sahaja menghasut anak2 Adam supaya terus menderhakai Allah, lalu menjadi sahabatnya di neraka.

Sebab itulah jika seorang manusia itu dapat melepasi segala cabaran dan dugaan ini, lalu menjadi seorang hamba yang betul2 qusyu’ dengan tuhannya, maka darjat manusia itu lebih tinggi daripada malaikat kerana Allah berfirman bahawa manusia merupakan ‘ahsan-al-taqwim’ iaitu sebaik-baik kejadian.

Begitulah sahabat sekalian, kita memang tidak dapat terlepas daripada terlupa kepada Allah dan kemudiannya melakukan kesalahan dan maksiat. Tetapi yang penting, kita jangan biarkan diri kita terus dalam keadaan demikian. Apabila kita sedar bahawa telah melakukan kesilapan, mintalah ampun daripada Allah. Segeralah beristighfar dan bertaubat.

Aku pernah mendengar kuliah seorang ustaz. Ada seorang pelajarnya mengadu kepadanya bahawa dia sering melakukan maksiat, selepas itu menyesal dengan maksiat yang dilakukannya. Tetapi selepas menyesal, dia kembali melakukan maksiat dan kemudiannya menyesal kembali. Perkara ini sentiasa berulang-ulang. Pernahkah kita juga menghadapi situasi sedemikian ???
Lalu ustaz itu menjawab kepada pelajarnya, jika kamu tak dapat meninggalkan perbuatan maksiat itu, jangan sekali-kali meninggalkan taubat setelah melakukannya.. maksudnya menyesal dan beristighfar.

Apabila berhadapan dengan individu yang sedemikian, kita jangan memaksa dia terus meninggalkan maksiat lalu bertaubat kerana perkara sedemikian terlalu berat bagi individu tersebut. Tetapi gunakan kaedah tersebut dan yakinkan dirinya bahawa Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Tetapi perlu ada usaha untuk meninggalkan maksiat tersebut walaupun mengambil masa.

Di dalam hadis arba’in, sebuah hadis kursi Allah berfirman:-
“Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepada-Ku dan berharap kepada-Ku, akan Aku ampuni apa yang telah kamu lakukan, Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepada-Ku akan Aku ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepada-Ku membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepada-Ku tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu pun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.” (HR Tirmidzi ai berkata, hadis ini hassan shahih)

Jadi sahabat, usahlah kita kecewa dan berputus asa dengan ampunan Allah, dan hendaklah kita sentiasa bertaubat dan beristighfar apabila melakukan kesalahan dan maksiat.
Aku mendoakan agar diri ini dan semua sahabat akan terus diberi kekuatan dan kelapangan untuk sentiasa bertaubat kepada Allah agar apabila kita kembali kepada Tuan epunya dunia ini, kita dapat kembali dalam keadaan dosa2 kita telah diampun oleh Allah.. Amiiinn...ALLAHUA’LAM