Tuesday, April 8, 2008

Pengalamanku bercinta

(kisah benar)

Sengaja aku meletakkan tajuk sedemikian untuk mengajak sahabat2 sekalian merenung sekejap nukilan dan tulisan aku kali ini. Bukan menipu!!! Tapi benar kerana aku memang berpengalaman merasainya. bukannya hendak berbangga..cuma teringin aku berkongsi bersama-sama. Mungkin ada iktibar yang bole diambil..Baca sampai habis ya !!!!!

Seawal darjah 6, aku telah pun terlibat dalam ‘cinta monyet’ ini. Aku masih ingat lagi, bermula dengan satu surat pertama daripada si ‘dia’, yang dikirim oleh ‘orang tengah’, selepas habis kelas tambahan sesi malam… Maka bermulalah episod baru dalam hidup di zaman kanak2 hingusan itu. Bagai mengantuk disorong bantal, aku menerima dengan hati yang terbuka luas, walaupun aku bukanlah seorang yang pandai meng ‘ayat’ si perempuan.

Surat demi surat ku terima, hadiah demi hadiah hadir di dalam laci meja di sekolah di waktu pagi. Aku pun, dek tak pandai dalam bab2 seperti ini, membalas kembali dengan surat dan hadiah. ‘what u give, u get back’ lah !!. Itulah perkara2 yang berlaku dalam tempoh ‘percintaan’ tersebut. tidak lebih dari itu yeee !!!.

Yang ‘best’nya, bukan saja kawan2 yang tahu, cikgu2 sekolah pun maklum sama. Tiada larangan, tiada teguran. Seolah-olah merestui perhubungan tersebut.
Habis UPSR, kami membawa haluan masing2. Jarang2 lagi berhubung. Dan akhirnya senyap, terhakis dek waktu yang sentiasa bergerak. Cuma kekadang, tapi sangat jarang.( macam x pernah je pun) ‘ter’jumpa dan berhubung. Selepas itu, seperti drama2 di TV yang pasti ada penghujungnya, begitulah juga dengan ‘cinta monyet’ ini….T.A.M.A.T….

Tamat bukan bererti habis, tetapi sampai di situ saja aku nak ceritakan kepada kalian tentang pengalaman aku.
Meningkat dewasa, aku mula mengerti bahawa percintaan pada tahap ini mmg sesuatu yang merugikan. Rugi masa untuk berjumpa dan berangan. Rugi duit nak beli hadiah dan topup, rugi dan rugi dan rugi.. Alhamdulillah, di peringkat menengah, walaupun gelora di jiwa terasa ingin ‘berpasangan’ seperti kawan2 lain, tetapi aku tetap dengan prinsip bahawa tiada guna aku terlibat dengan semua ini. Hinggakan aku digelar sebagai orang yang ‘jual mahal’ di sekolah. Memang mahal sehingga tiada yang mampu untuk ‘membeli’walaupun cuba2 untuk membeli.hehehe.. Tak kisah lah mendapat gelaran tersebut kerana sememangnya diri kita ini MAHAL. Bak kata LOREA’L; kerana diriku begitu berharga..Bukan untuk dibuat sesuka hati.

Pendedahan kepada konsep dan prinsip dalam agama membuatkan aku lebih faham. Faham bahawa berpasangan atau istilah ber‘couple’ ini memang sesuatu yang dilarang di dalam islam. Islam bukan hendak melanggar fitrah manusia yang mahu disayangi dan menyayangi, tetapi islam datang dengan satu kaedah yang ‘mencegah sebelum parah’.
Kini aku berada di kampus. Jika dilihat couple2 yang wujud dan melata di kampus, bukanlah yang hanya sekadar mengutuskan surat (seperti aku dulu2, huhu), tetapi saling berpegang tangan, berlaga bahu, memeluk pinggang ketika membonceng motorsikal, malah ada yang berpelukan di hadapan orang ramai dan………x sanggup aku tulis di sini.

SAHABAT2 YANG DIKASIHI DAN DISAYANGI SEKALIAN,
Jika ada di kalangan kalian yang terlibat dengan aktiviti couple ini, bukanlah tujuan aku menulis ini untuk meng’attack’ kalian, tetapi sekadar mahu membuat membuat kalian berfikir. Berfikir bukan sahaja soal keseronokan dan kepentingan diri sendiri, tetapi berfikir sama apa yang difikirkan oleh orang lain.

Bagi aku sendiri, agak kurang senang dengan sahabat2 yang berkelakuan demikian. Demikian juga dengan orang lain yang berfikiran serupa. Bukan membenci individu, tetapi hanyalah perbuatan tersebut. Aku sentiasa sayangkan kalian. Dan kerana sayanglah, aku menulis untuk kalian..juga untuk mengingatkan diri aku.

Dari Abu Sa’id al-Khudri berkata:, aku mendengar rasulullah SAW bersabda,
”Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lisannya, dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Yang demikian itu selemah-lemah iman. ” ( HR Muslim).

Aku yakin kalian maklum dengan hadis di atas. Maka di mana peranan aku untuk melaksanakan tanggungjawab di atas jika aku tidak menegur perbuatan kalian. Aku akui bahawa aku mmg lemah. Tak terdaya untuk menegur kalian di hadapan kalian. Hanya mampu menggerakkan jari-jemari menaip nukilan ini. Dan walaupun kekadang wajah aku menampakkan seolah-olah aku ’redho’ dengan perbuatan kalian, boleh ’tersenyum’ apabila berjumpa dengan kalian ketika sedang berdua2an, ketahuilah sebenarnya tidak.
Takkan terus menerus aku hanya mahu membenci dengan hati akan perbuatan tersebut. Jika orang yang aku tak kenal, mungkin itu saja caranya yang aku mampu walaupun sepatutnya tidak begitu. Tetapi kalian adalah sahabat aku. Maka jika aku hanya melihat, tidak layak sebenar aku bergelar sahabat kepada kalian, kerana hakikat sahabat itu ialah,dia akan menegur kesalahan yang kita lakukan. Maka sahabat sekalian, aku memohon maaf kerana hanya nukilan ini sahaja yang mampu ku nukilkan sebagai ganti kepada tindakan.

Cuma satu pesanku, jika kalian tidak kasihan pada diri sendiri, kasihanlah pada orang sekeliling yang turut sama akan mendapat ’saham’ daripada perbuatan kalian. Janganlah nanti kerana perbuatan kalian, sahabat2 di sekeliling kalian yang terpaksa ’menanggung akibat’ di akhirat lantaran tidak terdaya menegur perbuatan kalian. Harap kalian mengerti.

Janganlah kalian selalu beralasan.. menaiki motor bersama-sama, kononnya kerana kasihan terhadap pasangan yang terpaksa berjalan. melagakan kepala ketika bergambar seolah2 kalian pasangan yang paling ideal..jika betul kalian terlalu kasih antara satu sama lain, sekurang-kurangnya janganlah sampai melakukan perkara2 sedemikian.. Tak perlu ada body contact. Tubuh itu bukan untuk kalian. Cukuplah sekali- sekala berjumpa dalam keadaan yang terbatas. Bukan aku nak mengatakan bahawa perkara tersebut boleh dilakukan, tetapi sekurang-kurangnya lebih baik daripada perbuatan-perbuatan yang sememangnya nampak ’kemaksiatannya’ itu. Allah cukup murka dengan orang yang berbangga dan menunjuk2 maksiat yang dilakukannya.

Akhir kalam, aku harap kalian mengerti apa yang hendak aku sampaikan. Aku cuba menulis dalam keadaan yang penuh rasa kasih terhadap kalian. Jadi sama2 kita berhijrah ke arah yang lebih baik. Dan tugas kalian untuk menegur aku sekiranya aku melakukan perkara2 yang dimurkai Allah. Allah menilai setiap usaha kita..

Sekali lagi....aku memohon maaf jika penulisan ini melukakan hati sahabat2 sekalian. Bukanlah niatku untuk menyakiti sesiapa.

YA ALLAH, BERILAH KEKUATAN KEPADA KAMI YANG LEMAH INI UNTUK KAMI MELAWAN HAWA NAFSU KAMI, DAN UNTUK KAMI BERAMAL DENGAN APA YANG ENGKAU PERINTAHKAN DAN MENINGGALKAN PERKARA YANG ENGKAU LARANG..AMIIINN....

7 comments:

Anonymous said...

salam
tak sangka nta dulu pun 'laku' gak nae kat sekolah..hehe.. nasin baik tak terjerumus kat usm ni. alhamdulillah ( ye ke?ntah2...)

EMIR ANWAR said...

betul ke citer nih?ko create eh...hehehe..

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Musafir, tak kan lalu ja kot..
Nta tu...
Apa kurgnya??

Crita Sekarang ni,
nta Bila lagi?ehem2..

Dok kata kat adik isham ni buat pa??
huhu..

musafir jalan

Anonymous said...

salam syamudin..waaaaaa..bestnya kata2 tuh..=p bagus sesgt...xsgka aku..hg nih rajen gak menulis ek..hehe..truskn usaha anda!!cayok2..weh..kalo hg rajen..bg r nasehat yg beguna kat aku..hhuhu..xkesah la nasehat bebntuk ap skali pong..segitiga..empat segi..=p manusia ni kn slalu lupa??so..ad kwn cm hg..bgs tuk mnginsafi diri..=p

Anonymous said...

syam,yani ni.iryani.aku nye pahaman pn mcm yg hg tulis gak(aku ttp andaikan hg nye crita even if hg copy paste je,i dunt care,da most important is da content.sejak aku kat kuantan ni,br aku taw napa couple tu haram.dlu tetap deny.tetap rsa xslh sbb tgk MAJORITI org bchenta.jeles gak kot.tp skrg,bg aku slain dtgkn maksiat n dosa,if bcouple d jadikan alasan tuk brumahtangga,that's not rite.xkan da very first step tuk create kluarga dgn coupling?cuba kita fikir,bila umah tngga dmulakan dgn sessuatu yg slh d sisi allah,adakah doa yg kita pohon utk kberkatan umah tngga tu sndri akan dtrima oleh allah?ideologi nya mcm klaw seorang hamba derhaka dgn tuannya then mintak pulak ptolongan kat tuan nya tu.adakah tuannya dgn senang ati akn trima?tht's y bg aku,skrg ni byk sgt cerai berai even pasangan tu sblm kawen dh bcinta pat lima thn dh.then,kdg2 anak2 yg lahir,sgt2 degil,byk kruntuhan moral..ini mungkin berbalik kpd asas binaan kluarga tu sndri yg kurang dberkati allah..em..tp kn syam..aku nk tnya hg..pe lg yg aku leh xplain kat sorang mamat ni yg mmg xstuju dgn fahaman aku..aku dh ckp psl dosa tp dia ckp if dok jauh2 mne leh wat dosa..aku ckp,akan ada dosa hati..tp dia still mcm xleh trima..dia mintak ayat quran/hadis..aku ckp psl 'la taqrabu zina'..dia xpaham,dia kata dia x bzina..pastu aku kata xleh sempitkn hujah dgn dalil naqli ja,kna ada dalil aqli gak..dia still xmo trima!aaa..its damn hard to tell those yg mmg xpnah d'educate kn dgn bnda ni.even dak skolah agama pn jahil,apa lg bdk2 skolah biasa yg ksinambungan pngajiannya kat kolej2 swasta.pe aku leh wat?

Malsi Luzzi said...

to syam: yaa...sesungguhnya...wanita tu adalah dugaan tertinggi utk seorang lelaki...lelaki yg lemah akan terjerumus laa ke dalam kancah cinta ini...

to iryani: explain je kat dia apa maksud zina hati tu...

rossees said...

couple..couple..

iryani ada berkata di atas:
kdg2 anak2 yg lahir,sgt2 degil,byk kruntuhan moral..ini mungkin berbalik kpd asas binaan kluarga tu sndri yg kurang dberkati allah.
[emm..mungkin betul..tapi nasib baik saudari letak 'kadang2' kat depan..]
bagi fikiranku, usahlah melulu menyalahkan orang bercouple..kekadang orang yang kutuk2 orang bercouple, tetiba dia pulak yang bercouple..jadilah seorang yang cool ;p.. ada couple yang high educated, kurang terima pendapat orang dan hanya bertindak apabila dia begitu faham..so, buatlah dia sampai faham.. akak aku x pernah nasihat aku supaya jangan couple..tapi abang ipo aku pulak yang bagi nasihat [sedangkan mereka semua bercouple sebelum kahwin] (err..tapi anak2 bijak2 belaka so far..alhamdulillaah..oohh..kenapa abg iparku berkata sedemikian? semestinya dia ada hujah tapi dia x cakap dan aku x pulak rasa nak tanya..ok la..wallaahualam..wassalaam