Friday, May 29, 2009

kerana Allah sayangkan hambaNYA..


"ahh !!! bising la kucing ni..kacau orang nak tidur saja.." "sudah pukul 4.30 pagi.. Ya Allah, aku tak solat isyak lagi...." Alhamdulillah...sebenarnya bukan kucing itu mahu mengacau tidurmu, tetapi Allah tidak mahu hambaNYA meninggalkan solat. maka kucing tadi hanyalah 'asbab' untuk membangunkan engkau dari tidur.

kita sering berdoa kepada Allah
"Ya Allah, jauhkanlah hambaMu daripada maksiat, jauhkanlah hambaMu daripada kejahatan, daripada bencana dan keburukan." itu salah satu caranya Allah memakbulkan doa yang telah engkau pinta daripadaNYA.
sedar atau tidak, kekadang niat kita untuk melakukan sesuatu perkara yang menatijahkan keburukan terhalang oleh sesuatu perkara yang kecil.

contohnya, kita mahu ke suatu tempat yang tidak mendatangkan apa2 kebaikan, malah boleh mendatangkan keburukan. baru hendak bertolak, sesuatu terjadi seperti tayar motorsikal pancit, atau kita terjatuh.

ataupun, sedang asyik kita bermain video game, tiba-tiba elektrik terputus. tak sempat save permainan tadi.

sekali imbas, nampak seperti keburukan, tetapi hakikatnya itulah kebaikan.

jika perkara yang menimpa itu menyebabkan niat kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan terus terbatal dan tergendala, alhamdulillah...

namun kekadang, halangan tersebut hanya berupa amaran kecil..

memang niat kita hendak melakukan sesuatu 'kejahatan', tetapi terhalang oleh beberapa perkara kecil. tanpa menghiraukan halangan tersebut, kita meneruskan juga hasrat melakukan pekerjaan tersebut.

bagaimana kita ????

Sayangnya Allah kepada hamba-hambaNYA, sehingga DIA tidak mahu hambaNYA terlibat dengan perkara yang buruk. sehingga apabila hambaNYA mahu melakukan perbuatan itu pun, Allah masih lagi mahu menghalang untuk kita teruskan dan memberi amaran kepada kita..

tetapi betapa tidak sayangnya kita kepada Allah, sehingga kita tetap meneruskan sesuatu perbuatan buruk itu, walaupun telah diberi amaran dan halangan awal oleh ALlah.

jangan sampai nanti Allah hentikan perbuatan kita itu dengan MAUT ketika kita sedang melakukan sesuatu kejahatan dan keburukan...

setiap sesuatu yang terjadi itu, pasti ada hikmahnya...

sedarlah diri, tatkala disapa oleh amaran Allah...

Allahu'alam...

2 comments:

Anonymous said...

salam ziarah

tahniah, anda telah dilink ke blog http://advencer1408.blogspot.com =)

hajar said...

salam
syam, ingat aku lagi? hehe
nk post kt shout box hg takleh plak ak try so kira roger kt sini la eh..
em bgus+mantap ah hg skrg!
keep up the good work dude!
btw ak linked hg k..