Friday, May 29, 2009

kerana Allah sayangkan hambaNYA..


"ahh !!! bising la kucing ni..kacau orang nak tidur saja.." "sudah pukul 4.30 pagi.. Ya Allah, aku tak solat isyak lagi...." Alhamdulillah...sebenarnya bukan kucing itu mahu mengacau tidurmu, tetapi Allah tidak mahu hambaNYA meninggalkan solat. maka kucing tadi hanyalah 'asbab' untuk membangunkan engkau dari tidur.

kita sering berdoa kepada Allah
"Ya Allah, jauhkanlah hambaMu daripada maksiat, jauhkanlah hambaMu daripada kejahatan, daripada bencana dan keburukan." itu salah satu caranya Allah memakbulkan doa yang telah engkau pinta daripadaNYA.
sedar atau tidak, kekadang niat kita untuk melakukan sesuatu perkara yang menatijahkan keburukan terhalang oleh sesuatu perkara yang kecil.

contohnya, kita mahu ke suatu tempat yang tidak mendatangkan apa2 kebaikan, malah boleh mendatangkan keburukan. baru hendak bertolak, sesuatu terjadi seperti tayar motorsikal pancit, atau kita terjatuh.

ataupun, sedang asyik kita bermain video game, tiba-tiba elektrik terputus. tak sempat save permainan tadi.

sekali imbas, nampak seperti keburukan, tetapi hakikatnya itulah kebaikan.

jika perkara yang menimpa itu menyebabkan niat kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan terus terbatal dan tergendala, alhamdulillah...

namun kekadang, halangan tersebut hanya berupa amaran kecil..

memang niat kita hendak melakukan sesuatu 'kejahatan', tetapi terhalang oleh beberapa perkara kecil. tanpa menghiraukan halangan tersebut, kita meneruskan juga hasrat melakukan pekerjaan tersebut.

bagaimana kita ????

Sayangnya Allah kepada hamba-hambaNYA, sehingga DIA tidak mahu hambaNYA terlibat dengan perkara yang buruk. sehingga apabila hambaNYA mahu melakukan perbuatan itu pun, Allah masih lagi mahu menghalang untuk kita teruskan dan memberi amaran kepada kita..

tetapi betapa tidak sayangnya kita kepada Allah, sehingga kita tetap meneruskan sesuatu perbuatan buruk itu, walaupun telah diberi amaran dan halangan awal oleh ALlah.

jangan sampai nanti Allah hentikan perbuatan kita itu dengan MAUT ketika kita sedang melakukan sesuatu kejahatan dan keburukan...

setiap sesuatu yang terjadi itu, pasti ada hikmahnya...

sedarlah diri, tatkala disapa oleh amaran Allah...

Allahu'alam...

konsert ???

apabila GAMIS mahu membuat KONSERT ANTARA DUNIA, ada suara-suara yang mula mengkritik dan mengatakan sesuatu yang kurang enak didengar.. termasuklah mengkritik Tuan Presiden GAMIS.

Yaa.. !! tak salah mengkritik...

tapi, jangan sampai berlebih-lebihan..

secara peribadi, aku bersetuju dengan konsert ini. NAMUN..perlu dipastikan, konsert yang hendak dianjurkan berlainan dengan konsert2 yang pernah kita bantah untuk dianjurkan.

baca sendirilah komen Tuan Presiden selaku penganjur KAD ni..

http://dzulkhairi.blogspot.com/2009/05/konsert-gamis.html





Monday, May 25, 2009

apabila iman dan nafsu berbicara,,,,

Nafsu : nampak lesu saja,iman?

Iman : owh, nafsu.. aku kurang sihat sedikit. Engkau tu aku tengok, bersemangat saja.

Nafsu : Hmm, mestilah. Hidup bahagia lah katakan?

Iman : bahagia ?

Nafsu : Ya lah. Bahagia, macam raja. Apa saja yang aku nak, manusia sanggup turuti. Aku dijaga, dibelai, dilayan.

Iman : Aku hairan. Mengapa manusia suka sangat ikut apa yang kau suruh.

Nafsu. Iman..iman...macam mana manusia tak suka. Aku ajak manusia buat benda-benda yang seronok, yang lazat. Itu yang mereka suka. Kena lah pandai.

Iman : tapi nafsu.. Perkara yang engkau ajak mereka buat tu, semuanya perkara yang Tuan kita,Allah larang.

Nafsu : manusia mana pernah peduli semua tu. Mereka nakkan keseronokan. Cuba engkau tengok diri kau. Engkau ajak manusia buat perkara-perkara yang bosan, yang susah. Macam mana manusia nak ikut cakap kau. Bila manusia tak layan, tak nak peduli dengan kau, mula lah kau jatuh sakit.

Iman : siapa kata aku ajak perkara yang bosan, yang susah. Sebab manusia ikut cakap engkaulah, mereka tak mahu dengar cakap aku.

Nafsu : ehh !!! salahkan aku pulak.

Iman : aku ajak kepada fitrah. Aku ajak manusia buat benda baik. Aku ajak manusia ingat kepada Allah, Tuhan yang menjadikan mereka, dan yang menjadikan kita.

Nafsu : ya, ya...aku tahu.. perkara yang engkau ajak tu, semuanya baik.

Iman : habis tu?

Nafsu : nak buat macam mana? Dah manusia memang suka ikut aku. Manusia kata, hidup hanya sekali. Masa hidup inilah nak enjoy. Masa hidup inilah nak nikmati sepuas-puasnya. DAN.... aku berikan apa yang mereka nak.

Iman : sepatutnya hidup yang sekali ni, manusia gunakan untuk mencari bekalan. Untuk bersungguh-sungguh beribadah kepada Allah, berbuat kebaikan.

Nafsu : manusia........

Iman : manusia sudah lupa, mereka pernah berjanji dengan Allah bahawa hanya Allah sahaja Tuhan mereka. Disebabkan manusia lupa, Allah dah ingatkan semua itu dalam Al-Quran. Tapi... manusia tak nak juga peduli..

Nafsu : manusia sebenarnya sakit wahai iman. Mereka diserang penyakit ’wahn’. Mereka cintakan dunia, dan takutkan mati. Mereka lupa kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Iman : pandai pulak kau bersyarah.

Nafsu : aku kenal siapa tuhan aku. Aku dilahirkan bersama-sama manusia, sebagai ujian kepada mereka. Ini cara aku patuh kepada Tuhan aku. Manusia memang bodoh kerana ikut telunjuk aku.

Iman : dek kerana leka dengan ajakan engkau, manusia lupa kepada fitrah mereka. Cuba engkau bayangkan nafsu. Manusia ini, andai dia dalam bahaya, pasti dia akan meminta tolong kepada Allah. Bila dia ditimpa bencana, baru dia mahu kembali kepada Allah. Tetapi bila dia senang, berharta, sihat..... dia hanya ingat kepada dunia yang engkau hiasi di dalamnya dengan keseronokan yang merosakkan.

Nafsu : mereka nak mencari bahagia

Iman : bahagia yang sebenar adalah apabila diri dekat dengan tuhan. Bahagia itu
datangnya daripada Allah, tetapi manusia mencari daripada sumber yang lain. Mereka
takkan jumpa. Manusia ada harta yang banyak, kawan-kawan yang ramai, sentiasa
mencari keseronokan dan hiburan semata-mata untuk mencari bahagia. Tapi mereka tidak
pernah tenang, sedangkan tenang itulah tanda bahagia. Dan sesungguhnya dengan
mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Nafsu : panjangnya syarahan….

Iman : kekuatan untuk mengingati Allah datangnya daripada iman. Dan penghalangnya
ialah apabila manusia menuruti nafsu. Betul tak wahai nafsu?

Nafsu : betul..betul..betul.... siapa yang selalu ikut aku, memang akan jauh dari tuhan.
Siapa yang ikut aku, akan rasa susah untuk melakukan amalan. Siapa yang ikut aku, akan
terus mahu mengikut telunjuk aku.

Iman : macam tu punya teruk pun, lebih ramai yang suka ikut kau berbanding aku ya?

Nafsu : sebabnya...manusia sudah BUTA. Bukan manusia dilahirkan dalam keadaan buta,
tetapi manusia sendiri memilih untuk menjadi buta.

Iman : Allah itu Maha Pemurah. Siapa yang mahu kebaikan, Allah akan berikan
kebaikan. Siapa yang minta keampunan, Allah akan beri kemaafan. Siapa yang cari
kebenaran, pasti Allah akan temukan dia dengan kebenaran. Allah juga Maha Pengasih
dan Maha Penyayang. Allah sentiasa memberi peluang kepada para hambaNYA untuk
kembali ke jalan Tuhan. Itu tandanya Allah tak pernah menganiaya hambaNYA, tetapi
manusialah yang sering menzalimi diri sendiri.

Nafsu : jadi?

Iman : jadi... manusia itulah yang menentukan jalan mereka. Sama ada mahu memilih
untuk mengikut jalan IMAN atau mengikut telunjuk NAFSU. Berbahagialah orang yang
memilih IMAN, dan berbahagia jugalah orang yang mengikut nafsu, tetapi kembali
memilih iman sebelum ajalnya tiba. Sengsaralah orang yang terus menerus mengikut
nafsunya sehingga saat malaikat datang mencabut nyawanya.

Nafsu : insaf aku dengar. Nasib baik aku tak dilahirkan sebagai manusia.

Iman : Hmm, aku dah bersyarah panjang tadi. Sebelum pergi, kau ada apa-apa pesanan
tak untuk manusia-manusia yang telah banyak engkau sesatkan. Takkan takdak. Tadi
kata sudah insaf.

Nafsu : perli nampak. OK. Kepada manusia-manusia yang sering menjadikan nafsunya
sebagai ’kompas’ dalam hidup, sedarlah bahawa anda sebenarnya telah memilih jalan
yang salah. Jauh dari petunjuk Allah. Anda sering mengtakan ’bersusah-susah dahulu,
bersenang-senang kemudian’, maka bersusah-susahlah dengan iman, dan tinggalkanlah
jalan senang yang berturapkan nafsu. Sesungguhnya yang ’susah’ itulah indah, dan yang
’senang’ itulah malang. Masih belum terlambat untuk semua itu. Kembalilah wahai
Manusia...

Iman : terharu....

Nafsu : hehehehe.

**dialog ini hanya rekaan semata-mata. Ambil yang baik, tinggal yang buruk.




Sunday, May 24, 2009

NIKMAT UJIAN


Nikmat Allah kepada manusia bukan sahaja dalam bentuk kesenangan material yang dapat dilihat dengan mata, tetapi datang dalam pelbagi bentuk dan rupa. Mampu tersenyum dan berlapang dada ketika menerima ujian juga merupakan satu nikmat yang sangat besar, anugerah Allah kepada manusia.

Menjadi Ahli Jawatan Kuasa Orientasi (AJKO) semasa Minggu Pendaftaran Pelajar Baru (MPPB) Kolej Matrikulasi Perak sangat memberi kesan di dalam hati

. Jika sewaktu aku mendaftarkan diri di matrikulasi, ada abang-abang dan kakak-kakak yang ‘menyambut’, serta membantu, inilah masanya untuk kita sebagai bekas pelajar untuk kembali mencurahkan bakti kepada ‘bumi’ yang banyak berjasa. Keseronokan ditambah dengan kehadiran adik-adik, pelapis gerak kerja dakwah di kampus menghiasi MPPB.

Namun hari jumaat itu, diri dilanda kekalutan. Beg yang diletak dianjung masjid tiba-tiba lesap, hilang dari pandangan selepas solat jumaat. Seluruh tempat digeledah, seluruh bilik dalam masjid diredah. Namun masih belum bertemu dengan beg oren kesayangan.

Petang itu, ketika mengadakan perbincangan dengan beberapa orang sahabat dan pensyarah, seorang pensyarah memberitahu, terdapat sebuah beg di dalam tandas di bilik wudu’. Terus aku bergegas melihat. Memang benar, beg aku berada di sana. Diletaknya beg kesayangan aku di atas lantai tandas. Sungguh tidak patut, kerana terdapat buku yang bertulis ayat-ayat al-quran di dalamnya.

Aku terus memeriksa kandungan beg tersebut. Seperti yang dijangka, kamera pertama dalam hidupku telah tiada. Aku menggelengkan kepala.

”tak patut sungguh. Kalau nak ambil pun, setidak-tidaknya tinggalkanlah ’memory card’. Baru pagi tadi aku bergambar dengan adik-adik ’kumpulan mentor-mentee. Itulah satu-satunya gambar kenangan aku bersama dengan adik2 KMM121.

Aku berusaha memujuk hati, supaya tidak bersedih dengan kehilangan ’aset’ tersebut. Sekuntum senyuman ku ukir sendirian, sedaya upaya memberi ketenangan kepada diri.

Pagi keesokan harinya, ketika hendak mengambil sesuatu bahan daripada laptop sahabat, aku mencapai beg. Namun setelah digeledah, baru aku sedar. Bukan hanya kamera sahaja yang hilng, rupa-rupanya ’external hard-disc’ 250GB yang baru dibeli tidak sampai 2 minggu, yang juga yang pertama dalam hidup turut sama di ambil semalam.

Lebih menyesakkan diri, gambar-gambar kenangan sepanjang beberapa tahun hilang semuanya. Juga klip video dan lain-lain yang disimpan hilang dalam sekelip mata.

Walaupun sedikit sedih dengan kehilangan tersebut, hati masih mampu bertenang. Mungkin ada hikmah di sebalik kehilangan tersebut. Walaupun susah untuk meneliti apa hikmahnya, namun pasti ada kebaikan di situ.

Sangat kecil dugaan yang aku terima sebagai ujian kepada iman jika hendak dibanding dengan para pejuang agama Allah di muka bumi.

SATU MALAM.

Selesai MPPB di KMPk, aku terus ke Selangor, mengiringi adik-adik ke tempat Training. Cadangan asal, hanya pergi untuk menjadi pengiring dan pemantau. Namun, akibat kekurangan tenaga kerja, aku diminta untuk menjadi urusetia program untuk bahagian teknikal.

Belum sempat berehat panjang, tugasan pertama menyusul. Aku ditugaskan mengambil para peserta di stesen tren. Aku memandu kenderaan di tempat yang sangat asing, mengikut di belakang sahabat yang juga tidak tahu selok belok jalan ke stesen tersebut.

Sesat... hampir 30 minit kami berpusing-pusing di kawasan yang sama dan sudah sangat hampir dengan tempat yang hendak dituju, tetapi tetap tidak menjumpainya. Itu perkara biasa.

Enjin kereta mati di tengah jalan, kemudian tidak dapat dihidupkan sehingga pemandu kenderaan di belakang memarahi aku. Itu juga masih belum ’menyeronokkan’.

Sebelah malamnya pula, aku perlu membuat ’trip’ kedua untuk mengambil peserta yang baru sampai. Beberapa kereta pergi serentak. Aku membawa 5 orang peserta lelaki. Ketika perjalanan pergi, aku ditinggalkan kerana enjin kereta tidak dapat dihidupkan.

Perjalanan pulang lebih ’menyeronokkan’. Selepas belok di satu simpang, tiba-tiba kedengaran bunyi yang pelik, seolah-olah kereta sedang mengheret sesuatu.

”terlanggar apa-apakah”. Aku berbisik di dalam hati. Aku berhenti untuk melihat di bawah kereta. Tiada apa-apa yang tersangkut. Perjalanan diteruskan, tetapi bunyi tersebut masih tetap ada. Aku berhenti sekali lagi. Kali ini aku memeriksa tayar. Tiada tayar yang kempis. Lalu aku cuba meraba-raba tayar tersebut.

”haaaa.....” terdapat satu kunci yang terikat pada ’keychain’ tertusuk masuk ke dalam tayar.

Aku bertanya kepada adik-adik peserta, mahu dicabut atau biarkan sahaja. Andai dicabut, pasti akan bocor. Lalu aku membuka keychain tersebut dan kami putuskan untuk teruskan perjalanan dalam keadaan kunci tersebut masih tercucuk pada tayar.

”bismillahi tawakkaltu ’alallah....” kami teruskan perjalanan. Setiap pusingan tayar menyebabkan kunci yang sedikit tertonjol keluar itu berbunyi. Sungguh tidak selesa memandu dalam keadaan demikian.

Dalam hati, aku berdoa supaya tayar tersebut tidak bocor di atas bukit. Gelap, berbukit dan dikelilingi hutan dan semak. Itulah jalan yang terpaksa kami lalui sebelum dapat sampai ke kawasan yang berpenghuni.

TAKDIR ALLAH

Bukan kerana doa tidak dimakbulkan, tetapi perancangan Allah tetap mendahului segala-galanya. Kira-kira 10 minit memandu dalam keadaan tayar yang tertusuk kunci, sampai sahaja di puncak bukit, tayar kereta tidak dapat lagi menampung bebanan. Terpaksa juga ’ia’ menyerah kalah.

”tayar kereta sudah pancit.” aku memberitahu adik-adik peserta. Jam menunjukkan pukul 11 lebih. Kami tersadai di tepi jalan, di atas bukit, dalam kegelapan malam yang langitnya dihiasi beribu juta bintang-bintang.

Mujur, 2 kereta urusetia yang lain yang berada di belakang berhenti apabila mendapati kereta yang aku naiki tersadai di tepi jalan. Walaupun terlajak hampir 50 meter ke hadapan.

Adik-adik peserta terus menjalankan kerja. Bonet kereta dibuka. Satu persatu barang dikeluarkan. Dicarinya jika terdapat alatan-alatan untuk menanggalkan tayar yang telah pancit.

Alhamdulillah, semuanya ada. Jek, penanggal skru palang, serta tayar spare. Cuma tayar tersebut telah kempis. Terpaksa diberi kepada urusetia lain untuk di pam di stesen minyak yang entah berapa kilometer di hadapan.

Operasi seterusnya....Menanggalkan tayar yang sudah bocor.

Hanya bersuluhkan cahaya lampu suluh, serta lampu kereta yang sesekali memecut laju di situ, kerja bermula.

UJIAN BERMULA

Seorang peserta ditugaskan mengawal kenderaan yang lalu di situ. Isyarat diberi dengan lampu suluh supaya keberadaan kami di tepi jalan itu disedari kerana kami berada betul-betul di tepi jalan selepas selekoh.

Sepatutnya, kerja membuka nat tayar tidaklah terlalu sukar, lebih-lebih lagi dengan tenaga sebanyak 7 orang, termasuk seorang lagi peserta yang terpaksa ditinggalkna kerana berganti tempat dengan tayar spare.

Entah berapa tahun nat kereta tersebut tidak dibuka. Seolah-olah ada gam yang diletakkan untuk mengunci mati tayar tersebut. Habis segala usaha dibuat, namun masih belum mampu untuk menanggalkannya.

Tambahan pula, masing-masing dalam keadaan kepenatan, dan belum makan malam walaupun sudah hampir pukul 12 malam. Ada juga peserta, termasuk aku sendiri masih belum makan tengah hari. Mungkin itu salah satu faktornya, tetapi mungkin juga bukan itu faktornya kerana sampai bengkok penanggal nat palang, tetap tidak dapat membuka nat tersebut.

Gaya, bermacam-macam gaya sudah dibuat termasuk melompat-lompat di atas palang. Namun masih belum berjaya ditanggalkan, malah langsung tidak dapat menggerakkan nat.

Kenderaan yang lalu lalang sangat laju. Malah kami juga telah memakan hampir suku jalan dalam usaha untuk menanggalkan tayar. Akibat terlalu bahaya di situ, adik-adik peserta mencadangkan supaya kami turun ke kawasan yang lebih landai dan selamat. Mereka meminta aku mengawal kenderaan, menuruni bukit sementara mereka berlari-lari mengikut di belakang kereta.

Terharu melihat keadaan mereka. Sudahlah penat, baru sahaja sampai, tidak sempat berehat. Tiba-tiba terpaksa mengharungi peristiwa ini.

”Tak apa, ini tarbiyyah daripada Allah.” seorang peserta bersuara.

”peserta lain belum pun memulakan program, antum semua sudah dapat tarbiyyah di sini.”

”bukan semua orang yang berpeluang mengharungi keadaan macam ni.” aku menambah. Kami berbicara tentang tarbiyyah dan ujian.

Ini juga merupakan satu bentuk tarbiyyah kepada diri aku sendiri. Sejauh mana kita redho dengan ketentuan yang telah Allah tetapkan.

Dalam satu-satu program berbentuk motivasi, tarbiyyah dan sebagainya, sepatutnya para penggerak program lebih banyak ditarbiyyah. Aku suka terlibat dengan program-program seperti ini.

Jika telefon bimbit pun perlu sentiasa dicas, inikan pula iman yang selalu sahaja menurun. Program tarbiyyah selalu menekankan soal ibadah dan lain-lainnya.

Mungkin ada yang mengatakan, semasa berprogram sahaja kita solat berjamaah, berqiamullail, dan lain-lain. Habis program, tidak pula dipraktikkan. Tapi bagi aku, apa salahnya ? sekurang-kurangnya jika kita tidak pernah melakukan semua itu, bukankah ini peluangnya? Lebih baik daripada langsung tidak pernah melakukan.

Menjadi penggerak program juga melatih diri berkorban. Masa, tenaga dan harta diinfakkan untuk kebaikan. Sekurang-kurangnya, kita tahu ke mana semua itu dilaburkan. Bukan kepada perkara-perkara yang sia-sia, tetapi untuk tujuan yang mulia, iaitu untuk ’membina generasi’.

Selepas hampir 1 jam kami mencuba, masih belum dapat dibuka tayar tersebut. Urusetia telah membawa tayar yang sudah dipam, tetapi tidak dapat dipasang. Akhirnya, bantuan Allah tiba. Seorang senior bersama isterinya yang baru pulang dari tempat program datang membantu. Mujur, dia juga merupakan seorang yang terlibat dalam bidang ’pomen’. Dikeluarkannya alatan2 yang pertama kali digunakan. Setelah bersusah payah, dapat juga tayar tersebut ditanggalkan dan diganti dengan tayar ganti.

Kerana terlalu ramai peserta di situ, dia sanggup berpatah balik untuk menghantar. Tidak ramai yang sanggup berkorban dan bersusah payah. Aku teringat kepada seorang penceramah yang pernah dijemput untuk mengisi slot kuliah subuh @ kuliah maghrib (tak berapa ingat) dalam satu program. Dia terpaksa bertolak dari rumah pada pukul 2 pagi, dan terpaksa tidur dalam perjalanan. Kemudian, terpaksa pula meredah hutan sebelum sampai ke tempat program. Tetapi slot yang diisinya hanya sebentar. Tidak pula dia mengeluh walaupun tidak dibayar seperti ‘prostaz2’ yang mencecah ribuan ringgit kekadangnya. Mungkin hanya sekadar dibayar tidak lebih daripada duit minyak.

“bagaimana mereka sanggup berkorban seperti itu.?” selalu aku bertanya pada diri sendiri.

Sanggupkah aku berkorban seperti itu? Aku masih belajar, bujang pula. Masih belum berkeluarga, punya isteri dan anak-anak. Sudah terlalu ramai yang kecundang, berundur daripada medan dakwah apabila keluar dari kampus. Harapnya aku dan sahabat-sahabat tidak diuji seperti itu.

SANG MURABBI

Aku baru berkesempatan untuk menonton filem tersebut semalam. Sangat besar pengorbanan seorang insan yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada jalan dakwah. Jauh sungguh jika hendak dibandingkan dengan diri sendiri. Tidak layak langsung aku meletakkan diri dalam kelompok ‘aktivis muslim’ apatah lagi sebagai ‘pejuang agama Allah’.

Satu perumpamaan yang diberi oleh ‘si murabbi’:

adaikan sekor monyet memanjat hingga ke puncak pokok kelapa. Tiba-tiba datang angin taufan serta ribut yng kencang. Apa akan terjadi? Pastinya monyet tadi akan lebih kuat cengkamannya pada pokok tersebut. Jadi, monyet itu terselamat dan tidak jatuh dari pokok.

Tetapi, apabila angin bertiup dengan lembut dan nyaman sekali, monyet tadi terasa begitu asyik, sehingga terlena. Akhirnya dia terlepas genggaman pada pokok tersebut lalu jatuh ke tanah.

Hakikatnya, semakin besar ujian yang dihadapi oleh seorang muslim, sepatutnya lebih kuat ’cengkaman’ dan ikatannya serta pengharapannya kepada tempat bergantung iaitu Allah. Dan apabia seseorang itu tidak diuji, kekadang akan menyebabkan dia terleka dan lalai akibat keadaan yang selesa, lalu dia terlupa kepada Allah.

Semasa dakwah Rasulullah masih di peringkt sirr iaitu secara sembunyi, Baginda tidak mendapat tentangan daripada kafir Quraisy, kerana mereka menganggapnya sebagai kelompok ’Hanif’ yang mahu menyucikan diri. Namun apbila Rasulullah mula berdakwah secara terang-terangan, maka disitu mula wujud penentangan dan halangan.

Hasil tentangan dan halangan inilah yang mennyebabkan umat islam ketika itu menjadi semakin kuat dan matang dalam menghadapi segala ujian. Dan pengharapan serta pergantunggan kepada Allah lebih kuat mencengkam hati sanubari setiap individu.

Itulah NIKMAT UJIAN..

Allahu’alam.




Tuesday, May 5, 2009

HIJAU ITU PAS ???

HIJAU = PAS
SUKA HIJAU = SUKA PAS

mudahnya sifir tersebut ??

salahkah jika blog diwarnakan dengan warna hijau??
salahkah jika seseorang itu meminati warna hijau ??
salah jugakah sekiranya warna hijau itu merupakan warna yang mewarnai lambang PAS ?

aku hairan dengan sesetengah kelompok manusia ini..

asalkan ada sahaja warna hijau, dikatakan dia ini orang PAS.

apabila diminta untuk memilih warna untuk sesuatu perkara, lalu warna hijau yang dipilih, maka dikaitkan individu tersebut dengan PAS.

mengapa jika dipilih warna merah tidak pula dikaitkan dengan UMNO.
tidak pula dikaitkan dengan BN apabila warna biru tua yang diminati..

terpulanglah kepada individu untuk menyukai warna apa sekalipun.
dan terpulang jugalah kepada individu untuk mnyokong parti apa sekalipun..

seolah-olah jika memilih warna merah atau biru, maka kehidupan ini akan diredhai..
jika memilih warna hijau, menjadi kesalahan yang hakiki...

aku juga meminati warna hijau....JADI ???

DALAM KEGELAPAN..KU MENCARI CAHAYA


jika eropah dahulunya melalui zaman kegelapan akibat bercelarunya 'ulama'2' gereja menafsirkan agama mereka...

'kecelaruan' itu turut sama kurasai ketika ini. zaman kegelapan ini juga akibat 'tersalah tafsir' agama. bukanlah agama islam itu mengajar beribadah menurut kefahaman orang kafir semata-mata, tetapi yang lebih penting aplikasi dan penghayatan ibadah itu dalam kehidupan seharian.

hal ini turut diakui oleh seorang kristian yang pernah aku lontarkan soalan kepadanya.

"apakah yang anda tahu tentang islam"

jawabnya "islam itu bukan sekadar ibadah, tetapi satu cara hidup."

orang bukan islam juga mengerti bahawa islam itu mencakupi cara hidup yang sentiasa terikat dengan Allah. Tetapi bagi seorang muslim yang tidak menyedari hakikat itu, amatlah malang sekali dirinya.


IBADAH OK TIDAK BERMAKSUD KEHIDUPAN JUGA OK

ibadah itu umpama teori, praktikalnya dibuktikan dalam kehidupan seharian.

"sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan munkar"

solat lima waktu - beres
puasa - beres
sedekah - beres
ibadah sunat - beres

namun mengapa masih tidak dapat 'mencegah perbuatan keji dan munkar'?

mungkin ibadah beres dari sudut SAH, namun bukan dari sudut DITERIMA.

ibadah yang dilakukan TIDAK SEMESTINYA diterima oleh Allah dan dikira sebagai amalan kebaikan. tetapi kemunkaran PASTI dikira sebagai kesalahan.

aku sedar, aku perlu segera keluar daripada belenggu ketidakfahaman ini. mengetahui tetapi tidak mengamalkan samalah dengan tidak faham.


BERUBAH TETAPI TIDAK ISTIQAMAH.

perkara yang paling membimbangkan diri ialah tidak istiqamah dalam amalan.

"aku bertekad akan sentiasa melakukan 'kebaikan' itu"

"aku juga berjanji tidak akan ulangi 'kesilapan' itu"

sekadar lafaz berjanji dan bertekad tidak memberi apa-apa makna melainkan benar-benar beriktikad akan terus berpegang kepada janji tersebut sehingga akhir hayat.

benar iman kekadang naik dan kekadang menurun. namun, janganlah menurun sehingga jatuh tersembam dan tiada lagi upaya untuk bangun semula. andai ajal sampai ketika tertiarap tidak terdaya untuk bangun, alangkah ruginya hidup ini.

SALAH ANGGAP 'ALLAH MAHA PENGAMPUN'

benar, Allah Maha Pengampun. namun ampunan Allah untuk hamba2NYA yang benar-benar berhajat kepada ampunan. bukan kepada hambaNYA yang berhajat 'menghalalkan' perbuatan.

seorang maknyah ketika ditemubual oleh MASTIKA mengatakan bahawa Allah itu Maha Pengampun. Allah tahu segala isi hati kami, bertujuan untuk 'menghalalkan' perbuatan kejinya itu. lalu berselindung di sebalik sifat Allah.

jangan lihat kepada maknyah. lihat diri sendiri.

"adakah aku pernah bersikap seperti maknyah tersebut."

jika benar, lebih buruklah perbuatan kita berbanding maknyah tersebut kerana kita tidak diuji dengan berada di tempatnya, tetapi kita ditempatkan dengan orang-orang yang faham tentang agama...

KEGELAPAN ATAS KEGELAPAN

ada dua keadaan yang menyebabkan KEGELAPAN.
pertama ialah kerana tiadanya cahaya.
kedua kerana tidak berupaya untuk melihat iaitu buta.

andai kegelapan itu kerana tiada cahaya, masih ada peluang untuk melihat. dengan syarat perlu mencari sumber-sumber cahaya yang dapat kembali menerangi kegelapan tersebut.

namun andai kegelapan itu kerana buta, maka hiduplah ia dalam kegelapan selama-lamanya. kecuali dengan kehendak Allah, mata yang buta boleh kembali celik.

ku pasti, kegelapan ini kerana aku berjauhan dari sumber cahaya dan bukannya kerana buta. aku perlu sedaya upaya mengharung kegelapan ini.

semoga aku diberi kekuatan agar dapat berjumpa dengan sumber cahaya tersebut sebelum langkahku terhenti, sebelum denyutan nadi mati.

Ya Allah....

terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMU,
sepertimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMU.

*** aku menulis untuk muhasabah diri sendiri.........





BAGAIMANA RESPON KITA ??

Kasihan aku melihat Chef Kamarul, hos rancangan AKADEMI 1001 RASA BABAS 2009, terkejar ke sana ke mari mencari bakal-bakal peserta atau pelajar akademi rancangan tersebut. Beliau mencari para peserta di sekitar Kuala Lumpur.

Masalahnya ialah respon daripada orang ramai yang bagi aku, sangat tidak memuaskan. Aku pernah menulis tentang ini dalam artikel ‘berilah kerjasama’, tetapi apabila aku menonton rancangan tersebut, aku terpanggil untuk menulis sekali lagi.

Apabila hos tersebut cuba mendekati dan menegur untuk menemuramah orang ramai, ada yang langsung tidak mempedulikan teguran tersebut, ada yang hanya berdiam diri apabila disoal, ada yang berpaling, dan ramai juga yang melarikan diri, menyorok di belakang tembok sehingga dikejar-kejar oleh hos tersebut.

Mengapa perlu berpaling, menyorok dan lebih teruk melarikan diri? Adakah kerana takut kepada kamera?

Aku melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati kepada bapa, ketika kami sedang makan malam bersama. Aku bertanya mengapa perlu begitu? Masyarakat Malaysia terutamanya Melayu (walaupun bukan semua) sangat tidak sporting. Sukar untuk memberi kerjasama. Aku juga memberitahu bapa bahawa sebagai seorang yang pernah terlibat dalam aktiviti survey dan menemuramah orang awam, aku sangat rimas melihat gelagat orang ramai dalam rancangan tersebut.

Walaupun begitu, aku cukup terhibur melihat aksi-aksi mereka yang respon terhadap hos tersebut.

“pandai masak tak?” tanya hos tersebut kepada seorang lelaki.

“aku lelaki, mana tahu masak-masak ni.” Dia menjawab

“aku lelaki juga, pandai ja masak.” balas hos tersebut yang merupakan chef dan tenaga pengajar di UiTM Pulau Pinang.

Satu Malaysia melihat respon lelaki tersebut.

Apa-apa pun, tahniah kepada Chef Kamarul kerana begitu sporting dalam mencari bakal-bakal pelajar untuk akademi tersebut.

Jika anda yang ditegur untuk ditemuramah, apakah respon yang akan anda berikan ??
Sebelum melarikan diri, letakkan diri anda sebagai orang yang menyoal. Jika tidak mahu terlibat atau menyertai apa-apa sekalipun, beritahu dan terus terang, dan bukannya buat-buat PEKAK DAN BISU. Lebih tidak patut MELARIKAN DIRI.

”saya ada hal. Perlu cepat. Maaf”

”sorry, saya tak berminat. Terima kasih ya.!!”

”Hmm, tak nak kot. Saya dah ada ’benda’ ni. Thanks.”

Jika kita mahu menolak permintaan itu, sekurang-kurangnya jawab pertanyaan tersebut, dan sertakan ayat-ayat seperti “maaf” dan “terima kasih” yang sedikit sebanyak dapat ‘menyejukkan’ hati mereka yang bertugas.

Jangan sesekali melemahkan semangat mereka yang melakukan tugas tersebut. Ada diantara mereka yang kali pertama melakukan tugasan sedemikian. Ada juga yang tidak berminat melakukan, tetapi terpaksa atas beberapa sebab. Respon-respon yang negatif akan mematahkan semangat golongan-golongan seperti ini.

Malu ada tempatnya......

Allahua’lam.

Friday, May 1, 2009

langkah pertama..


tangan diangkat....
senyuman diukir....

namun, langsung tiada respon dari 'orang itu'..
jangankan senyuman, hatta bibir pun langsung tidak bergerak...

lalu, terdetiklah di hati...
"sombongnya orang itu..."

adakah ayat itu yang lahir dari hati ??

BAIK !!!!

situasinya begini....

kekadang, ketika melalui post2 guard, aku akan mengangkat tangan, sambil melontarkan senyuman. kekadang disertakan dengan salam...

namun, tak semua yang membalas 'sapaan' tersebut.

ada yang akan membalas balik dengan senyuman sambil mengangkat tangan.
kekadang ada juga yang membalas salam..

tetapi, ada juga yang langsung tak peduli. malah dilarikan pandangan ke arah lain..

kekadang terasa seperti tidak dihargai...
mungkin pernah terdetik di hati, tak perlu lagi menegur orang tersebut...
apa aku peduli. lalu sahaja di situ. pandang ke arah lain. habis cerita..

bolehkah kita berfikiran sedemikian ??
patutkah kita mempunyai perasaan begitu ??

berkali-kali aku mempersoal diri sendiri..
adakah kerana sekali sapaan kita tidak dibalas, langsung kita bertekad untuk terus tidak menegur..??

bukankah senyuman yang menyenangkan itu juga merupakan satu dakwah.
malah dikira sebagai sedekah...

manusia itu pelbagai..
ada yang mudah mesra..
pertama kali bersua, seolah-olah sudah berkawan lama.

mungkin yang tidak membalas teguran itu kerana tidak mengenali kita.
atau mungkin masih belum biasa.
atau mungkin hari itu ada masalah yang melanda.

SIAPA TAHU ???

biarlah apa juga reaksi orang terhadap kita..

PERSOALANNYA .....

adakah kita sudah memulakannya?
atau kita mengharapkan orang lain yang mula, kita menyusul kemudian...

dalam dakwah, seorang dai'e yang perlu memulakan langkah, mendekati mad'u..
kemudian, apabila sudah terbiasa, barulah mad'u itu akan senang untuk datang mencari dai'e yang pernah mendekatinya..

suatu hari, aku menaiki motorsikal di sebuah perkampungan nelayan. motorsikal dipandu perlahan. di hadapan, ada 2 orang pemuda baru memberhentikan kenderaan. aku bertembung muka dengan mereka sepintas lalu. tiada sebarang reaksi pada wajah masing2.

oleh kerana tersilap jalan, aku terpaksa berpatah balik, juga perlu melintasi pemuda sebentar tadi. mata kami bertembung. masing-masing memandang, seolah-olah melihat makhluk asing. wajah dibiar tanpa sebarang perasaan yang terpancar. terdetik di hati, "buat tak tau saja dengan depa." persepsi negatif mula bersarang..

aku cuba membuang perasaan negetif tersebut, lalu melontarkan senyuman seikhlas mungkin.

spontan.. daripada wajah yang kaku, terukir senyuman di wajah pemuda itu.. aku dapat melihat pada wajah pemuda itu satu perasaan 'tidak sangka'.. mungkin dia tidak pernah menyangka untuk mendapat 'sedekah' daripada makhluk asing ini.

aku sangat berpuas hati, bukan kerana berbangga. tetapi kerana bersyukur..

sebenarnya masih ramai di luar sana yang lembut hati mereka. wajah yang sekilas pandang tidak dapat ditafsir bagaimana sifat dan peribadi mereka...

itu baru senyuman, hati manusia sudah bisa berubah. apatah lagi jika kita datang dalam keadaan yang baik. bertutur dalam keadaan yang baik. memberi nasihat dalam keadaan yang baik. seperti yang dilakukan dalam LANDAS.

pepohon itu bergoyang dengan izin Allah, namun yang menyebabkan ia bergoyang ialah angin..

begitu juga dengan hati manusia. kita bisa menghembus 'angin' untuk 'membuai' pepohonan hati manusia.

angin lembut akan membuai dan mendamaikan hati.
namun, hembusan yang kuat dan ganas bisa menumbangkan hati, lalu hati itu mati.

semuanya bermula daripada kita...

adakah kita sanggup untuk memulakan 'langkah pertama?'..

selalunya langkah pertama ialah langkah yang paling sukar. seperti kanak-kanak yang baru hendak belajar berjalan. akan terjatuh berkali-kali. namun sekali langkah bermula, kita akan mampu untuk terus berjalan malah berlari...

selesai habis mesyuarat, aku terus menyertai sahabat-sahabat IPSI. praktikal dakwah non-muslim di Queensbay Mall. ini kali pertama aku terlibat. kaedah yang dibentangkan agak mudah. pergi mendekati non-muslim, berbual apa-apa yang berkaitan dan kemudian berikan 1 'gift' yang sangat menarik. terkandung di dalamnya ringkasan tentang islam.

aku bersama seorang sahabat mula berjalan. tingkat bawah habis dilawati. naik pula ke tingkat 1. sama juga, masih belum ada orang yang disapa. hanya mampu melihat-lihat gelagat manusia. sukarnya untuk memulakan bicara. lebih-lebih lagi, untuk berbicara tentang islam dengan non-muslim. sering teragak-agak untuk pergi atau tidak.

naik pula ke tingkat 2, kami ditegur oleh seorang perempuan cina yang hendak mempromosikan pakej CIMB. selesai dia memberi penjelasan, sahabat aku mula berbicara, memberitahu matlamat keadiran kami kepada perempun cina tersebut. aku hanya menjadi pendengar yang setia. mahu mendapatkan pengalaman untuk aku sendiri amalkan.

"OK, kita berpecah ya?" aku memberitahu sahabat tersebut.

masih ragu-ragu untuk bertindak, sehinggalah aku mendekati seorang promoter. dengan alasan untuk menjalankan 'survey', kami berbicara. beliau merupakan seorang kristian yang berpegang teguh dengan agama. malah menghormati agama yang lain. berbicara tentang islam dan terroris, jawapannya sangat memuaskan.

JANGAN MENYESAL...

tak rugi jika kita mencuba. aku yakin, semua faham dengan kata-kata tersebut. cuma, tak semua yakin untuk cuba mempraktik, termasuk diriku.

satu hari, aku terpaksa pulang awal ke rumah untuk menyelesaikan beberapa perkara sebelum outstation pada waktu malam. ketika itu aku masih di kilang, berpraktikal. aku memberitahu supervisor tentang perkara itu.

"You bagitau Boss la."

"aisey, perlu ka? tak payah laaa...." aku takut untuk meminta kebenaran daripada bos. lagipun, rekod aku bukanlah baik sangat..(tak buat hal pun)

"hmmm, tak apa lah. tak perlu balik." aku tetap enggan memberitahu bos.

"nak takut apa? call saja la." bos pada masa itu tiada di kilang.

"takpa2. nanti saja selesaikan." aku beralasan semata-mata kerana takut untuk memberitahu bos kerana aku yakin permintaan aku tak akan ditunaikan.

namun setelah berkali-kali dipujuk, akhirnya aku akur juga. dalam keadaan yang berdebar-debar, aku meminta kebenaran bos.

perbualan yang sekejap itu akhirnya membuahkan hasil...

kalaulah aku teruskan juga keengganan untuk tidak menghubungi bos, pasti aku tidak dapat pulang awal untuk menyelesaikan beberapa perkara sebelum bertolak pada sebelah malam....

tak rugi kan kalau mencuba...??

yang penting, kita sanggup memulakan langkah pertama...

kerana tanpa yang pertama, mana mungkin ada yang kedua dan seterusnya...

ALLAHUA'LAM....