Wednesday, March 10, 2010

Fitrah Perjuangan Si Anak Ayam...


Berada di lapangan dakwah bukanlah suatu amanah yang mudah. Ia memerlukan mujahadah supaya tidak mudah goyah, tidak juga rebah.

Masuk ke medan secara tergesa-gesa, akhirnya mendapati diri tidak bersedia. Lalu menjadi mudah putus asa, mudah pula kecewa.

Maka, amat penting untuk sentiasa memperbaiki diri, supaya amanah yang diberi oleh Ilahi dapat kita penuhi.

Setelah berada di lapangan pula, kekadang ujian datang bertimpa-timpa. Saban hari, dugaan datang menjengah diri. Saban waktu, fikiran menjadi tersangat buntu. Lalu hati berbisik "Di mana pertolongan Allah?" seperti yang pernah diungkap oleh para sahabat kekasih Allah sewaktu di Makkah.

Bukan Allah tidak mahu menolongmu, tetapi ujian itulah yang akan mematangkan dirimu. Ujian itu jugalah tanda ingatan Allah kepadamu. Supaya kamu dapat menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Itulah kehidupan dunia sebenar. Dan itulah sunnah Allah.

Perumpamaannya telah Allah letakkan pada kejadian seekor makhluk bernama AYAM.


Kata-kata Dr. Yusuf Al-Qaradhawi yang dipetik daripada buku 'Kemuncup Dalam Perjuangan-TGNA' :-

"Misalan iman di dalam hati manusia seperti anak ayam yang baru hendak menetas dari telurnya. sebelum anak ayam ini membesar, ia dahulunya adalah seperti bayi kecil yang berada di dalam telurnya. Apabila sampai masanya dia menetas, langkah pertama yang dilakukannya ialah menebuk-nebuk kulit telur dengan muncungnya. Ia akan menebuk sehingga kulit telur yang didiaminya tembus. Mula-mula keluar muncungnya, kemudian kepalanya dan akhir sekali kulit telur yang selama ini menjadi dinding yang melindunginya retak dan akhirnya pecah.


"Misalan iman di dalam hati manusia seperti anak ayam yang baru hendak menetas dari telurnya. sebelum anak ayam ini membesar, ia dahulunya adalah seperti bayi kecil yang berada di dalam telurnya. Apabila sampai masanya dia menetas, langkah pertama yang dilakukannya ialah menebuk-nebuk kulit telur dengan muncungnya. Ia akan menebuk sehingga kulit telur yang didiaminya tembus. Mula-mula keluar muncungnya, kemudian kepalanya dan akhir sekali kulit telur yang selama ini menjadi dinding yang melindunginya retak dan akhirnya pecah.

Sekali-sekala apabila tuan punya ayam tadi melihat anak ayamnya sedang berusaha memecahkan telur sebelum ia berjaya keluar, dia terasa seolah-olah mahu menolong memecahkan telur itu supaya anak ayam tadi dapat keluar dengan cepat dan selamat tanpa perlu bersusah payah.

Dari sudut ilmu haiwan, tindakan kita menolong mengoyakkan kulit telur ini adalah salah. Allah SWT sewaktu mencipta anak ayam, DIA tahu bahawa anak ayam ini sejenis makhluk yang mempunyai nyawa yang berharga. Dia tahu bahawa seekor anak ayam yang sebegini lemah tidak akan berdaya keluar ke muka bumi ini sekiranya tidak melalui proses seperti ini. Oleh itu, sekiranya kita membantu dengan mengoyakkan kulitnya, bermakna kita sedang mendedahkan anak ayam tadi kepada bermacam-macam malapetaka, yang mana anak ayam tadi belum bersedia menerima bala dan ujian yang sebegitu besar baginya.

Kita dedahkan ia kepada udara panas sekali gus. Kita dedahkan ia kepada udara sejuk sekali gus, kita dedahkan ia kepada nyamuk sekali gus, kita dedahkan ia kepada semut sekali gus yang mana sekiranya kita koyak dan letak anak ayam di suatu tempat, maka segala jenis semut dan nyamuk datang menggigit, dan ia tidak berupaya menentangnya kerana sebelum ini ia tidak diberikan sebarang latihan untuk menghadapinya.

Oleh itu, bagi membolehkan anak ayam ini berdepan dengan dunia yang begitu banyak malapetaka dan cabaran, sengaja Allah SWT mencipta kulit telur yang begitu tebal dan pejal, supaya ia boleh menggerakkan seluruh anggotanya seperti kaki dan sayapnya, yang mana gerakkan-gerakkan itu menjadikan sarafnya kuat, saluran darahnya berfungsi dengan baik dan akhirnya ia bersedia untuk menghadapi cabaran yang lebih hebat selepas ia berjaya keluar dari telurnya.

Apabila ia menggerakkan sayap dan kakinya untuk memecahkan dinding telur sedikit demi sedikit, ia akan terdedah kepada udara sedikit demi sedikit. Udara panas dari luar akan masuk ke dalam yang akhirnya menyebabkan telur itu retak dan pecah sedikit demi sedikit sehingga akhirnya ia berjaya keluar dari telurnya dengan selamat.

Ini adalah sunnah Allah yang tidak pernah bertukar ganti."


No comments: