Sunday, March 28, 2010

Dosa Membutakan Mata HAti

Petikan daripada buku "Kesan Dosa Dalam Hidup" karya Ibnu Qayyim

Antara seksaan atau balasan dosa yang telah dilakukan ialah bahawa dosa-dosa tersebut menyebabkan butanya mata hati, cahaya hati terpadam, pintu-pintu ilmu dan hidayah tertutup dan jalan hidayah terhijab. Imam Malik pernah menasihati Imam Syafie ketika beliau belajar daripada Imam Malik yang menyaksikan tanda-tanda kecerdasan Imam syafie, Imam Malik berkata;


"Saya telah dapat menyaksikan bahawa Allah telah menganugerahkan nur atau cahaya dalam hatimu, maka janganlah engkau padamkannya dengan kegelapan dosa dan maksiat."


Cahaya hati akan semakin pudar dan hilang manakala kegelapan maksiat semakin kuat, akhirnya hati laksana berada di tengah malam gelap gelita. Betapa banyaknya jurang kebinasaan yang menyebabkan hamba terjerumus, padahal dia sendiri tidak melihatnya.


Ia tidak ubah seperti si buta berjalan pada waktu malam menempuh jalan yang penuh dengan bahaya maut dan kebinasaan. Alangkah susahnya mencapai keselamatan. Alangkah mudahnya terdedah kepada kebinsaan. Lama kelamaan kegelapan maksiat semakin kuat, menular dari dalam hati ke segenap anggota badan, lalu wajah diliputi kegelapan menurut kekuatan dosa dan pertambahannya. Di saat hamba telah meninggal dunia, tejadilah suasana gelap di alam barzakh, lalu kuburnya diliputi kegelapan.

Apabila hari kiamat telah tiba, semua hamba telah dihimpunkan di padang mahsyar, wajah-wajah golongan penderhaka akan diliputi kegelapan dengan terang dan nyata dapat disaksikan oleh semua orang. Wajah-wajah golongan tersebut benar-benar hitam dan menakutkan. Alangkah dahsyatnya balasan dan seksaan tersebut, tidak sebanding dengan kelazatan dunia dari awal hingga akhirnya. Betapa seorang hamba yang tercekik, penat dan letih, gugur dan tewas dalam masa yang singkat. tidak ubahnya seperti mimpi



5 comments:

Guru said...

setiap hari membuat dosa
dan setiap hari juga memohon keampunan Allah
moga amalan baik saya melebihi amalan yang tidak baik ...

H.I.S.Y.A.M.U.D.D.I.N said...

Insyaallah cikgu...

saya post artikel ni untuk ingatkan balik diri ni yg selalu bergelumang dengan dosa, sedar ataupun tidak.

Anonymous said...

salam hisyam,

syukran sbb post artikel ni,seolah2ianya ditujukan buat saya yg sbgi manusia sntiasa lalai dan leka,dan sering terlupa akan adanya pncatat amalan dikiri dan kanan dan adanya Ar-Rahman yg semstinya sntiasa kasih kepada hambanya.

inshaAllah..klw diizinkan Allah smga dpt kita berjmpa..amin

sahabat.

ibnu Sharom said...

assalamualaikum....
bagus2 hisyam. Astagfirullah alazim dosa apa yg enta buat ni??? ana tahu tulah fikir yg bukan2 kat dah jadi mcm nie..

crimson lady said...

sesiapa pun yg baca post ni akan terasa terkena kat hidung sendiri...termasuk la saya sndiri.