Friday, April 30, 2010

berkorban demi madu...

Aku buntu memikirkannya…

Setiap hari, pasti ada berpuluh-puluh ekor semut mengerumuni botol madu di atas meja. Bukan saja madu, gelas berisi air kosong, malah gelas kosong juga tak terlepas daripada dijajah makhluk kecil ini. (aku sudah cuci dengan air mutlak).

Kerana tidak sanggup lagi membunuh semut di dalam sinki, aku memikirkan untuk meletakkan botol madu di dalam bekas yang berisi air.

Hari pertama, nampaknya strategiku berjaya… namun tidak lama.
Keesokan harinya, ketika hendak menikmati kemanisan madu, aku dikejutkan dengan kehadiran makhluk kecil berwarna hitam di sisi penutup botol madu.
Mana mungkin makhluk ini boleh berada di sini. Aku melihat di bawah botol. Ada beberapa ekor lagi sedang bergayut di situ. Aku melihat ke dalam bekas air. Beberapa ekor semut mati. Mungkin akibat kekurangan oksigen ataupun kesejukan yang melampau kerana beremdam semalaman.

“Nekad sungguh makhluk kecil ini. Kerana madu, sanggup kau hilang nyawa.”

Aku melihat diri sendiri. Nampaknya aku jauh ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan semut-semut ini. Mereka sanggup menggadai nyawa, bersungguh-sungguh berenang merentas ‘lautan’ air yang memisahkan mereka dengan kesedapan dan kenikmatan madu HPA. Tapi, aku kurang pula bersungguh-sungguh dalam mencari nikmat kejayaan dan kebahagiaan masa hadapan.

Rileks, tak apa, nanti dululah, besok saja….semua ini menjadi azimat dan zikir harian dalam hidup….

Ohhh!!!, bukan ini yang disuruh Allah, bukan ini yang diajar Rasulullah…


4 comments:

Za's said...

tajuk kontrovesi! hehe

H.I.S.Y.A.M.U.D.D.I.N said...

Kontroversi tang mana tu kak?

Takkan 'madu' tu kot. Yang 'Pusat' pun blom ada, takkan dah nak bukak 'cawangan'...

heheheeha.

nasai said...

betul3..tajuk tue pun da kontroversi..

ana tertarik dgn kisah tue...hmpir same ngan hidup ana...mcm mn nk jadi cm semut ek..

H.I.S.Y.A.M.U.D.D.I.N said...

Nta doa banyak2 supaya jadi semut..
time tu bukan macam semut dah, tapi mmg sebijik macam semut...