Saturday, April 17, 2010

Monolog: Kehidupan selepas bergraduasi

Waktu itu sudah hampir, sudah sangat hampir...
Insyaallah tak lama lagi, aku akan bergraduasi...

Sebut tentang graduasi, mungkin ada yang memikirkan "selesai sudah bebanan aku selama ini." Padahal, semakin hampir diriku dengan graduasi, semakin terbeban rasanya hidup ini.

Mahu berfikir tentang kerjaya. Dengan keputusan sebegitu, siapakah yang mahu menerima?

Nak bekerja di mana? nak bekerja sebagai apa? Mahu terjun ke dalam bidang yang diambil di universiti, atau terjun saja ke mana-mana lubang yang boleh diterokai.


Aku tak memilih kerjaya, tetapi tidak pula boleh memilih semberono saja.
Bukan tiada perancangan, tapi belum betul-betul masak di fikiran.

Mahu kerja kerajaan, nanti macam-macam pula halangan.
Mahu terjun ke Industri...Owh, masaku akan sangat terbatas nanti...
Mahu bekerja sendiri, itulah yang bermain-main di mindaku kala ini.
TAPI... pada peringkat awal sebegini, aku rasa ada baik 'makan gaji' sambil2 'mencari gaji sendiri.'

Aku tak boleh hanya fikirkan diri sendiri. Aku kini hampir menjadi milik masyarakat. Manusia yang paling baik itu ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain. Sudah ada yang menanti2 aku bergraduasi. Malah selama ini di kampus, memang aku diajar untuk itu. Semoga aku terus kuat untuk berkhidmat kepada agama dan negara.

Family... Owh, itu aku tidak boleh lupa. Mak juga ternanti-nanti untuk aku bekerja. Mak sudah tidak larat, biar aku pula yang mengambil tugasnya. Katanya mahu berhenti kerja apabila aku sudah ada kerjaya. Kedai bapak di kampung, aku juga sudah ada perancangan untuk terus memajukannya. Mungkin aku patut bekerja di kedai bapa sahaja? Darah berniaga, sedikit sebanyak mengalir dalam urat nadiku. Cuma aku masih perlu banyak belajar daripada mereka yang sudah berjaya. Bisnes, bisnes. Aku mahu jadi usahawan seperti Rasul junjungan.

Mahu membeli kereta, rumah, BAYAR PTPTPu (PTPTN)...Owh, banyaknya...Mungkin buat masa ini cukup sekadar Kriss 100 yang aku ada. Pasal rumah, awal lagi rasanya... Rumah familyku, cukuplah itu sebagai tempat ku berteduh. Mak ada sebuah rumah di Kulim yang disewakan kepada orang luar. Katanya mahu memberikan kepadaku setelah aku berkeluarga. Tapi, "tak apa lah mak!". Rumah itu baru saja dijual, kerana aku 'jual mahal'.

Persoalan paling mencabar. Mendirikan rumah tangga. Perkara ini, walaupun aku letak di bawah sekali, tetapi dalam ranking hidupku, ia sentiasa termasuk dalam kategori 'UTAMA'. Susah hendak huraikan di sini. Siapa tidak hendak kahwin awal? (Abang aku terkecuali, sebab dia mmg nak kahwin lewat). Tapi pernikahan bukan sekadar mainan, bukan sekadar hiburan, tetapi tanggungjawab dan bebanan. Andai diri belum bersedia, jangan sekali-kali mahu menerima. Tetapi, muda bukan bermaksud tidak perlu bersedia. Inilah masanya untuk aku mencari identiti diri, membina peribadi, bersiap sedia untuk menghadapi saat yang dinanti-nanti. Memikirkan saja persoalan itu, kakiku menjadi lemah menahan bebanan perasaan. Takut tak bersedia, risau itu, risau ini. Wah! Dahsyatnya perasaan akibat ombak pernikahan.

tulisan kali ini hanyalah terjemahan dan luahan isi hati dan fikiran yang sering menjadi igauan seorang insan yang akan bergraduasi. INSYAALLAH...

6 comments:

kak amami said...

all the best

Ashraf said...

sekarang ni survey semua tempat yg ada vacancy..isi n mintak je...SPA 8 mmg patut isi lama dah...usaha baik2 inshaAllah dipermudahkanNya..
moga nta cepat kawen..dia lama dh tunggu tu...siapa??

H.I.S.Y.A.M.U.D.D.I.N said...

Uik3...
jangan timbulkan sebarang kontroversi di sini...

nasai said...

moga akhi terus diberikan kekuatan utk melangkah ke medan sebenar kehidupan...medan yang suasananya amat berbeza dgn suasana sekarang..komitmen sbgai seorang muslim,komitmen kerjaya,kmitmen kp masyrakat n komitmen keluarga(jika sudah berkeluarga nanti~ameen~)...itu semua akan menjadi bahan bagi kita utk meninggalkan medan perjuangan...ana doakan moga terus thabat dijalanNya..ameen~ skadar tazkirah~ISLAM TIDAK PERNAH MEMERLUKAN KITA, TAPI KITA YANG PERLU KEPADA ISLAM...:)

ihsan said...

cerita pasai kawen tu panjang skali.. yg tu yg nta paling risau rupanya.. doa2 la..

H.I.S.Y.A.M.U.D.D.I.N said...

tiada yg 'paling' melainkan semuanya 'paling2' belaka..