Pilihanraya kecil Parlimen permatang Pauh dah selesai.. calon yang menang pun dah tau. kepada yang menang, tahniah serta takziah aku ucapkan. tahniah sebab berjaya menjadi ahli parlimen, dan takziah sebab anda baru saja memikul satu bebanan dan tanggungjawab yang sangat2 besar. kepada yang tak berjaya (termasuk 'Hj AKIM), tak beerti anda tiada tanggungjawab untuk berbakti kepada rakyat dan negara, tapi ruang lingkup yang ada gunakan sebaik mungkin..
actually, bukan tu yang aku nak sampaikan kat sini.. cuma nak berkongsi pengalaman sepanjang tempoh pilihanraya.
sehari sebelum buang undi, sorang kawan aku nie ajak pi ronda2 tengok suasana PR kat Permatang pauh.. aku kata JOM la.. tapi malam tu, lepas habis kelas, dia tak jadi pi pulak. katanya takut kat AUKU. hmm, xpa la..aku akur. aku pergi pun bukan untuk beri sokongan kat mana2 pihak. sekadar ambil kesempatan untuk lihat suasana. bukan slalu ada PR. lagipun, aku pergi dengar kempen dua2 belah pihak. pihak yang 1 lagi tak jumpa plak.. at least, dapat tau apa isu2 yang calon2 nie cuba bawa. then nilai la sendiri.
malam tu, aku singgah kat satu ceramah !!punya la ramai manusia.. walaupun hujan, depa (termasuk aku) sanggup tunggu semata-mata nak jumpa pemimpin kesayangan depa. aku dengaq sorang pakcik ni kata.. "hmm, org2 nie bukan nak dengaq sangat ceramah tu. depa nak tengok muka 'dia' ja. dapat tau yg dia OK pun jadi la.." Fanatik ??? Allahu'alam...
banyak sebenarnya yg aku nak cerita pasal pengalaman aku masa PR lepas, tapi xpa la.. mungkin boleh berkongsi gambar2 yang aku sempat rakam
sekian.. (maaf la kalau gambaq 'pembangkang' lagi banyak..dah kempen depa lebih banyak..huhu)
Wednesday, August 27, 2008
Sunday, August 24, 2008
monolog...
saban hari berlalu, aku makin malas nak menulis s'thg untuk blog aku nie.
nak kata takdak idea, banyak ja idea dalam kepala otak aku nih.. cuma nak terjemah dalam bentuk penulisan, tu yang problem skit. pesal ntah..
mungkin aku skarang nie sedang dalam 'zaman kegelapan' kot. semangat tak berapa nak ada, study pun tak berapa nak semangat, menulis pun tak berapa nak semangat, main pun dah tak semangat.(baru aku sedaq, dah lama aku tak turun padang main bola)...
ishk3, teruk, teruk, teruk ~!!!!
(( rasa macam nak hapuskan ja blog nie .. gadget pun dah banyak aku buang.. bebanyak sangat, buat sakit mata n hati ja..))
konklusinya >>>>. wahai diri yang bernama HISYAM..kembalilah kepada yang empunya KEKUATAN.. !!!

Sunday, August 10, 2008
MARI KITA MENGHITUNG !!!
1 Hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik
Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
60 - 70thun
purata = 65th
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya
selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?
Catatan:
50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam
Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai utnuk tidur 18250 hari x 8 jam=
146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk
tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ....
Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang
belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah,
ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.
Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam=
73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai
khayalan.... ..
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud;
"Tidak KUciptakan jin dan
manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah,
tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan..
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita
tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang
bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang
sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "
Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama
yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?
Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I
jam =18250 jam= 2 tahun
Kesimpulan
:waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk
solat ( ini kalau yg solat 10minit!
Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun
kesempatan kita....
itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan
perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;
dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun
tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris
orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap
orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang
selalu bergelumang dosa...
Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di
neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... ..........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di
dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......
Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan
sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat
Friday, August 8, 2008
KEUSAHAWANAN-sharing photos
alhamdulillah...
habis kelas pengantar pengurusan, aku terus ke hadapan dewan budaya USM.. ada jualan oleh student2 tahun satu yang ambil subjek keusahawanan.... berbanding tahun lepas, acara tahun nie aku lihat lebih meriah, menarik, tertarik..mmg boom!!!...
yang aku 'respect' sangat, cara depa promosi barang2. tak segan utk berniaga.. layak bergelar seorang usahawan. aku yg masih berjinak2 dgn 'bsiness' ni sangat excited tgk adik2 nie berniaga.. sempat la aku amik gambaq depa utk kenang2an..

Tuesday, August 5, 2008
IKTIRAF GOLONGAN HOMOSEKSUAL ???
Golongan liberal di Malaysia melangkah setapak kehadapan. Wakil-wakil mereka di dalam tampuk pimpinan negara mula memainkan peranan. Kali ini, golongan homoseksual yang tidak pernah diiktiraf oleh agama islam, hatta agama kristian telah mula diberi perhatian. Firman Allah :
"Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: 'Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun sebelum kamu. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan syahwat, bukan kepada wanita; malah kamu ini kaum yang melampaui batas'. (al-‘araf :80)
Malahan perlakuan ini tidak diikitraf oleh Kristian. Tahun 1975, Vatikan mengeluarkan keputusan bertajuk The Vatican Declaration on Sexual Ethics.
Isinya, antara lain, menegaskan: "It (Scripture) does attest to the fact that homosexual acts are intrinsically disordered and can in no case be approved of."
Dalam Pidato Paus Benediktus XVI pada malam Tahun Baru 2006, sekali lagi beliau menegaskan perbuatan homoseksual adalah terkutuk.
Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Ng Yen Yen berkata :
“"Kecenderungan seksual seseorang bukan menjadi faktor untuk menerima bantuan daripada kementerian. Kementerian juga melihat mereka sama seperti individu lain.”
Bukan niat untuk menafikan hak mereka sebagai rakyat Malaysia, tetapi kenyataan sebegini seolah-olah mengiktiraf kehadiran golongan homoseksual ini di negara islam Malaysia. Pihak yang bertanggungjawab sepatutnya memberi kesedaran kepada golongan tersebut, dan bukannya galakan-galakan yang boleh menyebabkan mereka ingin terus berada dalam kesesatan tersebut.
Galakan-galakan yang mengiktiraf kehadiran mereka hanya akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk. Malah ada suara-suara yang mula meminta untuk dihalalkan perkahwinan sejenis. Kononnya nak memperjuangkan hak kesamarataan, hak asasi manusia, kebebasan dan lain-lain. Barat telah membuktikan, hak-hak kemanusiaan yang mereka perjuangkan lebih membawa kepada kehancuran. Institusi kekeluargaan yang penuh dengan kecelaruan, kehidupan sosial yang penuh dengan kekacauan dan norma-norma kehidupan yang semakin ketandusan.
Kalau dipandang dari aspek kemajuan material, ya !! barat layak untuk dijadikan kiblat. Bukan untuk diimani, tetapi hanya untuk dicontohi. Tetapi dari aspek nilai kehidupan, aspek perundangan dan aspek ketamadunan, barat juga layak dijadikan contoh.. tetapi contoh negara-negara yang bakal hancur akibat terlalu ’memanusiakan’ kehidupan.
Sebagai contoh, mahu mengurangkan kelahiran anak luar nikah, kondom hendak diberi secara percuma. Hendak mengelakkan perkongsian jarum di kalangan penagih dadah, kononnya untul menceggah penyakit, jarum suntikan hendak diedar secara percuma. Pelik dan terlalu bodoh jalan penyelesaian yang difikirkan oleh kelompok ’bijak pandai’ Barat. Itupun, ada di kalangan pemimpin negara mahu ikut.
Kembali kepada perbincangan soal pengiktirafan golongan homoseksual. Contoh terdekat, negara jiran kepada Malaysia yang mempunyai penduduk islam teramai di dunia, Indonesia. Kumpulan liberal yang pendokongnya terdiri daripada umat islam sendiri mula mengatur langkah menyebarkan kefahaman sonsang mereka kepada masyarakat melalui wadah-wadah profesional. Antaranya, sebaran buku yang ditulis dan dikeluarkan oleh para mahasiswa Islam yang bertajuk, ’Indahnya Kawin Sesama Jenis: Demokratisasi dan Perlindungan Hak-hak Kaum Homoseksual,(Semarang:Lembaga Studi Sosial dan Agama/eLSA, 2005). Buku ini adalah kumpulan artikel di Jurnal Justisia Fakultas Syariah IAIN Semarang edisi 25, Th XI, 2004.
Buku ini secara terang-terangan mendukung, dan mengajak masyarakat untuk mengakui dan mendukung legalisisasi perkawinan homoseksual. Bahkan, dalam buku ini ditulis strategi gerakan yang harus dilakukan untuk mehalalkan perkawinan homoseksual di Indonesia serta menghina kandungan dalam al-quran yang kononnya tidak menyebelahi ’kelompok mereka’.
Nah !! pendokong islam liberal di sana sudah berani secara terang-terangan mengaku ”aku islam liberal”, dan mempunyai satu organisasi yang dipanggil Jaringan Islam Liberal. Lebih menakutkan, gerakan mereka menapak di universiti-universiti dalam fakulti-fakulti syariah dan sebagainya. Malah buku-buku tulisan golongan tersebut diguna-pakai sebagai buku teks dalam pengajian agama islam. Maka lahirlah di sana para ustaz dan cendikiawan liberal..
Hal itu sudah terjadi di Indonesia. Apakah perkara yang sama hendak dibiarkan berlaku di Malaysia tercinta. ???
Para pendokong liberal ini bukan sahaja berada di kelompok masyarakat biasa, tetapi juga memegang tampuk pimpinan negara. Malah ada di kalangan mereka yang beragama islam (pada nama) yang begitu kuat menentang islam, termasuk menyetujui serta mendesak dimansuhkan artikel (121 (1A)). ***Malah dimaklumkan, pimpinan tersebut telah menyiapkan memorandum untuk dibentangkan di parlimen perihal memansuhkan artikel yang menjaga kedaulatan umat islam di Malaysia ini.
Adakah perlu dibiarkan sahaja mereka diatas berbuat sesuka hati, atas alasan kita perlu taat kepada pemimpin. Sedangkan kita punya kuasa dan cara untuk menidakkan perbuatan mereka untuk memelihara kesucian agama islam...
Artikel ini sebagai pembuka minda bagi kita umat islam terutamanya kepada para pendokong dakwah islam. Cabaran dan realiti keadaan umat zaman kini tidak lagi seperti zaman silam. Kita berhadapan bukan sahaja dengan pendakyah-pendakyah agama lain, tetapi ancaman yang lebih hebat diberikan oleh ’pendakyah-pendakyah’ yang beragama islam, malah yang menduduki dan menerajui kepimpinan negara.
“Mencegah lebih baik daripada mengubati......”
*** : PUM PP
Raudatus solihin
Selasa, 5 ogos 2008
2.47 am.
http://hisyamonline.blogspot.com/

Monday, August 4, 2008
kisahku di hari interaksi..
Alhamdulillah..
Selesai sudah Hari Interaksi Persatuan Mahasiswa Islam USM “jalinan kasih ‘08” yang telah berlangsung di Dewan Utama Pelajar A (DUP A) dan DUP B.
Walaupun kehadiran para peserta tidak seperti yang diharapkan, tetapi majlis alhamdulillah tetap berlangsung dengan sempurna.
Sejak pagi, aku dah mula disibukkan dengan kerja2 teknikal. Pagi tu, aku pergi layan sekejap sahabat dari KELAB KUNGFU USM, pasal aku yang jemput depa.. then lari sekejap ke tempat lain..Sunah orang yang berkereta..mesti tugas dia kena ambil makanan.. itulah kerja aku.
Dari pagi, pergi isi air ’water cooler’ di pusat islam (muslimat tak mau guna air paip biasa). Bukak paip ’water cooler’ tu, then tinggal jap sementara tong air nak penuh. Lepas tu pergi desa saujana nak ambil bihun...bihun tak siap lagi. Pergi la pulak ke desa tekun nak ambil air teh. Air teh pulak tak buat lagi pasal tak dak bekas.. so, mintak la sorang sahabat ni tunggu. Aku pun berlari ke DUP pasal taichi dah nak start. Baru lari sikit, dah semput. Batuk yg tak sembuh-sembuh sejak seminggu makin menjadi-jadi. Terduduk aku dibuatnya. Arrgghhh..sesak nafas aku...
Then, dengan tabah aku terus ke tapak taichi. Hmmm, apa taichi2 niie. Sebenarnya PMIUSM menjemput wakil daripada Kelab Kungfu USM untuk ’conduct’ (dengan izin-macam dalam parlimen plak), acara senaman pagi, iaitu taichi (actually TAIJI bak kata Phei Voon, wakil Kelab Kungfu.)
Tak dapat bersama-sama bertaichi, aku teruskan tugas kedua aku... camera-man. Sunah orang ada kamera, kena la tangkap gambaq.
Asyik aku memetik kamera, tetiba teringat kat air yang entah dah penuh, entah belum. berlari aku, pinjam motor sahabat ke pusat islam.. nak dijadikan cerita, tayar motor pancit di tengah jalan. ”berbekalkan kata2, tak melayu hilang di dunia” (sbnarnya takdak kena mengena pun), aku naik gak motor tu..malas nak turun. Semput tak hilang lagi, takkan nak tolak plak motor tu. Sekerat jalan, aku terpaksa akur. Orang tak sudi, kita jangan paksa.. Motor itu ku tuntun juga akhirnya. Sampai pusat islam, rupa-rupanya, belum sempat aku tutup paip air tu, dah ada orang yg tutup dulu sblum penuh. Alhamduulillah..
Patah balik ke padang kawad, tempat buat taichi.. harapan, nak la join kejap taichi tu. Tapi baru nak masuk barisan, niat terhalang..so, aku masuk la bulatan.. (opsss, sasul plak.).. aku dipanggil untuk pergi ambil makanan..
Sunah kereta kecik, mesti la bergoyang-goyang… hari ni saja, bermacam rempah ratus dan perasa ditambah ke dalam kereta aku. Mula-mula teh tumpah.. bertakung kat seat depan.. lepas tu air yang ditadah tadi landing plak kat seat belakang. Tengah hari skit, kuah gulai ayam pulak habis terpercik kat depan. Arrgghhh !!! habis kereta aku.... tapi takpa.. demi tugas, aku tak kisah.. biar pecah di perut, jgn pecah di mulut (hmm, ni pun xdak kena mengena)...
Habis taichi, rehat jap. Pastu sambung dengan treasure hunt. Tak sempat peserta nak panas enjin, hujan turun..mula2 renyai, ”kita teruskan”...kata penyelaras.. bak kata PM, ’saya pantang dicabar’..hujan turun makin lebat. So terpaksa la panggil smua masuk balik ke dewan. Dalam dewan, akak PALAPES yang turut kami jemput handle kejap program. Habis kena penderaan fizikal para peserta tu. Maklum la, bakal tentera malaysia yang handle. Hujan kat luaq mula malu untuk turun lagi. Pimpinan decide, sambung treasure hunt tadi... maka bertebaran lah skali lagi para peserta tu..chaiyok2....
Bagai melepaskan batuk di tangga, aku duduk rehat jap sambil batuk2.. Ya Alllah, besar rupanya nikmat kerehatan yang Allah bagi kat kita. Macam tu la manusia (terutamanya yang dok menulis ni), bila senang, jarang-jarang ingat kat Allah, bila dah sibuk, susah..baru nak menadah.. ”maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan” (ar-rahman)
Selesai makan tengah hari dan solat, acara rasmi dimulakan..afdalnya mula majlis dengan doa.. so, sunah Mantan persatuan, kena la aku baca doa..doa tu sama dengan doa yang aku baca masa perhimpunan harian kat sekolah dulu (tak sempat nak buat teks doa).then.. pengenalan kepada Persatuan Mahasiswa Islam USM, pengenalan kepada pimpinan PMIUSM, pengenalan Biro-biro PMIUSM, pelancaran MY FAMILY, penerangan sistem tarbiyyah PMIUSM dll.. ada la selit dulu dgn ucapan..
Hmm, time ni aku rileks skit.. dok kat belakang, aku main internet.. sempat gak aku siapkan satu lagi blog baru.. NANTIKAN KEMUNCULANNYA !!!!! AKAN DATANG.... sekali sekala, aku sambung kontrak yang tak selesai lagi.. kamera-man...
Acara last, yang agak best.. penyampaian hadiah.. kenapa best ?? pasal sedang asyik aku dok ambil gambar para pemenang treasure hunt dan kuiz.. sampai pulak penyampaian hadiah pertandingan teka bilangan kacang sempena hari pendaftaran persatuan hari tu..
“pemenang pertama : HISYAMUDDIN BIN KAMARUDIN…” sapa ??? aku la...
Jumlah kacang dalam balang tu smuanya ada 521 biji. Para pemenang ialah yang meneka dalam lingkungan +- 40 biji. Tapi jumlah yang aku teka....521..hahahah... mesra, cepat, tepat.. kawan2 mula bersuara.. ’tak aci’ kata depa.. kenapa tak aci pulak ? mentang-mentang la aku salah sorang yang jaga kaunter PMI tu, aku dikatakan dah tau jawapan bilangan kacang tu.... hmm, kalau dah nasib baik tu, dan kalau dah jodoh.tak ke mana.. rezeki aku kot..ALHAMDULILLAH.. Habis smua.. ada skit tayangan video. Then beberapa benda lain... dan BERSURAI.... solat asaq..
thanks to Ihsan..MC majlis hari tu, yang berjaya membawa majlis dengan sempurna..
Bak kata orang, patah tumbuh, hilang berganti... barang2 kena la kemas balik..(tak dak kena mengena dgn simpulan bahasa tu..)..begitulah bagaimana aku mengharungi 1 hari yang bermakna..
(mungkin ada beberapa perkara yang tak sempat n tak dapat nak diceritakan kat sini..)..kepada junior2 aku yang tak pergi... tunggu korang. !!!!!...
-end-
Raudatus solihin
4 ogos (isnin)
1.08 am
---mengantuk---

Subscribe to:
Posts (Atom)