Tuesday, August 5, 2008

IKTIRAF GOLONGAN HOMOSEKSUAL ???

Golongan liberal di Malaysia melangkah setapak kehadapan. Wakil-wakil mereka di dalam tampuk pimpinan negara mula memainkan peranan. Kali ini, golongan homoseksual yang tidak pernah diiktiraf oleh agama islam, hatta agama kristian telah mula diberi perhatian. Firman Allah :

"Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: 'Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun sebelum kamu. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan syahwat, bukan kepada wanita; malah kamu ini kaum yang melampaui batas'. (al-‘araf :80)

Malahan perlakuan ini tidak diikitraf oleh Kristian. Tahun 1975, Vatikan mengeluarkan keputusan bertajuk The Vatican Declaration on Sexual Ethics.
Isinya, antara lain, menegaskan: "It (Scripture) does attest to the fact that homosexual acts are intrinsically disordered and can in no case be approved of."
Dalam Pidato Paus Benediktus XVI pada malam Tahun Baru 2006, sekali lagi beliau menegaskan perbuatan homoseksual adalah terkutuk.
Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Ng Yen Yen berkata :

“"Kecenderungan seksual seseorang bukan menjadi faktor untuk menerima bantuan daripada kementerian. Kementerian juga melihat mereka sama seperti individu lain.”

Bukan niat untuk menafikan hak mereka sebagai rakyat Malaysia, tetapi kenyataan sebegini seolah-olah mengiktiraf kehadiran golongan homoseksual ini di negara islam Malaysia. Pihak yang bertanggungjawab sepatutnya memberi kesedaran kepada golongan tersebut, dan bukannya galakan-galakan yang boleh menyebabkan mereka ingin terus berada dalam kesesatan tersebut.

Galakan-galakan yang mengiktiraf kehadiran mereka hanya akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk. Malah ada suara-suara yang mula meminta untuk dihalalkan perkahwinan sejenis. Kononnya nak memperjuangkan hak kesamarataan, hak asasi manusia, kebebasan dan lain-lain. Barat telah membuktikan, hak-hak kemanusiaan yang mereka perjuangkan lebih membawa kepada kehancuran. Institusi kekeluargaan yang penuh dengan kecelaruan, kehidupan sosial yang penuh dengan kekacauan dan norma-norma kehidupan yang semakin ketandusan.

Kalau dipandang dari aspek kemajuan material, ya !! barat layak untuk dijadikan kiblat. Bukan untuk diimani, tetapi hanya untuk dicontohi. Tetapi dari aspek nilai kehidupan, aspek perundangan dan aspek ketamadunan, barat juga layak dijadikan contoh.. tetapi contoh negara-negara yang bakal hancur akibat terlalu ’memanusiakan’ kehidupan.

Sebagai contoh, mahu mengurangkan kelahiran anak luar nikah, kondom hendak diberi secara percuma. Hendak mengelakkan perkongsian jarum di kalangan penagih dadah, kononnya untul menceggah penyakit, jarum suntikan hendak diedar secara percuma. Pelik dan terlalu bodoh jalan penyelesaian yang difikirkan oleh kelompok ’bijak pandai’ Barat. Itupun, ada di kalangan pemimpin negara mahu ikut.

Kembali kepada perbincangan soal pengiktirafan golongan homoseksual. Contoh terdekat, negara jiran kepada Malaysia yang mempunyai penduduk islam teramai di dunia, Indonesia. Kumpulan liberal yang pendokongnya terdiri daripada umat islam sendiri mula mengatur langkah menyebarkan kefahaman sonsang mereka kepada masyarakat melalui wadah-wadah profesional. Antaranya, sebaran buku yang ditulis dan dikeluarkan oleh para mahasiswa Islam yang bertajuk, ’Indahnya Kawin Sesama Jenis: Demokratisasi dan Perlindungan Hak-hak Kaum Homoseksual,(Semarang:Lembaga Studi Sosial dan Agama/eLSA, 2005). Buku ini adalah kumpulan artikel di Jurnal Justisia Fakultas Syariah IAIN Semarang edisi 25, Th XI, 2004.

Buku ini secara terang-terangan mendukung, dan mengajak masyarakat untuk mengakui dan mendukung legalisisasi perkawinan homoseksual. Bahkan, dalam buku ini ditulis strategi gerakan yang harus dilakukan untuk mehalalkan perkawinan homoseksual di Indonesia serta menghina kandungan dalam al-quran yang kononnya tidak menyebelahi ’kelompok mereka’.

Nah !! pendokong islam liberal di sana sudah berani secara terang-terangan mengaku ”aku islam liberal”, dan mempunyai satu organisasi yang dipanggil Jaringan Islam Liberal. Lebih menakutkan, gerakan mereka menapak di universiti-universiti dalam fakulti-fakulti syariah dan sebagainya. Malah buku-buku tulisan golongan tersebut diguna-pakai sebagai buku teks dalam pengajian agama islam. Maka lahirlah di sana para ustaz dan cendikiawan liberal..

Hal itu sudah terjadi di Indonesia. Apakah perkara yang sama hendak dibiarkan berlaku di Malaysia tercinta. ???

Para pendokong liberal ini bukan sahaja berada di kelompok masyarakat biasa, tetapi juga memegang tampuk pimpinan negara. Malah ada di kalangan mereka yang beragama islam (pada nama) yang begitu kuat menentang islam, termasuk menyetujui serta mendesak dimansuhkan artikel (121 (1A)). ***Malah dimaklumkan, pimpinan tersebut telah menyiapkan memorandum untuk dibentangkan di parlimen perihal memansuhkan artikel yang menjaga kedaulatan umat islam di Malaysia ini.

Adakah perlu dibiarkan sahaja mereka diatas berbuat sesuka hati, atas alasan kita perlu taat kepada pemimpin. Sedangkan kita punya kuasa dan cara untuk menidakkan perbuatan mereka untuk memelihara kesucian agama islam...

Artikel ini sebagai pembuka minda bagi kita umat islam terutamanya kepada para pendokong dakwah islam. Cabaran dan realiti keadaan umat zaman kini tidak lagi seperti zaman silam. Kita berhadapan bukan sahaja dengan pendakyah-pendakyah agama lain, tetapi ancaman yang lebih hebat diberikan oleh ’pendakyah-pendakyah’ yang beragama islam, malah yang menduduki dan menerajui kepimpinan negara.

“Mencegah lebih baik daripada mengubati......”

*** : PUM PP

Raudatus solihin
Selasa, 5 ogos 2008
2.47 am.
http://hisyamonline.blogspot.com/


No comments: