Tuesday, September 30, 2008

perutusan khas hari raya..





secebis harapan di sebalik kekesalan..

hari nie, hari selasa..
hari terakhir kita berpuasa..
dah hari terakhir rupa2nya aku berpuasa..
besok dah nak sambut raya..

tadi sebelum maghrib.. lama aku berteleku..

ini doaku yang terakhir untuk ramadhan kali ini Ya Allah..
walaupun ramadhan kali ini sangat berbeza sekali,
tapi masih belum puas rasanya aku menikmatinya..

ada rasa kekesalan yang amat sangat dalam hati..
peluang berjumpa sekali lagi dengan ramadhan tidak aku gunakan sebaik mungkin..
terlalu banyak perkara sia2 yang aku buat berbanding ibadat..
padahal bulan ini bulan pesta ibadat..

Ya Allah, maafkan hambaMu Ya Allah..
kerana telah mensia-siakan lagi peluang yang Kau beri..
adakah masih ada peluang untuk ku bertemu dengan ramadhan Ya Allah..
ku mohon kepadaMU..
panjangkan umurku, ibu bapaku, ahli keluargaku, sahabat2ku, dan umat islam..
untuk berjumpa dengan ramadhan pada tahun hadapan..
tetapi Ya Allah, jgnlah Engkau biarkan kami mensia-siakan lagi hadiah Mu itu..

di hari raya ini..
jadikanlah kami hamba yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Kau beri..
dan janganlah Kau biarkan kami..
menjadikan raya ini sebagai titik akhir,
untuk segala ibadah yang kami jalankan pada bulan ramadhan..
sesungguhnya hari raya bukan hari berpesta..
bukan juga hari bersuka ria
melainkan hari untuk kita manusia..
menilai kembali segala kelemahan diri..
menghitung kembali, sejauh mana ibadah kita kepada Ilahi..

di hari raya ini..
moga aku tidak lupa, tidak leka dan tidak alpa..
segala apa yang aku ada..
semuanya milikMu Ya Allah..

Nikmat yang kau beri..
harapan yang ku perolehi..
kepastian yang ku temui..
semuanya...daripadaMU Ya Ilahi..

bimbing daku ke jalan yang Engkau redhai..
semoga penghujung hidupku..
kebahgiaan yang ku perolehi..
bukan hanya kebahgiaan di dunia Ya Allah..
tetapi ku lebih mendambakan kebahgiaan di akhirat sana..

ameen..


Tuesday, September 23, 2008

menjelang hari raya.

setiap kali menjelang raya, mak akan paksa aku membeli baju baru. dan aku pulak sering kali menolak dengan alasan masih banyak baju2 yang elok dan cantik untuk dipakai masa raya. baju raya tahun lepas pun dok elok lagi. dah la tu pulak, almari aku dah penuh dengan baju. baju abang aku dan bapak aku yg depa tak mau pakai pun, smua sumbat dalam almari aku. ishk2..


"tak payah la mak". respon aku bila mak hulurkan wang untuk beli baju baru. bukan apa, dah banyak sangat duit yang dihulur. kalau duit PTPTpu (PTPTN) aku surut, mesti mak hulurkan duit. so, malas la nak mintak lagi. asyik bergantung pada parent ja, bila nak usaha sendiri?

tapi satu ja alasan mak yang menyebabkan aku tak dapat tahan dan terpaksa jugak amik duit tu. mak kata, "syam nak ka tengok kat akhirat nanti Allah tanya mak pasal apa tak bagi bagi duit kat anak2. ni tanggungjawab mak dengan bapak." aku tanya betul ka macam tu? selama nie banyak dah mak dengan bapak bagi. mak jawab balik, "nabi suruh pakai pakaian yang elok masa hari raya....dan banyak lagi la...

untuk jaga hati, aku pun ambil duit tu sambil renyeh (senyum). hmm, kalau difikir2kan balik, tak terbalas jasa baik ibu bapa kita. nikmat yang cukup besar.. diorang sanggup susah untuk tengok anak2 senang. mak aku sendiri,tak dak baju raya baru..

So, raya kali ni mak... cek teringin sangat nak hadiahkan satu baju untuk mak.(murah ja...) moga selagi baju tu masih ada, masih mak pakai, masih mak sayang, Allah redho dengan cek. pasal redho mak dan bapak penentu redho Allah pada kami anak2...

--- tak pandai pilih, aku suruh akak2 senior yang pilihkan.diorang beli kat kelantan tu..dah beli, diorang plak teringin kat baju tu..ishk3.

/// aku masih dok fikir nak bagi apa kat bapak.....

Friday, September 19, 2008

BAGAIMANA MENDAPAT KAWAN BARU ???



Kekadang, time aku berjalan dengan kawan2, tetiba sorang mamat nie angkat tangan, senyum. Aku pun balas la balik dan spontan berkata “assalamualaikum, sihat ka?”.. then, bila mamat tu dah lepas, kawan2 tanya aku. “sapa tu?”. Aku jawab. “ntah, aku pun tak kenal”….


Sama la jugak, tengah berjalan-jalan, orang bersapa dan senyum kat kita padahal kita tak kenal pun mamat tu..hmm, . Kekadang rasa macam ada ada tanduk ja kat atas kepala.

Mungkin kita tak kenal @ tak ingat dengan orang tersebut, tapi depa kenal kita disebabkan pernah berlaku peristiwa2 yang mewujudkan satu ikatan yg disebut sebagai kawan. Kawan dan sahabat tak sama. Kawan ni cukup la kita kenal dia, dia kenal kita. Tapi yang dia kenal kita, but kita tak tau pun sapa dia, anggap saja la kawan. Jadi aku nak berkongsi bagaimana untuk kita dapat lebih ramai ‘kawan’.

Proses nie berlaku berterusan dan kekadang secara spontan… sapa yang rasa dia nak banyak kawan, bole la try. Sesuai jugak diguna untuk bakal2 calon dalam pilihanraya kampus, huhuhu..tapi niat kena betoi la. Jangan buat semata-mata nak raih undi pulak..

Kepada sesiapa yang ada motorsikal, satu peluang yang besar sebenarnya kepada anda. Modal yg diperlukan hanya helmet extra satu. Kalau xdak pun xpa. Kawasan kampus, maklum la luas. Kalau USM tu bole tahan lg. Tapi kalau kampus2 kat tengah tu, lagi2 la.. tapi aku akan gunakan USM sbg sample. Contoh, jalan nak ke desasiswa restu n saujana kat atas tu, jauh kan? Bukit curam pulak tu. So, kalau nampak sesapa yg dok berjalan termengah2, apa salah tumpangkan dia. Masa tumpangkan tu, jgn la senyap saja. Tanya la, ”dari mana tadi? Tahun berapa? Amik kos apa? dll. At least kita bole kenal. Hmm, dah dapat sorang kawan baru. Pahala pun dapat.

Ringan2kanlah tangan tu utk tolong orang. Kalau nampak orang tengh dok hempas pulas mengangkat barang contohnya, tawarkan diri utk tolong. ”perlu tolong ka?”. tanya dulu then, pergi ja angkat. Kalau dah pegang benda tu, takkan dia nak tolak kot. Pastu masa angkat barang tu, tanya la apa2 pun. ”apa benda nie? Nak bawak ke mana?” Nak lebih kalau, tanya nama dll. Mesti dia ingat kita. Kalau tak tau nama pun, muka mesti dia cam. Dapat lagi sorang kawan baru. Pahala pun dapat.

Anda berada dalam lift. Dekat RST contohnya. Berdua @ bertiga. Takkan nak diam ja. So, alasan apa anda nak mula bersuara? Banyak sebenarnya yg bole kita jadikan alasan utk bersembang. Contohnya, kalau tgk dia pakai baju matriks yg sama dengan kita, KMPk la katakan, tanya la dia. “KMPk ka dulu? Tahun berapa? Saya pun KMPk gak. Owh, junior la nie !!” hmm, then baru bole tanya dia, amik kos apa dll. Contoh lain, tengok dia dok bawak beg plastik TESCO. Kita kata la, “banyak shopping? Bekal sebulan ka?”. Alah..pandai2 la korang cari alasan. Dari situ kita bole berkenalan, walaupun hanya kenal muka ja. Lepas2 ni, kalau berjumpa bertegur sapa...

Tanam dalam diri kita, kawan kepada kawan aku = kawan aku. Hmm, macam mana tu. Pergi lepak kat bilik kawan, kalau ada kawan2 dia yg kita tak kenal, berkenalan la. Dari situ kita bole kenal dengan kawan2 yg pelbagai watak dan sifat. Kalau nak mengharapkan yg kita cari sendiri, semua nak pilih yg baik2. tapi kalau kawan kepada kawan kita, tak semestinya perangai macam kita, but apa salahnya jadikan diorang kawan kita. Aku byk berkenalan dengan kawan2 yg ’kaki keluar malam, kaki judi, kaki pompuan, kaki lepak, kaki karaoke, kaki futsal, dan macam2 lagi kaki melalui kawan2 kpd kawan aku. So, kalau kita nie ada watak pendakwah, kat situ kita dah jumpa mad’u yg perlu didakwah.

Banyak lagi sebenarnya yg nak dikongsi, but panjang sangat la nak tulis. Apa2 pun, utk buat semua tu, kita kena ada keberanian untuk tegur orang. Memang lain orang, lain sifat. Tapi takkan nak tolong orang pun tak boleh? Kan3.. aku berkongsi apa yang pernah dipraktikkan. Maksudnya benda tu bole dibuat sebenarnya. Cuma kalau yg jenis malu2 kucing jantan tu, tak tau la. Dan seelok2nya, dipraktikkan utk kaum sejenis la. Nie jgn la mesra sangat sampai pegi tumpangkan pompuan plak. Tu bukan cari kawan, tapi cari bala!!

OK, bila2 kalau ada tips2 berguna, aku akan kongsi lagi.. sekian wassalam.




khas buat sahabat2 seperjuangan..


ramadhan hampir masuk ke fasa terakhir. 10 malam terakhir yang sering ditunggu2 oleh setiap pencinta tuhan. buat sahabat2 seperjuangan di seluruh negara dan di seluruh dunia, aku doakan supaya kita tetap teguh pada jalan yang telah ditempuh. pandangan kita, pandangan ke hadapan. tetapi tak beerti kita tidak perlu toleh ke belakang..kerana di belakang sana, masih ramai sahabat2 kita yang ternanti2 tangan2 mereka disambut, untuk sama2 menempuh jalan ini. SALAM PERJUANGAN !!!


Monday, September 15, 2008

ISA tidak diperlukan untuk bela Islam - Mufti Perlis


PETALING JAYA, 15 Sept (Hrkh) - MStar melaporkan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini menegur tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam isu agama dan mengheret pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok ke bawah peruntukan akta itu.
Ketika ditemui di Damansara sebentar tadi, Dr Asri berkata, Islam dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya.

"Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.

"Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salah faham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.

"Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya," kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.

Kata Dr Asri lagi, "Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia."

Beliau juga turut mengingatkan betapa bahayanya tindakan ISA.

"Sekiranya ada aliran-aliran tertentu dalam kerajaan yang tidak setuju dengan pendapat satu aliran yang lain, adakah ruang ISA juga akan digunakan? Pernah berlaku dalam kerajaan Abbasiyah yang berpegang pada aliran Muktazilah ketika itu. Dia menghukum orang daripada aliran lain termasuk Imam-imam besar seperti Imam Ahmad juga turut dihukum.

"Kalau di zaman ini, mereka yang kendalikan agama itu dari aliran lain maka mereka yang dari aliran lain itu akan dihukum tanpa memberi peluang membela diri. Ini juga tidak sejajar dengan konsep keadilan dalam Islam," kata Dr Asri lagi.

Dari segi politik Islam atau siasah, kata beliau, kerajaan berhak menahan orang dan beri tempoh siasatan (14 hingga 30 hari) bergantung pada keperluan. Tapi kita tidak boleh hukum 2 tahun tanpa diadili. Ini zalim.

"Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?" jelas beliau.

Kata Dr Asri, isu agama turut membabitkan sensitiviti agama lain. Tapi dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu tidak boleh.

"Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.

"Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk diperdengarkan melalui pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar sahaja," jelasnya.

Dr Asri juga menyentuh tentang peranan Jakim.

"Jakim berperanan menjelaskan isu-isu agama dan juga yang menyeleweng dari agama. Bukan sekadar menyokong seseorang dihadapkan tanpa bicara. Badan itu juga hendaklah bebas dari percaturan politik. Perjelaskan ketentuan peruntukan orang yang menghina Islam seperti isu Raja Petra. Itu bersifat politik, biarlah diuruskan oleh orang politik.

"Kalau hendak diikutkan yang menghina Islam, ramai lagi yang patut dibuat aduan. Jelaskan dulu apa yang perlu dilakukan?" soal Dr Asri.

Beliau juga meminta kerajaan memikirkan soal ISA ini sedalam-dalamnya.

"Seandainya satu hari nanti kerajaan bertukar rupa dan kalau berlaku pertukaran kuasa. Terlalu ramai nanti yang tidak boleh bersuara dan ISA mungkin diguna seluas-luasnya. Besok, bila kena pada kita, apa kita nak buat?" kata Dr Asri yang akan menghadiri Tazkirah Tarawih di Stadium Kota Bharu pada hari ini.

Beliau yang juga akan memberi ceramah di Kompleks Islam Lundang esok, sempena pelancaran Tabung Serambi Mekah yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, juga mempersoalkan bagaimana pemimpin yang gagal kendalikan parti yang kecil mampu kendalikan negara yang besar.

"Takkan nak tunggu ada rusuhan atau kekacauan. Ketika itu sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Sekali kekacauan tercetus, susah untuk dipulihkan.

Menurut pengamatan beliau, keadaan ini berlaku kerana pemimpin politik menganggap kedudukan politik itu seperti harta rompakan.

"Mereka bermati-matian untuk mendapatkannya sekalipun terpaksa menggunakan belanja yang besar kerana pulangan atau keuntungannya juga besar," kata beliau.

Jelas beliau, saluran politik digunakan untuk membina kekayaan diri. Inilah hasilnya bila kerakusan ini berlarutan. Tidak ada setiakawan dalam politik, musuh memusuhi, berpuak-puak kerana fikirkan survival politik masing-masing bukan survival rakyat yang dipertanggungjawabkan.

Yang paling ketara sekarang, pemimpin politik bukan sahaja gagal membawa rakyat keluar dari kemelut yang sedang dihadapi malah menjadikan keadaan lebih rumit.

"Bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah tapi mereka pula yang menimbulkan lebih banyak masalah lain," kata Dr Asri.

Sunday, September 14, 2008

satu hari di hari puasa


Balik KL pagi tadi, dari Sungai Nibong, aku naik bas ke Gelugor. Then, aku berjalan masuk ke taman untuk balik ke rumah. Bukan tak dak kawan2 yang boleh ambil, saja x nak menyusahkan. Lagipun, dah lama aku tak bersenam. Udara pagi yang nyaman dan segar sangat sesuai untuk lakukan sedikit senaman..huhuhu..
Perjalanan x la jauh sangat, mungkin dalam 1-2 kilometer, mungkin lebih skit. Keadaan yang sunyi sepi dan syahdu tu, banyak membuatkan aku terfikir. Terfikir tentang keadaan diri, terfikir tentang kebesaran Ilahi, terfikir masa depan, terfikir tentang penciptaan langit dan bumi, terfikir dan terfikir.

Tak ada apa yang nak dilakukan, mulut mula mengalunkan zikir. Subhanallah, Alhandulillah, La Ilaha Illallah, Allahuakbar !! alunan pertama hanya alunan berlagu tanpa penghayatan. Sekadar pergerakan mulut, tapi tak bisa menggoncang jiwa. Seolah-olah tiada makna. Aku mula menafsir maksud setiap zikir dalam hati, kemudian fikirkan tentang diri.

SUBHANALLAH.... Maha Suci Engkau Ya Allah. Suci dari sebarang sifat keji, suci dari sebarang sifat kekurangan, suci dari sebarang persamaan dengan makhluk. Aku hanyalah seorang hamba yang hina, yang penuh dengan kekurangan, penuh dengan kehinaan, penuh bergelumang dengan dosa dan maksiat. Ampunkan aku Ya ALLAH !!!!!

ALHAMDULILLAH... segala Puji-pujian selayaknya untukMU Ya ALLLAH. Engkaulah yang menciptakan diriku, Segala pujian buatMU. Engkaulah yang menciptakan langit serta bumi, segala pujian hanya untukMU. Engkaulah yang memiliki hati2 ini, segala yang ada di langit dan bumi, dan engkau jualah yang mentadbir hari kiamat. Segala pujian hanya untukMU. Aku hanyalah insan yang dipenuhi sifat2 keji. Penuh dengan kekurangan, penuh kehinaan dan penuh dengan dosa2. Ampunkan aku Ya ALLAH..!!!!

LA ILAHA ILLALLAH.... Tiada Tuhan yang Disembah Melainkan Engkau Ya ALLAH.. engkaulah Tuhan Yang Esa, tiada dua, tiada tiga. Tiada anak dan juga tidak diperanakkan. Dan tidak layak bagi engkau akan sekutu dengan sesiapapun. Hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau Kami memohon pertolongan. Ampunkan aku YA ALLAH ¡!!!

ALLAHUAKBAR…. Allah Maha Besar. Engkaulah Tuhan yang Maha Agung, memiliki segala kebesaran, segala kemuliaan, dan keagungan. Aku ini hanyalah hambaMU yang kerdil. Siapalah aku pada pandanganMU Ya ALLAH. hambaMu ini hina, serta penuh dengan dosa2. Ampunkan aku Ya ALLAH.

Terus aku berjalan. Terasa betul2 tenang dalam kegelapan pagi. Tanpa disedari, mengalir air dari mata yang penuh dengan maksiat serta dosa kepada penciptaNYA. Menangislah wahai sahabat, selagi kita mampu untuk menangis. Menangislah dihadapan Allah. merintihlah dihadapanNYA, kerana salah satu golongan yang dijanjikan naungan Allah pada hari yang tiada naungan selain naungan Allah ialah seorang yang ingat kepada Allah dalam keadaan bersendirian, kemudian basah matanya kerana teringatkan Allah, teringatkan dosa2nya. Siapalah kita untuk mengharapkan syurga Allah dengan amalan2 kita. Hanya kasih dan redho Allah yang mampu selamatkan kita daripada azab ALLAH..

Hmmm, sambung perjalanan.. Sekali-sekala, terganggu perjalanan aku dek salakan anjing2 yang jealous dengan aku pasal anjing2 tu kena kurung. Haha… seekor anjing tu, besar sangat. Berdiri di tembok dengan separuh badan melepasi tembok. Aku jadi cuak, takut kalau2 anjing tu lompat dan kejar aku. Dah la beg berat dok usung laptop.. lupa sekejap aku pada Allah. tak dak rasa nak mintak perlindungan daripada Allah. yang aku ingat, aku kena jalan dengan hati2, buat muka bodoh depan anjing tu, then lepas dengan yakin aku selamat.

Dasar nama anjing, memang suka gempaq orang. Bila rasa dah save, aku terfikir balik. Kenapa aku takut sangat tadi dengan anjing tu. Kenapa tak dak langsung rasa nak mengharap pertolongan daripada Allah, nak mintak berlindung kepada Allah, bertawakal kepada Allah. Yang aku ingat, aku dengan anjing tu.. hadir rasa bersalah dalam diri. Tak patut macam tu. Anjing tu makhluk saja. Allah yang lebih berkuasa. Tapi harapan tu aku letakkan atas usaha aku mengelak anjing tersebut, bukan atas dasar tawakal kepada ALLAH.. apabila seorang hamba terlalu yakin dengan usahanya, tanpa ada sifat tawakal, maka dia akan membesarkan dirinya bila dia berjaya. Bukan dalam soal mengelak anjing saja. Apa2 la...

Lepas nie, aku tak boleh macam tu lagi. Aku yakin kat depan masih banyak lagi anjing yang akan aku jumpa. Belum lagi aku lalu depan rumah ‘shiro’, anjing putih yang slalu kejaq motor aku. Aku bertekad dalam hati. Tawakal aku letak sedalam2nya kepada ALLAH. Tapi usaha kena ada jugak. Aku kutip satu kayu panjang, then mula praktis silambam. Mana tau kalau2 ada anjing yang datang dekat, aku hayun la kayu tu..

Jalan dan terus berjalan. Ternampak aku ada sekor anjing yang buat samseng, duduk tepi jalan. Mundar-mandir tanpa jawatan (MANTAN). Aku dah prepare. Tawakal banyak2. kalau anjing tu kejar, aku hayun... lebih kurang 10 meter dari anjing tu, tetiba lalu la satu motor nie. Kawan aku baru balik masjid. Huh !!! lega... akhirnya sampailah aku dengan selamat kat rumah..Alhamdulillah.....

Tengok !!! apabila kita letakkan tawakal dalam perkara yang nampak remeh, Allah akan datangkan pertolongan kepada kita. Aku yakin dengan perkara tu. Apatah lagi perkara2 dan soal2 yang lebih besar dalam hidup kita. Jangan kita lupa perkara tersebut...

Demikian, satu perjalanan pendek yang penuh dengan makna bagi aku. Lepas nie aku cadang nak berjalan lagi...huhuhuuh...



apa dah jadi. ??


2 hari yang brbeza, aku bersolat tarawikh di 2 masjid yang berbeza. Satu nun jauh di Kuala Lumpur dan satu di Pulau Pinang. Sangat berbeza solat tarawikh di 2 masjid nie.
Satu masjid tu, bacaan imam sangat la panjang. Aku yang keletihan pasal travel jauh dan baru habis meeting sekali sekala tergoyang-goyang menahan letih dan mengantuk. Tak sanggup nak ikut sampai habis, aku cukupkan 8 rakaat saja.

Yang masjid satu lagi pulak, tersangat la laju, gara2 nak kejar 20 rakaat. Seolah-olah masjid wajib ditutup pukul 10 malam. Bagi sesetengah orang, ada yang seronok apabila berimamkan ’imam express’ nie. Bacaan pun kekadang tak cukup sempurna. Baru aku nak ruku’, imam dah i’tidal. Baru nak sujud, imam dah bangun.. Jadi macam mana nak datang rasa khusu’ kalau solat tu asyik dok kejar pergerakan imam. Sepatutnya waktu sujud tu, waktu yang paling kita rasa kehadiran tuhan dalam hati. Tambah pulak, bilal yang berselawat pun, ’bilal express’ jugak. Bacaan tunggang langgang. Maaf cakap. Aku tak dapat rasakan keikhlasan dalam selawat tu.

So, cukup 4 rakaat, aku amik keputusan untuk solat sendiri. Bagi aku, kalau solat berjamaah tak dapat nak beri kepuasan solat, biaq tak dapat kelebihan solat berjamaah tu, asal aku berpuas hati dengan solat yang aku lakukan. Tu pendapat aku lah....

Kekadang aku terfikir, dengan sikap sebegitu, bacaan dalam solat serta selawat yang laju, yang tak dapat nak rasa keindahan bacaan tu dalam hati, tambah pulak speaker dibuka untuk orang luaq dengaq bacaan tersebut, macam mana orang bukan islam akan tertarik dengan islam. Apa yang depa dengaq dari masjid, suara2 bacaan yang bukan saja tak difahami, laju pulak tu. Semacam bunyi lebah yang dok terbang. Bukan aku menghina bacaan2 tersebut, tapi itu yang terjadi. Sebab tu, ada yang merasakan suara2 yang datang dari masjid nie, suara2 yang mengganggu ketenteraman mereka. Bukan suara2 yang boleh mengajak mereka lebih dekat dan senang dengan islam. Bacaan yang tertib dan sempurna, walaupun tak dapat difahami, dapat tembus masuk ke dalam jiwa manusia, malah molekul2 air pun boleh berubah bentuk yang indah dengan bacaan2 ayat2 Allah tersebut. Inikan pula hati manusia.

Tersentak aku, apabila seorang brother bagitau bahawa dia tak dapat lihat dan rasa kecantikan islam di Malaysia, tapi bila dia pergi luaq negara, tempat islam bukan agama rasmi, di sana dia dapat nikmati keindahan islam.

Mungkin sama2 kita kena fikirkan, mengapa setelah 51 tahun kita menikmati nikmat kemerdekaan, islam boleh diamal dengan aman dan senang lenang, tapi masih sangat sedikit orang bukan islam di Malaysia yang berminat dengan islam. Lebih banyak kedengaran anak2 orang islam yang bertukar agama. Memilih untuk menggantikan cahaya dengan kegelapan. Mengapa ? padahal di negara2 Eropah sana, masyarakat2 di sana berbondong2 memeluk islam. Malah Pope sendiri melahirkan kerisauan dengan mengatakan bahawa pada tahun 2012, umat islam di Perancis akan melebihi penganut agama lain.

Tak mustahil, sesetengah ulama’ mentafsirkan hadis tentang tanda2 kiamat iaitu terbitnya matahari di sebelah barat dengan mengatakan bahawa islam akan kembali bersinar di sebelah Barat. Allahu’alam.

Mungkin islam di Malaysia nie terlalu diadaptasikan dengan melayu. Islam bukan hak milik orang melayu, sebagaimana Judaism yang hanya untuk orang2 Yahudi. Tapi bila islam tu dah dimelayukan, disatukan dan diamalkan mengikut sifat2 orang melayu, maka jadilah islam itu islam melayu, bukan lagi islam yang sebenar-benar islam. Sebab tu, ada orang non-muslim yang takut untuk memeluk islam kerana katanya, dia kena jadi melayu. Hah !! bukan aku menuduh sebarangan, dan bukan pulak aku nak menghina bangsa sendiri. Tapi itulah hakikatnya. Golongan yang membawa islam itu sendiri mengamalkan islam versi melayu, maka bagaimana mungkin terhasil “bayang2 pokok andaikata objeknya ialah kereta.”

Allahu’alam…