aku menggelintar blog sendiri, memeriksa 'real-time live traffic feed' di sebelah kanan blog. Lalu aku memeriksa satu per satu 'traffic' pengunjung yg datang ke blog. bukan mahu mengira berapa jumlah pengunjung. itu tidak penting. Cuma aku ingin tahu, apa yg orang mahu 'cari' dalam blog yg tak seberapa ini.
dalam banyak-banyak penulisan, paling kerap dicari ialah tentang Prinsip Universiti APEX, tentang assignment halal, tentang gula merah (walaupun artikel tu tak cerita detail pasal gula merah) dll. awal-awalnya aku sendiri hairan kenapa agak ramai yang singgah membaca artikel tentang U APEX di dalam blog ni, lalu aku search di google; '7 Prinsip Universiti APEX'. rupa2nya sudah ada pada kedudukan teratas 'searching list'. (ketika artikel ini ditulis)
Bukan niat hendak membangga diri (sebab tiada apa2 pun untuk dibanggakan). Sebenarnya keadaan ini membuatkan aku semakin bersemangat untuk menulis sesuatu yg berguna kepada masyarakat. setidak-tidaknya orang boleh mendapat manfaat (walaupun sangat sedikit) daripada hasil penulisan kita. (cuma kekadang tiada idea + kekurangan masa untuk menulis)
Dan juga buat sahabat2 yang mempunyai blog @ apa2 medium untuk menyampaikan idea, teruskan usaha anda menulis sesuatu yang berguna untuk dunia. Jika betul cara dan niatnya, Insyaallah pasti ada ganjaran di sisiNYA.
1 comment:
kelebihan enta dalam berdakwah diperakui naqib saya,ashraf...teruskan menulis..jangan berhenti..saya suka tulisan enta yang pasal moto,ayah dan hikmah cerita itu..moga penulisan enta bermanfaat buat ummah..
Post a Comment