Monday, March 31, 2008
SIAPA IMAM KAMU ???
Alhamdulillah…………..
Allah telah memberi kepada aku kekuatan untuk pergi ke masjid semalam. Dan Alhamdulillah, di masjid tadi ada ceramah sebagai pengisian untuk hati yang sudah agak lama tak terisi ni walaupun terlambat hampir sejam. Terdetik di hati bila pulang dari masjid untuk menggerakkan jari jemari, menulis sedikit sebanyak isi kandungan ceramah yang aku dengar tadi yang diadakan sempena sambutan maulid-al-rasul. Moga-moga dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Ustaz menceritakan tentang persoalan2 yang akan disoal kepada seluruh umat manusia di dalam kubur apabila telah dijemput oleh Allah, Tuhan Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Salah satu soalan yang dikupas ialah, siapa imam (ikutan / panduan) kamu ???.. Maka hati2 yang dahulunya di dunia mengikut dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan serta ikutan dalam hidupnya akan menjawab, “ Al-Quran ikutan aku.”
Tetapi, bagaimanakah bisa seseorang itu menjawab soalan itu jika di dunia dia meninggalkan suruhan dan panduan yang telah diturunkan oleh Allah kepada manusia di dalam Al-Quran. Bahkan bagaimana seorang manusia itu mampu menjawab soalan itu jika dia tidak pernah mengambil tahu isi kandungan Al-Quran sedangkan dia seorang yang selalu membaca Al-Quran….??
Satu perumpamaan dibuat, jika di dalam solat berjamaah kita perlu mengetahui pergerakan imam samada melihat ataupun dengan mendengar. Jika kita tidak tahu perbuatan imam, bagaimana kita hendak mengikut imam itu. Dan jika tidak dituruti segala perbuatan imam, maka solat itu tidak diterima oleh Allah..
Begitulah, jika kita tidak mengikut panduan atau ikutan yang telah diturunkan oleh Allah iaitu Al-Quran, maka amalan kita di dunia ini tidak akan diterima oleh Allah.
Al-Quran diturunkan kepada manusia bukan semata-mata untuk menjadi bahan bacaan dan dilagukan. Benar bahawa dengan membaca Al-Quran akan memperoleh pahala yang banyak. 1 huruf dibaca diberikan ganjaran sebanyak 10 pahala. Benar bahawa Al-Quran itu mampu menjadi asbab untuk mendapat berkat dalam hidup. Dan benar dengan membaca al-quran itu, mampu menenangkan hati2 orang yang membacanya.
Tetapi, bukanlah itu tujuan utama Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia melainkan untuk menjadi petunjuk kepada sekalian manusia.
Kita sering berdoa di dalam solat kita ”kepada Engkau sahaja kami sembah dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan..Tunjukkanlah kami jalan yang lurus..
Maka di dalam surah Al-Baqarah :2, Allah menjawab “Kitab (Al-Quran) itu, tidak ada keraguan padanya, petunjuk kepada orang2 yang bertaqwa.” Itulah tujuan utama Allah menurunkan Al-Quran kepada kita melalui lidah kekasihNYA, rasulullah SAW.
Tidak salah jika kita membaca Al-Quran untuk mendapatkan pahala yang telah dijanjikan oleh Allah. Tetapi jika itu merupakan tujuan utama kita membaca Al-Quran, maka kita berada dalam bahaya. Bahaya kerana, segala pahala yang dikumpulkan itu bisa terhapus andai kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Al-Quran disebabkan kita tidak mahu mengambil tahu isi2 yang terkandung di dalam Al-Quran.
Petunjuk atau hidayah ini, Allah berikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan mengambilnya daripada sesiapa yang Dia kehendaki. Maka kita perlulah sentiasa berdoa kepada Allah dan mengambil tahu segala isi kandungan Al-Quran serta mengamalkannya supaya diberikan hidayah untuk sentiasa berada pada jalanNYA..
Ada segolongan manusia sengaja tidak mahu mengikut ajaran dan panduan yang telah ditetapkan oleh Allah samada kepada individu, keluarga, masyarakat malah pemerintahan negara. Golongan ini mengetahui bahawa sesuatu perkara itu ditetapkan oleh Allah dengan hukum-hukum tertentu, tetapi kerana kepentingan-kepentingan tertentu, mereka tidak mahu mengikuti panduan-panduan ini. Maka, bagaimana Allah akan memberikan hidayah kepada mereka. Mereka menutup hati-hati mereka untuk hidayah Allah dengan perbuatan mereka.
Satu botol air umpamanya, jika ditutup penutup botolnya, tidak akan dapat diisi dengan air walaupun dicurah dengan selautan air. Juga tidak dapat terisi dengan air jika dicampakkan ke dalam laut. Tetapi jika dibuka penutup botolnya, maka air akan dapat masuk ke dalam botol. Botol air ini juga, jika diisi dengan air zam-zam yang baik, maka ia dapat memberi manfaat. Tetapi jika diisi dengan arak, maka ia akan memudaratkan..
Kesimpulannya yang dapat dibuat ialah peri pentingnya kita sebagai hamba Allah, untuk mengambil tahu tentang isi kandungan Al-Quran yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kita. Perlu ada usaha ke arah itu. Sekurang-kurangnya kita mengetahui maksud ayat-ayat Al-Quran dengan merujuk kepada terjemahan serta tafsir. Jika kita sanggup membeli rumah bernilai ratusan ribu untuk melindungi diri dan keluarga daripada panas dan hujan, adakah kita tidak sanggup membelanjakan ratusan ringgit membeli tafsir yang insyaallah dapat melindungi kita di dalam kubur serta hari akhirat. Dan jika kita sanggup membeli kereta bernilai puluhan ribu untuk membawa kita ke destinasi2 di dunia, takkan tidak sanggup untuk menghabiskan puluhan ringgit yang insyaallah dengannya, mampu memandu dan membawa kita menuju ke syurga Allah..sama-sama kita fikirkan..
Moga Allah memberi kekuatan kepada diri ini untuk mengamalkan apa yang telah ditulis dan juga kekuatan kepada sahabat2 sekalian…AMIIIINN..
-hisyam-
Sunday, March 30, 2008
Inilah BArisan Rakyat !!!!
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang akhbar bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng tengahari semalam.
Jelasnya, beliau merasa gembira kerana semua exco bersatu hati untuk memastikan perbelanjaan kerajaan lebih berhemat dan tidak boros membelanjakan wang rakyat.
Sekarang ini semua exco tambahnya, menggunakan kereta lama yang digunakan oleh exco terdahulu bahkan Ketua Menteri sendiri tidak menggunakan kediaman rasmi kerana tidak mahu membelanjakan wang rakyat RM100 ribu semata-mata tujuan pengubahsuaian.
"Beginilah kerajaan yang bekerja untuk rakyat. Kami tidak akan bermewah-mewah membelanjakan peruntukan hasil wang rakyat sebaliknya memastikan pengaliran kewangan lebih berhemat. Saya sendiri kebetulan menggunakan kereta yang digunakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Pelajaran sekitar tahun 1990, " katanya.
Pembatalan yang membabitkan kewangan RM623 ribu akan dimanafaatkan kepada kebajikan dan keperluan pembangunan Pulau Pinang.
Semua jelasnya, telah dipersetujui bersama oleh EON dan kerajaan negeri dan berbangga kerana mendapat exco yang sama-sama pentingkan hak rakyat daripada peribadi berlainan daripada kerajaan terdahulu. - mks.
Wednesday, March 26, 2008
sinaran masa hadapan
Alhamdulillah...
ahad lepas, baru saja selesai program 'Kem Bina Insan' anjuran bersama Jabatan Mufti Pulau Pinang, KRL dan PISA...program persediaan ke IPT untuk pelajar2 SMKA dan SMA di Pulau Pinang.. ..aku yg diberi peluang untuk menjadi fasilitator berasa sangat bertuah kerana dipilih oleh Allah untuk berada di situ..(walaupun datang lewat sehari-ada program lain)
Sebagai seorang yg bergelar fasilitator, jgnlah kita berfikir bahawa 'aku ke
Malam sabtu, aku sampai ke Kem tentera batu feringgi (tempat program)..bukan sbgai fasilitator lagi, tp sbgai ahli panel utk forum...ahli panel 'terjun'...'terjun' kerana menggantikan tempat seorang sahabat yg tidak dapat hadir atas sebab2 tertentu..
lama aku berfikir.......sudahpun aku hantar mesej kpd penganjur,"cukuplah 2 org ahli panel"....tujuan untuk mengelak diri kerana aku yg ditugaskan untuk mencari ahli panel pada malam tu..dan kalau xdak orang, maksudnya..... akulah yg perlu 'naik' mengisi kekosongan kerusi 'panas' tersebut…sebelum ni, aku x pernah menjadi ahli panel untuk forum, dan tak pernah terfikir untuk menjadi....so, tugas ni bg aku sangat berat...aku terus berfikir..........................................lama aku berfikir.............
dan akhirnya....nekad jawapanku kpd penganjur..."biar ana ganti'..
aku cabar diri.."kalau bkan skarang, bila lagi SYAM !!!!"....
dan alhamdulillah, smua berjalan lancar...( nasib baik forum ringkas saja..kalau panjang, mmg mati dibuatnya..)
apa yg aku dapat disini, bkn saja pengalaman menjadi ahli panel forum..ttp mengajar aku bahawa langkah pertama untuk melakukan perubahan, kadang kala sangat mencabar...dan kalau bukan kita yg mencbar diri untuk berdepan dgn cabaran itu, maka selama2nya kita xkan dapat berdepan, apatah lagi melepasi cabaran tersebut...
..........................................(chapter 1 -end-)..........................................
habis forum….aku sambung kontrak jadi fasilitator..perkara yang membuatkan aku seronok berada di
dan yang lebih seronoknya, aku dapat berjumpa bukan saja ex-Al-Irshad, ttp juga bekas pelajar2 SMA dan maa'had..berbagai2 latar belakang dan sikap...
banyak perkara2 yang didedahkan kepada pelajar2 ni ttg suasana di kampus serta peranan mereka (termasuk kita smua) di kampus kelak..dengan berlatar belakangkan pendidikan skolah agama, tak sepatutnya apabila menjejakkan kaki ke menara gading, mereka ini sama saja dgn pelajar2 lain...maka mereka2 inilah yang perlu menjadi 'figure'2 penggerak dakwah di kampus2...perkara sedemikianlah yg ditekankan kepada peserta...
dan alhamdulillah, respon peserta sangat baik..aku dapat melihat pada wajah2 jernih para peserta, terdapat satu 'semangat' untuk menjadi seorang yg bergelar da'ie di IPT...
buat adik2 dan para sahabat, aku doakan agar kita smua dipilih oleh Allah untuk menjadi bukan sahaja penyokong agamaNYA, tetapi juga menjadi pendokong dan mata rantai, penyambung perjuangan menegakkan agama ALLAH di bumi bertuah Malaysia…..
Akhirul kalam….moga smua para sahabat sukses di dunia dan akhirat….
-end-
Monday, March 24, 2008
LAGI KES MURTAD !!!!!!
24/03/2008 3:17pm
PULAU PINANG 24 Mac — Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang hari ini menetapkan 24 April ini untuk keputusan permohonan seorang wanita mualaf, Siti Fatimah Tan Abdullah, untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam, yang dikemukakannya dua tahun lalu.
Peguamnya, Ahmad Jailani Abdul Ghani berkata, tarikh itu ditetapkan oleh Pendaftar Mahkamah Syariah, Azzeman Omar, setelah kes itu disebut di hadapannya pagi ini.
Katanya, keputusan kes itu akan dibacakan oleh bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes itu dahulu, Othman Ibrahim, yang ketika ini merupakan Ketua Hakim Syarie Perlis.
Ketika ditemui pemberita di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah di sini, beliau berkata, keputusan mengenai kes itu sudahpun dibuat dan hanya menunggu ia dibacakan oleh hakim berkenaan.
Beliau kemudiannya dilihat memberitahu anak guamnya, Siti Fatimah atau nama asalnya Tan Ean Huang, 38, mengenai perkara itu.
Pada 10 Julai 2006, wanita itu memfailkan permohonannya itu terhadap Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) selaku defendan.
Menurut pernyataan tuntutannya, Siti Fatimah berkata, beliau tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian.
Siti Fatimah memeluk Islam pada 25 Julai 1998 dan berkahwin dengan Ferdoun pada 16 Sept 2004.
Siti Fatimah, yang pernah bekerja sebagai tukang masak, memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab.
Dalam tuntutannya juga, Siti Fatimah menyatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir.
MAIPP diwakili peguam syarie Ahmad Munawir Abdul Aziz. - Bernama
Thursday, March 20, 2008
SIAPA ???
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman
a.s.
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah
lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak
lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih
berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata
memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa
amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa
neraka.
ALLAHUA'LAM
Wednesday, March 19, 2008
fwd from my email....
( cerita seorang pelancong )
Nak cite pengalaman saya skit..Saya berkesempatan pergi ke Masjid Kristal ni pada tahun baru cina baru2 ni...Kebetulan masa tu tengah ada perkampungan hadhari so saya berpeluang naik bot dari Seberang Takir free.(kalau tidak kena bayar tambang RM5.00 sorang)..
Lebih kurang 30 minit sampailah kat Pulau Wan Man ni...tergamam dengan keindahan dan kecantikan masjid ni..dengan kubah kristal berwarna hijau memang menarik...Tapi hairan gak yang ada di pulau ni cuma masjid sahaja..tak ada perkampungan...Nak datang ke pulau ni gak kena menaiki bot dengan tambang yang boleh dikatakan mahal...Ada jalan darat tapi jauh dan mengambil masa yang lama untuk sampai...
Saya juga berkesempatan masuk ke dalam masjid dan bersolat...Masjidnya taklah besar sangat...tempat solat org pompuan pun boleh memuatkan lebih kurang 80 - 100 orang...Lampu ceilingnya tersangatlah besar dan cantik...dengan kemudahan tandas dan tempat wuduk yang canggih...Mula2 rasa kagum tetapi lepas tu saya terfikir berapalah agaknya kos buat masjid ni...mesti ratus juta..
lepas tu terfikir la saya plak, siapa yang nak dtg sembahyang kat masjid ni...? dahla kena naik bot bayar tambang rm 5...sehari ada 5 waktu x rm 5 = rm 25.00...eemmm banyak tu...Sayang sungguh dengan masjid ni canggih dan cantik tapi membazir...Semasa di sana ramai gak pelancong...
Ada satu group tu pelancong cina yang memakai seluar short paras lutut sambil tangkap gambar beramai2...Sedih saya melihatkan keadaan itu...Masjid ini hanyalah masjid hiasan dan sebagai tarikan pelancong...Di Terengganu sendiri masih ada lagi rakyat yang miskin...Tempat saya naik bot di Seberang Takir tu sebagai contoh masih terdapat nelayan2 yang hidup susah dan miskin yang menyara hidup dengan menangkap ikan dan membuat keropok lekor...Alangkah moleknya kalau duit beratus juta yang digunakan untuk membuat Masjid Kristal itu digunakan untuk membantu mereka yang hidup susah...
Sebelum kami pergi ke Pulau Wan Man ni, suami saya ada bertanyakan seorang penduduk Terengganu, kenapa tak sembahyang Jumaat kat Masjid Kristal..? Orang tu jawab, "Nak buat gapo...tu masjid hiase..."
renung2kanlah...Diantara salah satu tanda2 akhir zaman ialah pembinaan masjid-masjid yang cantik, gah,canggih dan menarik tetapi tiada orang yang bersembahyang di dalamnya...
Maksud sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a :
Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid."
Keterangan
Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.
Masjid Kristal adalah sebuah masjid yang dibina di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Wan Man. Ianya merupakan satu juzuk dari himpunan yang dinamakan Taman Tamaddun Islam. Menelan belanja kira-kira RM250 juta. Pembinaannya diserahkan kepada Patrick Lim.
Setakat ni tiada penghuni di pulau ni dan spesis yang tinggal di sini pada ketika ini adalah bewok (biawak) dan kera.
Kalau Idris Jusoh memberi alasan perobohan Masjid Desa Makmur Kijal kerana tiada penghuni pun di situ, maka masjid kristal itu sendiri didiami oleh bewak dan kera menjadi alasan ianya layak dibina.
Apa pun alasannya projek masjid kristal ini adalah bertujuan:-
- Untuk pelancongan.
- Untuk mewujudkan projek kepada Patrick Lim (dengan habuan)
- Untuk bermegah-megah.
Lalu kita renungkan dengan hadith yang tertera di atas....
Di manakah kita..........????
p/s: sapa2 yg belum pernah tgk masjid tu, search la kat internet..anda pasti 'kagum'.. fikir2kan ye !!!!!
Saturday, March 15, 2008
PENGUMUMAN !!!!! (Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam.)
Assalamualaikum. ..
Friday, March 14, 2008
ITULAH SABAR .....
Sabar itulah kekuatan, padanya ada kemuliaan..
Tahanlah hati sebentar, walaupun terkadang ia mendesah-desah seolah-olah ingin pecah. Untuk menggapai kejayaan perlu sabar. Untuk mendapatkan kebahagiaan perlu kepada sabar. Untuk mendapat kesenangan perlu kepada sabar.
Orang beriman yang bertani diambil pengajaran darinya - setiap hari ia menyangkul tanah, digembur, di tanam tanaman, dibajai, disirami dengan air. Selalulah ia berharap kepada ALlah agar tanamannya gemuk. Semoga di hari yang mendatang akan dituai hasilnya buat makan sehari-hari.
Dia tidak lupa mengerjakan kewajipan yang disuruh ALlah, malah ia gemar pula bersedekah pada orang yang susah walaupun dia sendiri sudah sedia sukar hidupnya.
Lalu ALlah ingin menguji kekuatan iman - diberikan hujan dari langit hingga habis rezeki si petani yang selama ini ditanam, dikerah tenaga dan air peluhnya. Keesokan harinya petani yang beriman itu terkejut melihat tanamannya telah habis musnah. Jika tiada imannya pada hari itu, hendak sahaja ia menjerit, memaki hamun takdir ALlah. Mungkin sahaja hilang akalnya kerna memikirkan penah lelahnya selama ini habis percuma begitu sahaja.
Tetapi kerana iman yang masih melekat di hatinya - diturut sahaja perkataan sabar kerana ALlah. Petani yang beriman itu tersenyum - Ya ALlah, harini Engkau berikanku ujian, Aku bersyukur ia hanya mengenai tanamanku, tetapi ia tidak menggugat imanku. Aku pastinya akan lebih berusaha bersungguh-sungguh kerana walaupun tanamanku digenangi air. Tetapi nampaknya banyak ikan yang berenang sebagai rezeki yang tidak diduga telah Engkau berikan..
"Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan ALlah dan meninggalkan laranganNya) , mereka dibalas oleh ALlah dengan syurga dan (persalinan dari) sutera. "(Al Insan:12)
Pendahuluan..( pertama dan utama )
dan salam sejahtera.
>>> Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian ke hadrat Illahi kerana masih lagi meminjamkan kepada kita 'nyawa' untuk kita teruskan hidup sebagai hamba kepada Allah...Pencipta dan Pentadbir seluruh alam....
>>> Selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, insan agung utusan Allah yang menyeru manusia tunduk dan patuh hanya kepada ALLAH..
>>>tidak terfikir sebelum ini untuk melayari apatah lagi untuk memiliki sendiri satu media alternatif alaf baru yang dikenali sebagai BLOG ini lantaran kejahilan dalam bidang 'komputer' dan yg sewaktu dengannya.. tetapi terdapat beberapa faktor pendesak yang mendorong untuk aku memilikinya.. salah satunya ialah perubahan zaman yang telah menjadikan internet sebagai medium untuk mendapatkan maklumat .
>>> Dan seperti yang pernah diulas oleh seorang penganalisis politik sewaktu mengomentar tentang kekalahan besar kerajaan BN untuk PRU 12 (astro awani) , katanya sewaktu tempoh PRU, BN hanya memiliki 3 media alternatif sedangkan pembangkang memiliki hampir 100 media dan saluran2 alternatif untuk menyampaikan maklumat.. dan apabila rakyat tidak lagi percaya kepada media perdana, maka mereka tercari-cari media alternatif..jadi fikirkan betapa media alternatif (salah satunya BLOG) dapat mempengaruhi dan memberi maklumat kepada manusia zaman ini....
>>> jadi, aku pun tak mahu ketinggalan untuk memiliki satu.. sekurang-kurangnya tidak la ketinggalan sangat.. ( lagi satu, ramai kawan2 aku dah ada blog sendiri).
>>>diharapkan, blog aku yang tak seberapa nie dapat memberi sst yang berguna kepada sahabat-sahabat sekalian..mana yang baik ambillah..mana yang rasa tak berapa baik tu, tinggalkan saja dalam blog nie..and jangan lupa tegur kalau benda tu tak baik..
>>>> OK !!! tu saja kot untuk pendahuluan...Allahua'lam..
Assalamualaikum.................. :)