Sunday, March 30, 2008

Inilah BArisan Rakyat !!!!

GEORGETOWN, 27 Mac (Hrkh) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang semalam membatalkan pembelian lima buah kereta baru Perdana V6 yang ditempah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini membabitkan perbelanjaan RM623 ribu, kata Timbalan Ketua Menteri, Mohd Fairuz Khairudin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang akhbar bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng tengahari semalam.

Jelasnya, beliau merasa gembira kerana semua exco bersatu hati untuk memastikan perbelanjaan kerajaan lebih berhemat dan tidak boros membelanjakan wang rakyat.

Sekarang ini semua exco tambahnya, menggunakan kereta lama yang digunakan oleh exco terdahulu bahkan Ketua Menteri sendiri tidak menggunakan kediaman rasmi kerana tidak mahu membelanjakan wang rakyat RM100 ribu semata-mata tujuan pengubahsuaian.

"Beginilah kerajaan yang bekerja untuk rakyat. Kami tidak akan bermewah-mewah membelanjakan peruntukan hasil wang rakyat sebaliknya memastikan pengaliran kewangan lebih berhemat. Saya sendiri kebetulan menggunakan kereta yang digunakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Pelajaran sekitar tahun 1990, " katanya.

Pembatalan yang membabitkan kewangan RM623 ribu akan dimanafaatkan kepada kebajikan dan keperluan pembangunan Pulau Pinang.

Semua jelasnya, telah dipersetujui bersama oleh EON dan kerajaan negeri dan berbangga kerana mendapat exco yang sama-sama pentingkan hak rakyat daripada peribadi berlainan daripada kerajaan terdahulu. - mks.

No comments: