Saturday, March 15, 2008

PENGUMUMAN !!!!! (Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam.)

CUT-PASTE-EDIT from : [Pmiusm_group]

Assalamualaikum. ..
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia ada menawarkan lima program sarjana
1. Master Of International Studies
2. Sarjana Pengurusan Ekonomi.
3. Sarjana Pentadbiran Awam.
4. Sarjana Kerja Sosial
5. Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam.
cuma nak sentuh tentang program Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam. Progran ni masih baru. Semester depan adalah penggambilan pertama. Kalau dapat 2.75 PNGK dan ke atas dah boleh diterima masuk Insya Allah. Ia hanya ditawarkan secara sepenuh masa. Terbuka kepada semua aliran sains ataupun sastera...muslim ataupun non-muslim. Pengajian selama 1.5 tahun.
Apa yang nak disampaikan ialah jika ada sahabat yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana boleh ambil program sarjana ini sebagai pilihan. Kita ada banyak orang yang faham tentang agama tapi dalam pengurusan Islam kebanyakan daripada orang Islam tidak berkebolehan. Contohnya dalam perbankan Islam ada banyak cabang contohnya Qardhul Hasan, Al-Wadiad yad Dhamanah, Al-Mudharabah, Al-Musyarakah, Bai' Bithaman Ajil dan pelbagai lagi. Tapi kebanyakan daripada kita hanya tahu menyebut tetapi tidak tahu kaedah. Selain itu tentang pengurusan zakat, pembinaan sesebuah organisasi Islam, memakmurkan masjid, pembangunan modal insan pelbagai lagi perkara lain.
Pensyarah yang mengelola ialah Prof Muhammad Syukri Bin Salleh. Beliau merupakan antara individu yang merencana pembanguan di Terengganu semasa zaman PAS dan sekarang BN memerintah. Beliau juga merupakan salah seorang yang merencana penubuhan Universiti Sains Islam Malaysia, beliau banyak mencadangkan kursus-kursus yang harus ditawarkan di universiti tersebut. Belajarlah sesuatu yang bermanfaat daripada beliau.
Sebenarnya terlalu banyak kalau nak diceritakan tentang pembangunan Islam. Tetapi perkara yang paling penting di dalam program ini ia bermatlamat untuk membentuk modal insan yang bukan sahaja memberi manfaat kepada kehidupan di dunia tetapi di ahkirat. Cita-cita kita untuk menegakkan negara Islam penting bukan sahaja hanya menegakkannya tetapi entiti-entiti yang ada di dalamnya juga seharusnya memiliki ciri-ciri tersebut. Kalau bukan kita yang mempelajarinya untuk persediaan akan datang siapa lagi?
Akhir kalam semoga kita akan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM dari segala sudut. Moga-moga membangunnya kita bukan sahaja dari susut material tetapi juga dari sudut pembangunan sahsiah. Untuk keterangan lanjut bolehlah melawat laman web Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan. Atau boleh terus ke PPSK untuk maklumat lanjut.
Okeylah... semoga informasi yang disampaikan ini memberi manfaat kepada semua.
Wassalam.

No comments: