Thursday, July 31, 2008

janji setia GAMIS



Betapa inginnya kami,
Agar bangsa dan generasi ini mengetahui,
Bahawa mereka lebih kami cintai,
Daripada diri kami sendiri.

Kami berbangga,
Ketika jiwa-jiwa kami gugur,
Sebagai penebus bagi kehormatan mereka,
Atau menjadi harga,
Bagi tegaknya kejayaan, kemuliaan,
Dan terwujudnya cita-cita mereka,
Jika memang itu harga yang harus dibayar,
Sebagai mahar perjuangan kami,

Tiada sesuatu yang membuat kami bersikap seperti ini
Selain rasa cinta yang telah mengharu-biru hati kami,
Menguasai perasaan kami,
Memeras air mata kami,
Mengerah keringat kami,
Dan mencabut rasa ingin tidur,
Dari pelupuk mata kami.

Betapa berat rasa di hati,
Ketika kami menyaksikan bencana,
Yang mencabik-cabik agama, bangsa dan maruah ini,
Sementara kita hanya menyerah pada kehinaan,
Dan pasrah oleh keputusasaan.

Kami ingin agar generasi ini mengetahui,
Bahawa kami membawa misi yang bersih dan suci;
Bersih dari cita-cita peribadi,
Bersih dari kepentingan dunia,
Dan suci dari hawa nafsu yang menghantui.

Kami tidak mengharapkan sesuatupun dari manusia,
Tidak mengharap harta benda atau balasan lainnya,
Tidak juga populariti serta nama,
Apalagi sekadar ucapan terima kasih dan rasa syukur,
Kepada Islam yang kami cintai,

Yang kami harap adalah;
Terbentuknya Malaysia yang lebih baik dan bermartabat,
Serta kebaikan dari Allah, tuhan Pencipta alam semesta,
Inilah ikrar dan janji setia kami,
Gabungan Anak Muda Islam Se-Malaysia.

Wednesday, July 30, 2008

andai ku turut kata hati...



Kata orang ,
Teman itu ada ketika suka,
Juga ketika kita berduka.

Kadang kala aku merasakan,
Sukaku....
Suka milik semua...

Tetapi dukaku...
Milik aku, semata-mata...
Sengsaraku...
Tiada pernah dikongsi sesiapa..
Tangisku...
Tiada pernah didengari manusia...


Mungkin itu hanya perasaanku sahaja..
Padahal ramai disekelilingku ingin bersama..
Berkongsi suka,
Berkongsi duka...
Bergelak bersama..
Menangis pun bersama..

Ahhh !!!
Bagiku itu semua mustahil..
Mana ada manusia yang mahu bersamaku,
Mana ada teman yang bisa menghampiriku..
Mana ada insan yang sanggup mendampingiku..

Aku ini hanya insan biasa..
Aku ini hanya makhluk yang hina..
Tiada guna untuk mereka semua..
Tiada harga untuk dinilai mulia..
Tiada upaya untuk memberi bahagia…

Jadi apa guna aku masih bersama-sama mereka..
Lebih baik aku pergi berkelana..
Membawa diri yang hina….
Jauh…jauh dari semua..

Biarlah aku merawat dukaku..
Biarlah aku membalut lukaku…

Agar sengsara ini bisaku buang…
Buang jauh dari hidupku yang sentiasa malang...

........

Wahai hati yang sentiasa berbolak balik...
Ingatlah, syaitan sentiasa membisik..

kata dihatimu itu bukanlah wahyu..
Luahan rasamu itu bukanlah sabda..
Tapi kata-kata yang disalut nafsu..
Juga bisikan syaitan durjana..

Janganlah kamu menurut saja...
Kata hatimu yang penuh dosa..
Kerana iblis sentiasa menggoda...
Supaya manusia membenci saudaranya..

Kembalilah wahai hati...
Kembali ke pangkuan Ilahi..

Pulanglah wahai diri..
Pulanglah kepada teman-temanmu...

Mantapkan ukhuwwah....
Hidupkah jamaah ...

Semoga hidup mu kelak...
Lebih bermakna...............

-luahan rasa-
Raudatus solihin
30 julai (rabu)
2.42 am


Sunday, July 27, 2008

Nik Aziz: Bubar Umno dan PAS, tubuh parti baru

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.



Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

"Umno bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang hari ini

Bernama melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Umno tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.

"Kalau tidak kena dengan Islam di mana-mana, cuba beritahu dan kalau Umno itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu," katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membayangkan kemungkinan diadakan kerjasama politik dengan PAS suatu masa nanti.

Nik Abdul Aziz berkata dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.

"Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam," katanya.

sumber :http://www.malaysiakini.com/news/86802

hari ku untuk anda..


alhamdulillah...

selesai 1 hari yang meletihkan tapi menyeronokkan...
tambah pulak tengah demam n selsema..
moga2 demam n selsema tu jadi kifarah dosa2 aku yg banyak tu... AMIIN

hmm, pagi tadi seawal 8.30, aku dah mula bertolak ke kampus untuk ambil fasi2 bengkel motivasi kat sek teknik balik pulau.. siap kumpul semua, kami pun bertolak. 8 orang smua termasuk aku.. tempat yang nak dituju tak pernah aku sampai...walaupun anak jati pulau mutiara nie, sesat tu perkara biasa dalam hidup seorang pengembara.. akhirnya sampai gak kami kat STBP tu..



tugas kami hanya handle LDK, sesi suai kenal n luahan rasa serta sikit2 perkongsian pengalaman dgn pelajar2 vokasional elektronik..
wlaupun sekejap ja kami bersama2, tapi byk benda yg aku dapat tau..

Mostly, student vokasional ni bawah skit daripada teknik. Depa lebih kepada amali berbanding kelas teori. Aku cuba korek kehidupan depa kat sekolah tu. Ada jugak aku interview cikgu kat situ.

Bila aku tanya tentang akedemik, semua peserta dalam kumpulan (laki2 smua) tunduk malu. Kebanyakannya kata tak suka kelas teori. Dalam exam pun depa hanya skor kelas amali. Hmmm, aku korek lagi.... pasal mmg kami fasilitator ditugaskan untuk mencari masalah2 depa dalam pelajaran dan kehidupan kat sekolah.

“bila hangpa study?dalam kelas hangpa buat apa?”. aku tanya setiap sorang. Menakjubkan !! macam berpakat, 6 drpd 7 orang kta depa tidur dalam kelas. Waktu malam habis dengan bersembang kosong, n kadang2 ’fly’ keluar. So, bila depa study? Jawapannya tak study. Bila aku tanya cikgu depa, mmg cikgu depa mengaku, 60% pelajar lena dalam kelas. Cuba bayangkan... time exam pun depa tidur. So, bagi kertas kosong, dapat balik pun kertas kosong...

Itu satu hal. Bab akademik. Aku tanya pulak, sapa yang masih tinggal solat? Macam berpakat jugak, dengan jujur depa mengaku solat 5 waktu belum sempurna. Apatah lagi ibadah2 lain. Tak masuk lagi benda2 ’lain’ yang depa buat kat sekolah n kat luaq. Konklusi keadaan depa, aku bole katakan, sangat tak teratur.

Habis korek smua, aku pun bg la skit sebanyak, perkongsian pengalaman dll.. tak payah la tulis kat sini. Ada benda yg aku bgtau depa, tapi aku tak pernah bgtau sapa2 pun kawan aku yg lain...hahaha...

...................



Then, habis program, kami smua ke sunshine bandar baru...main bowling.. juga anjuran KRL… best.. kalau sapa2 berminat nak join prgram2 macam nie, just tell me Ok ???
Assalamualaikum..






Raudatus solihin..
Ahad 27 julai 2008
3.51a.m


Friday, July 25, 2008

mengapa kamu berjuang ???

Assalamualaikum....

dah lama aku tak menulis.. rindu rasanya untuk aku menulis semula.. tapi masih belum ada topik @ tajuk yang mahu ditulis.. cuma mungkin aku boleh berkongsi pengalaman @ ilmu yang aku dapat dalam kelas semalam...Kelas isu semasa..

aku tak sempat untuk bersama-sama dari awal kelas pasal turut serta dengan kelas perbandingan agama yg di'handle' oleh Brother Kamarudin. habis kelas perbandingan agama tu dalam pukul 10.30 mlm, terus aku pergi ke kelas isu semasa.

slot akhir kelas isu semasa tu, kami semua ditanya oleh moderator....

mengapa kamu berjuang ???


soalan yang simple... tapi jawapannya terletak pada diri masing2. tapi sebelum tu, persoalan yang perlu dijawab ialah adakah betul kamu@kita@aku berjuang ?? dan dalam ruang lingkup apakah usaha yang telah kita lakukan boleh mengkategorikan kita sebagai 'berjuang' ???

Hmmm, berjuang di sini ialah berjuang untuk menegakkan agama Allah di muka bumi.. BESAR tugas tu bunyinya. tapi sejauh mana kita ada usaha ke arah tu mengikut kapasiti dan kemampuan kita.. tiada alasan untuk kita tidak bersama-sama melakukannya.

Andai kata kita seorang pelajar, maka mad'u atau sasaran kita ialah sahabat2, para mahasiswa/wi yang lain. method berdakwah???....pelbagai.

alasan sibuk belajar ?? takkan sampai tak ada masa langsung untuk tegur sahabat2.
alasan tak pandai berucap?? takkan tak ada kemampuan untuk edarkan artikel2 tentang islam...
alasan tiada sahabat untuk bersama2?? bukannya tak ada persatuan @ organisasi yang hendak ke arah tersebut..
alasan malas.... mmg tiada ubat untuk itu..

Hmmm, berbalik kepada soalan tadi.. aku petik balik jawapan2 dari peserta..

MENGAPA KAMU BERJUANG ????

- ada yang kata "saya berjuang sebab tugas saya sebagai hamba Allah"
- ada pulak yang kata sebab jika saya tolong agama Allah, nescaya Allah akan tolong saya..
- "ana nak capai satu title iaitu syahid. mungkin x berpeluang dapat syahid dengan cara berperang. tapi jika kita mati dalam keadaan kita sedang berjuang @ berdakwah, maka mati kita tersebut mati yg bernilai di sisi Allah. yg tu jawapan aku...

tapi aku tertarik dgn satu jawapan dari suami kepada seorang moderator yg x dak mlm tadi.. dia ni malam2 akan taip artikel2 yang berguna n buat s'thg sbgai sumbangan kepada islam.. bla ditanya, dia jawab.. "ana nak menggantikan masa para pejuang yang sedang berusaha bersungguh-sungguh melawan musuh Allah sehingga dengan asbab perjuangan mereka, kita dekat sini dapat tidur lena. maksudnya, biar dengan usaha dia tu, ada sumbangan kepada kemenangan islam. dan bila islam dah menang, boleh la para pejuang yang dok lawan musuh Allah (palestin dll) dapat tidur pulak..

walaupun mustahil benda tu berlaku dgn usaha yg sedikit tu, tapi azam yg sebegitu yang menjadi pemangkin untuk dia terus berjuang...

HHHMmmmm, mereka sudah !!!

Kita bila lagi...

Allah x ukur hasil yg kita dapat.. tapi Allah lebih pandang usaha yang kita buat..
Jadi sahabat2, jom sama2 kita jalankan tugas kita sbgai hamba Allah dan umat Rasulullah... kerana umat rasulullah ialah umat da'ie iaitu pendakwah dan bukannya umat 'abid iaitu org yg beribadah semata2...

untuk menjadi nabi.. mustahil...
untuk menjadi seorang wali.. jauh sangat..
untuk menjadi seorang ulama'... sedikit sangat yang mampu..
untuk menjadi seorang pembela agama Allah.. berjuang dan berdakwah mengikut kemampuan masing2.. semua orang mampu..

INGAT !!! jangan sampai kita tiada jawapan di hadapan Allah bila ditanya, apa yang kita dah buat untuk agama Allah semasa hidup... masa tu, tak sempat dah kita nak berjuang ya !!!

" aku menulis bukan kerna nama... kerna sifat kasih pada sesama insan, dan menyatakan kasih sayangku.. kita sama, semuanya sama..apa yang ada, hanyalah kehidupan..."

Allahu'alam..

Raudatus solihin
25 july 2008
12.47 a.m.

Sunday, July 20, 2008

beriman dengan DEMOKRASI.. ???

Pada zaman cabaran yang menimpa umat islam semakin mendesak, maka para pendokong agama Allah ini juga perlu mempelbagaikan method serta cara mereka berdakwah menyampaikan islam kepada umat manusia. para mufti, teruskan menegur dan memberi pandangan kepada rakyat dan pemerintah. para cendikiawan islam, kajilah ilmu-ilmu Allah supaya dapat mengeluarkan hukum-hukum yang berguna. dan para pendokong islam yang lain, terokalah dan masuklah ke dalam ruang-ruang dan lubang-lubang yang wujud selagi ia dapat memberi manfaat kepada islam.

Tetapi apabila menyentuh soal demokrasi, ada pendokong islam yang mengambil keputusan untuk terlibat sama dan ada yang menolak sekeras-kerasnya..

Demokrasi sememangnya bukan berasal dari Islam. Ia adalah salah satu dari sistem jahiliyah moden. Kita umat islam tidak pernah menyatakan beriman dengan Demokrasi dan menganut fahaman demokrasi. Begitu juga, kita tidak memperjuangkan ideologi Demokrasi.


Apa yang perlu ialah umat islam memanfaat beberapa peraturan dan amalan yang ada dalam sistem demokrasi sebagai salah satu medan baginya untuk mencapai tujuannya iaitu dakwah. Amalan Demokrasi yang dimanfaatkan itu antaranya ialah amalan Pilihanraya dan kebebasan untuk menyatakan pandangan kepada rakyat.

Di dalam sistem jahiliyah dan undang-undang jahiliyah terdapat beberapa kesempatan dan peluang yang boleh diambil manfaat untuk menegakkan Islam dan mempertahankan Islam. Cara ini telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya iaitu
melalui peraturan al-himayah dan al-jiwar (memberi perlindungan kepada orang-orang yang lemah dan dizalimi).

Rasulullah s.a.w. sendiri memanfaat peraturan tersebut dengan mengambil al-Himayah dari bapa saudaranya (Abu Thalib). Saidina Abu Bakar juga pernah mengambil al-Himayah dari Ibnu Al-Daghnah. Terdapat beberapa sahabat lagi yang memanfaatkan perturan tersebut. Kedua perturan tersebut (yakni al-Himayah dan al-Jiwar) menjadi amalan kebanggaan di dalam masyarakat jahiliyah. Adalah menjadi suatu kemegahan kepada seseorang yang kuat kedudukannya dalam masyarakat jahiliyah kalau ia dapat membela atau memberi perlindungan di bawah pengaruhnya.

Dari apa yang berlaku dan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. itu, menunjukkan kepada kita bahawa dibenarkan kita mengambil kesempatan dari peraturan-peraturan atau amalan-amalan jahiliyah jika sekiranya ia tidak merugikan perjuangan dan tidak menjejaskan dasarnya. Dari sinilah maka gerakan Islam di zaman kini mengambil kesempatan dari sistem demokrasi dan menyertai pilihanraya. Bukan kerana mereka beriman dengan sistem itu tetapi mengambil kesempatan dari peluang yang diizinkan untuk melaksanakan amar makruf dan nahi munkar dan menyampaikan mesej Islam kepada manusia.

Memanfaatkan sesuatu dari seorang kafir tidak bermakna kita turut beriman dengan aqidahnya. Begitu juga, memanfaatkan sesuatu amalan atau peraturan dari sistem jahiliyah, tidak bermakna kita mengiktiraf sistem tersebut apatahlagi dalam keadaan kita terpaksa melakukannya. Apabila kita mengambil seorang pekerja kafir dan memanfaatkannya untuk urusan-urusan kita, tidak bermakna kita mengiktiraf/menyetujui agama atau aqidah anutannya.

Apabila Rasulullah s.a.w. memanfaatkan perlindungan dari bapa saudaranya (Abu Thalib) di Mekah, adakah bermakna baginda mengiktiraf kemusyrikan bapa saudaranya itu? Apabila Rasulullah s.a.w. mengizinkan para sahabatnya untuk berhijrah ke Habsyah bernaung di bawah Raja Habsyah (An-Najasyi) kerana keadilannya, adakah bermakna baginda beriman dengan aqidah kristian Najasyi itu?

Apabila dalam peperangan-peperangan baginda, Rasulullah s.a.w. memakai sistem al-Khumus (iaitu sistem membahagikan angkatan tentera kepada lima battalion) yang asalnya merupakan corak peperangan dari Parsi, adakah bermakna baginda juga turut mengiktiraf Parsi dan agama Majusinya? Apabila Saidina Umar meniru sistem ad-Diwan yang diamalkan dalam kerajaan Parsi, adakah bermakna beliau mengiktiraf kerajaan Parsi dan agama Majusi yang dianuti Parsi?

Banyak perkara baru yang berlaku dalam dunia hari ini yang memerlukan para ulama’ ,pendokong islam dan pimpinan Islam menetapkan pendirian yang tepat dari sudut siayasah dengan mera’ikan pandangan Syara’.

Amalan pilihanraya adalah kaedah yang diterima-pakai oleh masyarakat dunia hari ini –termasuklah dalam negara-negara umat Islam- untuk menentukan siapakah pemimpin yang akan menerajui negara mereka untuk suatu tempoh tertentu?. Hari ini, sama ada umat Islam menerima atau tidak, pilihanraya apabila tiba masanya tetap akan dilaksanakan dalam negara mereka –oleh pemerintah yang sedia ada- dan wakil-wakil yang dipilih rakyat akan menerajui negara dan kerajaan.

Pilihanraya menjadi fenomena yang berlaku di hadapan mata umat Islam hari ini. Dalam hal ini umat Islam mesti menetapkan pendirian mereka sama ada akan turut terlibat atau memulau sahaja pilihan raya yang berlaku dan menerima siapa sahaja pemimpin yang bakal naik; apakah ia memanfaat Islam atau akan menjahanamkan Islam?

Menetapkan pendirian Syara’ dalam sesuatu urusan –apatahlagi yang berkait dengan hal-hal umat dan kemaslahatan mereka- bukan suatu yang mudah. Hanya orang-orang yang pendek aqal sahaja yang cepat/tergesa-gesa membuat keputusan dalam hal-hal yang rumit dan ternyata memerlukan pemerhatian teliti.

Pendirian Syara’ tidak boleh dibuat hanya melalui pemerhatian yang rambang dan dangkal terhadap sesuatu masalah. Ia hendaklah dibuat melalui pemerhatian yang teliti, dengan mera’ikan nas-nas Syara’, maqasid-maqasid Syari’ah, qaedah-qaedah Syara’ dan sebagainya yang menjadi bidang usul Fiqh. Penelitian juga bukan hanya melihat kepada teori-teori di atas kertas sahaja, tetapi juga dengan mengkaji implikasi-implikasi yang bakal diterima umat jika keputusan di ambil untuk menerima atau menolak sesuatu perkara baru itu.

Semenangnya mudah bagi para pendokong islam membuat keputusan tidak menyertai pilihanraya dengan alasan; pilihanraya adalah dari sistem Demokrasi dan sistem Demokrasi itu adalah sistem Kafir dan Jahiliyah. Tetapi pastikah kita bahawa memulau pilihanraya itu benar-benar suatu sikap yang akan menguntungkan Islam dan umat Islam pada masa ini dan akan datang?

Sebagaimana dinyatakan tadi bahawa, pilihanraya tetap akan berjalan dalam sebuah negara Demokrasi seperti Malaysia ini. Sama ada Jama’ah Islam melibatkan diri atau memulaukannya, pilihanraya tetap akan dijalankan. Wakil-wakil yang dilantik rakyat akan tetap menguasai negara sama ada kita umat Islam bersetuju atau tidak.
Memulau pilihanraya bermakna memberi kemenangan mudah kepada golongan secular untuk terus menguasai negara dalam keadaan kita mampu memberi saingan dan cabaran kepada mereka.

Apatahlagi dalam sebuah negara bermasyarakat majmu’ (yang terdiri dari orang Islam dan bukan Islam) seperti Malaysia, memulau pilihanraya memberi implikasi yang lebih buruk iaitu memberi peluang kepada kaum bukan Islam untuk menguasai politik negara dan menjadi pemimpin ke atas umat Islam sendiri.

Tidakkah akan memudaratkan masa depan Islam dan juga umat Islam jika golongan secular terus memerintah negara atau jika kuasa politik negara diambil alih oleh orang-orang bukan Islam kerana tindakan kita umat Islam memulau pilihanraya?

Mafsadah Demokrasi –sebagaimana yang diketahui umum- ialah ia memberi hak yang mutlak kepada pemimpin untuk menggubal undang-undang di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Wakil-wakil rakyat yang dilantik melalui proses pilihanraya diberi mandat oleh rakyat untuk meminda atau menggubal undang-undang melalui Parlimen atau Dewan Undangan Negeri tanpa tertakluk kepada ketetapan Syara’. Sama ada sesuatu undang-undang yang digubal itu bercanggah atau tidaknya dengan ketetapan Syara’, itu tidak menjadi persoalan asalkan wakil-wakil rakyat yang dipilih menyetujuinya.

Kefasadan tersebut sebenarnya dapat kita atasi jika sekiranya wakil-wakil rakyat yang dipilih adalah dari kalangan orang-orang memahami Islam dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin Islam. Jadi tugas dan peranan Jama’ah Islam ialah meletakkan seberapa ramai calon-calon yang mempunyai kelayakan mengikut Islam dan menanamkan kesedaran dalam hati rakyat sebagai pengundi supaya membuat pemilihan yang tepat iaitu dengan melihat kepada kepentingan agama dan umat.

Kita akui bahawa pilihanraya ala Demokrasi hari ini tidaklah bersih secara mutlaknya. Sebagai suatu amalan yang datang dari sistem jahiliyah, ia tentunya mempunyai sedikit-sebanyak mafsadah yang tidak dinafikan akan mengenai kita umat Islam apabila terlibat dengannya. Namun kita juga terpaksa menerima bahawa memulau pilihanraya dalam suasana hari ini akan mendatangkan mafsadah yang lebih buruk lagi kepada masa depan Islam dan nasib umat Islam itu sendiri.

Memulau pilihanraya akan membawa kepada semakin kukuhnya penguasaan golongan sekular, berterusannya kemaharajalelaan mereka dan mungkin membawa kepada penguasaan orang-orang bukan Islam ke atas umat Islam (khususnya bagi negara yang masyarakatnya terdiri dari orang-orang Islam dan bukan Islam.

Dalam hal ini Syara’ memutuskan bahawa apabila bertembung dua mafsadah di mana salah satu daripadanya terpaksa kita tunggangi, maka hendaklah kita tunggangi mafsadah yang paling ringan. Dalam hal pilihanraya ini, mafsadah yang paling ringan kita akan terima ialah dengan melibatkan diri dalam pilihanraya, kerana memulaukannya mendatangkan mafsadah yang lebih berat/besar. Kaedah Syara’ menyatakan;

الضرر الأشد يزال بالضرر الأخف

“Harus untuk mengelak suatu kemudaratan yang lebih besar dengan mengambil kemudaratan yang lebih ringan”.

إذا تعارض مفسدتان روعي أعظمها ضررا بارتكاب أعظهما

“Apabila bertembung dua mafsadah (di mana salah satu darinya terpaksa dilakukan), maka hendaklah diberi perhatian kepada mafsadah yang lebih besar mudaratnya (untuk dielakkan), dengan dilakukan mafsadah yang lebih ringan”.
Islam bukanlah agama yang bersifat teorikal semata-mata tetapi juga praktikal. pendokong Islam yang memikul idealisme perjuangan Islam hendaklah menjadi alternative kepada masyarakat untuk menyelesaikan masalah atau isu-isu yang berlaku di kalangan mereka.

Dengan cara ini salah satunya,kesyumulan dan keindahan Islam dapat dilihat oleh masyarakat. Adapun jika kita hanya melaung-laungkan kebaikan dan kesempurnaan Islam itu di dalam tulisan-tulisan atau majlis-majlis usrah sahaja, tanpa terjun ke tengah-tengah masyarakat untuk mengemukakan penyelesaian secara Islam terhadap masalah-masalah atau isu-isu yang timbul di kalangan mereka, maka sampai bila-bila pun masyarakat tidak akan dapat melihat keindahan dan kesempurnaan Islam.

- Adakah kita hanya melihat sahaja golongan sekular mendekati masyarakat dengan idea-idea sekular mereka untuk menyelesaikan masalah masyarakat, sedangkan kita umat islam yang faham Islam tidak ada kesedaran untuk mendekati mereka dengan membawa mesej penyelesaian secara Islam. ???


Allahua’lam...

Sunday, July 13, 2008

MASIHKAH KAU INGAT....


SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN....

MASIHKAH KALIAN INGAT !!!!!
KITA BERSAMA-SAMA DI SANA,

MEMUJI-MUJI ALLAH.......
MENSUCIKAN ALLAH..........
MEMBESARKAN ALLAH..........

MENGHINA DIRI AKAN SEGALA KHILAF..
MEMOHON AMPUN ATAS SEGALA DOSA...
MERATAPI AKAN SEGALA KELAPANGAN YANG DI SIA-SIAKAN...

DAN BERIKRAR BAHAWA HANYA ALLAH TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH...
DAN BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH.....

DAN KITA JUGA TELAH BERJANJI
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH,
LAGI MAHA PENYAYANG,
YANG MAHA MENGETAHUI,
DAN MAHA BIJAKSANA

BAHAWA.....
KITA AKAN SENTIASA BERSAMA-SAMA MEMPERJUANGKAN AGAMA ALLAH.
BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH ALLAH...
DAN AKAN MENJADI PENDUKUNG AGAMA YANG SUCI INI.....

SAHABAT SEKALIAN....


AIR MATA YANG MENGALIR.....
BUKANLAH AIR MATA KEPURA-PURAAN....
BUKAN JUGA AIR MATA YANG BERSULAMKAN DUSTA...
TETAPI AIR MATA YANG MERATAPI...
DOSA-DOSA YANG MELIPUTI DIRI...
KESALAHAN-KESALAHAN YANG SERING DIULANGI...

JUGA AIR MATA YANG MEMBUKTIKAN....
DIRI INI TERLALU KERDIL DIHADAPAN TUHAN...

YA ALLAH...
SUDILAH PANDANG KAMI...
TERIMALAH SEGALA IBADAH KAMI...
DAN REDHOLAH SEGALA AMALAN KAMI.....

SAHABATKU.....

JANJI YANG DILAFAZ...
BUKANLAH KATA-KATA PEMANIS BICARA...
BUKAN JUGA SEKADAR PELENGKAP ACARA...
TETAPI, SUMPAH YANG PERLU DIKOTA...
TANGGUNGJAWAB YANG PERLU DILAKSANA...

INGATLAH....
JANJI TERSEBUT, JANJI KEPADA TUHAN...
BUKAN LAFAZ GURAUAN KEPADA RAKAN..

OLEH ITU WAHAI SAHABAT...
MARILAH SAMA-SAMA KITA BERTEKAD...
SELAGI NYAWA DIKANDUNG JASAD...
SELAGI BADAN MEMPUNYAI KUDRAT...

PERINTAH ALLAH AKAN DIJUNJUNG...
SUNAH RASULULLAH TETAP DISANJUNG...

YA ALLAH..
SESUNGGUHNYA,
KAMI HAMBA-HAMBAMU YANG LEMAH,
SENTIASA MENDAMBAKAN PERTOLONGAN DARIMU..

YA ALLAH....
JANGANLAH ENGKAU PALINGKAN HATI-HATI KAMI,
SETELAH ENGKAU BERIKAN HIDAYAH KEPADA KAMI.

YA TUHAN KAMI...
JANGANLAH ENGKAU HUKUM KAMI JIKA KAMI LUPA ATAU KAMI TERSALAH,

YA TUHAN KAMI...
JANGANLAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA KAMI BEBAN YANG BERAT,
SEBAGAIMANA ENGKAU BEBANKAN KEPADA ORANG-ORANG SEBELUM KAMI.

YA TUHAN KAMI...
JANGANLAH ENGKAU PIKULKAN KEPADA KAMI APA YANG TAK SANGGUP KAMI MEMIKULNYA..

MAAFKANLAH KAMI,
AMPUNILAH KAMI,
DAN RAHMATILAH KAMI..

ENGKAULAH PENOLONG KAMI,
MAKA TOLONGLAH KAMI TERHADAP KAUM YANG KAFIR........

Tuesday, July 8, 2008

Bengkel Solat

“Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang mukmin.” (An-nisa’ :103)

Atas kesedaran bahawa solat itu wajib ditunaikan oleh setiap yang bergelar muslim, maka pendidikan ke arah memahamkan muslim tentang kepentingan solat serta cara pelaksanaan yang sempurna juga adalah wajib.

Ahad lepas, 6 Julai 2008, Kelab Remaja Lestari sekali lagi dengan izin Allah berjaya melaksanakan Bengkel Solat di Masjid Bayan Baru. Dan alhamdulillah aku dan beberapa orang junior dari USM berkesempatan untuk bersama-sama dalam bengkel tersebut.






Bermula dengan kuliah tentang kepentingan solat oleh Ustaz Imran, peserta-peserta yang terdiri daripada pelajar semuda 7 tahun sehingga 14 tahun menunjukkan satu semangat untuk lebih mendalami ilmu tentang solat.

Peserta kemudiannya diajar tentang cara mengambi wudu’ yang sempurna beserta praktikal dan seterusnya bengkel tentang solat dan praktikal.


Sempat aku merakam perjalanan bengkel solat tersebut. Ragam yang pelbagai oleh peserta terutamanya yang berumur 9 tahun ke bawah dilayan dengan sabar oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator.



Fasilitator lelaki dari USM seramai 4 orang merupakan pelajar-pelajar tahun satu yang baru seminggu bergelar mahasiswa Unisains. Aku hanya sebagai pemantau fasilitator-fasilitator ni dan jugak ’camera-man’ tak bertauliah. Cuma kadang-kadang menyelit masuk dalam kumpulan-kumpulan fasilitator untuk berkongsi ilmu.



Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik-adik junior dari USM. Walaupun masih belum memulakan kuliah di USM dan ada yang pertama kali menjejakkan kaki di Pulau Pinang, tetapi sudah memberikan satu khidmat serta sumbangan yang besar kepada anak-anak Pulau Pinang, negeri kelahiranku..(promo skit).

Insyaallah ilmu yang sedikit kita sumbangkan kepada saudara-saudara kita yang lain, itulah yang akan menjadi bekalan untuk kita menghadap Allah nanti. Ilmu yang diamal akan sentiasa membuahkan kebaikan kepada orang yang mengamalkannya serta orang yang mengajarnya tanpa sedikit pun dikurangkan. Satu pelaburan yang pasti menjanjikan keuntungan…….

Lepas ni jangan serik untuk jadi fasilitator lagi. !!!!!!

Saturday, July 5, 2008

JANGAN BIADAP DENGAN ALLAH

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net




Amat menaikkan darah apabila sedang solat tiba-tiba ada orang melintas di depan kita. Jahilkah si dia ?. Biadap sungguh. Agak kerap berlaku, ketika kita menunaikan solat sunat selepas Jumaat, manusia-manusia biadap ini dengan selambanya melintas tanpa ambil kisah kita sedang menunaikan solat.

Amat perlu kita semua menasihatkan diri dan semua yang dikenali agar menjauhi sikap melintas di hadapan orang solat, terutamanya bagi mereka yang amat prihatin dalma hal solat. Salah satu tanda keperihatinan seseorang itu dengan solatnya adalah apabila ia meletakkan ‘penghadang' khusus di depannya ketika solat sunat seorang diri.


Tegahan melintas di hadapn orang solat ini disebut dalam dua hadis ini, sabda Nabi s.a.w :-

Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hdapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" ( Riwayat Al-Bukhari) [1]

Dan sebuah lagi hadis menunjukkan besarnya dosa lalu dihadapan orang solat :-

Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan" ( Riwayat Al-Bukhari) [2]

Jelas dari dalil-dalil ini, sangat perlu untuk kita meletakkan sutrah (penghadang) agar tiada individu yang mendapat dosa kerana melalui di hadapan kita selain merosakkan solat kita. Selain itu, amat perlu juga kita menahan sekiranya terdapat individu ingin melintas sewaktu kita menunaikan solat.

Ada yang bertanya kepada saya, mengapakah dosa melintas ini kelihatan terlalu besar?. Jawabnya mudah.

Anggaplah apabila anda melintas di hadapan orang yang solat, individu tersebut telah menunjukkan kebiadapannya terhadap Allah s.w.t, tiada hormat kepada Allah yang sedang berhadap kepada orang yang solat. Keadaan ini jelas dari sabdaan baginda nabi s.a.w :-

Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud) [3]

Jelas, individu yang lalu TANPA HORMAT kepada Allah dan orang yang bersolat melintas. Secara langsung juga, individu itu juga biadap kepada orang yang sedang solat.

Kesimpulannya, jauhilah sifat buruk dan dosa ini. Adapun ketika di Mekah yang terlalu ramai manusianya yang pelbagai ragam dan sikap, mungkin ada keringanan sedikit disebabkan keadaan yang tidak amat sukar dikawal, namun demikian saya yakin keadaan tersbeut boleh dikawal di Malaysia. Jangan jadikan diri sebahgaian dari kumpulan biadap ini.

Sekian

Tuesday, July 1, 2008

DEMI AGAMA DAN BANGSA, APA SALAHNYA ???





Merujuk kenyataan Mufti Perlis, SS Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (Dr.MAZA) yang pernah meminta para pemimpin parti2 utama negara untuk duduk semeja membincangkan masalah agama ISLAM serta bangsa MELAYU, aku bersetuju dengan pendapat tersebut.

Jika para pemimpin bukan islam dan bukan melayu boleh sependapat dan duduk semeja dalam hal2 yang melibatkan kepentingan mereka, mengapa tidak para pemimpin negara yang beragama islam berbuat demikian ??? IFC contohnya, menggabungkan pelbagai pihak yang bukan datang dari golongan yang berideologi yang sama, tetapi mereka boleh sepakat dalam menegakkan matlamat yang sama, iaitu menghancurkan islam…

Dalam keadaan dunia amnya dan negara khususnya yang dilanda pelbagai kegawatan dari sudut akidah sehinggalah pentadbiran, maka islam datang dengan penyelesaian. Tetapi islam tidak boleh ditegakkan dengan angan-angan, tidak juga dengan slogan yang dilaung-laungkan, tetapi dengan kekuatan dan kekuasaan.


Kita punya semua itu, tetapi kita tidak mahu atau masih belum mampu untuk menggunakannya untuk kepentingan islam dan bangsa melayu. Mengapa aku menyebut tentang MELAYU ?? bukan matlamat aku untuk mengagung-agungkan serta memperjuangkan bangsa kerana Rasulullah sendiri tidak mengagung-agungkan bangsanya malah sanggup memerangi bangsanya demi agama. Tetapi dalam konteks negara Malaysia, melayu itu dilihat sebagai satu simbol agama islam. Jika bukan melayu yang hendak mengangkat martabat islam di Malaysia ini, nak harapkan siapa lagi ?? nak mengharapkan mualaf-mualaf yang baru hendak mengenal islam ??? masalah sekarang ialah orang melayu itu sendiri tidak mahu melaksanakan apa yang sepatutnya.

Sepatutnya pihak “yang mempunyai kuasa” serta pihak “yang mahu melaksanakan islam” duduk berbincang, mencari penyelesaian bagaimana sepatutnya negara ini ditadbir mengikut landasan yang sebenarnya. Mungkin pernah berlaku siri2 perbincangan, tetapi perbincangan dan permuafakatan yang lebih telus sepatutnya dijalankan. Dan yang paling penting, EGO kepartian perlu diletak di tepi dahulu, lupakan sebentar soal ideologi. Perbincangan ini bukan bermakna mana-mana pihak harus meninggalkan agenda atau ideologi politik masing-masing, tetapi sekadar bersama dan sekata apabila menyentuh kepentingan ISLAM dan MELAYU..

Pihak “yang mahu melaksanakan islam” mempunyai cara-cara dan kaedah untuk mentadbir dengan cara islam. Malah telah dibuktikan di sebuah negeri. Pihak “yang mempunyai kuasa” pula mempunyai autoriti serta upaya untuk melaksanakannya diperingkat yang lebih besar iaitu negara. Kebersamaan serta kerjasama kedua-dua pihak atas nama ISLAM pasti akan menghasilkan satu natijah yang sangat memberi kesan kepada tertegaknya ISLAM di dalam negara.

Sebut pula tentang mentadbir cara ISLAM, ramai yang akan berkata, negara kita berbilang bangsa dan agama. Tak sesuai dilaksanakan hukum islam. Nanti apa orang akan kata ????

Jika di peringkat negara, usah difikirkan dahulu soal menjalankan hukuman hudud dan sebagainya, jika itu dirasakan terlalu berat. (bukan aku kata meninggalkan hukum tersebut. Ia tetap wajib dilaksanakan), tetapi bermula dengan perkara-perkara asas.

Sistem pendidikan, adakah mampu melahirkan seorang yang faham islam dan melaksanakan islam atau hanya tahu islam tetapi tidak mengamalkannya. Sistem sosial kita, adakah mengamalkan ciri-ciri serta budaya islam, atau hanya tahu mencedok amalan-amalan serta budaya-budaya bangsat dari barat. Malah premis-premis haram yang beroperasi, yang menyebarkan amalan-amalan kafir seperti premis judi, arak, disko, serta tempat-tempat hiburan yang tumbuh bagai cendawan, semua ini diberi kebenaran oleh pihak berkuasa untuk menjalankan operasi. Perkara ini perlu diatasi...

Berjuanglah, bersungguh-sungguhlah, berkorbanlah !!!!... tetapi bukan untuk menaikkan nama parti, tetapi untuk meninggikan islam. Pemimpin pihak ”yang mahu melaksanakan islam” pernah berkata kepada pemimpin pihak ”yang mempunyai kuasa”. Jika pihak ”yang mempunyai kuasa” mahu melaksanakan sistem dan perundangan mengikut acuan islam, maka pihak ”yang mahu melaksanakan islam” boleh dibubar. Kerana matlamatnya ialah melihat islam tertegak di Malaysia, bukannya parti.

Wahai pemimpin-pemimpinku, ini ialah luahan rasa serta harapan seorang rakyat dibawah pimpinanmu. Janganlah kerana perbalahan antara kalian, kami rakyat jelata mendapat ’habuan’. Kepimpinan merupakan amanah yang berat. Laksanakanlah ia dengan rasa penuh bertanggungjawab serta semata-mata kerana ALLAH.

Bukanlah atas kekuasaan kita untuk menegakkan agama ALLAH dibumi ini, tetapi jika kita sedaya upaya melaksanakan apa yang diperintahkanNYA, nescaya ALLAH akan menegakkan agamanya dibumi hamba-hambaNYA yang taat kepadaNYA.

Allahu’alam.............

Sekadar pendapat dan luahan rasa. Salah silap harap dimaafkan.

Raudatus Solihin.. (RS)
1 Julai 2008
1.41 a.m.