Wednesday, July 30, 2008

andai ku turut kata hati...



Kata orang ,
Teman itu ada ketika suka,
Juga ketika kita berduka.

Kadang kala aku merasakan,
Sukaku....
Suka milik semua...

Tetapi dukaku...
Milik aku, semata-mata...
Sengsaraku...
Tiada pernah dikongsi sesiapa..
Tangisku...
Tiada pernah didengari manusia...


Mungkin itu hanya perasaanku sahaja..
Padahal ramai disekelilingku ingin bersama..
Berkongsi suka,
Berkongsi duka...
Bergelak bersama..
Menangis pun bersama..

Ahhh !!!
Bagiku itu semua mustahil..
Mana ada manusia yang mahu bersamaku,
Mana ada teman yang bisa menghampiriku..
Mana ada insan yang sanggup mendampingiku..

Aku ini hanya insan biasa..
Aku ini hanya makhluk yang hina..
Tiada guna untuk mereka semua..
Tiada harga untuk dinilai mulia..
Tiada upaya untuk memberi bahagia…

Jadi apa guna aku masih bersama-sama mereka..
Lebih baik aku pergi berkelana..
Membawa diri yang hina….
Jauh…jauh dari semua..

Biarlah aku merawat dukaku..
Biarlah aku membalut lukaku…

Agar sengsara ini bisaku buang…
Buang jauh dari hidupku yang sentiasa malang...

........

Wahai hati yang sentiasa berbolak balik...
Ingatlah, syaitan sentiasa membisik..

kata dihatimu itu bukanlah wahyu..
Luahan rasamu itu bukanlah sabda..
Tapi kata-kata yang disalut nafsu..
Juga bisikan syaitan durjana..

Janganlah kamu menurut saja...
Kata hatimu yang penuh dosa..
Kerana iblis sentiasa menggoda...
Supaya manusia membenci saudaranya..

Kembalilah wahai hati...
Kembali ke pangkuan Ilahi..

Pulanglah wahai diri..
Pulanglah kepada teman-temanmu...

Mantapkan ukhuwwah....
Hidupkah jamaah ...

Semoga hidup mu kelak...
Lebih bermakna...............

-luahan rasa-
Raudatus solihin
30 julai (rabu)
2.42 am


2 comments:

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

wahai sahabatku.. wahai adikku.. Hisyam... ingat satu... kalau masih ada pergantungan pada manusia... kadang pasti kau merasa pedih... aku juga begitu... malah terlalu sering ia berlaku... tapi yang membuatku masih teguh di lapangan jemah ini... aku meletakkan Allah sebagai tempat pergantungan... oh benar ya hisyam... cukup Allah nagi hambaNya... moga dirimu sentiasa berada dalam lindunganNya... dan aku juga.. serta yang lain.. saudara2 hingga jannah!!

Anonymous said...

moga tabah ya akhi