Tuesday, July 8, 2008

Bengkel Solat

“Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang mukmin.” (An-nisa’ :103)

Atas kesedaran bahawa solat itu wajib ditunaikan oleh setiap yang bergelar muslim, maka pendidikan ke arah memahamkan muslim tentang kepentingan solat serta cara pelaksanaan yang sempurna juga adalah wajib.

Ahad lepas, 6 Julai 2008, Kelab Remaja Lestari sekali lagi dengan izin Allah berjaya melaksanakan Bengkel Solat di Masjid Bayan Baru. Dan alhamdulillah aku dan beberapa orang junior dari USM berkesempatan untuk bersama-sama dalam bengkel tersebut.






Bermula dengan kuliah tentang kepentingan solat oleh Ustaz Imran, peserta-peserta yang terdiri daripada pelajar semuda 7 tahun sehingga 14 tahun menunjukkan satu semangat untuk lebih mendalami ilmu tentang solat.

Peserta kemudiannya diajar tentang cara mengambi wudu’ yang sempurna beserta praktikal dan seterusnya bengkel tentang solat dan praktikal.


Sempat aku merakam perjalanan bengkel solat tersebut. Ragam yang pelbagai oleh peserta terutamanya yang berumur 9 tahun ke bawah dilayan dengan sabar oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator.



Fasilitator lelaki dari USM seramai 4 orang merupakan pelajar-pelajar tahun satu yang baru seminggu bergelar mahasiswa Unisains. Aku hanya sebagai pemantau fasilitator-fasilitator ni dan jugak ’camera-man’ tak bertauliah. Cuma kadang-kadang menyelit masuk dalam kumpulan-kumpulan fasilitator untuk berkongsi ilmu.



Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik-adik junior dari USM. Walaupun masih belum memulakan kuliah di USM dan ada yang pertama kali menjejakkan kaki di Pulau Pinang, tetapi sudah memberikan satu khidmat serta sumbangan yang besar kepada anak-anak Pulau Pinang, negeri kelahiranku..(promo skit).

Insyaallah ilmu yang sedikit kita sumbangkan kepada saudara-saudara kita yang lain, itulah yang akan menjadi bekalan untuk kita menghadap Allah nanti. Ilmu yang diamal akan sentiasa membuahkan kebaikan kepada orang yang mengamalkannya serta orang yang mengajarnya tanpa sedikit pun dikurangkan. Satu pelaburan yang pasti menjanjikan keuntungan…….

Lepas ni jangan serik untuk jadi fasilitator lagi. !!!!!!

No comments: