Friday, August 28, 2009

1 Malaysia = 1 Israel....?????

Setiap pemimpin yang baru akan datang dengan slogan dan konsep baru yang ingin dibawanya. Satu Malaysia, Islam Hadhari, Pas For All, Malaysian Malaysia merupakan slogan-slogan yang dilaungkan untuk menyatakan pendirian serta pembawakan sesebuah oraganisasi. Tidak dinafikan, slogan merupakan perkara yang penting kerana ia menggambarkan ciri kepimpinan yang ingin dibawa sepanjang kepimpinan. Namun, perkara yang lebih penting ialah pengisian di sebalik slogan yang dilaungkan.


1 Malaysia = 1 Israel ?


Secara amnya, 1 israel merupakan satu pakatan atau gabungan parti-parti politik ‘Negara Israel’ yang bersatu untuk menghadapi pilihanraya pada tahun 1999. Pakatan 1 israel ini menggabungkan tiga parti besar di Israel seperti parti Labor, Parti Gesher yang bersatu dengan bekas menteri luar parti likud iaitu David levy, dan juga parti Meimad yang merupakan parti berlatarbelakangkan agama yahudi. (1) (2)


Satu Malaysia pula merupakan satu gagasan yang dibentuk bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Bertemakan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, kerajaan cuba membawa satu pendekatan baru di bawah kepimpinan dato’ Seri Najib Tun Razak. (3)


Jika dibuat perbandingan antara satu Malaysia yang digagaskan oleh Dato’ Seri Najib dan Islam Hadhari yang merupakan pendekatan Tun Abdullah , hatta Wawasan 2020 yang menjadi visi di bawah kepimpinan Tun Mahathir, maka kita akan dapati ‘halatuju dan matlamatnya adalah sama sahaja. Bezanya hanya pada ‘kulit’ gagasan tersebut. isinya tetap perkara-perkara yang sama yang diulang dalam ‘bungkusan’ yang berbeza.

Slogan Dalam Islam.

Jika kita meneliti ayat-ayat di dalam Al-Quran, Allah juga memberi ‘slogan’ tertentu kepada umat islam untuk mereka mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. “Khoiro Ummah” atau umat yang terbaik merupakan slogan yang menjadi pemangkin kepada para pencinta agama untuk mereka mencapai kejayaan tertinggi iaitu keredhaan Allah. (4) Malah islam juga menekankan konsep “ummatan Wahidan” atau kesatuan Ummah yang menjadi batu asas kepada penyatuan umat islam di bawah petunjuk wahyu.

Setiap konsep yang diutarakan itu perlu datang dengan garis panduan untuk mencapai sesuatu matlamat tersebut. Khoiro ummah seperti yang digagaskan oleh Allah dalam Al-Quran mempunyai garis panduan yang jelas untuk umat islam mencapai gelaran sebaik-baik ummah. Prinsip-prinsip yang ditetapkan itu ialah menyeru ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran, dan beriman kepada Allah.

Rasulullah SAW telah memberi panduan yang jelas bagi melaksanakan ketiga-tiga prinsip tersebut, malah baginda telahpun menunjukkan contoh dan model pelaksanaannya sebagai panduan kepada umat masa kini untuk turut sama mencapai gelaran sebaik-baik ummat sebagaimana yang pernah dicapai pada zaman Rasulullah berdasarkan hadis baginda

“Sebaik-baik generasi adalah generasiku, kemudian sesudahnya, kemudian sesudahnya”. (Hadits Riwayat Bukhari, Muslim).


Konsep Satu Malaysia

Seperti yang telah dijelaskan tadi, konsep, nama atau slogan bukanlah perkara terpenting yang perlu dititikberatkan. Prinsip yang menjadi tunjang dan asas pembentukan sesuatu konsep itulah yang seharusnya ditekankan. Malah lebih penting daripada itu ialah pengisian dan pelaksanaan setiap prinsip yang telah digariskan untuk mewarnai suatu konsep yang dilaungkan.

Di manakah silapnya konsep Satu Malaysia?

Konsep satu Malaysia menekankan soal perpaduan dan penerimaan antara kaum, keadilan kepada rakyat, agenda pembinaan dan kemajuan Negara serta penekanan terhadap nilai-nilai murni. (5). Sama sahaja dengan apa yang telah dibawa dalam ‘Islam Hadhari’. Prinsip-prinsip yang dibawa selaras dengan tuntutan islam.

“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan antara satu sama lain.” (Al-hujurat : 13)

Allah menekankan prinsip ‘li ta’arafu’ iaitu ‘untuk berkenal-kenalan’. Sama dengan konsep perpaduan yang ingin dibawa oleh kerajaan. Malah islam juga menyuruh setiap umatnya berlaku adil, memajukan diri dan Negara serta mengamalkan nilai-nilai murni. Jadi, setiap prinsip yang digariskan tidak terpesong daripada kehendak Allah dan kehendak Rasulullah.

Namun, sekali lagi ingin ditegaskan, perkara terpenting ialah bagaimana pembawakan dan pengisian yang dijalankan untuk mencapai prinsip-prinsip yang telah disenaraikan. Apa yang boleh dilihat kini, setelah beberapa penggal memerintah, prinsip-prinsip indah yang menghiasi kata-kata para pemimpin masih belum dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin, malah sering dipertikaikan cara pelaksanaannya.

Jiks kita menyoroti kembali sejarah, hanya islam yang telah berjaya mengharungi semua cabaran-cabaran ini apabila pemerintahan ditunjangi oleh wahyu Allah, kerana hanya Allah sahaja yang mampu memberi kesatuan kepada sesuatu kaum.

Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, tidaklah engkau dapat menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allahlah yang telah menyatupadukan antara mereka. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana (Al-Anfal: 63).

Jika penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya kami akan tumpahkan keberkatan daripada langit dan keberkatan dari bumi.
( Surah Al-A’raaf. Ayat :96 )

Penulis tidak melihat bahawa slogan yang dilaungkan adalah perkara utama yang perlu dibangkitkan dan dipertikai, walaupun slogan yang dilaungkan itu mempunyai nama yang sama dengan slogan yang pernah digunakan oleh parti politik Israel untuk memenangi hati rakyat. Seperti yang telah penulis tegaskan, pengisian dan cara pelaksanaan setiap prinsip yang dibawa itulah merupakan aspek terpenting dalam mana-mana pemerintahan.

Namun, amatlah malang sekirannya para pemimpin Negara islam menjadikan Israel sebagai kiblat dan penasihat dalam mentadbir Negara. Penulis tidak menuduh para pemimpin kita melakukan perkara tersebut, tetapi jika benar idea 1 Malaysia dan Wawasan 2020 yang ‘kebetulannya’ sama diambil daripada konsep yang digunapakai oleh Israel tanpa ada sebarang penapisan dan ‘pengislaman’, maka tidak akan berbungalah islam yang cuba disemai.

Umum mengetahui Israel-Zionist merupakan perancang utama konspirasi dunia. Pengaruh mereka telah merebak ke seluruh pelusuk dunia termasuk Negara-negara islam. Hatta Arab Saudi juga menjadi sekutu kuat kepada mereka. Jadi, berhati-hatilah wahai pemimpin sekalian kerana kita semua akan dipersoalkan terhadap setiap perkara yang telah kita lakukan.

Jika redha manusia yang dicari, maka Allah akan ‘berlepas tangan’ terhadap perbuatan tersebut. Namun, jika redha Allah yang ingin dikecapi, nescaya pertolongan Allah amat dekat.

Allahu’alam….

SUMBER :

(1) http://www.aijac.org.au/review/1999/244/oneisrael.html
(2) http://ibnuyaacob.com/?p=1093 (SATU LAGI KEBETULAN : ONE MALAYSIA DAN ONE ISRAEL)
(3) http://www.1malaysia.com.my
(4) Q:S ALI-IMRAN :110
(5) 1MalaysiaBooklet.pdf


2 comments:

deliciousdeen said...

Salam,

Malaysia sengaja ikut Israel atau secara tak sengaja terikut Israel?

Satu Israel (1999)..hmm,baru tahu...dan malaysia pulak applied 10thn selepasnya 2009..huhu..kebetulan...

kerajaan Malaysia dengan 'Satu Malaysia' mereka...

rakyat mungkin boleh define 'satu malaysia' ikut perspektif sendiri..heh

thanks

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.” Riwayat Muslim

salam

H.I.S.Y.A.M.U.D.D.I.N said...

salam...

tersengaja atau tak sengaja adalah sukar untuk diperkatakan..

tapi !!!

sejak Amerika mewar-warkan tentang
'The New World Order' pada tahun 1990, kehendak mereka ialah supaya dunia mengikut setiap apa yg mereka rancangkan.

NWO ni ringkasannya : jika satu arahan dikeluarkan oleh 'the secrete society' a.k.a pentadbiran USA, maka setiap negara di dunia seolah-oleh PERLU mengikut arahan tersebut. mereka menyediakan keperluan bersifat duniawi dan setiap negara perlu mendapatkan 'perkara2' tersebut..

Dalam pengakuan seorang bekas pengikut 'secrete society' yang menyembah SATAN @ LUCIFER, ROGER MORNEAU, katanya antara pelan untuk menjayakan perkara tersebut ialah:

1) menyingkir kepercayaan manusia ttg kewujudan syaitan dan malaikat @ perkara ghaib.

2)mengawal minda manusia menggunakan hypnotism.

3) musnahkan 'bible' tanpa membakarnya melalui teori evolusi.

dan salah satu caranya ialah melalui menyediakan keperluan2 seperti industri moden, perubatan, teori2 moden, cara menyelesaikan masalah jenayah dll...

dunia terpaksa menerima semua itu daripada mereka kerana mereka (USA dan sekutu) mempunyai tahap kemajuan yg paling tinggi.

sekarang sudah terbukti. negara2 dunia terutamanya negara islam terlalu bergantung kepada dunia barat. semua idea2 dicedok, bukan saja yg baik, tetapi yg buruk juga turut dicedok tanpa ditapis seperti industri hiburan...

cuba rujuk:

1) http://www.shasta.com/tempest/seventhunders/nogod/nogod1.htm

2) dokumentari 'the arrivals'

3) ibnuyaakob.blogspot.com

4)http://rogermorneau.blogspot.com/

** setiap rujukan yg dibuat, cuba pertimbangkan dulu. jgn terus terima.... cuba kaitkan dengan apa yg telah Allah dan Rasulullah sampaikan kepada kita..