Thursday, August 13, 2009

umpama menghala laser ke cermin...

KUALA SELANGOR 11 Ogos - Para penduduk Kampung Pasir Tuntung, Jeram di sini kecewa dengan sikap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang seolah-olah membelakangkan hukum agama apabila membenarkan penjualan minuman keras di kawasan majoriti Islam di negeri ini.

Mereka yang malu kerana Abdul Khalid pernah membesar di kawasan itu, mahu beliau kembali ke jalan yang benar kerana Menteri Besar itu seperti sudah tergelincir dari landasan Islam apabila membenarkan dirinya dijadikan boneka oleh sekutu bukan Islam.

Salah seorang penduduk, Bunaif Mohd. Yusof, 60, berkata, Abdul Khalid sepatutnya menyedari bukan sahaja agama Islam yang melarang penganutnya meminum arak, malah agama lain juga serupa kerana arak adalah punca segala perbuatan jahat dan maksiat.

Menurut beliau, apabila seseorang itu mabuk, mindanya sudah tidak terkawal sehingga boleh melakukan pelbagai kejahatan seperti membunuh dan berzina.

''Keputusan Abdul Khalid bukan sahaja menghina umat Islam tetapi turut mengkhianati bangsa sendiri. Saya harap beliau sedar bahawa dirinya telah diperalatkan oleh mereka yang ingin melihat agama dan bangsa kita rebah,'' ujarnya.

Abdul Khalid baru-baru ini memutuskan tidak akan melarang penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam di negeri ini sebaliknya meminta premis yang menjual arak mengamalkan konsep kawalan sendiri bagi membendung penjualan minuman keras kepada orang Islam dan remaja.

Seorang lagi penduduk, Azimi Abu Samah, 50, berkata, dia hairan mengapa pakatan pembangkang terlalu sukar untuk memahami hukum Islam yang melarang penganutnya meminum arak.

''Apa yang saya lihat keputusan ini seperti ingin mengaut keuntungan semata-mata tanpa memikirkan hukum agama kerana perniagaan arak boleh memberi keuntungan yang besar.

Bagi Sokina Mohd. Yusof, 66, tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah menggalakkan orang Islam membeli dan meminum arak tanpa batasan undang-undang dan ini tidak pernah berlaku ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri itu.

Ahmad Murad Ismail, 47, pula menyifatkan tindakan itu sebagai ingin meraih sokongan masyarakat bukan Islam kerana kedudukan Menteri Besar semakin tergugat.

Katanya, Abdul Khalid hanya ingin mempertahankan kedudukannya dan terpaksa akur dengan DAP yang memegang majoriti kerusi di Selangor sehingga sanggup menjadi seperti lembu dicucuk hidung.

''Saya berharap pada pilihan raya akan datang pengundi lebih berhati-hati dalam memilih pemimpin,'' ujarnya.

Bagi Shaari Jumadi, 53, tindakan itu seolah-olah menyebelahi Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu sehingga rakyat beranggapan Exco tersebut lebih berkuasa daripada Abdul Khalid sendiri.

Katanya, ia juga seolah-olah membenarkan penjualan arak secara berleluasa dan terbuka di negeri ini.

Sementara itu suri rumah, Norzalina Shaari, 25, berkata, dia amat terkilan dengan keputusan itu kerana risau anak-anak muda lebih terdedah kepada pengambilan arak.

''Sebagai ibu, saya takut sekiranya anak-anak akan terikut-ikut dengan rakan sebaya yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang lebih mencabar,'' ujarnya.

SEDIH....SEDIH.....

jangan disuluh laser ke dalam cermin..kelak terpantul mengenai mata sendiri..

p/s : perkataan yang di highlight ada maksudnya... fikir-fikirkanlah..anda seorang yang bijak.....


No comments: