Sunday, August 9, 2009

Demonstrasi: mencegah mungkar dengan hati ???

Apabila menyebut tentang demonstrasi (demo), pasti ramai yang berfikir ‘ini pihak pembangkang, penentang kerajaan.’ Inilah pemikiran yang berjaya dibentuk oleh media yang tidak mahu menerima pendapat orang lain. Lalu diburuk-burukkan pihak yang terlibat dengan demonstrasi.

Mengapa berdemonstrasi?

Persoalan ini sering ditanya oleh mereka yang tidak bersetuju dengan demonstrasi.

Penulis mempunyai pendapat yang sedikit berbeza tentang demonstrasi. Menurut pemahaman penulis yang cetek ini, demonstrasi merupakan satu keperluan apabila ia benar-benar diperlukan. Langkah terakhir setelah langkah-langkah mula telah diambil. Langkah yang mendesak setelah pihak yang didesak langsung tidak bertindak. Dan, langkah ini digunakan untuk mencegah KEMUNGKARAN.


Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :-

“Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu hendaklah diubah dengan lisan, dan jika tidak mampu juga, hendaklah diubah dengan hati. Demikian itu adalah selemah-lemah iman.

Hadis ini sudah mahsyur di kalangan kita, namun apa kaitannya dengan demonstrasi?

Sebagai seorang muslim, kita harus sentiasa cakna dengan kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita. Dari sekecil-kecil kemungkaran sehingga sebesar-besar kemungkaran. Melanggar perintah Allah itu kemungkaran. Ketidakadilan itu kemungkaran. Kezaliman itu kemungkaran. Penindasan itu juga kemungkaran. Dari kemungkaran yang dilakukan oleh hamba abdi sehingga yang dilakukan oleh pemerintah tertinggi. Perkara mungkar tetap mungkar walau siapa si pembuat makar.

Lebih mudah jika menggunakan contoh yang nyata. Himpunan Mansuhkan ISA.

Persoalan pertama: adakah ISA termasuk dalam perkara ‘mungkar’ untuk ditentang?

Secara ringkasnya, penahanan tanpa bicara bukanlah seperti yang dianjurkan oleh islam. Walau apa pun alasan penahannya, setiap individu yang dituduh bersalah harus dibenarkan untuk membela dirinya dan dibicarakan mengikut prosedur yang sebetulnya. Dari sudut matlamat asal penubuhannya juga ialah untuk membanteras kegiatan komunis di Tanah Melayu. Dari sudut kemanusian pula, banyak lagi ‘dalil’ yang menjadikannya ‘mungkar’. Bukan tujuan penulis hendak menerangkan tentang perkara itu di sini.

Jadi, apabila telah mengetahui sesuatu perkara itu mungkar, maka perlulah ia dicegah.

“maka hendaklah mencegahnya dengan tangan” yang juga membawa maksud kekuasaan. Secara umumnya, kekuasaan ini tidak dimiliki oleh kita disebabkan penggubal akta memegang kekuasaan tertinggi dalam Negara.

“jika tidak mampu, cegahlah ia dengan lisan” ataupun penulisan. Di peringkat tertinggi, ahli-ahli parlimen yang bersidang menggunakan kaedah ini untuk berhujah di dalam dewan parlimen. Sebab itu, harus ada wakil di kalangan orang-orang yang mampu memahami situasi-situasi sebegini, supaya menjadi badan pengimbang kepada sesebuah kerajaan.

Forum-forum telah dilakukan. Seminar-seminar telah dianjurkan. Kempen-kempen telah dilancarkan. Artikel-artikel ditulis untuk memberi kefahaman kepada orang ramai. Blog-blog dilancar untuk menjadi saluran maklumat kepada masyarakat. Semua ini merupakan langkah-langkah pencegahan dengan ‘lisan’.

Langkah ini juga tidak mampu mengubah pendirian penggubal akta untuk memahami keadaan yang sedang berlaku.

“dan jika tidak mampu juga, hendaklah mengubahnya dengan hati”. Kemungkaran ini telah disebarkan seluas-luasnya kepada masyarakat untuk memahamkan masyarakat. Masyarakat kebanyakan tidak mempunyai kemampuan untuk mencegahnya dengan ‘lisan’, apatah lagi dengan ‘tangan’. Hanya hatinya saja mampu membenci perkara mungkar tersebut. Tetapi, jika hanya dipendam dalam hati, maka tiadalah perubahan yang dapat dilakukan. Lalu, hati-hati yang membenci ini bersatu, berkumpul dengan unjuk rasa, tunjuk perasaan semata-mata kerana membenci kemungkaran tersebut.

Itulah DEMONSTRASI....

??? Matlamat tak menghalalkan cara…..!!!!

Dalam kaedah fiqh, dibenarkan melakukan sesuatu ‘kemudharatan’ untuk menghalang kemudharatan yang lebih besar. Kemudharatan apa yang berlaku kerana demonstrasi?

??? Jalan raya menjadi sesak. Keadaan bandar menjadi kucar-kacir..!!!!

Keadaan kucar-kacir yang berlaku bukanlah disebabkan oleh orang ramai yang berkumpul untuk berdemonstrasi, tetapi dimulakan oleh provokasi oleh pihak berkuasa. Jika perhimpunan dibiarkan dan keadaan dikawal dengan baik, pasti tidak akan berlaku keadaan kucar-kacir.

??? Tapi, ini perhimpunan HARAM…!!!!

Jika dibandingkan kepentingan mencegah kemungkaran ISA dengan perarakan sambutan tahun baru, hatta perarakan mauled al-rasul, yang manakah lebih penting? Jika perarakan-perarakan yang tiada kepentingan boleh diberi laluan, dikawal, ditutup jalan, jadi mengapa tidak dilakukan perkara yang sama. Tidak perlu mengawal, Cuma jangan timbulkan provokasi. Itu sudah memadai.

??? Para peniaga kerugian berjuta-juta ringgit. Kerugian baru-baru ini dianggarkan mencecah 100-200 juta ringgit, jelas seorang dato’ (termasuk kerugian masa depan katanya)!!!!

Secara logiknya, para peniaga memerlukan orang ramai untuk menjadi pelanggan. Kehadiran beribu-ribu orang dari seluruh pelusuk tanah air sepatutnya dapat meningkatkan pendapatan para peniaga, bukannya mendatangkan kerugian.

Jadi mengapa para peniaga kerugian?

Puncanya ialah rusuhan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Jelas. Terang lagi bersuluh. Orang ramai mengeluarkan belanja untuk datang dari jauh, berkumpul di Bandar bukan untuk melakukan rusuhan. Mereka datang dengan aman dan dengan tekad yang bulat, mahu melahirkan perasaan tidak senang terhadap akta tersebut, tidak lebih dari itu. Jauh langsung niat untuk merusuh.

Beribu-ribu orang telah bangkit, menyatakan hasrat mereka kepada pemerintah. Jika hal ini masih belum cukup untuk menghalang kemungkaran tersebut, terserahlah. Jangan sampai tindakan yang lebih drastik diambil.

Namun begitu, seperti yang dinyatakan awal tadi, demonstrsi bukanlah dilakukan sewenang-wenangnya. Perkara yang boleh diselesaikan tanpa demonstrasi, teruskan tanpa demonstrasi.

Contohnya, jika ada seorang bukan islam yang tidak faham tentang islam, tiba-tiba mengeluarkan satu kenyataan yang dilihat menghina islam, tidak perlu kepada himpunan besar-besaran untuk menentangnya. Sepatutnya pihak yang terlibat perlu berjumpa dengannya meminta penerangan daripadanya, disamping menerangkan keadaan yang sebenar kepadanya seperti yang berlaku kepada Jeff Oii. Jika terus hendak melakukan demonstrasi menentang dan mengutuk perbuatannya, maka sampai bila-bila pun dia akan terus jauh daripada islam, sedangkan sudah ada di kalangan bukan islam yang mampu berucap dengan hujah al-quran dan berdialog tentang islam kerana mereka telah diberi pemahaman.

Apa pun, ini merupakan pandangan penulis. Terdapat penulisan yang lebih lengkap menerangkan tentang demonstrasi. Carilah rujukan selengkapnya sebelum membuat keputusan membabi buta. Jangan jadi seperti si Toni sebelah yang hanya mampu mendengar dari sebelah pihak semata-mata.

Akhir-al-kalam, selamat maju jaya buat semua. !!!!!!!!!!!!!!!!!!!


2 comments:

Anonymous said...

salam

amat dhoif skali nta istinbat hukum utk demonstrasi menggunakn hadis trsbut...

dr mana nta blajar ilmu ushul fiqh smpai bg 'fatwa' bgitu..

tolong ler..

jgn mengunakn akal brpandukan nafsu dlm brhujah perkara agama..

klau dh fanatik dgn ssuatu parti, prkara yg dlarang dlm agama pn cuba djadikn boleh dgn memutar belitkn dalil..

berhati-hati ler ktika berbicara dalam bab agama...

kalau ilmu sejengkal di dada jgn berlagak jd mcm ulama..

kerna ia boleh binasakn badan..

renung2knlah..

-nasihat yg ikhlas-

H.I.S.Y.A.M.U.D.D.I.N said...

kepada tanpa nama;

terima kasih atas nasihat yang ikhlas tersebut.

yang pertama,ana bukan memberi 'fatwa' tetapi pandangan. hadis tersebut dibawa untuk menekankan soal 'mencegah kemungkaran'..

malah, para ulama' sekarang masih berbeza pandangan ttg hukum demonstrasi.. dan ana salah seorang yang berbeza pandangan (dh dinyatakan awal di atas)..

ana dh meneliti kedua-dua pandangan (yg membenarkan dan yang tak membenarkan). masing2 ada hujah untuk ditegakkan.

yg kedua, ini bukan soal fanatik kepartian...
seperti yg ana kata tadi, ini soal 'kaedah mencegah kemungkaran'.
(tak tahulah kalau tanpa nama bersetuju dengan ISA sbg contoh).

ana mengaku ilmu ana mmg tak banyak. dan ana tak pernah nak berlagak jadi ulama'. tapi kalau ilmu ada byk pun, tak berani bersuara dan beri pandangan, itu lebih teruk lagi...

ini pun pandangan ana jugak.